Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Friday, May 31, 2013

Misteri Alam Kubur

Buku ini merupakan sebuah karya yang diadaptasikan daripada sebuah kitab klasik yang ditulis oleh Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani. Syeikh Daud al-Fatani merupakan salah seorang tokoh ulama Nusantara yang ulung yang telah meninggalkan jasa dan warisan ilmu sehingga dapat dimanfaatkan oleh kebanyakan umat Islam di Malaysia khususnya dan Nusantara amnya. Beliau telah mengarang pelbagai ilmu agama dalam aneka tajuk dan perbahasannya meliputi ilmu Fiqah, Usuluddin dan Tasawuf. Judul asal buku ini ialah Kasyful Ghummah pada Menyatakan Kelakuan Orang Mati dan Hal Hari Kiamat. Karya adaptasi ini diolah dalam bentuk gaya bahasa yang lebih moden supaya memudahkan para pembaca untuk memahaminya.

Selain daripada pengolahan semula karya Syeikh Daud al-Fatani melalui buku ini, turut dimasukkan sedikit perbincangan daripada sumber yang lain iaitu daripada kitab at-Tazkirah fi Ahwal al-Mauta wa Umur al-Akhirah oleh Imam al-Qurtubi membincangkan tajuk yang sama dibincangkan oleh Syeikh Daud dalam bukunya.

Sesungguhnya menyelami kandungan buku ini dapat menambahkan keimanan dan ketakwaan, yang mana ia adalah manifestasi daripada anjuran Rasulullah SAW supaya umatnya memperbanyakkan mengingati kematian. Dengan mengetahui misteri dan rahsia di alam kubur akan mengawal manusia daripada dihanyutkan oleh arus hawa nafsu yang sentiasa mendorong mereka ke arah keburukan.

- Penyusun

KANDUNGAN
  • Bahagian 1: Cabaran Kematian
  • Bahagian 2: Perpisahan Roh Dan Jasad
  • Bahagian 3: Cabaran Di Alam Kubur
  • Bahagian 4: Azab Dan Nikmat Kubur
  • Bahagian 5: Kesudahan Roh
Harga = RM22.00 (Sem) RM24.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 153
Penyusun = Ustaz Muhammad Ramzi Bin Omar
Penerbit = PSN Publications Sdn Bhd
 

Sunday, May 12, 2013

Aqidah Dan Perjuangan

Seseorang pemimpin itu perlu lebih arif mengenai mafhum Islam yang menjadi jalan dan matlamat dengan penuh keimanan sehingga dia tidak berpaling kepada segala bentuk gangguan yang menghalang. Dia akan istiqamah dalam menegakkan cita-cita Islam bermula dengan mentauhidkan Allah, membawa manusia supaya mengakuinya sehingga tegaknya kalimah Allah dan bersihnya bumi ini daripada segala macam kufur dan syirik dengan terlaksana segala nizam yang ada dalam ajaran Islam.

Asy-Syahid Sayyid Qutb sebelum digantung sampai mati sebagai syahid sempat menulis surat kepada adik perempuannya dan berkata kepadanya; "Wahai adikku, barangkali sekarang ini engkau sedang melihat dengan gerun tali gantung yang akan menjerat leherku. Kita akan merasakan perjuangan kita ini sempit apabila kita memikirkan bahawa kita yang memulakan perjuangan dan kita yang akan mengakhiri perjuangan ini tetapi apabila kita memikirkan bahawa bukan kita yang memulakan perjuangan ini dan bukan kita yang menamatkannya, maka ketika itu terasalah bagaimana luasnya perjuangan kita, bagaimana luasnya keluarga kita kerana keluarga kita bukan keluarga yang diikat oleh keturunan darah tetapi keturunan kita diikat oleh kesatuan akidah La Ilaha Illallah Muhammad Rasulullah."

Yakinlah, bahawa kita adalah penyambung perjuangan kebenaran yang dimulakan oleh para rasul dan para anbiya hanya akan berakhir apabila berkhirnya dunia ini. Oleh itu yakinlah kita bahawa tidak ada kekuasaan manusia di bumi ini yang boleh menghalang perjuangan Islam ini. Takbir!!!

- Penerbit

KANDUNGAN
  1. Akidah Dan Kepimpinan
  2. Akidah Dan Pengaruhnya Dalam Kehidupan Muslim
  3. Keruntuhan Umat Islam Kerana Kejahilan Dan Pengaruh Barat
  4. Beberapa Tuntutan Ke Atas Pendokong Harakah Islamiyyah
  5. Peranan Ulama Sebagai Pemimpin Umat
  6. Abad Kebangkitan Islam
  7. Perjuangan Dan Ujian
  8. Kezaliman Nasionalisme
  9. Muslimat Dan Perjuangan
Harga = RM15.00 (Sem) RM18.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 140
Penulis = Al-Fadhil Ustaz Fadzil Noor & Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang
Penerbit = Jundi Resources


Saturday, May 11, 2013

Shamsiah Fakeh: Pejuang, Pemimpin Dan Perempuan

"Kagum, tersentuh dan terharu apabila membaca karya ini. Seakan setiap kejadian yang ditempuhi Shamsiah Fakeh berlaku di hadapan mata."

Shamsiah Fakeh adalah seorang komunis. Itu yang diberitahukan kepada kita, sehinggalah beliau sendiri berkata,

"Aku akan tulis kisah ini nanti. Aku harap, selepas ini kalian tahu kisah yang sebenar dan tidak lagi membuat tuduhan yang bukan-bukan terhadapku."

Inilah novel yang sangat menghormati Shamsiah Fakeh. Ia menceritakan, Shamsiah Fakeh adalah susuk yang pernah menjadi pejuang, pemimpin dan tetap seorang perempuan.

Sebagai pejuang beliau berkata, "Tiada apa yang aku kesalkaan. Beribu-ribu pejuang telah terkorban semasa berjuang demi kemerdekaan. Mereka juga tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan atau kemewahan daripada perjuangan mereka."

Sebagai pemimpin, "Kamu yang dapat melihat peristiwa sebenar dalam membunuh anaknya sendiri? Aku juga manusia seperti kamu, punya hati dan perasaan. Bezanya, aku mengangkat senjata dan tinggal di dalam hutan kerana berlindung daripada serangan penjajah, dan kamu tidak."

Namun, masihkah Shamsiah Fakeh itu seorang komunis?

- Penulis

Harga = RM20.00 (Sem) RM23.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 268
Penulis = Azzah AR
Penerbit = PTS Litera Utama Sdn. Bhd.

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...