Santau adalah amalan sihir yang sering menghantui masyarakat, khususnya masyarakat Melayu di Malaysia. Walau teknologi berubah dan semakin canggih, gejala santau masih berlaku. Masyarakat pula semakin keliru apabila mahu mendapatkan penyembuhan, sama ada berjumpa dengan bomoh, ataupun pengamal perubatan alternatif yang mengikut landasan syariat.
Saban tahun, semakin ramai pesakit datang berubat, dan seiring dengan itu juga, semakin bertambah jumlah pengamal perubatan yang diiktiraf. Buku ini terhasil berdasarkan ilmu dan amalan para penulis dalam merawat penyakit-penyakit yang disebabkan oleh santau, sejak tahun 1980an. Darussyifa' sendiri terkenal sebagai antara pelopor perubatan alternatif di Malaysia.
Buku Kaedah Merawat Santau ini adalah antara ikhtiar yang dilakukan, demi membantu pesakit bagi menghadapinya. Sesungguhnya, Allah S.W.T. juga yang menyembuhkan setiap penyakit para hamba-Nya, seperti ucapan Nabi Ibrahim A.S. dalam surah As-Syu'arak, ayat 80, yang bermaksud, "Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku."
- Penulis
KANDUNGAN
Bab 1: Pengenalan Kepada Santau
Bab 2: Mengenalpasti Pesakit Santau
Bab 3: Rawatan Santau Dengan Menggunakan Kaedah Tepuk Daun Nangka
Bab 4: Pantang Selepas Rawatan Tepuk Daun Nangka
Bab 5: Ubat Herba Untuk Pesakit Santau
Bab 6: Rawatan Penyakit Berkaitan
Bab 7: Pemutus Ubat
Bab 8: Pendinding Diri, Keluarga, Kediaman Dan Harta
Bab 9: Mengetahui Pembuat Santau
Bab 10: Persediaan Rawatan
Bab 11: Soalan Lazim
Bab 12: Pengalaman Pesakit Santau
Harga = RM17.00 (Sem) RM19.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 112 (Berwarna Penuh)
Penulis = Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din & Tuan Hj. Mokhtar Kassan
Penerbit = PTS Islamika Sdn. Bhd.