
Pada subuh Jumaat 15 Ramadhan 1425H bertepatan dengan 29 Oktober 2004M yang lalu, sekitar jam 0430 waktu Makkah (pukul 1030 jam Malaysia) umat Islam di seluruh dunia dikejutkan dengan berita kewafatannya, sehingga rasa kesedihan meliputi mereka, kerana kepergiannya dirasakan sebagai suatu kerugian yang amat besar bagi umat Islam.
Maka untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi, penulis rasa terpanggil untuk menulis sedikit dari riwayat hidupnya dan dasar-dasar pemikiran serta usaha-usaha beliau dalam dakwah dan pengembangan agama.
Semoga Allah Ta'ala senetiasa mencucuri beliau dengan rahmatNya yang luas dan mengumpulkan beliau dan juga kita nantinya bersama-sama dengan hamba-hambaNya yang soleh, Amin.
- Penulis
Harga = RM8.00
Mukasurat = 67
Penulis = Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki (Ahmad Fahmi Zamzam)
Penerbit = Khazanah Banjariah
0 Comments:
Post a Comment