Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Monday, July 13, 2009

Don't Be Sad

At a time in which the Muslims are beset with trials from every periphery and within, comes this heartening book rooted in the commandments of Allah (SWT), the Sunnah and the excellent guidance and examples of the Muslims that have come before us.

DON'T BE SAD is an absolute must-read for all people. It is full of practical advice on how to replace it with a pragmatic and ultimately satisfying Islamic outlook on life. It expose to the modern reader how Islam teaches us to deal with the tests and tribulations of this world.

So, take heart and hold firmly onto the rope of Allah.

Harga = RM45.00
Mukasurat = 467
Penulis = Dr. 'Aidh ibn Abdullah al-Qarni
Penterjemah = Faisal ibn Muhammad Shafeeq
Penerbit = IPH Islamic Preaching House

Jangan Bersedih - Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan

Buku ini merupakan hasil kajian yang bersungguh-sungguh dari penulis, yang cuba menyelesaikan berbagai masalah dalam kehidupan manusia. Permasalahan yang timbul akibat keraguan, kegelisahan, dukacita, penderitaan, kesedihan, keputusasaan, hilang harapan, kekecewaan dan berbagai lagi.

Buku ini diharap dapat memberikan penyelesaian terhadap segala permasalahan tersebut, melalui tuntutan cahaya wahyu, petunjuk ajaran Nabi dan panggilan fitrah kemanusiaan, serta melalui berbagai saranan yang kreatif dan etika yang mengkagumkan. Di dalam buku ini juga terdapat berbagai nukilan sejarah para sahabat terbaik dan tabi'in terpilih. Juga ada beberapa potongan bait puisi para penyair terkemuka, nasihat daripada para doktor, pesanan para ahli hikmah dan tuntuan para ulama.

Di antara lembaran-lembaran halaman buku ini terdapat pula beberapa hasil karya ilmiah dari para ilmuan Timur dan Barat, terdahulu dan masakini. Semuanya dirangkum dari berbagai sumber media maklumat, berupa tulisan yang terdahulu, majalah, makalah dan beberapa media lainnya...

- Penerbit

Harga = RM35.00
Mukasurat = 612
Penulis = Dr. Abdullah 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni
Penterjemah = Noraine Abu
Penerbit = Al-Hidayah Publications

Friday, July 10, 2009

Anugerah Dari Langit - Sejarah Al-Quran

Al-Quran adalah wahyu yang diturunkan dari langit oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril AS. Sejarah penurunannya selama 23 tahun secara beransur-ansur telah memberi kesan yang sangat besar dalam kehidupan seluruh manusia. Di dalamnya terkandung pelbagai ilmu, hikmah dan pengajaran yang tersurat mahupun tersirat. Sesungguhnya 'Anugerah Dari Langit' ini tidak terkata nilainya.

Sebagai umat Islam, kita haruslah berpegang kepada Al-Quran dengan membaca, memahami dan mengamalkan serta menyebarluas ajarannya. Bagi mereka yang mencintai dan mendalaminya akan mengambil iktibar serta pengajaran, lalu menjadikannya sebagai panduan dalam meniti kehidupan dunia menuju destinasi akhirat yang kekal abadi.

Semoga buku ini bermanfaat dalam memberikan penerangan dan pemahaman tentang sejarah berkisar Al-Quran ul Karim, InsyaAllah.

- Penulis

KANDUNGAN

- Mengenali Al-Quran
- Asbabun Nuzul
- Nama-Nama Al-Quran
- Bagaimana Al-Quran Diturunkan
- Bagaimana Wahyu Disampaikan
- Al-Quran Diturunkan Beransur-Ansur
- Ayat Al-Quran Yang Mula Dan Yang Akhir Diturunkan
- Bagaimana Al-Quran Ditulis
- Al-Quran Diturunkan Tujuh Huruf
- Mengenal Mushaf Uthmany
- Mukjizat Al-Quran
- Kelebihan Al-Quran
- Adab-Adab Membaca Al-Quran

Harga = RM8.00
Mukasurat = 150
Penulis = Ustaz Mohd. Yusuf Ahmad (Universiti Malaya)
Penerbit = Darul Nu'man

Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah

Tujuan asas buku ini dan perbahasan yang terkandung di dalamnya ialah untuk menegaskan bahawa para da'i Muslim tidak akan mencapai kejayaan selama mereka belum bersifat "Rabbaniyyin". Sesungguhnya banyak persoalan penyelewengan, fitnah yang berlaku di dalam kehidupan dan perkembangan da'wah di sana sini. Hal ini adalah pertamanya kerana kecuaian para da'i itu sendiri menunaikan hak dan tanggungjawab terhadap diri sendiri. Kesibukan mereka di dalam kerja-kerja penyampaian da'wah telah mengurangkan "commitment" mereka sendiri dan penyertaan mereka dengan kandungan da'wah itu sendiri.

Selama belum tercapai interaksi antara du'at dan hidayah yang dikembangkan oleh mereka selagi itulah mereka tidak akan dapat menjadi penunjuk dan pembimbing orang lain. Orang yang tidak memiliki sesuatu pasti tidak akan dapat memberikan apa-apa.

- Petikan Muqaddimah

KANDUNGAN

BAHAGIAN PERTAMA: RINTANGAN PERJUANGAN DALAM KEHIDUPAN PENDA'WAH
- Orang Mu'min Yang Dengki Kepadanya
- Orang Munafiq Yang Benci Kepadanya
- Orang Kafir Yang Memeranginya
- Syaitan Yang Menyesatkan
- Nafsu Yang Meransangnya

BAHAGIAN KEDUA: CIRI-CIRI KEIMANAN
- Sifat-Sifat Keimanan Yang Perlu Dijaga

BAHAGIAN KETIGA: BEKALAN PARA DA'I

BAHAGIAN KEEMPAT: BAHTERA PENYELAMAT UNTUK PARA DA'I

Harga = RM17.00
Mukasurat = 232
Penulis = Dr. Fathi Yakan
Penterjemah = Ustadh 'Abdul Ghani Shamsuddin & Ustadh Zawawi Hj. 'Ali
Penerbit = Dewan Pustaka Fajar

Thursday, July 9, 2009

Islam Adil Untuk Semua

Keadilan mengikut tafsiran demokrasi Barat tidak lengkap dan menyeluruh kerana dikongkong perasaan perkauman, bangsa, pengaruh harta, pangkat dan monopoli politik. Islam tampil menjadi penyelamat serta pelindung dalam menjaga keadilan, kebebasan dan hak manusia tanpa menafikan prinsip demokrasi.

Menurut orientalis Barat Snouck Hurgronje, "Yang wajib ditakuti oleh pemerintah Barat bukanlah Islam sebagai agama, tetapi Islam sebagai doktrin politik". Kesannya, Islam difitnah sebagai agama kolot, menindas, merendahkan hak wanita, melaksana undang-undang rimba dan monopoli harta.

Buku ini mengupas secara jelas konsep dan aplikasi Islam menjaga dan memelihara keadilan kepada semua kelompk masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Ia merangkumi pentadbiran politik, transaksi ekonomi, kesaksamaan sistem kehakiman, hak keadilan wanita dan orang bukan Islam. Buku ini juga menjelaskan asas-asas adil dalam Islam dan falsafah serta prinsip keadilan Islam secara mudah dan terperinci.

"Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim,
walaupun sebesar debu." (Surah An-Nisak : 40)

KANDUNGAN

- Apa Erti Adil
- Politik Dan Amanah
- Islam Dan Demokrasi
- Diktatorship Dan Teokrasi
- Peranan Ulil Amri
- Adil Syarat Wajib
- Keadilan Undang-Undang
- Siasah Syar'iyyah
- Kehakiman
- Keadilan Ekonomi
- Keadilan Masyarakat
- Pembebasan Hamba
- Hukuman Qisas
- Islam Dan Hubungan Antara Bangsa

Harga = RM14.00 (Sem) RM15.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 120
Penulis = Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Penerbit = PTS Islamika

Tuesday, July 7, 2009

Mengapa Kami Bantah! (Edisi Kedua) Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) - Mesti Baca!!!

Setelah sekian lama bahasa Melayu berjaya memandaikan semua lapisan warga negara Malaysia, kini pemimpin Melayu menggantikannya dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pendidikan. Dasar ini ditentang dengan alasan-alasan lojikal oleh cendekiawan dan budayawan Melayu. Bacalah hujah-hujah mengapa mereka menentang. Mereka mengemukakan hujah jitu dengan tidak meremehkan pandangan orang lain.

Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan adalah Profesor Bahasa Melayu di Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, dan merangkap Pengarah, Institut Peradaban Melayu, di universiti yang sama. Beliau adalah antara cendekiawan dan budayawan Melayu yang lantang memperjuangkan supaya kedudukan dan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu dan bahasa pentadbiran negara dikembalikan semula.

- Penerbit

"Buku ini mengandungi hujah-hujah bagi memansuhkan PPSMI. Adalah didapati bahawa dasar PPSMI ini tidak sah dari segi undang-undang. Sekiranya dilaksanakan juga, maka kesan negatif terhadap bangsa dan budaya Malaysia khasnya adalah sangat serius."

KANDUNGAN

- Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan
- Pendirian Bersama Para Profesor SAKTI Seluruh Malaysia Terhadap Dasar PPSMI
- Nasionalisme Dan Perjuangan Bahasa
- Kekeliruan Sikap Dan Budaya Pemimpin
- Yang Kita Perjuangkan Bukan Sekadar Bahasa
- Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002: Sebuah Tragedi Dalam Peradaban Melayu Moden
- Musibah PPSMI Dalam Konteks Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Tunjang Tamadun
- Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Pengantar Sains Dan Matematik: Mengapa Ditentang? Soalan Yang Selalu Ditanyakan
- Penerimaan Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris: Konflik Antara Dua Darjat
- Bahasa Melayu Akan Pupus
- Ramalan Ngeri Masyarakat Budayawan
- Kesan Dasar Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Di Sekolah Rendah Dan Menengah

LAMPIRAN: RESOLUSI-RESOLUSI TERPILIH

- Memorandum Gerakan Memansuhkan PPSMI
- Memorandun Asasi Tentang Pengajaran Sains Dan Matematik Sekolah Dalam Bahasa Inggeris
- Kebimbangan Kumpulan Prihatin
- Isu Bahasa & Pendidikan: Harapan Kumpulan Prihatin
- Petisyen Kepada Kementerian Pelajaran Malaysia
- Resolusi Seminar Agenda Melayu
- Usul Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM)

Harga = RM15.00 (Sem) RM17.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 209
Penyusun = Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan
Penerbit = Persatuan Penterjemah Malaysia

Agama Dan Politik - Wawasan Ideal Dan Menyanggah Kekeliruan Pemikiran Sekular - Liberal

Merupakan suatu kebaikan juga kalau politik masuk ke dalam agama, bukan untuk menjadikan agama sebagai tunggangan atau sebagai suatu alat eksploitasi terhadap pihak lain, melainkan untuk menjadikan agama itu sebagai petunjuk agar terwujudnya suatu pemerintahan yang adil berdasarkan pemesyuaratan dan setiakawan sosial; untuk menjadikan agama itu sebagai suatu kekuatan pendorong agar politik menjadi alat penolong kebenaran, sarana buat kebajikan; serta menjadi kekuatan pengawal agar politik tidak digunakan sebagai alat untuk berbuat kejahatan dan menyebar luaskan lerusakan akhlaq.

Kalau semua yang tersebut di atas merupakan fungsi daripada agama secara amnya, maka agama Islam-secara khas-menolak adanya pemisahan antara agama dan politik, antara akidah dan syari'at, antara ibadah dan muamalah, antara masjid dan pasar , serta antara iman dan kehidupan.

Tidak adanya pemisahan tersebut sudah lama diterapkan dalam sejarah Islam selama lebih dari tiga belas kurun lamanya. Setelah imperilisme Barat menyerang negara-negara Islam, menguasai berbagai aspek kehidupan serta menjadi satu-satunya pemilik kuasa dalam menentukan, undang-undang, pengetahuan, pendidikan dan informasi, barulah terjadi banyak perubahan. Mereka kemudian mengarahkan dan mencorakkan negara-negara Islam menurut keinginan mereka.

Tetapi, kebangkitan Islam moden benar-benar telah menghapuskan perbuatan sesuka hati kaum imperialis sekaligus membuangkannya. Setelah benar-benar sirna, mulailah muncul kekuatan jati diri Islam yang tampak pada umatnya. Terbuktilah Sunnatullah bahawa pada akhirnya kemenangan akan menjadi milik kebenaran dan hanya yang paling mulia dan paling sesuailah yang akan wujud.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAB1: MENJELASKAN DUA ISTILAH KUNCI
- Agama Dan Politik

Fasal 1: Definisi Kata 'ad-din' Menurut Etimologi Dan Terminologi
Fasal 2: Definisi Kata 'as-Siyasah'

BAB 2: KAITAN AGAMA DAN POLITIK
- Antara Perspektif Ulama Dan Golongan Sekularis

Fasal 1: Sekularis Menafikan Kesejagatan Islam
Fasal 2: Tidak Ada Pemisahan Agama Dan Politik
Fasal 3: Sebutan Islam Politik
Fasal 4: Politik Dalam Perspektif Teks Dan Maslahah
FAsal 5: Maslahah Statik Dan Maslahah Dinamik

BAB 3: AGAMA DAN NEGARA DALAM ISLAM

Fasal 1: Islam Berhak Mendirikan Sebuah Negara
Fasal 2: Umat Islam Berhak Memiliki Parti Politik
Fasal 3: Negara Islam: Negara Sivil Yang Berpandukan Ajaran Islam
Fasal 4: Negara Islam Adalah Negara Syura Yang Sesuai Dengan Semangat Demokrasi
Fasal 5: Negara Islam Dan Hak-Hak Kaum Minoriti
Fasal 6: Negara Islam Dan Hak-Hak Asasi Manusia

BAB 4
Bahagian 1
- Sekularisme: Penyelesaian Atau Masalah?
- Al-Jabiri, 'Sekularisme Di Dunia Arab Adalah Slogan Palsu'
- Prof. Abul Majd, "Jangan Mengajak Kepada Sekularisme"
- Rasionaliti Dan Demokrasi Dapat Berjalan Selari Dengan Substansi Islam
- Rasionaliti Yang Ideal
- Hegemoni Semangat Intelektual Dalam Kehidupan
- Karekteristik Semangat Ilmiah Yang Diperlukan
- Hubungan Filosof Ibnu Rusy Dan Sekularisme: Kekeliruan Meyalahi Fakta

Bahagian 2
- Aliran Sekularisme Islam

BAB 5: POLITIK KUMPULAN MINORITI ISLAM
- Kewujudan Islam Di Barat
- Konservatisme Yang Tidak Eksklusif Dan Inklusifisme Yang Tidak Tercabut Dari Akarnya

Harga = RM28.00 (Sem) RM31.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 254
Penulis = Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawy
Penterjemah = Ibnu Sham
Penerbit = Alam Raya Enterprise

Doa & Amalan Di Bulan Rejab, Sya'aban Dan Ramadhan

KANDUNGAN

DOA DAN AMALAN DI BULAN REJAB
- Doa Rasulullah S.A.W. Menjelang Bulan Rejab
- Doa Istighfar Pagi Dan Petang Rejab
- Doa Istighfar Agar Dikabulkan
- Doa Penghulu Istighfar
- Doa Memohon Keredhaan Allah
- Doa Sayyiduna Ali R.A.
- Doa Nabi Adam A.S.
- Istighfar Memohon Keampunan
- Keistimewaan Bulan Rejab

DOA DAN AMALAN DI BULAN SYA'BAN
- Membaca Surah Yaasin Di Malam Nisfu Sya'ban
- Makna Surah Yaasin
- Doa Yang Masyhur Malam Nisfu Sya'aban
- Doa Rasulullah S.A.W. Sewaktu Solat Di Malam Nisfu Sya'aban
- Keistimewaan Bulan Nisfu Sya'aban

DOA DAN AMALAN DI BULAN RAMADHAN
- Doa Rasulullah S.A.W. Sewaktu Melihat Anak Bulan
- Doa Pada Hari Pertama Di Bulan Ramadhan
- Doa Berpisah Dengan Bulan Ramadhan
- Doa Selepas Solat 5 Waktu Di Bulan Ramadhan
- 7 Perkara Sunat Dilakukan Rasulullah S.A.W. Di Bulan Ramadhan
- Keistimewaan Bulan Ramadhan

Harga = RM12.50
Mukasurat = 112
Penyusun = Ahmad Lutfi Bin Abdul Wahab Al-Linggi
Penerbit = Mawleed Publishing

Saturday, July 4, 2009

Panduan Qurban, Aqiqah Dan Khitan - Ibadah Yang Amat Digalakkan

Dalam buku ini dihuraikan secara terperinci segala masalah yang berkaitan dengan tiga bentuk amalan yang telah menjadi kelaziman kaum muslimin dari dahulu hingga sekarang. Tiga ibadah yang kami maksudkan ialah: ibadah qurban, aqiqah dan berkhitan. Walaupun ketiga-tiga ibadah ini sunat hukumnya, tetapi ketiga-tiganya mempunyai hikmah yang besar dan ganjaran yang hebat.

Benar, mereka mengkhitankan anak-anak mereka, tetapi hal itu mereka lakukan tidak disertai dengan penghayatan terhadap makna khitan. Mereka merasa cukup dengan membawa anak mereka ke klinik dan membayar upah sekian ringgit, lalu selesai. Mereka tidak pernah mencuri tahu makna apa yang ada di sebalik khitan itu, sehingga mereka tidak peduli dengan aspek spiritual dan sosial dari berkhitan itu.

Demikian pula halnya dengan aqiqah. Bahkan mungkin ada sesetengah orang yang menganggap aqiqah sebagai sesuatu yang melanggar prinsip ekonomi, sebagai penghamburan wang untuk sesuatu yang tidak nyata manfaatnya. Atau ada pula orang malah mengganti aqiqah itu dengan berpesta ria menyambut kelahiran bayi yang tidak boleh kita temukan dasarnya dalam agama.

Buku ini disusun berdasarkan keperluan praktikal tersebut. Yakni di samping memberi gambaran tentang berkhitan dan aqiqah juga seboleh mungkin mengungkap hikmatut tasyri' berkhitan dan aqiqah. Namun demikian, kami berusaha untuk tidak melupakan dimensi keilmuan dengan tetap menampilkan khazanah pemikiran Islam dalam masalah berkhitan dan aqiqah.

- Penyusun
KANDUNGAN

BAHAGIAN 1: SEJARAH QURBAN
- Asal-Usul Qurban
- Qurban Pada Masa Nabi Adam A.S.
- Qurban Pada Masa Nabi Ibrahim A.S.
- Qurban Pada Masa Nabi Musa A.S.

TUJUAN BERQURBAN

BAHAGIAN 2: QURBAN, FADHILAT DAN HUKUMNYA
- Pengertian Qurban
- Fadhilat Berqurban
- Hukum Berqurban

HAIWAN QURBAN
- Buta Sebelah Matanya
- Pincang
- Sakit
- Kurus
- Berkudis
- Taula'
- Tanggal Giginya

MENUNGGANG HAIWAN QURBAN

PENYEMBELIHAN
- Dasar Penyembelihan
- Rukun Dan Syarat Menyembelih
- Waktu Penyembelihan
- Hal-Hal Yang Disunatkan Ketika Menyembelih
- Alat Menyembelih
- Penyembelihan Dengan Alat Moden
- Sembelihan Janin

DAGING QURBAN

BAHAGIAN 3: BEBERAPA KEMUSYKILAN TENTANG QURBAN
- Haiwan Yang Boleh Dijadikan Qurban
- Manakah Yang Lebih Afdhal?
- Haiwan Qurban Yang Gemuk, Cantik Dan Bertanduk
- Boleh Berqurban Dengan Haiwan Jantan Atau Betina
- Haiwan Qurban Tidak Boleh Yang Bercacat
- Umur Haiwan Yang Dapat Dijadikan Qurban

BAHAGIAN 4: MATLAMAT BERQURBAN
- Dasar Berqurban
- Mengikhlaskan Niat Kerana Allah
- Haiwan Qurban Yang Memenuhi Syarat
- Tidak Mencukur Bulu Dan Tidak Memootong Kuku
- Menyembelih Mengikut Syariat
- Cara Menyembelih Qurban
- Dilarang Menjual Daging Qurban
- Berbuka Puasa Dengan Daging Qurban

BAHAGIAN 5: BILANGAN HAIWAN QURBAN
- Satu Qurban Untuk Satu Keluarga
- Qurban Atas Nama Orang Yang Sudah Mati
- Qurban Gotong Royong
- Berqurban Dengan Cara Menabung

BAHAGIAN 6: AQIQAH
- Pengertian Aqiqah
- Dalil Disyariatkan Aqiqah
- Hukum Aqiqah
- Haiwan Untuk Aqiqah
- Pesta Aqiqah

BAHAGIAN 7: 'ATIRAH, FARA' DAN NAZAR
- Pengertian 'Atirah
- Pengertian Fara'
- Hukum Penyembelihan 'Atirah Dan Fara'

NAZAR
- Pengertian Nazar

BAHAGIAN 8: BERKHITAN
- Pengertian Khitan
- Dalil Pensyariatan Berkhitan
- Hukum Berkhitan
- Yang Dipotong Ketika Mengkhitan Anak Lelaki
- Yang Dipotong Ketika Mengkhitan Anak Perempuan
- Waktu Berkhitan
- Orang Yang Mengkhitan
- Pesta Berkhitan

BAHAGIAN 9: HIKMAH BERQURBAN
SETIAP PERISTIWA BERLAKU ADA HIKMAHNYA
- Qurban Yang Dibakar
- Qurban Penebus Dosa
- Qurban Untuk Keselamatan

BAHAGIAN 10: HIKMAH AQIQAH DAN BERKHITAN

Harga = RM14.00
Mukasurat = 256
Penyusun = Muhammad Husnan Karim
Penerbit = Berlian Publications Sdn Bhd

Friday, July 3, 2009

Perselisihan Dalam Hukum Feqah

...Segala usaha yang dilakukan oleh para sahabat, tabi'en dan ulama-ulama semasa semuanya menghala kepada motif yang satu iaitu menyelesaikan sebarang perselisihan yang terdapat dalam hukum-hakam agama. Banyak sekali kaedah yang telah mereka fikirkan sama ada mengkaji dalil-dalil yang menunjukkan hukum-hakam tersebut ataupun mencari jalan-jalan yang sesuai untuk ditentukan sesuatu hukum padanya. Seseorang yang mengikuti setiap pengkajian tersebut pastinya akan mendapati bahawa banyak sekali hukum yang dipakai pada hari ini adalah hasil yang dicapai oleh para ulama yang terdahulu. Hampir keseluruhan hukum yang mereka fatwakan dapat diambil kata sepakat. Dan tugas untuk meneruskan lagi segala usaha mereka itu dalam menuju ke jalan persepakatan adalah menjadi tanggungjawab kita semua, bukannya menyemarakkan lagi jurang perbezaan yang cuba mereka dekatkan.

- Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar

KANDUNGAN

- Definisi Perselisihan
- Perintah Dan Larangan Allah
- Tidak Elok Bertelingkah Kerana Perkara Kecil
- Permasalahan Yang Menimbulkan Perselisihan
- Jenis Dan Sebab Perselisihan
- Syariat Dan Amalan
- Berpegang Teguh Pada Syarak
- Utamakan Syarak, Kemudiankan Pendapat Dan Tinggalkan Perselisihan
- Pendapat Dan Batasannya
- Tidak Mengikut Orang Yang Membelakangkan Nas Syarak Sekalipun Dia Berkedudukan Tinggi
- Taatilah Orang Yang Taat Kepada Allah
- Pendapat Dan Dalil Nas
- Fanatik
- Perselisihan Dan Pendebatan
- Menentukan Hukum Pada Tempatnya
- Bacalah Buku Yang Ada Dalil
- Mengkaji Dengan Teliti Dan Berijtihad Dan Tidak Tergesa-Gesa Dalam Mengeluarkan Fatwa
- Banyakkan Berbincang Dengan Ahli Ilmu
- Kesilapan Dalam Mengeluarkan Hukum
- Menjauhi Diri Dari Permasalahan Yang Diabaikan Oleh Syariat
- Pertanyaan Yang Digalakkan
- Larangan Keterlampauan Dalam Beragama

Harga = RM7.90
Mukasurat = 126
Penulis = Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar
Penterjemah = Zayuki
Penerbit = Jasmin Enterprise

Wednesday, July 1, 2009

Bahagiakah Rumahtangga Anda? - Siri Motivasi Pembuka Hati

Buku ini menitikberatkan tentang motivasi rumahtangga yang memberi penekanan kepada aspk menyuburkan jiwa, memberi kekuatan, dorongan dan ransangan dalam membina keluarga, memberi kefahaman kepada pembaca tentang falsafah dan tujuan rumahtangga serta peripentingnya rumahtangga sebagai tapak pembinaan masyarakat dan negara bahkan untuk kesejahteraan umat seluruhnya.

Justeru, buku ini membawa pembaca untuk melihat bahawa persoalan rumahtangga bukan perkara kecil dan remeh kerana rumahtangga ada hubung kait dengan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat bahkan ada kaitan dengan nasib dan masa depan umat Islam, secara sedar atau tidak, secara langsung atau tidak langsung.

- Penerbit

KANDUNGAN

- Bahagia Dengan Tuhan
- Perkahwinan Ibarat Membangunkan Masjid
- Hidup Bersama Tuhan
- Semua Manusia Perlukan Kasih Sayang
- Ego Menghancurkan Keharmonian
- Selesaikan Masalah Dengan Taqwa
- Akibat Tidak Bertaqwa
- Cukuplah Mati Sebagai Penasihat
- Mangenal Manusia
- Tersilap Dalam Memberi Kasih Sayang
- Suami Berwibawa
- Persiapan Taqwa
- Kes-Kes Contoh

Harga = RM15.00
Mukasurat = 228
Penulis = Shuib Bin Sulaiman
Penerbit = Fathusshudur Resources

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...