Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Tuesday, September 6, 2016

Jom! Kenali HUDUD

Ketika faktor-faktor membina keimanan dipinggirkan, hati akan dicengkam unsur materialistik, manakala akal pula akan terbelenggu oleh unsur rasionalisme. Padahal tidak semestinya semua perkara kebendaan itu mendatangkan keuntungan dan tidak semestinya semua yang rasional itu ideal, apalagi akal manusia amat terbatas dan tidak mampu menjangkau segala perkara. Ketika itu, seolah-olah mereka tidak lagi beriman kepada perkara ghaib. Oleh sebab itu, mereka tidak menyedari realiti sistem rekaan manusia sudah menemui kegagalan.

Senario tersebut menyebabkan penolakan dan penghinaan terhadap hukum hudud menjadi semakin meruncing. Hakikatnya, pelaksanaan hukum hudud banyak memberi kesan positif. Hal ini kerana pelaksanaannya bukanlah agenda pertama yang mesti dilaksanakan sebelum pelaksanaan total syariah Islam dalam sistem pemerintahan negara.

Syariah Islam lebih mengutamakan pendidikan kemudian barulah diikuti pengawalan dan pencegahan. Namun, tahap pendidikan tersebut tidak wajar berterusan selama-lamanya tetapi mestilah disusuli atau diiringi oleh tahap pengawalan dan pencegahan melalui penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang seperti hukum hudud. Di samping itu, umat Islam mestilah sedar bahawa mereka menanggung dosa jika mereka menerima atau memilih hukum selain daripada hukum Allah SWT.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAB 1: PENGERTIAN HUDUD

BAB 2: KESALAHAN HUDUD DAN HUKUMANNYA
  • Mencuri
  • Merompak atau Menyamun
  • Zina
  • Menuduh Zina
  • Minum Arak
  • Murtad
  • Bentuk-bentuk Murtad
BAB 3: PELAKSANAAN HUKUM HUDUD SUATU KEWAJIPAN
  • Hudud dan Bukan Islam
  • Bilakah Akan Dilaksanakan Hukum Hudud?
BAB 4: KEPENTINGAN PELAKSAAN HUKUMAN HUDUD
  • Pengertian Nakalan
  • Perkara yang Menjauhkan Manusia daripada Jenayah
  • Menjaga Kepentingan Umum
  • Imbasan Sejarah Pelaksanaan Syariah Islam di Tanah Melayu
BAB 5: KEDUDUKAN UNDANG-UNDANG PADA HARI INI
  • Kesalahan-kesalahan Hudud yang Lain
  • Analisis Terhadap Batu Bersurat Terengganu
BAB 6: HUKUMAN SEBAT

BAB 7: CARA HUKUMAN SEBAT DILAKSANAKAN
  • Indeks Jenayah Meningkat: Ke arah Negara Tidak Selamat
BAB 8: ALAT SEBAT DAN CARA SEBATAN

Harga = RM25.00 (Sem) / RM27.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 170 (Berwarna penuh)
Penulis = Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Al-Hafiz
Penerbit = PSN Publications Sdn Bhd

Monday, September 5, 2016

Fotografi Gaya Mukmin: Panduan Fikah Seni Foto

Fokus pada penulisan ini bukanlah tentang teknikal dalam bidang fotografi. Ia lebih menjurus ke arah perbincangan fikah tentang fotografi dan hukum-hukum bidang ini yang menjadi kemusykilan terhadap segelintir jurufoto-jurufoto Muslim.

Antara topik menarik buku ini:
  • Betulkah pencipta kamera pertama adalah Muslim?
  • Bolehkah saya berkhidmat sebagai jurufoto perkahwinan?
  • Bagaimana sekiranya model itu tidak menutup aurat?
  • Apakah jenis gambar yang terbaik dalam Islam?
  • Kenapa perlu menjaga adab ketika mengambil gambar?
"Doh kalu nak tahu lebih, kena bace la.."


KANDUNGAN

BAB 1: ISLAM DAN FOTOGRAFI
  • Al-Quran
  • Hadith
BAB 2: FIKAH DALAM FOTOGRAFI
Pengenalan Asas Usul Fikah
  • Sumber Penetapan Hukum Fikah dan Usul Fikah
Asas Kaedah Usul Fikah serta Kaitan dengan Fotografi

Pandangan Umum Para Ulama Berkenaan Fotografi
  • Fotografi Potret dan Isu Berkaitannya
  • Fotografi Perkahwinan dan Isu Berkaitannya
  • Upah Jurugambar
BAB 3: GAMBAR TERBAIK DALAM ISLAM
  • Foto Kewartawanan (Photojournalism)
  • Lanskap
  • Makro
  • Seni Bina
Harga = RM17.00 (Sem) / RM19.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 114 (Berwarna penuh)
Penulis = Ustaz Azhar Idrus & Imran Burhanuddin
Penerbit = PTS Publishing House Sdn Bhd

Wednesday, January 27, 2016

Perubatan Al-Quran: Rawatan Kanser (Quranic Medicine In Healing Cancer)



Penerbit = Must Read Sdn Bhd
Penulis = Ustaz Hj. Lokman Abdul Hamid
Mukasurat = 258 (berwarna penuh)
Harga = RM50.00 (Sem) / RM53.00 (Sab/Swk)

Sunday, December 21, 2014

Islam Dan Tajdid: Tinjauan Isu-Isu dan Perspektif Semasa

Tajdid atau pembaharuan adalah suatu keperluan dalam masyarakat Islam, khususnya dalam era globalisasi ini. Lebih-lebih lagi pelbagai cabaran dan masalah baharu sering dihadapi oleh umat Islam dari semasa ke semasa. Dalam konteks tajdid, terdapat hadis Nabi SAW menyatakan bahawa tajdid akan berlaku pada setiap seratus tahun. Di antara tokoh yang dikaitkan dengan tajdid adalah seperti 'Umar bin Abd Aziz, Imam Syafii, Imam al-Ghazali dan lain-lain lagi.

Ironisnya, melihat kepada senario semasa, seringkali seruan kepada tajdid (pembaharuan) dalam aspek-aspek tertentu kehidupan umat acapkali menimbulkan ketegangan dalam masyarakat Islam. Apatah lagi jika seruan pembaharuan atau tajdid tersebut melibatkan perkara-perkara sensitif agama dan kehidupan umat Islam dan tidak dicermati dari segi ilmu, akhlak dan adabnya.

- Tuan Hj. Baharom Kassim, Pengerusi Lajnah Penerbitan PUM 2014

KANDUNGAN
  1. Islam dan Tajdid - Dato' Sheikh Abdul Halim bin Abdul Kadir & Prof. Madya Dr Abdul Karim Ali
  2. Lanskap Dakwah Dan Laluan Gerakan Islam Di Malaysia - Prof. Dato' Paduka Muhamad bin Abu Bakar
  3. Jaringan Islam Nusantara: Kesepakatan Bersama - Dato' Wan Muhamad bin Sheikh 'Abdul 'Aziz & Afriadi Sanusi
  4. Hubungan Antara Kaum Melalui Rang Undang-Undang Harmoni - Tun Abdul Hamid bin Hj Mohamad
  5. Fiqh Nusantara - Profesor Emeritus Dato' Dr Mahmood Zuhdi bin Hj Ab Majid
  6. Inovasi Dalam Kewangan Islam: Realiti dan Cabaran - Prof. Dr Mohamad Akram bin Laldin & Dr. Hafas Furqani
  7. Keperluan Sistem Dalam Industri Kosmetik Halal Di Malaysia - Prof. Madya Dr Mohd Fuad bin Mohd Salleh
  8. Hudud - Perspektif Semasa Di Malaysia - Prof. Madya Dr Mohamad Azam bin Mohamed Adil
  9. Pembaharuan Kurikulum Pendidikan Islam Di Malaysia - Prof. Madya Dato' Dr Ab Halim bin Tamuri
  10. Tajdid Syeikh Muhammad Abduh dan Muhammad Rashid Rida Dalam Bidang Pendidikan - Prof. Madya Dr Mustaffa bin Abdullah
  11. Survival Pendidikan Pondok Dalam Arus Moden - Dr. Luqman bin Hj Abdullah
  12. Amalan Khurafat, Tahyul Dan Syirik Dalam Masyarakat Islam Malaysia Masa Kini - Mohd Aizam bin Mas'od
  13. Penggunaan Dan Penyebaran Hadith Palsu Dalam Kalangan Masyarakat Islam Di Malaysia - Prof. Madya Dr Fauzi Deraman
  14. Kepalsuan Dalam Tajdid: Satu Tinjauan Terhadap Quran The Reformist Translation - Rumaizi bin Ahmad
  15. Sejarah Gerakan Islah Di Malaysia: Analisis Kritikal - Dr Mohamad Kamal Hj Ab Majid & Prof. Madya Dr Rahimin Affandi Abd. Rahim
Harga = RM23.00
Mukasurat = 276
Penyelenggara = Prof. Madya Dr Abd. Karim Ali & Rumaizi Ahmad
Penerbit = Persatuan Ulama' Malaysia (PUM)

Wednesday, March 26, 2014

Kesan Postur Dan Pergerakan Solat Terhadap Kesihatan Badan

Solat merupakan rukun kedua daripada rukun Islam yang lima. Solat adalah amalan utama dan diibaratkan sebagai tiang agama. Solat bukan sahaja mampu menjana kekuatan rohani yang kental bahkan kajian sains telah membuktikan bahawa solat juga memberikan kesan yang sangat baik terhadap kesihatan badan.

Buku ini yang merupakan rentetan daripada buku bestseller Solat - Kebaikan Dari Perspektif Sains mengupas secara ringkas dan padat bagaimana postur dan pergerakan solat efektif menurut sains. Buku ini juga mendedahkan bagaimana solat boleh diaudit, postur dan pergerakan solat wanita, dan bagaimana solat dapat menjadi terapi efektif bagi menguruskan badan.

Mudah-mudahan kajian ini dapat menjadi saham akhirat buat penulis dan para pembaca, khususnya dalam usaha kita saling bantu membantu menyemarakkan dakwah dan menyampaikan ilmu bermanfaat yang diamanahkan oleh Allah kepada Muslimin dan Muslimat.

Wallahu A'lam

- Penulis

Sebuah kupasan lanjut buku BESTSELLER:

KANDUNGAN
  • Bab 1: Pendahuluan
  • Bab 2: Komposisi Badan
  • Bab 3: Kesan Senaman Terhadap Komposisi Badan
  • Bab 4: Kesan Postur Dan Pergerakan Solat Terhadap Komposisi Badan
  • Bab 5: Audit Postur Dan Pergerakan Solat Yang Efektif Untuk Kesihatan
Harga = RM32.90 (Sem) RM34.90 (Sab/Swk)
Mukasurat = 128 (Berwarna Penuh)
Penulis = Prof. Ir. Dr. Fatimah Ibrahim
Penerbit = Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya

Monday, February 17, 2014

Solat Sebagai Terapi Minda

"Solat bukan hanya melibatkan pergerakan fizikal, tetapi juga bacaan daripada ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa. Justeru itu, solat bukan sahaja dapat memberikan kesihatan fizikal yang baik tetapi juga dapat memberikan kesan yang baik kepada perasaan dan fikiran. Buku ini yang merupakan rentetan daripada buku bestseller Solat Kebaikan Dari Perspektif Sains akan menjelaskan bagaimana solat yang terdiri daripada kombinasi pergerakan fizikal dan bacaan ayat suci Al-Quran dan Doa mampu menyumbang kepada kesihatan mental dan emosi yang baik."

- Penerbit

Sebuah kupasan lanjut buku BESTSELLER:

KANDUNGAN
  • Bab 1: Mengenali Otak Anda
  • Bab 2: Isyarat Otak
  • Bab 3: Teknik Terapi Minda
  • Bab 4: Solat Dan Kajian Saintifik
Harga = RM18.90 (Sem) RM20.90 (Sab/Swk)
Mukasurat = 63
Penulis = Prof. Ir. Dr. Fatimah Ibrahim & Dr. Ng Siew Cheok
Penerbit = Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya
 

Mati Pucuk: Kaedah Rawatan Melalui Prinsip Pemulihan Serta Postur Pergerakan Solat

"Bagi kaum lelaki, kehidupan sosial yang baik adalah sangat penting dalam menjamin kebahagiaan hidup. Di antara masalah kesihatan lelaki yang sentiasa menjadi igauan mereka adalah mati pucuk. Buku yang sedang berada di tangan anda ini akan mendedahkan bagaimana solat yang menjadi kefardhuan bagi setiap muslim dapat berfungsi sebagai terapi mati pucuk."

- Penerbit

Sebuah kupasan lanjut buku BESTSELLER:

Harga = RM28.90 (Sem) RM30.90 (Sab/Swk)
Mukasurat = 106 (Berwarna Penuh)
Penulis = Prof. Ir. Dr. Fatimah Ibrahim & Prof. Dr. Azad Hassan Abdul Razack
Penerbit = Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya

Friday, November 29, 2013

Maqasid Syariah - Isu-Isu Kepenggunaan: Realiti Dan Cabaran

"Jika kesederhanaan dalam berbelanja dan penjimatan dalam menggunakan (harta dan wang ringgit) telah menjadi kebiasaan serta tradisi satu bangsa, nescaya akan berkumpullah bagi mereka satu potensi kekayaan yang sangat besar. Masyarakat yang mengamalkan konsep ini merupakan masyarakat yang dewasa dan memiliki pamahaman yang matang dalam kehidupan"

(Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi, 1996)

Bertitik-tolak dari pandangan tersebut, tidak dapat dinafikan bahawa perancangan dan pengurusan kewangan yang lemah dalam kalangan masyarakat Islam mennjadi faktor utama masalah bebanan hutang. Dalam konteks negara kita, situasi ini menyumbang pula kepada masalah muflis yang semakin meningkat saban tahun. Malah, ditambah dengan kepesatan pembangunan, khususnya dalam bidang sosioekonomi dan sosiobudaya, mengheret pula timbulnya masalah-masalah lain seperti gejala kahwin lambat ekoran terlalu mengutamakan soal-soal prestij, masalah generasi muda yang tidak mampu berdikari dalam soal pemilikan harta (terutama yang menjadi suatu keperluan semasa) dan lain-lain perkara dharuri.

Justeru, buku ini yang merupakan himpunan sebahagian daripada koleksi kertaskerja Seminar Kebangsaan Maqasid Syariah 2013, anjuran Persatuan Ulama' Malaysia dengan kerjasama Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd. akan sedikit sebanyak memberi pencerahan kefahaman tentang keutamaan isu-isu kepenggunaan dalam syariat Islam. Turut dibahaskan juga ialah realiti ekonomi masyarakat Islam, kemudahan-kemudahan produk dan perkhidmatan bank-bank Islam serta kesannya terhadap kuasa beli pengguna.

- Penyelenggara

KANDUNGAN
  • Maqasid Syariah: Isu-Isu Kepenggunaan, Realiti dan Cabaran - Dato' Sheikh Abdul Halim Abd Kadir, Dr. Nor 'Azzah bte Kamri & Baharom bin Kassim
  • Pengurusan dan Perbelanjaan Harta Dalam Islam: Ketamaan dan Pendekatan - Prof. Madya Dr. Mohamad Akram Laldin
  • Pengurusan Kewangan Dalam Islam - Hajjah Rohani bte Datuk Mohd Shahir
  • Kemudahan Pembiayaan Peribadi oleh Perbankan dan Kesannya Kepada Kuasa Beli Pengguna - Mohd Nazri bin Chik
  • Perbankan Islam di Malaysia: Membantu atau Membahayakan Ummah? - Prof. Dr. Mohd Nazari bin Ismail
  • Sumber Pendapatan Alternatif MLM, Jualan Langsung Berbilang Tingkat, Penilaian Hukum Dari Perspektif Syariah - Prof. Madya Dr. Azman Mohd Noor
  • Jihad Ekonomi, Kepimpinan dan Pemilikan Equiti Melayu Muslim di Malaysia - Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim
  • Pemilikan Rumah Dalam Kalangan Golongan Muda Islam Di Malaysia - Dato' Dr. Sr. Kamarul Rashdan Bin Haji Salleh
  • Pembangunan Harta Wakaf di Malaysia: Pengalaman Perbadanan Wakaf Selangor - MAIS - Abu Bakar bin Yang
Harga = RM23.00
Mukasurat = 162
Penyelenggara = Abdul Karim Ali, PhD & Mohd Nazri Chik
Penerbit = Persatuan Ulama' Malaysia

Thursday, November 28, 2013

Undang-Undang Syariah Di Malaysia

Islam adalah al-Din yang mengatur keseluruhan hidup manusia di muka bumi ini. Ia merupakan satu pakej yang lengkap merangkumi semua aspek seperti aqidah, ibadah, muamalat, munakahat dan jenayah. Keindahan Islam akan terserlah apabila semua pengajarannya dalam kesemua aspek dilaksanakan. Di Malaysia sebagai contoh, aspek-aspek di atas dilaksanakan dengan baik, namun persoalan mengenai undang-undang jenayah Islam seperti qisas terus menjadi polemik. Perbincangannya mengalami pasang surut.

Dari senario masyarakat di Malaysia hari ini, saban hari akhbar-akhbar serta televisyen mendedahkan kepincangan masyarakat terutama dari aspek kejadian-kejadian jenayah. Pembunuhan, pembuangan bayi, penculikan, mencederakan, pukul, merompak, mencuri, menyamun, meragut, zina, rogol, pelacuran, judi, minum arak, penagihan dadah, qazaf, pecah amanah dan sebagainya semakin menjadi-jadi. Adakah undang-undang sedia ada gagal mencegah dan menghalang individu daripada melakukan perkara-perkara di atas?

Buku ini merupakan himpunan kertas kerja Seminar Kebangsaan Undang-Undang Syariah di Malaysia (2012) yang dianjurkan oleh Persatuan Ulama' Malaysia dengan kerjasama Jabatan Mufti Selangor dan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor. Fokus buku ini secara amnya tertumpu kepada:
  • Menghuraikan Islam sebagai sebuah cara hidup yang komprehensif.
  • Menghuraikan falsafah undang-undang jenayah Islam.
  • Menjelaskan kategori-kategori jenayah mengikut Islam.
  • Menjelaskan senario kesalahan dan jenayah yang berlaku di Malaysia.
- Penyelenggara

KANDUNGAN
  • Islam Agama Komprehensif - Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman
  • Falsafah Uqubah Dalam Kesalahan Jenayah Islam - Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
  • Adakah Federalisme Penghalang Kepada Pelaksanaan Syariah di Malaysia - Nurhafilah bt. Musa
  • Kemalangan Jalanraya dan Penyelesaiannya Mengikut Perundangan Islam - Shahidra Abdul Khalil
  • Political Will (Kemahuan Politik) Dalam Pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Islam - Prof. Madya Dr. Hasan Bahrom
  • Hudud: Falsafah dan Keperluannya Dalam Masyarakat Majmuk - Nik Muhammad Zawawi bin Salleh
  • Hukuman Mati dan Hak Asasi Manusia - Prof. Madya Dr. Azman bin Mohd Nor
  • Jenayah Riddah di Malaysia: Cadangan Penyelesaian Berasaskan Maqasid Syariyyah - Mohamad Zamri Mohamed Shafik
  • Kaedah-Kaedah Pembuktian Dalam Undang-Undang Jenayah Islam - Dato' Hj. Md Saleh bin Ahmad @ Md
Harga = RM23.00
Mukasurat = 222
Penyelenggara = Abdul Karim Ali, PhD & Mohd Roslan Mohd Nor, PhD
Penerbit = Persatuan Ulama' Malaysia

Wednesday, November 27, 2013

Siapakah Taghut?

Kelompok taghut ini sentiasa muncul di sepanjang pentas zaman dengan nama dan watak yang berbeza. Namun lakon layarnya tetap sama, memburu dan menghambat kebaikan dan keadilan. Di Madinah, ar-Rasul SAW dan kalangan yang beriman tetap berdada dengan penzalim dan musuh-musuh Islam. Pertembungan iman dan kufur terus berlangsung saban tahun dengan mempersembahkan peminang-peminang bidadari, dengan kubangan darah memercik medan jihad. Islam terus mara berhadapan dengan taghut di medan Badar (2H), Uhud (3H), Bir Maunah (4H), Ahzab (5H), Khaibar (7H), Muktah (8H), Tabuk (9H), Toif (8H), juga Hunain (8H). Puluhan lagi siri peperangan telah melengkapkan lukisan perjuangan di zaman Rasulullah SAW, juga ekpedisi demi ekspedisi peperangan yang tidak disertai oleh baginda.

- Penerbit

KANDUNGAN

Bab 1: Taghut yang Melampaui Batas
  • Apakah Pengaruh Keberhalaan Itu?
Bab 2: Kegigihan Syaitan di Medan Kekufuran

Bab 3: Keganasan Taghut di Muka Bumi
  • Yakjuj dan Makjuj
  • Komunisme dan Sosialisme
  • Pencerobohan Komunis ke atas Afghanistan
  • Komunisme di Alam Melayu
  • Tekanan ke atas Golongan Minoriti Umat Islam
 Bab 4: Dajjal sebagai Imperialisme?
  • Siapakah Dajjal?
Bab 5: Ular Zionisme Mengganas di Bumi
  • Protokol Zionisme
  • Intisari The Protocols of the Learned Elder of Zion
  • Free Masonry atau Masoniah
  • Fatwa al-Azhar
  • Dokumen Dr. Richard P. Mitchell untuk Menghancurkan Islam
  • Yahudi Menceroboh Masjid
  • Gerakan Free Masonry di Malaysia
Bab 6: Undang-undang Taghut yang Zalim

Bab 7: Benteng Pertahanan Umat Islam
  • Mempercayai Allah
  • Mempercayai Kebenaran
  • Mempercayai Kehidupan yang Kekal
  • Mempercayai Qadar
  • Mempercyai Persaudaraan
Bab 8: Jidad Menentang Taghut

Bab 9: Cahaya Islam Terus Bersinar

Harga = RM18.00 (Sem) RM20.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 301
Penulis = Dr. Hamdan Muhammad
Penerbit = Jundi Resources
 

Wednesday, November 20, 2013

Pemindahan & Pendermaan Organ

Buku Pencerahan Fiqh Semasa: Pemindahan dan Pendermaan Organ ini diterbitkan adalah untuk merungkai permasalahan hukum yang berkaitan dengan pemindahan dan pendermaan organ daripada seseorang kepada seseorag yang lain ketika benar-benar memerlukannya.

Dalam konteks Islam, hukum-hakam yang berkaitan dengan pemindahan dan pendermaan organ ini, tidak dibincangkan secara khusus melalui sumber hukum daripada al-Quran dan al-Sunnah. Tetapi ia dihuraikan oleh kebanyakan ulama Islam pada masa kini dan mereka mengeluarkan ijtihad masing-masing melalui pendekatan-pendekatan fiqah. Antara persoalan yang dihuraikan oleh para ulama ialah jenis organ yang boleh didermakan, hukum pemindahan organ, bolehkah menderma organ kepada orang bukan Islam, adakah harus mewasiatkan sebahagian  daripada anggota badan selepas mati dan adakah harus menjual anggota badan dan pelbagai persoalan lagi.

Diharap agar buku ini dapat memberi gambaran jelas kepada masyarakat agar menjadi insan yang prihatin terhadap penderitaan insan lain. Semoga kita mendapat mardhatillah dengan setiap amalan yang kita usahakan untuk kemaslahatan insan lain dalam  menjalani kehidupan sehari-hari.

- Penerbit

Organ yang Allah kurniakan kepada kita, boleh menjadi sumber pahala walaupun ketika jasad tidak lagi bernyawa. Benarkah Islam menghramkannya? Ataupun menggalakkannya?

KANDUNGAN

BAHAGIAN 1
  • Bab 1: Definisi Pendermaan dan Pemindahan Organ
  • Bab 2: Jenis Organ Yang Boleh Didermakan
  • Bab 3: Hukum Pemindahan Organ daripada Seseorang kepada Orang Lain
BAHAGIAN 2
  • Bab 4: Seseorang Muslim Mendermakan Anggota Badannya Semasa Hidup
  • Bab 5: Memindahkan Anggota Orang Kafir kepada Muslim
  • Bab 6: Menderma Organ kepada Orang Bukan Islam
BAHAGIAN 3
  • Bab 7: Memindahkan Testis (Alat yang Mengeluarkan Sperma)
  • Bab 8: Mewasiatkan Sebahagian Badan Selepas Mati
  • Bab 9: Menderma daripada Sebahagian Anggota Si Mati
  • Bab 10: Menjual Anggota Badan
Harga = RM12.00 (Sem) RM14.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 98
Penulis = Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Penerbit = PSN Publications Sdn. Bhd.

Tuesday, November 12, 2013

Fiqh Imam Syafie

"Aku sudah meneliti pelbagai karya dan aku tidak jumpa mana-mana karya seindah karya Syafie. Lalu aku katakan, 'Perumpamaan Syafie dalam kalangan ulama bagaikan bulan purnama di tengah-tengah kerdipan bintang di langit.'"

- Imam Al-Jahiz

KANDUNGAN
  • Bab 1: Keperibadian Imam Syafie
  • Bab 2: Keluasan Ilmu dan Kemasyhuran Imam Syafie
  • Bab 3: Pemikiran Fiqh dan Ijtihad Imam Syafie
  • Bab 4: Sumber dan Metodologi Mengistinbatkan Hukum
  • Bab 5: Ruang Lingkup Pemikiran Fiqh Imam Syafie
  • Bab 6: Al-Ihtiyat dalam Pemikiran Imam Syafie
  • Bab 7: Zahir al-Nas Asas Fatwa Imam Syafie
  • Bab 8: Hujah Bahasa dalam Pemikiran Fiqh Imam Syafie
  • Bab 9: Qawaid Fiqhiyyah dalam Pemikiran Imam Syafie
  • Bab 10: Pemikiran Usuli daripada Perspektif Pemikiran Fiqh Imam Syafie
  • Bab 11: Cabaran Pemikiran Fiqh Syafie
  • Bibliografi
  • Biodata Penulis
Harga = RM18.00 (Sem) RM20.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 269
Penulis = Dr. Ridzuan Ahmad, Ph.D.
Penerbit = PTS Millennia Sdn. Bhd.
 

Thursday, October 17, 2013

Kewangan & Perbankan: Isu-Isu Dan Cabaran

Mutakhir ini, masyarakat Islam khususnya di Malaysia seringkali terdedah dengan isu-isu semasa berkaitan kewangan dan perbankan: contohnya pelaburan melalui internet, perniagaan MLM dan Forex, insurans konvensional, kontrak pinjaman berasaskan faedah, amanah saham dan sebagainya. Kesemua isu yang berlegar ini sememangnya berinteraksi terus dalam kehidupan seharian masyarakat Islam dan mempunyai implikasi hukum. Ditambah pula dengan lambakan produk-produk kewangan dan perbankan melalui instrumen yang pelbagai di pasaran. Meskipun perkembangan ini suatu yang baik, namun masyarakat Islam adakalanya dilihat kurang sensitif untuk membuat penilaian kepada produk-produk tersebut khususnya berkaitan hukum syariah.

Buku ini tampil memberi penjelasan hukum berkaitan isu-isu semasa serta cabaran kewangan Islam. Artikel-artikel yang terdapat dalam buku ini merupakan koleksi kertas kerja Konvensyen Kewangan dan Perbankan Islam (2010) dan Konvensyen Kewangan Islam (2011), anjuran Persatuan Ulama' Malaysia cawangan Selangor.

Mudah-mudahan penerbitan buku ini bakal menyuntik kefahaman yang mampan serta mampu memberikan penyelesaian syariah terhadap isu-isu perbankan dan kewangan Islam. Malah buku ini adalah alternatif terbaik dalam mendedahkan berkaitan konsep dan operasi perlaksanaan sistem kewangan dan perbankan Islam kepada masyarakat majmuk di Malaysia.

- Penerbit

KANDUNGAN
  • Senario Kewangan dan Perbankan Islam Masa Kini: Prospek, Isu-Isu dan Cabaran - Prof. Madya Dr. Mohamad Akram Laldin & Nusaibah bte Mohd Parid
  • Sistem dan Operasi Perbankan Islam: Tinjauan dan Ulasan - Dr. Ab Rashid Dail
  • Pendirian Syariah Terhadap Penggunaan Wang Kertas (Fiat Money) - Mohd Nazri bin Chik
  • A Review of Shariah Compliant Instrimentals for Islamic Credit Card as Adopted by Malaysian Financial Institution - Prof. Madya Dr. Azman bin Mohd Noor & Rafidah bte Mohd Azli
  • Perniagaan Multi Level Marketing (MLM) dari Perspektif Fiqh Islami - Zaharuddin bin Muhammad
  • Urusniaga Matawang Asing (Forex) dan Leverage: Satu Analisa dari Perspektif Syariah - Mohd Zamerey bin Aabdul Razak
  • Riba Dalam Perbankan Islam: Antara Persepsi dan Realiti - Prof. Madya Dr. Mohamad Akram Laldin
  • Isu-Isu Semasa Riba Dalam Jual Beli Emas dan Perak - Dr. Mohamad Fairooz bin Abdul Khir
  • Ciri-Ciri Keuntungan Menurut Perspektif Islam - Prof. Madya Dr. Shamsiah bte Mohamad
  • Pinjaman Dengan Faedah dan Penyelesaiannya Menurut Syariat Islam - Dr. Abdul Halim El-Muhammady
Harga = RM23.00
Mukasurat = 202
Penyelenggara = Azizi Che Seman, PhD & Mohd Nazri Chik
Penerbit = Persatuan Ulama' Malaysia
 

Tuesday, September 17, 2013

Kaedah Merawat Santau - Ketahui Cara Merawatinya, Langkah Demi Langkah

Santau adalah amalan sihir yang sering menghantui masyarakat, khususnya masyarakat Melayu di Malaysia. Walau teknologi berubah dan semakin canggih, gejala santau masih berlaku. Masyarakat pula semakin keliru apabila mahu mendapatkan penyembuhan, sama ada berjumpa dengan bomoh, ataupun pengamal perubatan alternatif yang mengikut landasan syariat.

Saban tahun, semakin ramai pesakit datang berubat, dan seiring dengan itu juga, semakin bertambah jumlah pengamal perubatan yang diiktiraf. Buku ini terhasil berdasarkan ilmu dan amalan para penulis dalam merawat penyakit-penyakit yang disebabkan oleh santau, sejak tahun 1980an. Darussyifa' sendiri terkenal sebagai antara pelopor perubatan alternatif di Malaysia.

Buku Kaedah Merawat Santau ini adalah antara ikhtiar yang dilakukan, demi membantu pesakit bagi menghadapinya. Sesungguhnya, Allah S.W.T. juga yang menyembuhkan  setiap penyakit para hamba-Nya, seperti ucapan Nabi Ibrahim A.S. dalam surah As-Syu'arak, ayat 80, yang bermaksud, "Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku."

- Penulis

KANDUNGAN

Bab 1: Pengenalan Kepada Santau
Bab 2: Mengenalpasti Pesakit Santau
Bab 3: Rawatan Santau Dengan Menggunakan Kaedah Tepuk Daun Nangka
Bab 4: Pantang Selepas Rawatan Tepuk Daun Nangka
Bab 5: Ubat Herba Untuk Pesakit Santau
Bab 6: Rawatan Penyakit Berkaitan
Bab 7: Pemutus Ubat
Bab 8: Pendinding Diri, Keluarga, Kediaman Dan Harta
Bab 9: Mengetahui Pembuat Santau
Bab 10: Persediaan Rawatan
Bab 11: Soalan Lazim
Bab 12: Pengalaman Pesakit Santau

Harga = RM17.00 (Sem) RM19.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 112 (Berwarna Penuh)
Penulis = Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din & Tuan Hj. Mokhtar Kassan
Penerbit = PTS Islamika Sdn. Bhd.

Untuk Kita Pendosa - Harapan Selalu Ada


Untuk kita para pendosa, terbuka ruang, seluas-luas ruangan. Kemudian, ingatlah kita kepada pesan Tuhan dalam ayat berturutan yang bermaksud:

"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat serta berserah bulat-bulat kepada-Nya, sebelum kamu didatangi azab. Ini kerana, sesudah itu kamu tidak diberi pertolongan."
~ Surah Az-Zumar, Ayat 54 ~

DOSA adalah ujian. Mahu pulang ataupun terus dilalaikan.

KANDUNGAN
  • Pendahuluan: Satu Permulaan
  • Dosa, Kita Perlu Melihatnya Semula
  • Mahu Ataupun Tidak?
  • Hati Yang Kosong
  • Alasan Kita Kepada Allah S.W.T.
  • Aku Berdosa, Tetapi Aku Berjaya
  • Efek Dosa Pada Hati
  • Efek Dosa Pada Jasad
  • Efek Dosa Pada Mental
  • Kerana Kita Jauh
  • Ada Hari Dia Akan Marah
  • Jangan Salahkan Tuhan
  • Mencari Diri
  • Segera Kembali Kepada Allah S.W.T.
  • Bahagia Apabila Taat Kepada Allah S.W.T.
  • Berubah Menjadi Baik Adalah Hipokrit
  • Menghidupkan Hati
  • Cabaran Demi Cabaran
  • Mencari Kekuatan, Kebahagiaan Dan Ketenangan
  • Hancurkan Dinding Itu
  • Menghargai Kehidupan
  • Menjemput Kekuatan
  • Menghidupkan Jiwa
  • Belum Cukup Kesungguhan Kita
  • Keimanan Yang Tidak Berpotensi
  • Iman Yang Menurun Bukan Alasan
  • Dua Mata
  • Terus Menjadi Hebat
  • Hari-Hari Seperti Tidak Mempunyai Harapan
  • Jangan Bersedih
  • Menangislah
  • Pujuklah Diri Sendiri
  • Memaknakan Kehidupan
  • Kami Lupa Asah Kapak
  • Motivasi Kehidupan Kita
  • Mati Adalah Motivasi Pada Perubahan Kita
  • Penyelesaian Pada Ancaman Dalam Diri Manusia
  • Tenanglah Jiwa Damailah Hati
  • Tenanglah, Tenang
  • Sejenak Kita Menziarahi Neraka Allah
  • Mengapa Tinggalkan Syurga-Nya
  • Manusia Mampu Berubah
  • Yang Kita Ada Hanyalah Sekarang
  • Mereka Yang Tidak Mahu Membersihkan Diri
  • Keampunan Allah Dan Pengkhianatan Kepada-Nya
  • Penutup
Harga = RM18.00 (Sem) RM20.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 230
Penulis = Hilal Asyraf (www.langitilahi.com)
Penerbit = PTS Millennia Sdn. Bhd

Friday, May 31, 2013

Misteri Alam Kubur

Buku ini merupakan sebuah karya yang diadaptasikan daripada sebuah kitab klasik yang ditulis oleh Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani. Syeikh Daud al-Fatani merupakan salah seorang tokoh ulama Nusantara yang ulung yang telah meninggalkan jasa dan warisan ilmu sehingga dapat dimanfaatkan oleh kebanyakan umat Islam di Malaysia khususnya dan Nusantara amnya. Beliau telah mengarang pelbagai ilmu agama dalam aneka tajuk dan perbahasannya meliputi ilmu Fiqah, Usuluddin dan Tasawuf. Judul asal buku ini ialah Kasyful Ghummah pada Menyatakan Kelakuan Orang Mati dan Hal Hari Kiamat. Karya adaptasi ini diolah dalam bentuk gaya bahasa yang lebih moden supaya memudahkan para pembaca untuk memahaminya.

Selain daripada pengolahan semula karya Syeikh Daud al-Fatani melalui buku ini, turut dimasukkan sedikit perbincangan daripada sumber yang lain iaitu daripada kitab at-Tazkirah fi Ahwal al-Mauta wa Umur al-Akhirah oleh Imam al-Qurtubi membincangkan tajuk yang sama dibincangkan oleh Syeikh Daud dalam bukunya.

Sesungguhnya menyelami kandungan buku ini dapat menambahkan keimanan dan ketakwaan, yang mana ia adalah manifestasi daripada anjuran Rasulullah SAW supaya umatnya memperbanyakkan mengingati kematian. Dengan mengetahui misteri dan rahsia di alam kubur akan mengawal manusia daripada dihanyutkan oleh arus hawa nafsu yang sentiasa mendorong mereka ke arah keburukan.

- Penyusun

KANDUNGAN
  • Bahagian 1: Cabaran Kematian
  • Bahagian 2: Perpisahan Roh Dan Jasad
  • Bahagian 3: Cabaran Di Alam Kubur
  • Bahagian 4: Azab Dan Nikmat Kubur
  • Bahagian 5: Kesudahan Roh
Harga = RM22.00 (Sem) RM24.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 153
Penyusun = Ustaz Muhammad Ramzi Bin Omar
Penerbit = PSN Publications Sdn Bhd
 

Sunday, May 12, 2013

Aqidah Dan Perjuangan

Seseorang pemimpin itu perlu lebih arif mengenai mafhum Islam yang menjadi jalan dan matlamat dengan penuh keimanan sehingga dia tidak berpaling kepada segala bentuk gangguan yang menghalang. Dia akan istiqamah dalam menegakkan cita-cita Islam bermula dengan mentauhidkan Allah, membawa manusia supaya mengakuinya sehingga tegaknya kalimah Allah dan bersihnya bumi ini daripada segala macam kufur dan syirik dengan terlaksana segala nizam yang ada dalam ajaran Islam.

Asy-Syahid Sayyid Qutb sebelum digantung sampai mati sebagai syahid sempat menulis surat kepada adik perempuannya dan berkata kepadanya; "Wahai adikku, barangkali sekarang ini engkau sedang melihat dengan gerun tali gantung yang akan menjerat leherku. Kita akan merasakan perjuangan kita ini sempit apabila kita memikirkan bahawa kita yang memulakan perjuangan dan kita yang akan mengakhiri perjuangan ini tetapi apabila kita memikirkan bahawa bukan kita yang memulakan perjuangan ini dan bukan kita yang menamatkannya, maka ketika itu terasalah bagaimana luasnya perjuangan kita, bagaimana luasnya keluarga kita kerana keluarga kita bukan keluarga yang diikat oleh keturunan darah tetapi keturunan kita diikat oleh kesatuan akidah La Ilaha Illallah Muhammad Rasulullah."

Yakinlah, bahawa kita adalah penyambung perjuangan kebenaran yang dimulakan oleh para rasul dan para anbiya hanya akan berakhir apabila berkhirnya dunia ini. Oleh itu yakinlah kita bahawa tidak ada kekuasaan manusia di bumi ini yang boleh menghalang perjuangan Islam ini. Takbir!!!

- Penerbit

KANDUNGAN
  1. Akidah Dan Kepimpinan
  2. Akidah Dan Pengaruhnya Dalam Kehidupan Muslim
  3. Keruntuhan Umat Islam Kerana Kejahilan Dan Pengaruh Barat
  4. Beberapa Tuntutan Ke Atas Pendokong Harakah Islamiyyah
  5. Peranan Ulama Sebagai Pemimpin Umat
  6. Abad Kebangkitan Islam
  7. Perjuangan Dan Ujian
  8. Kezaliman Nasionalisme
  9. Muslimat Dan Perjuangan
Harga = RM15.00 (Sem) RM18.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 140
Penulis = Al-Fadhil Ustaz Fadzil Noor & Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang
Penerbit = Jundi Resources


Saturday, May 11, 2013

Shamsiah Fakeh: Pejuang, Pemimpin Dan Perempuan

"Kagum, tersentuh dan terharu apabila membaca karya ini. Seakan setiap kejadian yang ditempuhi Shamsiah Fakeh berlaku di hadapan mata."

Shamsiah Fakeh adalah seorang komunis. Itu yang diberitahukan kepada kita, sehinggalah beliau sendiri berkata,

"Aku akan tulis kisah ini nanti. Aku harap, selepas ini kalian tahu kisah yang sebenar dan tidak lagi membuat tuduhan yang bukan-bukan terhadapku."

Inilah novel yang sangat menghormati Shamsiah Fakeh. Ia menceritakan, Shamsiah Fakeh adalah susuk yang pernah menjadi pejuang, pemimpin dan tetap seorang perempuan.

Sebagai pejuang beliau berkata, "Tiada apa yang aku kesalkaan. Beribu-ribu pejuang telah terkorban semasa berjuang demi kemerdekaan. Mereka juga tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan atau kemewahan daripada perjuangan mereka."

Sebagai pemimpin, "Kamu yang dapat melihat peristiwa sebenar dalam membunuh anaknya sendiri? Aku juga manusia seperti kamu, punya hati dan perasaan. Bezanya, aku mengangkat senjata dan tinggal di dalam hutan kerana berlindung daripada serangan penjajah, dan kamu tidak."

Namun, masihkah Shamsiah Fakeh itu seorang komunis?

- Penulis

Harga = RM20.00 (Sem) RM23.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 268
Penulis = Azzah AR
Penerbit = PTS Litera Utama Sdn. Bhd.

Saturday, February 9, 2013

Ahli Sihir Ke Tali Gantung ~ Buku Paling Ditakuti Ahli Sihir Kini Sudah Tiba!

..Bagi jenayah sihir, ahli sihir tidak perlu berada di lokasi kejadian, tetapi sihir yang dilaksanakannya dapat mengenai mangsa yang berada beratus-ratus kilometer dari lokasi sihir yang dilkukannya. Perkara ini dianggap sebagai tidak masuk akal, tetapi itu hakikat yang berlaku. Ahli sihir tidak perlu berada berdekatan kerana senjata yang digunakan oleh mereka adalah senjata hidup serta mempunyai mata dan akal bagi memahami kehendak tuannya. ~ Penulis

KANDUNGAN
  • Kata Pengantar Pengurus Besar Yayasan Pahang
  • Kata Pengantar Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia
  • Prakata Penulis
  • Pengenalan
  • Sekelumit Bicara Perihal Sihir
  1. Melihat Sihir Daripada Kacamata Bahasa
  2. Melihat Dihir Daripada Kacamata Istilah
  3. Elemen Pembentuk Sihir
  4. Sihir Dan Perkara Ajaib Yang Lain
  • Jenayah Yang Dilaknat Sejak Zaman Berzaman
  1. Sihir Mesopotamia
  2. Sihir Mesir
  3. Sihir Yunani Dan Rom
  4. Sihir Parsi
  5. Sihir China
  6. Islam Dan Sihir
  7. Barat Dijajah Sihir
  • Amalan Sihir... Rahsia Yang Terbongkar
  1. Hakikat Sihir: Kerja Di Sebalik Tabir
  2. Tanda Sihir: Antara Hakikat Dan Khayalan
  3. Dahsyatnya Sihir
  4. Seiras Sihir
  5. Sihir vs. Doktor
  • Sihir Itu Jenayah
  1. Jenayah Sihir Dan Jenayah Biasa: Apa Bezanya?
  2. Actus Reus, Mens Rea
  • Di Mana Sihir Dalam Undang-Undang?
  1. Sihir Dan Tali Gantung
  • Sihir Di Malaysia
  1. Sihir Berhampiran Kita
  2. Sihir Di Mahkamah
  • Penjara Untuk Ahli Sihir
  1. Lebih Berkuasa Daripada Penyihir
  • Mantera Penduduk Sihir
  1. Kini Ahli Sihir Kalah
  • Undang-Undang Sihir Millenium Baru
  1. Undang-Undang Sihir Abad Ke-21
  • Kitab Mantera Pengalah Sihir
  1. Hikmat Penangkap Sihir: Deraf Undang-Undang Jenayah Sihir Malaysia
  • Penutup
  • Biodata Penulis
  • Bibliografi
Harga = RM25.00 (Sem) RM28.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 366
Penerbit = PTS Millennia Sdn. Bhd.

Sunday, January 27, 2013

Khutbah Terakhir Rasulullah

"Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku daripada yang terus mendengar dariku..."

Sebuah bait patah daripada Rasulullah SAW di dalam khutbah terakhir baginda. Sabda baginda ini seolah-olah meniup sebuah harapan untuk penulis bagi meneroka apa mesej yang tersembunyi di dalam 'Khutbah Terakhir' ini kerana Nabi mengharapkan supaya semakin lama, semakin ramai yang lebih memahami isi khutbah terakhir baginda ini. Apakah mesej tersirat di dalamnya?

Lalu, penulis cuba selami dan perincikan ayat demi ayat di dalam lembaran khutbah bersejarah ini. Hasilnya, subhanallah... begitu lengkap! Dalam satu khutbah yang ringkas, baginda Nabi mendidik dan menyimpulkan kepada kita tentang persoalan akidah, ibadah, muamalat, munakahat, akhlak dan banyak lagi. Maka benarlah sabda baginda.

Khutbah terakhir Rasulullah SAW ini adalah ibarat sebuah rumusan bagi ajaran Islam yang baginda sebarkan selama 23 tahun. Kesemuanya dikumpulkan di dalam sebuah khutbah. Buku ini digarap berpandukan rujukan-rujukan yang masyhur dan diselitkan kisah-kisah tauladan umat terdahulu sebagai contoh huraian yang lebih jelas dan 'mesra pembaca'. Selain itu, sepanjang bab para pembaca akan disentuh kalbunya agar kembali menyulam benih-benih cinta buat Rasulullah SAW dan segala keperibadian mulia baginda terserlah melalui khutbah terakhir ini. Di akhir bacaan, insya-Allah pembaca akan dapat merasakan perasaan cinta yang maha agung buat Rasulullah SAW dan akan lebih memahami khutbah terakhir Rasulullah SAW ini serta keajaiban yang ada di dalamnya. Mudah-mudahan...

- Penerbit

KANDUNGAN
  • Bab 1: Takdir Hak Abadi Allah SWT
  • Bab 2: Ketekunan Dan Kewajipan Berdakwah
  • Bab 3: Silaturahim Ukhuwah Suci
  • Bab 4: Kematian Itu Pasti
  • Bab 5: Bahaya Riba
  • Bab 6: Syaitan: Musuh Yang Nyata
  • Bab 7: Kerukunan Rumah Tangga
  • Bab 8: Kedaulatan Rukun Islam
  • Bab 9: Takwa, Sebaik-Baik Bekal
  • Bab 10: Wasiat Penyelamat
Harga = RM18.00 (Sem) RM21.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 133
Penyusun = Ibnu Rijal
Penerbit = Must Read Sdn. Bhd.

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...