Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Saturday, June 6, 2009

Ummahatul Mukminin - Isteri-Isteri Rasulullah

Ada sesetengah orang menyatakan, bahawa perkahwinan Rasulullah itu didasari atas dorongan nafsu seks, tuduhan ini jelas tidak berasas. Tetapi ramai umat Islam yang terpengaruh oleh kenyataan kaum intelektual sekular itu. Bagaimana pula keadaannya yang sebenar, itulah persoalan yang hendak dijawab dalam buku ini.

- Penerbit

KANDUNGAN

1. Khadijah r.a. Wanita Bangsawan Dan Dermawan
2. Saudah r.a. Wanita Sabar Dan Pemurah
3. Aisyah r.a. Wanita Lincah Dan Cergas
4. Zainab r.a. Ibu Orang-Orang Miskin
5. Hafsah r.a. Wanita Tabah Dan Bijaksana
6. Ummu Salamah r.a. Wanita Cergas Dan Berani
7. Zainab Binti Jahsyi r.a. Membawa Berkat Bagi Kaum Wanita
8. Raihanah r.a. Wanita Berpendirian Kukuh
9. Juwairiyah r.a. Membawa Berkat Kepada Kaumnya
10. Syafiyah r.a. Wanita Cerdas Dan Murah Hati
11. Ummu Habibah r.a. Lambang Ketabahan Umat
12. Mariyah Al-Qibtiyah r.a. Wanita Tabah Dan Sabar
13. Maimunah r.a. Lambang Kesetiaan Isteri

Harga = RM15.00
Mukasurat = 245
Penyusun = Akmal Haji Mohd. Zain & Mohd. Sofwan Amrullah
Penerbit = Al-Hidayah Publications

Amalan Jima': Pengaruhnya Dalam Ibadah Menurut Al-Quran & Al-Hadis

Untuk mencapai matlamat perkahwinan yang luhur maka adalah amat penting menjaga agama, jiwa dan keturunan. Di masa yang sama wujudnya ketenangan dan kebahagiaan.

Setelah mengetahui dengan baik, maka suami isteri berusaha untuk memberikan perhatian terhadap mencapai matlamat perkahwinan sebaik mungkin. Apabila hak dan kewajipan dapat dilaksanakan secara saksama oleh suami isteri maka sudah pastinya hadir kebahagiaan.

Adapun sekalian banyak hak dan kewajipan yang perlu diberi perhatian, maka ada suatu hal yang turut menyumbang kepada kebahagiaan rumah tangga iaitu menikmati hubungan seksual secara sewajarnya. Maka dalam hubungan ini, buku ini menyingkap segala permasalahan seksual yang berkait dengan hukum-hukum Islam yang wajib diketahui oleh setiap muslim.

Kerana tujuan manusia hidup di atas dunia ini adalah untuk beribadah, perintahkan secara optimal, padahal hubungan seksual ini terkadang boleh merosakkan nilai ibadah seseorang muslim terhadap Tuhannya. Justeru itu topik ini perlu difahami dan dihalusi oleh setiap muslim agar seluruh aktiviti kehidupan kita menjadi pengabadian yang hakiki terhadap Allah S.W.T..

- Penerbit

KANDUNGAN

BAHAGIAN 1
Kaedah Perbincangan Dan Pemahaman

BAHAGIAN 2
Pengertian Dan Definisi

BAHAGIAN 3
Amalan Jima' Pengaruhnya Terhadap Penyucian Diri (Taharah)

BAHAGIAN 4
Amlan Jima' Pengaruhnya Terhadap Ibadah
A. Bersetubuh Dengan Sengaja
B. Brsetubuh Kerana Lupa (Tidak Tahu Atau Dipaksa)
C. Hukum Isteri Yang Bersetubuh
D. Berjima' Di Waktu Malam Namun Belum Mandi Ketika Terbit Fajar
E. Jima' Ketika Sudah Terbit Fajar
F. Bersetubuh Kerana Keliru, Mengira Fajar Belum Terbit Atau Matahari Telah Tenggelam Tapi Berlaku Sebaliknya
G. Bersetubuh Ketika Puasa Selain Ramadhan
H. Hukum Jima' Pada Selain Faraj, Ciuman, Dan Sentuhan Terhadap Puasa
I. Memandang Isteri Dan Mengkhayal Dengan Syahwat, Pengaruhnya Terhadap Puasa

BAHAGIAN 5
Amalan Jima' Pengaruhnya Terhadap Iktikaf
A. Berjima' Dengan Sengaja
B. Berjima' Kerana Lupa
C. Pengaruh Dan Batalnya Iktikaf Kerana Berjima'
D. Hukum Orang Yang Beriktikaf Berjima' Pada Selain Faraj, Ciuman Dan Sentuhan

BAHAGIAN 6
Amlan Jima' Pengaruhnya Terhadap Ibadat Haji
A. Bersetubuh Dengan Sengaja Sebelum Wukuf Di Arafah Dan Sesudahnya, Sebelum Tahallul Awal
B. Bersetubuh Dengan Sengaja Sesudah Tahallul Awal
C. Bersetubuh Kerana Lupa Dan Tidak Tahu (Jahil)
D. Hukum Berjiima' Selain Pada Faraj, Ciuman Dan Sentuhan
E. Hukum Memandang, Membayangkan / Imajinasi Seksual Dan Onani Bagi Orang Yang Ihram

Harga = RM18.00
Mukasurat = 222
Penyusun = Abdul Aziz Ismail
Penerbit = Pustaka Al-Shafa

Kesatuan 'Amal Islami Dalam Sebuah Negara

Sudah menjadi suatu yang diketahui umum, bahawa usaha-usaha mencapai kesatuan melalui pemimpin dan pemerintah, kesemuanya telah menemui kegagalan. Kesatuan ini sepatutnya lahir melalui asas-asas tertentu, iaitu dengan mencapai kesatuan individu di antara rakyat di setiap negara Islam terlebih dahulu. Kemudian diikuti kesatuan antara rakyat tersebut membawa kepada kesatuan negara di mana rakyat menekan kerajaan tersebut agar menerima kesatuan dan membuang segala bentuk perselisihan.

KANDUNGAN

Bab Pertama: Kesatuan Di Dalam Satu Negara
Bab Kedua: Teori Kaji Selidik
Bab Ketiga: Matlamat Yang Wajib Kita Lakukan Bagi Mencapai Kesatuan 'Amal Islami
Bab Keempat: Keutamaan Mengatur Perkara Yang Lebih Penting
Bab Kelima: Uslub Yang Betul Di Dalam 'Amal Islami
Bab Keenam: Meluruskan Perjalanan Sesetengah Pihak
Bab Ketujuh: Jalan Yang Betul Menghapuskan Mungkar
Bab Kelapan: Mengenal Jalan Dan Beriltizam Dengannya
Bab Kesembilan: Arahan-Arahan Dan Nasihat
- Pertama: Tabi'at Da'wah Kita
- Kedua: Sikap Kita Terhadap Da'wah Lain
Bab Kesepuluh: Kesatuan 'Amal Islami: Wajb Syara'
Bab Kesebelas: Kesatuan Orang-Orang Mu'min Adalah Ni'mat Dan Rahmat Daripada Allah

Harga = RM10.00
Mukasurat = 111
Penulis = Mustafa Masyhur
Penerbit = Dewan Pustaka Fajar

Thursday, June 4, 2009

Hukum Meninggalkan Solat

Maksud firman Allah S.W.T.: "Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat), maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka) kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk syurga dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun". - Surah Maryam : 59 - 60

KANDUNGAN

FASAL PERTAMA
- Hukum Meninggalkan Solat

FASAL KEDUA
- Hukum-Hukum Riddah Dengan Sebab Meninggalkan Solat Atau Dengan Sebab Lain.
- - Hukum-Hukum Dunia
- - Hukum-Hukum Akhirat

- Bagaimana Nabi S.A.W. Bersolat
- Cara-Cara Solat Berjemaah

Harga = RM7.00
Mukasurat = 63
Penulis = Ashafizol Ab. Hamid
Penerbit = Pustaka Darussalam Sdn Bhd

Abdul Hadi Awang: Murabbi, Ideolouge, Pemimpin - Mesti Baca!!!

Buku ini merakamkan sebahagian potret perjuangan tokoh besar umat Islam ini dan semoga ianya akan menjadi tatapan berguna kepada generasi muda yang mula berjinak di panggung politik dan dakwah, juga untuk koleksi nostalgia generasi lama di medan perjuangan siasah negara ini yang mempunyai kenangan kolektif yang cukup manis, berada dalam dekad 80an, yang sarat dengan program amal tarbawi yang mengikat ukhuwah...

- Penulis

KANDUNGAN

1. Latar Belakang
2. Era Kepimpinan Ulama PAS
3. Penyertaan Dalam Pilihan Raya: Kalah Dan Menang Bukan Alasan
4. Politik Antarabangsa
5. Abdul Hadi Dan Kontroversi Ciptaan Umno
6. Bukan Hukum Hudud Allah, Tapi Hudud PAS!
7. Pemikiran Tuan Guru Haji Abdul Hadi
8. Tuan Guru Abdul Hadi Memimpin Terengganu
9. Petak Hujung
10. Meneliti Pemikiran Tuan Guru Tiga Dekad Lampau: Mengilas Sejarah
11. Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-49
12. Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-50
13. Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-51
14. Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-52
15. Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-53
16. Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-54
17. Jadual
18. Keputusan Penuh Pilihan Raya Umum 2008 Negeri Terengganu

Harga = RM30.00 (Sem) RM35.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 409
Penulis = Ustaz Haji Riduan Mohamad Nor
Penerbit = Jundi Resources

Wednesday, June 3, 2009

Khadijah: Cinta Abadi Kekasih Nabi

Khadijah bukan sekadar isteri seorang Nabi. Dia adalah sahabat pililhan Allah. Insan pertama yang beriman, berkorban dan berjuang di sisi utusan Allah pada setiap masa dan ketika. Setiap detik waktu, segala harta dan seluruh jiwanya adalah didedikasikan buat Allah dan Rasul.

Dia serikandi yang sentiasa bersama dalam perjuangan menegakkan syiar Islam. Dia teman tempat mengadu segala suka dan duka. Kekasih yang menenangkan jiwa dan bidadari yang melengkapi hidup seorang suami. Khadijah adalah lambang cinta yang suci, tulus, mekar mewangi sepanjang zaman.

Buku ini menyorot segalanya tentang kehidupan isteri, kekasih dan sahabat yang paling dicintai Rasulullah; salsilah keturunan, kerjaya, peribadi, pengorbanan dan episod cinta suci yang tidak berbelah bahagi.

"Allah tidak memberikan pengganti untukku yang lebih baik daripada Khadijah. Dia percaya kepadaku tatkala orang lain mengingkariku, dia membenarkan aku di kala orang lain mendustakanku, dia menyerahkan hartanya kepadaku tatkala orang lain menghalang aku, Allah mengurniakan keturunan melalui rahimnya tatkala aku tidak dapat daripada perempuan-perempuan lain (isteri-isteriku)."

KANDUNGAN

- Kesaksian Nabi
- Pendahuluan
- Selayang Pandang Khadijah
- Mengapa Khadijah?
- Salasilah Khadijah
- Kediaman Khadijah
- Khaijah Semasa Prakenabian
- Perkahwinan Dan Keturunan Sebelum Rasulullah
- Khadijah Penganut Agama Ibrahim
- Pernikahan Yang Penuh Berkat
- Mengapa Nabi Muhammad Memilih Khadijah
- Putera-Putera Rasulullah Daripada Khadijah
- Khadijah: Potret Nyata Sebuah Keyakinan
- Khadijah Semasa Berada Di Gua Hira
- Permulaan Wahyu, Khadijah Dan Waraqah Bin Naufal
- Berita Gembira
- Khadijah Sembahyang Bersama Rasulullah
- Pemahaman Khadijah Yang Mendalam
- Syahidah Suci
- Pemergian Khadijah
- Kalung... Dan Sebuah Kenangan Indah
- Peringatan Kelahiran Khadijah Di Kalangan Penduduk Mekah
- Peranan Syair Dalam Memuliakan Khadijah
- Aku Datang Dengan Kemuliaan
- Hadis-Hadis Mengenai Kehidupan Khadijah

Harga = RM29.00 (Sem) RM32.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 219
Penulis = Dr. Muhammad Abdul Yamani
Penerbit = PTS Islamika

Al-Quran Berjalan: Nabi Muhammad S.A.W. - Rahmat Bagi Seluruh Alam

Buku RAHMAT BAGI SELURUH ALAM ini, merupakan sebuah buku yang cuba memaparkan semula keagungan manusia pilihan, Nabi Muhammad S.A.W.. Buku ini lebih merupakan buku sirah seorang tokoh dari segala tokoh, kekasih Allah dan junjungan umat, yang ditulis dengan gaya bahasa tersendiri dan sorotan peristiwa agung dari sudut yang berbeza. Mudah-Mudahan dengan membaca buku ini dapat mendorong dan mengawal setiap gerak-geri orang mukmin dalam menjalani hidup dan kehidupan sesuai dengan teladan telah dipamerkan oleh Rasulullah S.A.W..

Dengan kata lain, buku ini ditulis untuk dijadikan sebagai panduan hidup dan meningkatkan kualiti cinta kepada Nabi Muhammad S.A.W. dengan cara beramal dengan Sunnahnya.

- Penerbit

KANDUNGAN

- Kelahiran Yang Mulia

- Cuplikan Warisan Teladan

- Kenangan Hidup Yang Paling Mulia

- Pejuang Yang Rela Berkorban

- Penentangan Orang-Orang Musyrik

- Soal Jawab Antara Hirakla Dan Abu Sufyan

- Malam Jin
- - Adakah Jin Benar-Benar Wujud
- - 1. Berwudhuk
- - 2. Membaca Bismillah
- - 3. Memohon Perlindungan Kepada Allah
- - 4. Membaca Ayat Kursi
- - 5. Membaca Surah Al-Falaq Dan An-Nas
- - 6. Membaca Doa
- - 7. Membaca Tahlil (Laa Ilaaha Illallah)
- - 8. Selalu Mengingati Allah
- - 9. Membaca Surah Al-Baqarah Di Dalam Rumah

- Kesabaran Rasulullah S.A.W.

- Teladan Yang Baik
- - Pelbagai Bentuk Kecintaan
- - 1. Golongan Manusia Yang Berhati Keras
- - 2. Golongan Yang Berlebihan Mencintai Rasulullah
- - 3. Golongan Ketiga (Ahli Sunnah Wal Jamaah)
- - Ciri-Ciri Cinta Sejati

- Imam Dan Ikutan Kita

- Ubudiyah Dalam Hidup Rasulullah S.A.W.

- Perang Berdarah
- - Anas Bin An-Nadhr
- - Abdullah Bin 'Amr Bin Haram Al-Ansari
- - Abdullah Bin Jahsy
- - Talhah Bin Ubaidillah

- Hikmah Di Sebalik Perang Uhud
- - Perbuatan Maksiat Dan Kederhakaan Selalu Berakibat Buruk
- - Para Rasul Juga Mendapat Ujian, Seperti Umumnya Manusia
- - Dilewatkan Datangnya Pertolongan
- - Ganjaran Dari Allah
- - Mati Syahid Sebagai Anugerah Tertinggi
- - Berjihad Dengan Tubuh Badan
- - Pemimpin Bebas Melalui Tanah Milik Rakyat
- - Kanak-Kanak Tidak Ikut Berperang
- - Kaum Wanita Boleh Ikut Dalam Peperangan
- - Boleh Melakukan Tindakan Istimatah (Mencabar Mati), Sebagaimana Telah Dilakukan Oleh Anas Bin An-Nadhr
- - Keringanan Bagi Imam Sembahyang
- - Boleh Meminta Mati Syahid
- - Seorang Islam Yang Bunuh Diri Akan Masuk Neraka
- - Orng Syahid Tidak Dimandikan
- - Syahid Yang Berjanabah Mesti Dimandikan
- - Boleh Menguburkan Dua Atau Tiga Orang Jenazah Dalam Satu Kuburan
- - Pengecualian Ikut Perang
- - Diyat Kerana Tersalah Membunuh

- Madinah Dikepung Musuh

- Hikmah Di Sebalik Kisah

- Kelahiran Madinah

- Hari Hunain

- Ciri-Ciri Syahksiah Nabi S.A.W.
- - Ibadah
- - Ketawahukan
- - Kepemurahan Hati
- - Kesabaran
- - Kesantunan
- - Keberanian
- - Kezuhudan

- Tiupan Angin

- Demikianlah Pesan Buat Kamu
- - Ciri-Ciri Wasiat
- - Sasaran-Sasaran Wasiat

- Teladan Untuk Orang Terbaik
- - Tauhid
- - Azam Yang Kuat (Tumuh)
- - Mempunyai Komitmen Dan Keteguhan (Thabat)
- - Mengesampingkan Kenikmatan Dunia
- - Sedia Berkorban Dan Berjuang Mati-Matian
- - Meyakini Ibadah Sebagai Senjata
- - Pendekatan Yang Benar Dan Tepat
- - Mengotakan Apa Yang Dikatakan
- - Menggunakan Potensi Dengan Tepat
- - Balasan Syurga Dan Ridha Allah

- Duka Cita Yang Berpanjangan

- Bulan Beruzlah

- Jawapan-Jawapan Nabi S.A.W.
- - Kesesuaiannya
- - Penambahan
- - Bijaksana

- Engkau Pasti Mati

- Notakaki

- Kata-Kata Hikmah

"Paparan Keagungan Nabi Muhammad S.A.W.
Dan Bukti Cinta Seorang Muslim Kepada Nabinya"

Harga = RM35.00
Mukasurat = 575
Penulis = Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni
Penterjemah = Rasyidah Basyir
Penerbit = Jasmin Enterprise

Tuesday, June 2, 2009

Hikmah Bulan Ramadan: Rahsia Dan Pengajarannya

Di dalam riwayat lain disebutkan bahawa Jibril selalu memperlihatkan bacaan Al-Quran kepada Rasulullah pada bulan Ramadan. Ketika ajal baginda semakin hampir, Jibril pun memperdengarkan bacaan Al-Quran itu kepada Rasulullah sebanyak dua kali di akhir bulan Ramadan. Maka, Nabi S.A.W. pun mengetahui bahawa ajalnya telah dekat.

Dari hadis ini, kita dapat mengetahui bahawa jika seorang muslim membaca Al-Quran bersama orang lain, akan lebih baik daripada dia membacanya sendiri. Jika dia mendengar bacaan Al-Quran dari orang lain, perkara itu juga lebih baik darinya. Seorang muslim dianjurkan memperbanyakkan membaca Al-Quran pada bulan Ramadan. Ini kerana bulan Ramadan, pahala akan dilipatgandakan.

Ketika Ramadan tiba, biasanya para ulama melakukan kajian keilmuan, lalu mereka berinteraksi dengan Al-Quran, baik dengan cara membaca, merenungi, mahupun menghayatinya. Namun alangkah lebih baik jika seseorang membaca Al-Quran secara perlahan-lahan sambil merenunginya.

Dalam buku ini, saya membicarakan beberapa persoalan yang perlu diperhatikan bagi orang yang berpuasa. Persoalan-persoalan tersebut saya bahagi kepada beberapa tajuk, agar para imam masjid, khatib, pengajar, penceramah dan pendidik lebih mudah membaca dan memahaminya.

- Penulis

KANDUNGAN

1. SYARIAT BERPUASA RAMADAN
- Kewajipan Puasa, Dalil, Hikmah Dan Tujuan-Tujuannya
- Keutamaan Puasa
- Syarat-Syarat Diwajibkannya Puasa
- Kaedah Mengetahui Masuknya Bulan Ramadan
- Hukum Orang Sakit Yang Berpuasa Pada Bulan Ramadan
- Huku Musafir Berpuasa Pada Bulan Ramadan
- Hukum Wanita-Wanita Yang Dalam Keadaan Haid Dan Nifas Pada Bulan Ramadan
- Hukum Wanita Hamil Dan Menyusui Tidak Berpuasa Ramadan
- Hukum Orang Yang Tidak Mampu Puasa Kerana Tua, Sakit Dan Lemah
- Hukum Orang Gila Yang Berpuasa
- Makanan Dan Minuman Yang Membatalkan Puasa
- Hukum Orang Yang Berjimak Pada Bulan Ramadan
- Hukum Puasa Orang Yang Muntah Ketika Puasa Ramadan
- Hukum Memakai Celak Mata Ketika Puasa Ramadan
- Bolehkan Berbekam Ketika Puasa Ramadan?
- Hukum Orang Yang Makan Kerana Lupa Pada Bulan Puasa
- Menjaga Perbuatan Ghiba Dan Perbuatan Sia-Sia Pada Bulan Ramadan
- Menetapkan Niat Pada Malam Bulan Puasa
- Bilakah Niat Puasa Sunnah Diniatkan
- Sunat-Sunat Pada Waktu Berbuka Puasa
- Perbahasan Tentang Sahur
- Makanan Apakah Yang Disunatkan Untuk Berbuka Puasa
- Apakah Hukum Puasa Wishal
- Hukum Mencium Isteri Pada Bulan Puasa
- Hukum Berpuasa Dalam Perjalanan
- Perbahasan Solat Tarawih
- Bersiwak Bagi Orang Yang Berpuasa
- Membaca Al-Quran Pada Bulan Ramadan
- Fadilat Umrah Pada Bulan Ramadan
- Hukum Berpuasa Bagi Orang Yang Dalam Keadaan Hadas Besar
- Hukum Mandi Tengah Hari Bagi Orang Yang Berpuasa
- Hukum Orang Yang Meninggal Dalam Keadaan Puasa
- Malam Lailatul Qadar
- Bagaimana Jika Terjadi Perbezaan Hasil Ru'yah Hilal?
- Puasa Anak Kecil
- Keraguan Pada Waktu Sahur
- Doa Ketika Puasa Dan Ketika Berbuka Puasa
- Hukum Berjimak Di Siang Hari Ramadan
- Mengqada Puasa Ramadan Yang Ditinggalkan
- Apa Yang Dibenarkan Bagi Orang Berpuasa
- Hadis-Hadis Lemah Mengenai Masalah Puasa
- Rahsia-Rahsia Di Sebalik Puasa
- Balasan Bagi Orang Yang Membatalkan Puasa Ramadan Tanpa Alasan Yang Kuat
- Beberapa Persoalan Yang Perlu Diketahui Oleh Orang Yang Berpuasa
- Perbezaan Para Nabi Mengenai Ibadat Puasa
- Bolehkah Berpuasa Satu Atau Dua Hari Menjelang Ramadan?
- Kesepakatan Ulama Mengenai Puasa Dan I'tikaf
- Kebiasaan-Kebiasaan Yang Bertentangan Dengan Sunnah Nabi
- Imam Bukhari Dalam Bab Menghormati Tamu Mengatakan Bagaimana Hukum Membatalkan Puasa Demi Menghormati Tamu
- Zakat Perhiasan
- Perang Badar
- Pembebasan Kota Mekah Terjadi Di Bulan Ramadan
- Keutamaan Sepuluh Hari Terakhir Dari Bulan Ramadan
- Hukum Beri'tikaf Dan Caranya

2. HIKMAH BULAN RAMADAN
- Bulan Ramadan Adalah Bulan Keampunan
- Bagaiman Cara Menyambut Bulan Ramadan?
- Mengapa Puasa Disyariatkan
- Sambutan Sempena Bulan Puasa Ramadan
- Petunjuk-Petunjuk Rasulullah Tentang Puasa Ramadan
- Kebiasaan Rasulullah Dan Para Sahabat Ketika Ramadan
- Bagaimana Cara Hati Berpuasa
- Bagaimana Caranya Lidah Berpuasa
- Bagaimana Cara Menjaga Mata Ketika Berpuasa
- Bagaimana Menjaga Telinga Ketika Berpuasa
- Bagaimanakah Caranya Menjaga Perut Ketika Berpuasa
- Kesalahan-Kesalahan Yang Dilakukan Oleh Orang-Orang Yang Berpuasa
- Rahsia-Rahsia Puasa Ramadan
- Kejadian-Kejadian Aneh Pada Bulan Ramadan
- Kewajipan-Kewajipan Bagi Orang Yang Berpuasa
- Beberapa Tunjuk Ajar Dari Al-Quran
- Amalan Pada Hari-Hari Terakhir Ramadan
- Hari Raya Aidil Fitri
- Sikap Yang Harus Dijaga Pada Bulan Ramadan
- Al-Quran Dan Bulan Ramadan
- Amalan-Amalan Zikir Orang Yang Berpuasa
- Bulan Puasa Ramadan Mendidik Sikap Pemurah Hati
- Bulan Ramadan Adalah Bulan Qiyamullail
- Keadaan Keluarga Islam Pada Bulan Ramadan
- Kenangan-Kenangan Kita Pada Bulan Ramadan
- Ramadan Adalah Bulan Taubat
- Iman Semakin Bertambah Pada Bulan Ramadan
- Perbuatan Yang Berlebih-Lebihan Pada Bulan Ramadan
- Ramadan, Bulan Kebajikan Dan Silaturahim
- Bulan Ramadan Adalah Bulan Kasih Sayang Antara Kaum Muslimin
- Bagaimana Menyemarakkan Amalan-Amalan Sunnah Pada Bulan Ramadan
- Pesanan-Pesanan Untuk Kaum Wanita Di Bulan Ramadan
- Keprihatinan Umat Islam Di Bulan Ramadan
- Bulan Ramadan Mengajak Umat Islam Agar Dapat Memanfaatkan Waktu Sebaik Mungkin
- Pada Bulan Ramadan, Rasa Kasih Sayang Dan Muncul Hubungan Persaudaraan
- Bulan Ramadan Adalah Bulan Berkat Bagi Dakwah Islam
- Orang Yang Berpuasa Doanya Akan Dikabulkan
- Hadiah Untuk Orang Yang Melakukan Puasa
- Menyambut Hari Raya Aidil Fitri

Harga = RM18.50
Mukasurat = 297
Penulis = Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni
Penerjemah = H. Zulfahmi Lubis MA
Penerbit = Berlian Publications Sdn Bhd

Jin: Hakikat & Pengubatan

Walapun tidak dapat dilihat tetapi ia sebenarnya wujud. Malah ia sentiasa berlegar di sekeliling kehidupan kita. Ada yang dalam bentuk asalnya dan ada juga dalam bentuk jelmaan atau samaran. Paling hampir ialah qarin iaitu jin pendamping diri kita sendiri.

Banyak aktiviti dalam masyarakat kita yang dikaitkan dengan jin. Antaranya sihir, santau dan sesetengah perubatan tradisional yang menggunakan kaedah "menurun". Kebanyakan penyakit misteri yang tidak dapat dikesan oleh doktor dikatakan disebabkan oleh jin. Begitu juga masalah histeria dan kerasukan yang sering terjadi pada kaum wanita dikatakan disebabkan jin yang masuk ke dalam jasad wanita tersebut.

Apakah hubung kait jin dengan kehidupan manusia? Apakah gejala yang dikatakan berpunca daripada jin tanda permusuhan mereka dengan kita? Apa pula senjata pertahanan kita untuk berhadapan dengan mereka? Banyak perkara yang anda perlu tahu tentang jin yang dipaparkan dalam buku Jin: Hakikat dan Pengubatan ini.

- Penerbit

  • Asal Usul Kejadian Jin
  • Perbezaan Jin & Syaitan
  • Apakah Itu 'QARIN'?
  • Hukum Meminta Perlindungan Jin

KANDUNGAN

Bab 1: Asal Usul Jin
Bab 2: Jin, Iblis Dan Syaitan
Bab 3: Sifat & Tabiat Jin
Bab 4: Hubungan Jin Dengan Allah
Bab 5: Hubungan Jin Dengan Manusia
Bab 6: Kekuatan Jin
Bab 7: Permusuhan Syaitan Terhadap Manusia
Bab 8: Kerasukan
Bab 9: Sihir
Bab 10: Pengubatan Kerasukan Dan Sihir
Bab 11: Petua Menghindar Jin, Syaitan Dan Sihir

Harga = RM34.90 (Sem) RM36.90 (Sab/Swk) - Kulit Keras
Mukasurat = 198 (Berwarna Penuh)
Penulis = Dato' Hj. Ismail Kamus
Penerbit = Telaga Biru Sdn Bhd

Monday, June 1, 2009

Pengubatan Warisan Dari Nabi S.A.W.

Mengupas Tentang;
- Cara Menjaga Kesihatan Rohani Dan Jasmani Mengikut Islam
- Kaedah-Kaedah Pengubatan Nabi S.A.W. (Thibbun Nabawi)
- Kaedah Pengubatan Dengan Ayat-Ayat Al-Quran, Zikir-Zikir Dan Doa

KANDUNGAN

- Menjaga Kesihatan Mengikut Cara Islam
- Bagaimana Menjaga Kesihatan Rohani
- Faedah Mengingati Allah
- Bagaiman Menjaga Kesihatan Jasmani
- Menjaga Kebersihan
- Menjaga Makanan Dan Cara Makan
- Menjauhi Penyakit
- Mengubati Penyakit
- Doa-Doa Mohon Kesihatan Dan Kesejahteraan Dari Allah
- Cara Pengubatan Nabi S.A.W. (Thibbun-Nabawi)
- Pengubatan Thabi'iyah
- Pengubatan Ilahiyyah
- Kaedah Pengubatan Menggunakan Ayat Al-Quran, Doa Dan Zikir
- Pengubatan Dengan Ayat-Ayat Al-Quran
- Zikir-Zikir Dan Doa-Doa Penyembuh
- Zikir-Zikir Dan Doa-Doa Perlindungan

Harga = RM10.00
Mukasurat = 64
Penulis = Ustaz Ahmad Adnan Fadzil
Penerbit = Wawasan Ummah Enterprise

Rahsia Malaikat Dan Keajaibannya

Umat Islam wajib mengetahui dan yakin bahawa ada suatu makhluk Allah yang dijadikan daripada nur (cahaya) bernama Malaikat.

Malaikat itu banyaknya tidak terhitung. Setiap makhluk mempunyai tugas masing-masing. Mereka taat kepada Allah dan tidak pernah menderhaka.

Malaikat adalah Jisim Nurani (jisim yang sangat halus / lembut) dan ia boleh merupa dengan apa sahaja. Ia tidak bersifat lelaki atau wanita dan ia sentiasa taat kepada perintah Allah. Ia mempunyai kudrat / kekuatan yang luar biasa. Ia tidak berkahwin dan tidak berzuriat dan ia tidak boleh dipanah atau ditembak.

Al-Quran tidak menyebut secara terperinci mengenai rupa bentuk dan organ tubuh Malaikat, begitu juga hadis Nabi mahupun pendapat para ulama. Ini disebabkan rupa bentuk dan organ tubuh Malaikat adalah halus dan sangat menakjubkan.

Buku ini menghuraikan tentang kewujudan Malaikat, peranan, tugas dan tanggungjawabnya yang diamanahkan oleh Allah S.W.T. dan juga menghuraikan tentang sifat, rupa bentuk dan organ tubuh Malaikat yang sungguh ajaib. Semoga ia memberi manfaat kepada kita untuk menambah khazanah ilmu kita dan sekali gus menguatkan keimanan kita kepada Allah S.W.T..

- Penerbit

KANDUNGAN

1. MENGENAL MALAIKAT
A - Nama-Nama Malaikat Dan Tugas-Tugasnya
B - Perbezaan Malaikat, Jin & Iblis
C - Adakah Iblis Asalnya Dari Golongan Malaikat?
D - Malaikat Mengajarkan Tentang Erti Dunia

2. MALAIKAT MENJADI SAKSI DI PADANG MAHSYAR
A - Manusia Dihimpunkan Di Padang Mahsyar
B - Malaikat Mencampakkan Amalan Riak
C - Dialog Malaikat Dengan Calon Penghuni Syurga
D - Malaikat Dan Bidadari Menyambut Arwah Para Syuhada

3. MALAIKAT MAUT
A - Malaikat Yang Paling Ditakuti
B - Janji Allah Kepada Malaikat Maut
C - Rupa Dan Bentuk Malaikat Izrail

4. MALAIKAT MEMBINA KAABAH
A - Kaabah Di Bawah Arasy
B - Kaabah Di Bumi

5. MALAIKAT JIBRIL KHABARKAN TENTANG NERAKA
A - Gunung Di Dasar Neraka
B - Takutnya Nabi Yahya Kepada Neraka

6. UZAIR BERSAMA MALAIKAT
A - Tidur Selama 100 Tahun
B - Uzair Dihidupkan Semula

7. NABI DAUD DIUJI MALAIKAT
A - Dua Malaikat Memasuki Istana Nabi Daud
B - Nabi Daud Bertaubat

8. MALAIKAT MENJEMPUT ROH NABI ILYAS

9. JERITAN MALAIKAT JIBRIL
A - Pembunuhan Unta Mukjizat Nabi Saleh
B - Malaikat Jibril Memegang Tugu Kota Sambil Menjerit

10. DIALOG NABI ADAM DENGAN MALAIKAT DAN SYAITAN
A - Bantahan Para Malaikat
B - Syaitan Menentang Nabi Adam Dan Melawan Kepada Allah
C - Pengakuan Malaikat Mengenai Kelemahan Dirinya Dan Kelebihan Nabi Adam

11. HATINYA DIBASUH JIBRIL
A - Air Dari Telaga Kautsar
B - Jibril Membelah Dada Muhammad S.A.W.

12. MALAIKAT JIBRIL DAN WAHYU TERAKHIR
A - Wahyu Terakhir
B - Malaikat Dan Para Sahabat Menangis
C - Rasulullah S.A.W. Diqisas
D - Detik-Detik Hayat Rasulullah S.A.W.

13. DIALOG ROH DENGAN MALAIKAT
A - Pesan Roh Kepada Jasad
B - Diallog Malaikat Dengan Roh
C - Pengembaraan Roh
D - Golongan Yang Dijabat Tangan Oleh Malaikat
E - Golongan Yang Dimuliakan Malaikat

14. GOLONGAN YANG MEMUSUHI MALAIKAT JIBRIL

15. DIALOG MALAIKAT DENGAN PENGHUNI NERAKA
A - Gambaran Tentang Tangan, Kaki, Mata, Gigi, Bibir & Bahu Malaikat Malik
B - Dialog Dengan Penghuni Neraka

16. BAYI, IBU DAN MALAIKAT

17. KISAH RASULULLAH S.A.W. MELIHAT RUPA JIBRIL A.S.

18. DIALOG MALAIKAT DENGAN KERBAU, KELAWAR DAN CACING

19. ORGAN TUBUH BADAN MALAIKAT DAN KEJAIBANNYA
A - Tidak Berjantina
B - Tidak Mempunyai Nafsu
C - Rupa Bentuk Dan Organ Tubuh Malaikat

Harga = RM9.00
Mukasurat = 134
Penulis = Ilyas Mohamad Umar
Penerbit = Pustaka Al-Shafa

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...