Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Tuesday, October 13, 2009

Koleksi Nama-Nama Indah Dalam Islam

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kamu, dan nama-nama bapa kamu, maka perindahkanlah nama-nama itu". - (Riwayat Abu Daud)

Di antara isi kandungan yang menarik:
- Himpunan nama-nama lelaki dan perempuan dalam Islam
- Amalan-amalan ketika mengandung
- Lampiran Surah Yasin, At-Taubah, Yusuf, Luqman dan Maryam
- Panduan menyambut cahaya mata (mengucap tahniah, azan, aqiqah, tahnik, mencukur rambut, berkhatan, menamakan anak)
- Gabungan nama-nama indah yang terkini
- Nama-nama yang tidak elok

Harga = RM10.00
Mukasurat = 224
Penulis = Prof. Dr. Ali Jum'ah Muhammad
Penyusun = Jaafar Al-Mathari Bin Abdul Rahman
Penerbit = Jasmin Publications

Monday, October 12, 2009

Bagaimana Islam Memerintah Negara

Bible menyebut, "Berikan kepada raja-raja apa yang menjadi milik raja dan berikan kepada Tuhan apa yang menjadi milik Tuhan." Akibatnya, prinsip itu menyempitkan agama dengan pemerintahan negara.

Antara faktor terbesar adalah doktrin-doktrin sekular yang memisahkan undang-undang dengan agama.

Ideologi yang memisahkan agama dan urusan dunia semakin menular sehingga Islam hanya dianggap sebagai agama ritual. Benarkah Islam hanya mengutamakan ibadat semata-mata tanpa mementingkan urusan dunia seperti pemerintahan negara? Benarkah Islam menindas hak bukan Islam dalam pemerintahannya?

Buku "Bagaimana Islam Memerintah Negara" mengupas secara jelas konsep dan bagaimana aplikasi Islam mentadbir dan mengurus negara berlandaskan prinsip keadilan, kebebasan dan mengutamakan kesejahteraan. Buku ini juga menjawab tohmahan sekular yang mengatakan Islam memerintah secara zalim, menindas orang bukan Islam dan tidak membawa kemajuan.

- Penulis

"Negara aman makmur dan Tuhan yang Maha Pengampun."
- Surah Saba', ayat 15 -

KANDUNGAN

1. Antara Politik, Negara Dan Agama
2. Negara Islam
3. Panduan Asas Bagi Setiap Pemerintah
4. Matlamat Negara Islam
5. Prinsip-Prinsip Amali Dalam Negara Islam
6. Ketua Negara Islam
7. Sejarah Pelantikan Ketua Negara
8. Bai'ah
9. Ahlul Halli Wal Aqdi
10. Kewajipan Dan Tanggungjawab
11. Prinsip Kehakiman Islam
12. Kerakyatan
13. Al-Kharaj
14. Islam Dan Hubungan Antarabangsa

Harga = RM18.00 (Sem) RM20.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 208
Penulis = Dato' Seri Haji Abdul Hadi Haji Awang
Penerbit = PTS Islamika Sdn. Bhd.

50 Tokoh Islam Yang Mengubah Dunia

Kehadiran mereka dalam sejarah dunia bukan kehadiran 'biasa-biasa'.

Kehadiran mereka mengubah dunia, mengembalikan sinar harapan umat, bagi menyaksikan umat Islam kembali dihormati, dimartabatkan sebagai khaira ummah yang diidam-idamkan.

Sumbangan dan pengorbanan mereka mewakili tawa dan rintihan umat, sepertimana kehilangan mereka juga meninggalkan bekas yang mendalam dalam sanubari umat.

Mereka adalah permata yang menyinari sepanjang zaman, menyuluh jalan generasi hadapan kembali ke pangkuan Tuhan, menuju ke alam akhirat yang dijanjikan.

Mereka adalah pejuang, mujaddid, ulama dan tokoh intelektual terbilang. Pencetus perubahan demi kejayaan dan kegemilangan Islam.

- Penulis

KANDUNGAN

Bahagian 1: Tokoh Intelektual
1- Muhammad Iqbal
2- Badi'uzzaman Sa'id Nursi
3- Zainal Abidin Bin Ahmad
4- Mustafa As-Siba'ie
5- Sayyid Sabiq
6- Ahmad Hussein Deedat
7- Fazlur Rahman
8- Ismail A-Faruqi
9- Zulkifli Muhammad
10- Kalim Siddiqui
11- Syed Muhammad Naquib Al-Attas
12- Malik Babikir Badri
13- Fathi Yakan
14- Syed Hossein Nasr
15- Adnan Oktar
16- Zakir Naik

Bahagian 2: Tokoh Ulama
17- Mohd Idris Al-Marbawi
18- Abu A'la Al-Maududi
19- Malik Bin Nabi
20- Abdul Kadir Audah
21- Abdul Malik Bin Abdul Karim
22- Muhammad Al-Ghazali
23- Muhammad Mutawalli Sya'rawi
24- Mustafa Masyhur
25- Sa'id Hawwa
26- Abdullah Nasih Ulwan
27- Yusuf Al-Qardhawi
28- Nik Abdul Aziz Nik Mat
29- Haron Din

Bahagian 3: Tokoh Pejuang Agama
30- Umar Al-Mukhtar
31- Muhammad Yusof
32- Izzuddin Al-Qassam
33- Sayyed Ruhollah Musavi Khomeini
34- Hassan Al-Banna
35- Sayyid Qutb
36- Umar Tilmisani
37- Zainab Al-Ghazali
38- Abdullah Yusuf Azzam
39- Sheikh Ahmad Yassin
40- Sayyed Hassan Nasrallah
41- Muqtada Al-Sadr

Bahagian 4: Tokoh Politik
42- Muhammad Ali Jinnah
43- Muhammad Natsir
44- Burhanuddin Al-Helmy
45- Necmetin Erbakan
46- Hasan Turabi
47- Amien Rais
48- Anwar Ibrahim
49- Recep Tayyip Erdogan
50- Ahmadinejad

Harga = RM14.90 (Sem) RM16.90 (Sab/Swk)
Mukasurat = 205
Penulis = Ahmad Amri Zainal Adnan & Nurasyikin Ahmad
Penerbit = PTS Millennia Sdn. Bhd.

Tuesday, October 6, 2009

Ramadan: Tetamu Yang Dirindui

Ramadan datang dan pergi. Ramadan datang lagi. Apa yang seronoknya Ramadan ini? Ada yang berasa seronok kerana selepas Ramadan diikuti dengan Hari Raya Aidil Fitri. Namun adakah ia keseronokan sebenar Ramadan?

Buku ini mengupas rahsia bulan Ramadan yang masih menjadi 'misteri' oleh kebanyakan orang Islam. Buku ini turut memuatkan sejarah puasa, kelebihan daripada pelbagai sudut dan cara-cara bagaimana berpuasa yang mendatangkan impak yang nyata kepada individu Muslim. Diolah menggunakan bahasa yang mudah dan santai. Ia sesuai dibaca oleh segenap lapisan masyarakat.

Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkelulusan ijazah B.A. (Syariah) dari Universiti Islam Madinah dan ijazah M.A. (Siyasah Syar'iyyah) dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau adalah tokoh pendidik, ilmuwan, pendakwah dan pengasas pusat pengajian ilmu-ilmu Islam di Marang, Terengganu.

- Penerbit

KANDUNGAN

- Selamat Datang Ramadan!
- Suai Kenal Ramadan
- Apa Itu Puasa?
- Banyaknya Kelebihan Ramadan
- Sejarah Puasa
- Ganjaran Puasa Ramadan
- Hikmah Puasa
- Peristiwa Besar Pada Bulan Ramadan
- Puasa Daripada Perspektif Kesihatan
- Puasa Daripada Perspektif Psikologi
- Bagaimana Cara Berpuasa?
- Mengenali Puasa Wajib
- Perkara Penting Sebelum Berpuasa
- Ganjaran Bonus
- Doa Bagi Orang Yang Berpuasa
- Apa Yang Membatalkan Puasa?
- Puasa Ganti
- Kesimpulan; Puasa Dan Latihan Diri

Harga = RM12.00 (Sem) RM15.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 133
Penulis = Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang
Penerbit = PTS Islamika Sdn Bhd

Cahaya Di Atas Cahaya - Menyingkap Rahsia Alam Menurut Al-Quran & Sains

Al-Quran, selain fungsinya sebagai petunjuk dan hidayah dalam soal akidah, syariah, akhlak dan muamalah, ia juga menjadi petunjuk terhadap kadungan seisi alam semesta ini. Dengan kata lain Al-Quran dapat dijadikan sebagai sumber panduan utama dan pertama kebenaran agama dan ilmu pengetahuan (sains). Namun sesetengah pihak meragui kewujudan sains dalam Al-Quran. Adakah penemuan sains-sains moden itu selari dengan nas-nas Al-Quran, atau sebaliknya? Jika memang itu benar, mengapa yang menemukan kemukjizatan sains dalam Al-Quran justeru para ilmuwan Barat, bukannya cendekiawan Muslim? Lalu apa fungsinya Allah bersumpah dengan matahari, bulan, bintang dan tumbuh-tumbuhan?

Dr. Zahglul Raghib Muhammad Najjar, seorang Profesor dan pakar ilmu bumi (Geologi) akan memberikan kupasan dan huraian menyeluruh guna membuktikan kemukjizatan Al-Quran dalam bidang sains dan memberikan jawapan-jawapan lengkap, jelas, terang dan memuaskan terhadap pihak-pihak yang meragui kewujudannya dengan memadukan antara ayat-ayat Al-Quran dengan penemuan-penemuan sains moden.

- Penerbit

Harga = RM9.00
Mukasurat = 155
Penulis = Prof. Dr. Zaglul Al-Najjar
Penterjemah = Mujahidin Nuryadi
Penerbit = Pustaka Al-Shafa

Monday, October 5, 2009

Asmaul Husna - Dengan NamaMu Aku Hidup

Asma'ul Husna bukan sekadar sebuah irama. Malah, ia mengatasi lirik yang indah sebuah nasyid walaupun ia boleh dilagukan. Ia adalah teras rumusan tentang akidah yang benar, dibina di atas Arasy nama-nama Allah. Ia sehimpun nama-nama Tuhan yang memperkenalkan sifat diri-Nya dalam 99 nama-nama Mulia. Di sana ada erti yang mendalam bagi setiap satu dari nama-nama-Nya.

Seorang muslim yang berbakat untuk dididik adalah muslim yang gemar memerhati dan mendalami setiap satu dari bait Nama-Nama dan Sifat-Sifat yang terakam dari asma'-asma'-Nya itu. Keadaan tidak seharusnya terhenti di situ. Seterusnya Muslim itu perlu sedaya mungkin menggabungkan dirinya dengan Islam, justeru faham akan sifat Allah yang menjadi Al-Khaliq.

- Penerbit

Harga = RM17.00 (Sem) RM20.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 309
Karya = Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penerbit = Kemilau Publika Sdn Bhd

Menziarahi Kekasih Allah Di Hadhramaut, Yaman

Menziarahi maqam Para Wali yang terdiri daripada Ahli Keluarga Nabi kita Muhammad SAW.

Tempat-tempat bersejarah di Hadhramaut seperti maqam Nabi Hud AS, maqam Habib Abdullah Ibn 'Alawi Al-Haddad, Imam Al-Faqih Al-Muqaddam, Habib Abdullah Al-'Aidarus, Habib Umar Al-Muhdor, Syeikh Abdur Rahman As-Saqqaf, Habib Ali Al-Habsyi, Habib Umar Al-'Attos, Imam Ahmad Al-Muhajir Ahmad Ibn 'Isa, Masjid Al-Ba'lawi yang berusia 700 tahun, Zanbal, bandar Tarim, Seiyun dan banyak lagi.

- Penulis

KANDUNGAN

- Ijazah Kepada Penulis
- Muqaddimah
- Kelebihan Yaman
- Sejarah Hadhramaut Dan Tarim
- Tokoh-Tokoh Ulama' Hadhramaut
- Manaqib Imam Ahmad Al-Muhajir Ibn 'Isa Ar-Rumi RA
- Manaqib Imam Ubaidillah Ibn Ahmad Al-Muhajir Ibn 'Isa RA
- Manaqib Sayyid 'Alawi Ibn Ubaidillah ibn Ahmad Al-Muhajir Ibn 'Isa RA
- Manaqib Al-Faqih Muqaddam, Imam Muhammad Ibn Ali RA
- Manaqib Syeikh As-Sayyid Abdur Rahman As-Saqqaf Ibn Muhammad Mawla Al-Dawilah RA
- Manaqib Syeikh Sayyid Umar Muhdor Ibn Abdur Rahman As-Saqqaf RA
- Manaqib Syeikh Abu Bakar As-Sakran Ibn Abdur Rahman As-Saqqaf RA
- Manaqib Sayyid Abdullah Al-'Aidarus Ibn Abu Bakar As-Sakran RA
- Manaqib Habib Abdullah Ibn 'Alawi Al-Haddad RA
- Manaqib Habib Abdullah Al-Syathiri RA
- Manaqib Syeikh Abu Bakar Ibn Salim Ibn Abdillah Ibn Abdur Rahman As-Saqqaf RA
- Manaqib Habib Ali Ibn Muhammad Ibn Husain Al-Habsyi RA
- Manaqib Habib Umar Ibn Abdur Rahman Al-'Attos RA
- Nabi Hud AS Di Hadhramaut
- Manaqib Uwais Al-Qarani RA

Harga = RM20.90
Mukasurat = 185
Penulis = Ahmad Lutfi Bin Abdul Wahab Al-Linggi

Dahsyatnya Doa Ibu

Doa ibu setanding dengan doa nabi untuk umatnya, membawa kemuliaan dapat menolak fitnah, membuka pintu rezeki dan pintu hidayah sepanjang zaman. Justeru setiap anak wajib mentaati, menghormati dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa tanpa mengeluarkan kata-kata kasar yang mampu mengundang rasa marah insan mulia yang tinggi martabatnya di sisi Tuhan.

Buku Dahsyatnya Doa Ibu merungkai fakta-fakta sejarah kisah-kisah benar, ayat-ayat Al-Quran serta hadis-hadis yang menjadi bukti kekuasaan dan keajaiban doa para ibu yang mampu memberi kebahagiaan mahupun kebinasaan kepada anak-anak dalam sekelip mata sahaja.

- Penulis

KANDUNGAN

Bab 1: Doa Ibu Memberi Faedah
- Setiap Doa Memberi Faedah
- Doa Ibu Lebih Tajam Daripada Pisau
- Faedah Doa Ibu Untuk Anaknya

Bab 2: Menyingkap Dahsyatnya Doa
- Rahsia Dahsyatnya Doa
- Doa Adalah Otak Ibadah
- Doa Itu Mulia Di Sisi Allah
- Doa Dapat Mengubah Takdir
- Doa Adalah Senjata Yang Mujarab Bagi Orang Beriman

Bab 3: Menyingkap Dahsyatnya Doa Ibu
- Rahsia Dahsyatnya Doa Ibu
- Kemuliaan Ibu Sebagai Orang Tua
- Kedudukan Ibu Lebih Mulia Daripada Bapa
- Dalil Yang Menyatakan Dahsyatnya Doa Ibu

Bab 4: Bukti Dahsyatnya Doa Ibu
- Maryam Wanita Mulia
- Aisyah Bebas Daripada Fitnah
- Keluarga Khaulah Binti Tsa'labah Terselamat
- Seorang Ibu Bersama Anaknya Selamat Daripada Bahaya
- Lelaki Panjang Umur Pada Zaman Nabi Sulaiman
- Pemuda Derhaka Meninggal Dunia Husnul Khatimah

Bab 5: Manfaat Dan Kelebihan Doa Ibu
- Doa Ibu Seperti Doa Nabi Untuk Umatnya
- Doa Ibu Membawa Kemuliaan
- Doa Ibu Dapat Menolak Fitnah
- Doa Ibu Membawa Keselamatan
- Doa Ibu Membawa Husnul Khatimah
- Doa Ibu Membuka Pintu Rezeki
- Doa Ibu Menyihatkan Keluarga
- Doa Ibu Sumber Kekuatan Batin
- Doa Ibu Pintu Hidayah Sepanjang Zaman

Bab 6: Berbakti Dan Mendoakan Ibu
- Kewajipan Berbakti Kepada Orang Tua
- Saranan Supaya Seorang Anak Lebih Mengutamakan Ibu
- Lebih Menyayangi Dan Memuliakan Ibu
- Memandang Ibu Dengan Penuh Kasih Sayang
- Berkata Dan Bersikap Lembut Kepada Ibu
- Menjaga Keredaan Ibu
- Memohon Izin Apabila Masuk Ke Bilik Ibu
- Berdiri Apabila Menyambut Kedatangan Ibu
- Memberi Bahagian Yang Lebih Besar Kepada Ibu Berbanding Bapa
- Menjaga Ibu Yang Tua Dengan Baik
- Berdoa Untuk Ibu Semoga Allah Mengasihinya
- Berterima Kasih Dan Bersyukur
- Sepuluh Hak Orang Tua Yang Wajib Dipenuhi

Bab 7: Berbakti Dan Berdoa Selepas Ibu Tiada
- Kesempatan Berbakti Apabila Ibu Sudah Tiada
- Mendoakan Dan Memohonkan Keampunan Untuk Ibu
- Melaksanakan Wasiat Dan Nazar
- Bersilaturrahim Dengan Kaum Kerabat Dan Menghormati Mereka
- Taat Kepada Ibu Saudara Sebagai Pengganti Ibu
- Menziarahi Dan Berdoa Di Kubur Ibu
- Bersedekah Untuk Ibu
- Menunaikan Haji Untuk Ibu
- Tujuh Amal Soleh Yang Terus Mengalir Pahalanya
- Kemanisan Berbakti Kepada Ibu

Bab 8: Derhaka Kepada Ibu
- Larangan Menderhaka Kepada Ibu
- Derhaka Kepada Ibu Berdosa Besar
- Bentuk-Bentuk Penderhakaan Kepada Ibu
- Kesan Buruk Menderhaka Kepada Ibu
- Menderhaka Kepada Ibu Yang Zalim
- Jalan Keluar Bagi Anak Yang Derhaka

Bab 9: Akibat Buruk Menderhaka Kepada Ibu
- Alqomah Tidak Boleh Mengucap Dua Kalimah Syahadat
- Juraij Difitnah
- Malin Kundang Menjadi Batu
- Lelaki Berkepala Keldai Keluar Dari Kubur Dan Mendengking
- Ahli Perniagaan Yang Terpotong Tangannya
- Rosli Mati Berdiri Dengan Satu Kaki
- Ulama Kudung Kedua-Dua Kaki Dan Tangan Serta Matanya Tercungkil
- Salmah Susah Melahirkan Anak
- Saiful Lumpuh
- Shima Meninggal Dunia Selepas Dilangkahi Ibunya
- Budin Meninggal Dunia Dengan Perut Keras Membatu

Bab 10: Menjadi Ibu Teladan
- Ibu Yang Berjaya Memiliki Karakter Unggul
- Ibu Yang Berjaya Selalu Menambah Ilmu
- Ibu Yang Berjaya Selalu Memberi Teladan
- Ibu Yang Berjaya Ikhlas Hatinya
- Ibu Yang Berjaya Adalah Isteri Yang Baik
- Ibu Yang Berjaya Hidup Bermasyarakat
- Ibu Yang Berjaya Bersifat Penyabar
- Ibu Yang Berjaya Selalu Realistik
- Ibu Yang Berjaya Bersifat Lemah Lembut

Harga = RM14.90 (Sem) RM16.90 (Sab/Swk)
Mukasurat = 212
Penulis = Syamsuddin Noor
Penerbit = PTS Millennia Sdn. Bhd.

Sunday, October 4, 2009

Kematian Sebagai Iktibar

Perkara yang berkaitan dengan kematian dan alam kubur sering menimbulkan kesedaran dan keinsafan bagi orang yang menjadikannya sebagai iktibar. Ini sesuai dengan sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Cukuplah kematian itu sebagai pengajaran (iktibar)."

Buku ini menghuraikan perkara-perkara yang berkaitan dengan kematian. Diberi tajuk KEMATIAN SEBAGAI IKTIBAR kerana banyak perbahasan dalam buku ini mungkin boleh menjadi iktibar dan mungkin berkesan mengetuk hati dan juga menyedarkan orang yang lalai.

Di antara yang dibahas dalam buku ini ialah suasana menjelang kematian, malam pertama di alam kubur, ketika isi kubur sudah hancur dan komen orang-orang soleh menjelang wafatnya. Bahkan dilengkapi dengan soal-jawab tentang pengurusan jenazah. Semoga buku ini memberi manfaat bagi kita semua, Amin.

- Penerbit

KANDUNGAN

- Menjelang Kematian
- Cukuplah Kematian Sebagai Iktibar
- Malam Pertama Di Dalam Kubur
- Ziarah Kubur

- Soal-Jawab Tentang Kematian:
1 - Banyak Mengingati Mati
2 - Mencita-Citakan Kematian
3 - Dahi Berpeluh Ketika Dicabut Nyawa
4 - Mennghadapi Orang Yang Sakaratulmaut
5 - Membacakan Surah Yasin
6 - Membentangkan Kain Di Atas Mayat
7 - Mati Meninggalkan Hutang
8 - Air Untuk Memandikan Jenazah
9 - Memandikan Rasulullah
10 - Hukum Mencium Mayat
11 - Berapa Lapis Kain Kafan?
12 - Baju Dijadikan Kafan
13 - Warna Kain Kafan
14 - Membaguskan Kain Kafan
15 - Dua Mayat Dalam Satu Lubang
16 - Berlebihan Dalam Kain Kafan
17 - Memandikan Jenazah Isteri
18 - Orang Yang Dihukum Hudud
19 - Solat Untuk Orang Yang Bunuh Diri
20 - Jenazah Yang Sudah Dikubur
21 - Hukum Meratapi Mayat
22 - Solat Jenazah Ghaib
23 - Bilangan Orang Yang Solat Jenazah
24 - Menyembahyangkan Jenazah Wanita
25 - Menyembahyangkan Jenazah Di Masjid
26 - Mendoakan Jenazah
27 - Pahala Menghadir (Melawat) Jenazah
28 - Cara Berjalan Mengikuti Jenazah
29 - Perempuan Ikut Menghantar Jenazah
30 - Memasukkan Mayat Ke Liang Kubur
31 - Hukum Ziarah Kubur
32 - Diseksa Kerana Ratapan Keluarga
33 - Hukum Takziah
34 - Menetukan Ahli Syurga Atau Neraka

- Meratapi Mayat
- Rasulullah Tahu Kematian Najasyi
- Siapa Sebenarnya Najasyi Itu?
- Solat Jenazah Di Masjid
- Apakah Solat Ghaib Itu Dianjurkan?
- Pendapat Yang Lebih Kuat
- Memberitahukan Kematian
- Ketika Isi Kubur Sudah Hancur
- Datang Tanpa Teman
- Huru-Hara Kiamat
- Bekal Menghadapi Hari Kiamat

Harga = RM11.00
Mukasurat = 198
Penulis = Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni
Penterjemah = Muhammad Akhyar LC & Drs. Syahrin Jasah
Penerbit = Pustaka Al-Shafaf

Wednesday, September 30, 2009

Muhammad SAW: Jejak Junjungan Mulia

Menilik buku ini samalah seperti kita cuba berpegang kepada makna dan semangat nas untuk memecahkan masalah-masalah kehidupan yang sulit. Hakikatnya seolah-olah kita membelek diari hidup Nabi Muhammad SAW yang siddiq dalam proses menyukat kualiti diri. Kita bagaimana?

Meskipun kita diberitahu bahawa Al-Quran merupakan wahyu yang jelas nyata, namun penjelasan lanjut sangat diperlukan saat hidupnya Nabi Muhhammad SAW. Ketersusunan kisah Baginda telah menentukan batas-batas yang jelas tentang kehidupan tidak akan terkalahkan oleh mana-mana karya ciptaan manusia.

- Penerbit

KANDUNGAN

Bab 1: Perang Hunain, mencatat tamadun Islam yang luhur
Bab 2: Salah tafsir musuh Islam terhadap jihad
Bab 3: Kaum Ansar dan Muhajirin di sisi Rasulullah SAW
Bab 4: Helah puak munafikin ingkari arahan Rasulullah SAW
Bab 5: Golongan yang tercicir dalam tugas jihad
Bab 6: Arahan memulaukan golongan mukhallafun
Bab 7: Menentang yang mendakwa pengikut Nabi Isa AS
- Iktibar dan pengajaran daripada peristiwa Perang Tabuk
Bab 8: Kurnia Allah SWT di sebalik kesukaran berjihad di Tabuk
Bab 9: Islam menghargai nyawa dan menghormati rumah ibadat
Bab 10: Ingkari jihad serlahkan golongan munafik
Bab 11: Munafikin: Dilayan lembut tanpa kasih sayang
Bab 12: Tidak tergelincir meskipun kaki Kaab di tempat licin
Bab 13: Sujud syukur dan bersedekah tatkala menerima berita baik
Bab 14: Deklarasi Allah SWT terhadap kaum musyrikin
Bab 15: Musyrikin diberi peluang undur ke garisan awal
Bab 16: Budaya jahiliah dalam ibadah haji puak musyrikin
Bab 17: Kaedah bertahan dan menyerang dalam peperangan
Bab 18: Niat jahat munafikin di sebalik pembinaan Masjid Dhirar
Bab 19: Masjid Dhirar: Kemuncak rancangan jahat munafikin
Bab 20: Tindakan tegas dan keras terhadap musyrikin
Bab 21: Kaum Saqif memeluk Islam setelah tidak upaya melawan Nabi
Bab 22: Khalid Bin Walid ketuai pasukan pemusnah berhala
Bab 23: Apabila pintu hati golongan Quraisy terbuka
Bab 24: Nasihat Nabi: Sederhana dalam kasih sayang dan benci
Bab 25: Orang kafir dibenarkan memasuki masjid kecuali Masjid Al-Haram.
Bab 26: Antara musyrikin Saqif dan kafir kitabi Najran
Bab 27: Nasrani Najran gerun bermubahalah dengan Nabi
Bab 28: Adi Bin Hatim At-Toei' memeluk Islam
Bab 29: Rahsia Adi Bin Hatim memeluk Islam
Bab 30: Perkara yang mendorong Adi mempelajari sahsiah Nabi
Bab 31: Air mata Mu'az mengiringi wasiat terakhir Nabi
Bab 32: Menyingkap wasiat Nabi kepada Mu'az dan Musa
Bab 33: Hikmah di sebalik kelewatan Nabi melaksanakan haji
Bab 34: Wasiat Nabi untuk muslimin melalui khubah terakhir di Arafah
Bab 35: Kekarutan jahiliah harus sebaik Nabi melakukan haji
Bab 36: Memahami kedudukan sebagai hamba Allah SWT
Bab 37: Nabi menyeru menghargai harta dan nyawa
Bab 38: Golongan yang menghidupkan budaya jahiliah
Bab 39: Wasiat Nabi supaya memuliakan wanita
Bab 40: Keperluan insan terhadap Al-Quran dan sunnah
Bab 41: Mentaati perintah hanya dalam perkara makruf
Bab 42: Remaja pilihan Nabi memimpin peperangan melawan Rom
Bab 43: Abu Bakar mententeramkan keadaan ketika Nabi wafat
Bab 44: Ketakwaan Usamah menarik perhatian Nabi
Bab 45: Rasulullah SAW dilindungi dengan sifat 'maksum'
Bab 46: Menjampi dengan Al-Quran
Bab 47: Nabi menjampi dan berdoa' ketika menziarahi pesakit
Bab 48: Mengenali kehebatan dan kelemahan sihir
Bab 49: Isyarat Nabi tentang kelayakan Abu Bakar sebagai khalifah
Bab 50: Kelebihan Abu Bakar dan Ali di sisi Rasulullah SAW
Bab 51: Senyuman terakhir menjelang kewafatan Rasulullah SAW
Bab 52: Mustad'afin sentiasa mendapat pembelaan Nabi
Bab 53: Khalifah Abu Bakar perangi golongan murtad
Bab 54: Khalifah dan tenteranya berhadapan penjajah Rom
Bab 55: Khalid Bin Walid dipecat daripada jawatan panglima perang
Bab 56: Umar membentuk Majlis Syura pertama
Bab 57: Warga Madinah turut serta dalam pemilihan khalifah ke-3
Bab 58: Khalifah Usman hadapi bantahan penduduk Kufah
Bab 59: Saidina Ali bantu Khalifah Usman atasi kemelut politik
Bab 60: Khalifah Usman menjadi mangsa fitnah kaum kerabat
Bab 61: Fitnah membawa tragedi pembunuhan Khalifah Usman
Bab 62: Ahli Badar melantik Ali sebagai khalifah
Bab 63: Terlalu besar jasa Saidina Usman terhadap Islam
Bab 64: Ali menyeru Muawiyah mengelak perang saudara
Bab 65: Muawiyah menjulang Al-Quran ketika tentera Ali hampir menang
Bab 66: Saidina Ali terbunuh akibat dendam tunang Ibnu Maljam

Harga = RM20.00 (Sem) RM23.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 244
Penulis = Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penerbit = Kemilau Publika Sdn Bhd

Wasiat Luqman Al-Hakim - Mentafsir Dan Memahami Pesanan Luqman Al-Hakim Yang Tercatat Dalam Al-Quran

Wasiat Luqman Al-Hakim kepada anaknya seperti yang tedapat dalam surah Luqman sering dijadikan rujukan untuk mencari bahan guna mendidik anak-anak. Bukan sahaja berguna bagi anak-anak, malah wasiat atau nasihat ini berguna untuk panduan seluruh umat sejagat. Malah ayat-ayat 12 hingga 19 surah Luqman ini adalah sumber rujukan yang paling popular.

Apa pun buku WASIAT LUQMAN AL-HAKIM ini menyorot dengan panjang lebar tentang isi pengajaran kepada kata-kata Luqman Al-Hakim kepada anaknya.

- Penulis

KANDUNGAN

- Siapa Sebenarnya Luqman Al-Hakim

- Pengenalan Dan Kepentingan Hikmah

- Pesanan-Pesanan Luqman Al-Hakim
1. Jangan Sekali-Kali Mensyirikkan Allah Azzawajalla.
2. Bersyukur Kepada Allah Azzawajalla.
3. Berhemah Tinggi Terhadap Ibu Bapa.
4. Kembali Kepada Allah SWT
5. Yakinilah Alam Ghaib Dan Penyaksiannya.
6. Tunaikan Solat Dan Berdakwahlah.
7. Suruhlah Perkara Makruf Dan Tegahlah Kemungkaran!
8. Bersabarlah Atas Sesuatu Yang Menimpa.
9. Awasi Sifat Ego Dan Bersederhanalah.
10. Bertaawaduklah.

- Huraian Umum Hikmah-Hikmah Luqman Al-Hakim Dalam Al-Quran

- Himpunan Wasiat Luqman Al-Hakim

Harga = RM20.00 (Sem) RM22.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 164
Penulis = Ustaz Ahmad Hasan Mohd. Nazam
Penerbit = Telaga Biru Sdn. Bhd.

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...