Mutakhir ini, masyarakat Islam khususnya di Malaysia seringkali terdedah dengan isu-isu semasa berkaitan kewangan dan perbankan: contohnya pelaburan melalui internet, perniagaan MLM dan Forex, insurans konvensional, kontrak pinjaman berasaskan faedah, amanah saham dan sebagainya. Kesemua isu yang berlegar ini sememangnya berinteraksi terus dalam kehidupan seharian masyarakat Islam dan mempunyai implikasi hukum. Ditambah pula dengan lambakan produk-produk kewangan dan perbankan melalui instrumen yang pelbagai di pasaran. Meskipun perkembangan ini suatu yang baik, namun masyarakat Islam adakalanya dilihat kurang sensitif untuk membuat penilaian kepada produk-produk tersebut khususnya berkaitan hukum syariah.
Buku ini tampil memberi penjelasan hukum berkaitan isu-isu semasa serta cabaran kewangan Islam. Artikel-artikel yang terdapat dalam buku ini merupakan koleksi kertas kerja Konvensyen Kewangan dan Perbankan Islam (2010) dan Konvensyen Kewangan Islam (2011), anjuran Persatuan Ulama' Malaysia cawangan Selangor.
Mudah-mudahan penerbitan buku ini bakal menyuntik kefahaman yang mampan serta mampu memberikan penyelesaian syariah terhadap isu-isu perbankan dan kewangan Islam. Malah buku ini adalah alternatif terbaik dalam mendedahkan berkaitan konsep dan operasi perlaksanaan sistem kewangan dan perbankan Islam kepada masyarakat majmuk di Malaysia.
- Penerbit
KANDUNGAN
- Senario Kewangan dan Perbankan Islam Masa Kini: Prospek, Isu-Isu dan Cabaran - Prof. Madya Dr. Mohamad Akram Laldin & Nusaibah bte Mohd Parid
- Sistem dan Operasi Perbankan Islam: Tinjauan dan Ulasan - Dr. Ab Rashid Dail
- Pendirian Syariah Terhadap Penggunaan Wang Kertas (Fiat Money) - Mohd Nazri bin Chik
- A Review of Shariah Compliant Instrimentals for Islamic Credit Card as Adopted by Malaysian Financial Institution - Prof. Madya Dr. Azman bin Mohd Noor & Rafidah bte Mohd Azli
- Perniagaan Multi Level Marketing (MLM) dari Perspektif Fiqh Islami - Zaharuddin bin Muhammad
- Urusniaga Matawang Asing (Forex) dan Leverage: Satu Analisa dari Perspektif Syariah - Mohd Zamerey bin Aabdul Razak
- Riba Dalam Perbankan Islam: Antara Persepsi dan Realiti - Prof. Madya Dr. Mohamad Akram Laldin
- Isu-Isu Semasa Riba Dalam Jual Beli Emas dan Perak - Dr. Mohamad Fairooz bin Abdul Khir
- Ciri-Ciri Keuntungan Menurut Perspektif Islam - Prof. Madya Dr. Shamsiah bte Mohamad
- Pinjaman Dengan Faedah dan Penyelesaiannya Menurut Syariat Islam - Dr. Abdul Halim El-Muhammady
Mukasurat = 202
Penyelenggara = Azizi Che Seman, PhD & Mohd Nazri Chik
Penerbit = Persatuan Ulama' Malaysia