
Atas kesedaran tersebut, pengarang dengan penuh tawadu' menerima pelawaan tersebut. Sememangnya penyertaan pengarang di dalam pusat tersebut sesuatu yang dinanti-nantikan. Ini kerana pengarang amat menitik beratkan soal "FIQH Al-Aulawiyat" menerusi penulisan-penulisannya, dan juga pengarang cuba menyusuri untuk membuat pengemaskinian di dalam gerakan Islam menerusi idea tersebut.
Ketika muktamar diadakan di Algeria, pengarang diminta untuk menulis satu kertas kerja bertajuk "Keutamaan-keutamaan Gerakan Islam Dalam Tiga Tahun Akan Datang".
Menerusi buku ini, pengarang banyak mendedahkan perkara-perkara yang perlu diutamakan dalam usaha menggerakkan jentera gerakan Islam untuk memartabatkan kalimah al-Haq di persada dunia. Buku ini juga sarat dengan nasihat atau teguran membina yang patut diambil perhatian. Selain itu, buku ini juga turut memuatkan teori-teori gerakan yang seharusnya dijadikan garis panduan dan diikuti.
- Penerbit
Harga = RM18.00
Pengarang = Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi
Penterjemah = Ust. Fakhrudin Hj. Tajudin
Penerbit = Pustaka Darussalam Sdn Bhd
2 Comments:
assalamu'alaikum.
buku 'keutamaan harakah islamiyah' ni ada jual lagi x? klu ada saya nak beli.
email: khairulkamaruddin85@yahoo.com
Post a Comment