Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Sunday, December 23, 2012

Suami Yang Teruji

Para suami adalah pemimpin kepada ahli keluarganya. Jika pincang kepimpinannya maka runtuhlah mahligai rumah tangga yang dibina. Pada pundaknya terpikul tanggungjawab yang maha berat untuk memastikan ahli keluarga yang dipimpin berada di jalan Allah. Justeru, tidak sedikit ujian yang perlu ditempuh oleh setiap kaum Adam yang bergelar suami.

Apabila ditanya siapakah orang yang paling rapat dengan seorang suami? Pasti jawapan yang diberikan ialah isteri. Jadi apakah yang sewajarnya dilaksanakan oleh para suami terhadap insan yang paling rapat dengan mereka? Adakah hanya di waktu-waktu tertentu sahaja atau di sepanjang masa? Persoalan ini dibangkitkan bukan kerana mahu membuka pekung di dada, tetapi lihatlah dari sudut kaca mata positif. Isteri adalah orang yang paling rapat dan disayangi. Memang semua bersetuju. Namun, mengapa sanggup membiarkan para isteri bersendirian sewaktu mereka bertungkus-lumus melaksanakan pelbagai tugas di rumah?

"Itu memang tugas isteri. Mereka perlu layan suami, anak-anak dan semua tugas di rumah."
"Siapa kata  begitu?"

Diam.

"Jangan pinta hidup yang mudah,
tetapi pintalah hati yang tabah
untuk menghadapinya."

KANDUNGAN
  • Bab 1: Cinta Beralih Arah
  • Bab 2: Beban Tak Tertanggung
  • Bab 3: Janji Manismu
  • Bab 4: Tulang Sudah Reput
  • Bab 5: Anak Manja
  • Bab 6: Belum Dapat Hidayah
  • Bab 7: Sibuk 24 Jam
  • Bab 8: Masih Bujang Senang
  • Bab 9: Sikap Ambil Mudah
  • Bab 10: Subuh Oh Subuh
  • Bab 11: Ikut Cakap Saya
  • Bab 12: Pasrah
  • Bab 13: Sayang Salmah
  • Bab 14: Cemburu Sayang
  • Bab 15: Dengar Cakap Orang
  • Bab 16: Aku Mahu Kaya
  • Bab 17: Ini Hobi Saya
  • Bab 18: Kenapa Terpaksa
  • Bab 19: Cinta 'Muka Buku'
  • Bab 20: Demi Cinta Bibik
Harga = RM20.00 (Sem) RM22.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 315
Penulis = Wan Zayuhisyam Wan Yusoff
Penerbit = Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

Saturday, December 22, 2012

Muhammad Al-Fatih 1453

Ini adalah kisah ketika dunia hanya mengenal dua wilayah; Barat dan Timur. Ini adalah persaingan antara dua negara: Imperium Rom dan Khalifah Islam. Ini adalah ceritera saat dunia terbahagi menjadi dua bahagian; Kristian dan Islam. Ini adalah epik antara dua kekuatan: Byzantium dan Uthmani.

Pada suatu masa ketika dunia hanya terbahagi menjadi dua bahaagian, sudah menjadi kewajaran bagi Barat untuk menakluki Timur. Namun ada seorang pemuda yang membalikkan semuanya dan menakluki sebahagian besar Barat.

Pemuda yang mengukir namanya dalam sejarah emas dunia, dengan prestasi dan pencapaian yang tidak pernah ada pada masanya ataupun sebelumnya, prestasi yang jauh melampaui zamannya.

Ini adalah satu pertempuran paling penting dalam sejarah Islam dan sejarah dunia. Pertempuran yang sangat berpengaruh kepada hubungan Kristian dan Islam serta panglima terbaik yang telah digambarkan oleh Baginda Rasulullah SAW.

- Penerbit

...Strategi, teknologi dan paling utama
pertolongan Allah SWT
syarat kemenangan

KANDUNGAN

Prologue: The Sacred Promise
  1. Stairway to Constantinople
  2. Emergence of Ghazi State
  3. The Promised Sultan
  4. Bogaz Kesen
  5. Impregnable Defenses
  6. Arms of Hope
  7. The Best Army
  8. Numberless as Grains of Sands
  9. A Test of Faith
  10. Cul-de-Sac
  11. Beyond The Eyes Can See
  12. Unwavering Resolutions
  13. The Sign of Cresents
  14. The Secret of Victory
  15. Full of Islam
  16. Road to Rome
Epilogue: Unfinished Conquest
Al-Fatih The Next Pavement to Rome
Mehmed II Legacy

Harga = RM24.00 (Sem) RM27.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 318
Penulis = Felix Y. Siauw
Penerbit = Alam Raya Enterprise Sdn. Bhd.
 

Thursday, December 20, 2012

10 Hari Kebesaran Islam

Buku ini memaparkan keistimewaan yang terdapat di dalam hari-hari kebesaran Islam malah turut memaparkan amalan-amalan yang boleh dilakukan serta perbahasan dari sudut bahasa dan ilmiah mengenai hari kebesaran tersebut.

Maulidur Rasul contohnya, ia bukan sahaja perayaan bagi mengingati kelahiran nabi junjungan teragung Muhammad SAW malah lebih dari itu, ia adalah perayaan bagi mengenang jasa dan pengorbanan serta yang paling bernilai ialah kecintaan baginda SAW terhadap umatnya. Walaupun perayaan ini tidak disambut olen Nabi SAW sendiri dan para sahabatnya namun sebagai mengenang kasih sayang yang tidak terhingga Nabi SAW kepada kita, tidak salah malah menjadi satu kebaikan jika kita merayakannya sebagai membalas cinta nabi terhadap kita. Begitu juga dengan perayaan-perayaan lain di dalam Islam, semuanya menyimpan peristiwa-peristiwa besar yang perlu dikenang dan diraikan.

Rasa banggalah dengan Hari-Hari Kebesaran Islam.

- Penerbit

KANDUNGAN
  1. Maal Hijrah
  2. Hari Asyura
  3. Maulidur Rasul
  4. Israk Mikraj
  5. Nisfu Syaaban
  6. Nuzul Quran
  7. Badar Al-Kubro
  8. Lailatul Qadar
  9. Aidilfitri
  10. Aidiladha
Harga = RM16.90 (Sem) RM19.90 (Sab/Swk)
Mukasurat = 166
Penulis = Ustaz Rusydi Ramli Al-Jauhari
Penerbit = Must Read Sdn. Bhd.

Tuesday, December 18, 2012

100 Pesanan Terakhir Rasulullah

KEHIDUPAN ini sememangnya memiliki rahsia yang tersembunyi. Adakala, apa yang kita harapkan tidak menjadi, sebaliknya apa yang tidak diminta, kita memperolehinya. Usah cepat berputus asa dengan rahmat ILAHI dan terus  menghukum bahawa doa kita tidak diperkenankan.

Teruskanlah memohon di samping merenung ke dalam diri apakah yang telah ALLAH limpahkan kepada kita. Sejujurnya, jika hendak dicatatkan, sudah tentu tinta seluas air lautan yang digunakan tidak mencukupi. Ini menggambarkan betapa tidak terhitung nikmat-NYA.

Maka, untuk kesejahteraan di dunia dan akhirat, kita perlu sentiasa mengingati pesanan Rasulullah S.A.W. agar tidak lalai dengan tipu daya nikmat dunia. Meskipun Rasulullah S.A.W. telah meninggalkan kita namun titipannya iaitu al-Quran dan sunnah telah dijadikan panduan.

100 PESANAN TERAKHIR RASULULLAH ini bisa menggetarkan setangkai hati kita andai ada pesanan ini jauh daripada jangkauan apa yang dilaksanakan. Jadikanlah peringatan ini sebagai kayu ukur amalan kita. Mogaa ada kebaikan yang dapat dikongsi bersama. In Sha ALLAH.

KANDUNGAN
  • Tawaduk Penghapus Kesombongan
  • Bersedekah Biarlah Ikhlas
  • Isteri, Taatilah Suamimu
  • Peliharalah Solatmu
  • Pertolongan Allah Menanti Bagi Yang Sabar
  • Bersahabat Cara Rasulullah
  • Makanan Seimbang Cara Rasulullah
  • Anak Adalah Ujian Allah
  • Ziarahilah Kubur Ingati Kematian
  • Suasanakan Keluarga Dengan Ciri Islami
  • Mengharap Keredhaan Beribadat
  • Memberi Salam Satu Sedekah
  • Al-Quran Dan Sunnah Panduan Hidup
  • Bonus
Harga = RM18.00 (Sem) RM21.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 405
Penulis = Muhd Nasruddin Dasuki
Penerbit = Karya Bestari Sdn. Bhd.

Friday, December 14, 2012

Himpunan Kisah Benar Tapi Pelik - Mendidik Ummah Di Taman Kisah

Buku "HIMPUNAN KISAH BENAR TAPI BENAR" ini disusun   berdasarkan kitab-kitab sejarah yang muktabar, yang merekodkan peristiwa-peristiwa luar biasa yang sangat memberikan rasa kekaguman dan keinsafan kepada diri yang membaca. Perkara-perkara 'benar tapi pelik' yang didatangkan oleh para nabi dengan izin Allah SWT menjadi al-bayyinat dan al-ayat, iaitu tanda-tanda kebenaran dakwah yang diperjuangkan oleh mereka serta menjadi bukti-bukti kebesaran Allah. Firman SWT dalam surah Ali 'Imran ayat 62 yang bermaksud :

Sesungguhnya ini ialah kisah-kisah yang benar; dan tiadalah Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah; dan (ingatlah) sesungguhnya Allah, Dialah jua yang Maha Bijaksana.

Perkataan "Qasas" yang membawa maksud kisah-kisah, banyak digunakan oleh Allah SWT dalam al-Quran sehinggakan teknik penceritaan dan pengisahan dijadikan panduan oleh para pendakwah yang ingin menyampaikan Islam mengikut pendekatan yang digunakan dalam al-Quran.

ANTARA KEISTIMEWAAN DAN KELEBIHAN BUKU INI:
  • Mengajak masyarakat menggunakan akal secara optimum dalam mengkaji dan merenung kebesaran Allah SWT.
  • Memasakkan keteguhan iman dan takwa kepada Allah SWT melalui kisah-kisah yang menakjubkan.
  • Memotivasikan orang ramai agar beriman dan beramal soleh supaya mendapat nusrah (pertolongan) dan karamah (kemuliaan) di sisi Allah SWT.
  • Menunjukkan tauladan, panduan dan pedoman berguna selaku hamba Allah SWT sehingga benar-benar menjadi insan yang berakhlak dan beriman.
  • Sebagai satu usaha menghidupkan kembali khazanah ilmu tulisan ulama silam yang semakin pupus ditelan zaman.
  • Sesuai dijadikan sebagai santapan rohani, renungan sebelum tidur atau sebagai koleksi peribadi mahupun cenderahati agar kita sama-sama dapat mengoreksi diri.
 - Penerbit

KANDUNGAN
  1. Dab Yang Beriman
  2. Dengan Nama Allah Tuhan Si Pemuda
  3. Jenazahnya Dilindungi Lebah Berbisa
  4. Syuraih: Hakim Yang Celik Hati
  5. Ya Allah, Aku Tidak Mahu Menjadi Pemimpin Al-Bashrah...
  6. Cukup Allah Menjadi Saksi
  7. Saiyidina Umar Menulis Kepada Sungai Nil
  8. Keadaan Mayat Setelah Dikuburkan
  9. Para Sahabat Memakan Bangkai Binatang
  10. Lumpuh Setiap Kali Berniat Jahat Kepada Sarah
  11. Syafaat Yang Paling Agung
  12. Doa Pengasih Yang Diajar Oleh Nabi
  13. Balasan Mempermainkan Sunnah
  14. Ain yang Memudaratkan
  15. Air Keluar Dari Jari Jemari Rasulullah SAW
  16. Pokok Kurma Menangis Ditinggalkan Nabi SAW
  17. Pokok Datang Kepada Nabi SAW
  18. Jin Melarikan Gadis
  19. Gurauan Rasulullah SAW
  20. Padah Mempelajari Sihir
  21. Pemimpin Memasak Untuk Rakyat
  22. Taubat Nasuha Seorang Ahli Maksiat
  23. Musa Berguru Dengan Khidir
  24. Pemimpin Pertama Digelar Amirul Mukminin
  25. Matahari Ditahan Daripada Terbenam
  26. Ditimpa Demam Sepanjang Hayat
  27. Tidak Menangis Walau Kematian Anak
  28. Bulan Terbelah
  29. Lelaki Yang Dimakbulkan Doanya
  30. Mulianya Hati Seorang Isteri Mujahid
  31. Mulia Walaupun Bekas Hamba
  32. Kecerdasan Anugerah Agung Kurniaan Ilahi
  33. Lelaki Yang Diberikan Cahaya Di Kepalanya
  34. Tanda Putih Di Telapak Tangan Uwais
  35. Tiada Kain Kafan Untukmu Sahabat
  36. Bertaubat Setelah 40 Tahun Bergelumang Dosa
  37. Sedikit Namun Mencukupi
  38. Dipenjarakan Kerana Seekor Tikus
Mungkin anda tidak pernah baca,
mungkin juga anda tidak pernah dengar
tapi... INI IALAH KISAH BENAR!

Harga = RM26.00
Mukasurat = 218
Penulis = Dr. Hj. Zahazan Mohamed
Penerbit = Telaga Biru Sdn. Bhd.
 

Thursday, December 13, 2012

Senyumlah - Apa Pun Masalahmu Ia Pasti Akan Berlalu

Mengapa harus membenci masalah dan kesusahan, sedangkan ia tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan? Mengapa harus berputus asa saat mengalami kesusahan hidup, sedangkan kemudahan yang Allah janjikan sebagai jalan keluarnya lebih banyak? Mengapa harus berkeluh-kesah, sedangkan apa pun masalah yang datang, ia akan berlalu jua akhirnya? Buku ini ingin membuat pembaca tersenyum dan gembira, walaupun ada masalah dan kesusahan yang sedang dihadapi. Ia mengajak pembaca memahami rahsia permasalahan hidup dan mengetahui bagaimana cara mengatasinya dengan baik.

Ditulis dengan bahasa yang sederhana dan mudah difahami, buku ini disokong oleh banyak kisah serta rajah yang akan memudahkan pembaca memahami isinya. Selesai membacanya, mudah-mudahan pandangan pembaca terhadap masalah dan kesusahan hidup berubah sepenuhnya. Dada akan menjadi lapang, beban terasa ringan, dan bibir lebih mudah tersenyum.

- Penulis

"Hidup akan menjadi lebih
bahagia apabila masalah
dan kesusahan dapat dihadapi
dengan cara yang betul."

KANDUNGAN
  • Bab 1: Bagaimana Cara Kita Melihat Masalah?
  • Bab 2: Yang Lebih Penting Adalah Tindak Balas Kita
  • Bab 3: Mengambil Manfaat Daripada Permasalahan Hidup
  • Bab 4: Ubat Paling Mujarab
  • Bab 5: Kita Memang Sering Menemui Masalah
  • Bab 6: Allah Lebih Mengetahui
Harga = RM21.00 (Sem) RM23.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 300
Penulis = Syed Alwi Alatas (www.alwialatas.multiply.com)
Penerbit = Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

Wednesday, December 12, 2012

Q & A Bersama Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri Jilid 2

Buku Q & A BERSAMA DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI JILID 2 ini diterbitkan bagi menyelesaikan pelbagai  persoalan dan kemusykilan berkaitan agama dan kehidupan individu dan masyarakat masa kini.

Buku ini merupakan saluran informasi ilmu agama dan hal ehwal kehidupan harian. Perbahasan buku ini menyingkap tentang pelbagai persoalan agama dan kehidupan berserta dengan jawapan yang bersumberkan rujukan yang autentik dan mudah difahami pembaca.

Keistimewaan dan kelebihan buku ini ialah ia mengandungi sembilan bab penting yang menyentuh tentang aspek kehidupan individu dan masyarakat yang meliputi keseluruhan bidang agama.

Semoga buku ini dijadikan sebagai rujukan dan panduan oleh individu dan masyarakat dalam mempertingkatkan kefahaman dan pengetahuan agama serta memberi impak yang besar dalam kehidupan demi menggapai kebahagiaan dan keredhaan Ilahi di dunia dan di Akhirat.

- Penerbit

KANDUNGAN
  1. Bab Pertama - Akidah
  2. Bab Kedua - Kelompok Dan Ajaran
  3. Bab Ketiga - Fiqah
  4. Bab Keempat - Tasawuf
  5. Bab Kelima - Tafsir
  6. Bab Keenam - Hadis Dan Mustolah Hadis
  7. Bab Ketujuh - Sirah Dan Sejarah
  8. Bab Kelapan - Usul Fiqah Dan Kaedah-Kaedah Fiqah
  9. Bab Kesembilan - Masalah-Masalah Umum
 * Q & A Bersama Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri Jilid 1
Harga = RM27.00 (Sem) RM30.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 272
Penulis = Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Penerbit = PSN Publications Sdn. Bhd.

Tuesday, December 11, 2012

Fadzil Noor - Dia Guru, Dia Kawan; Selepas 10 Tahun Pergi

FADZIL NOOR, dia guru, dia kawan; adalah satu catatan ringkas, satu pandangan peribadi dan satu ingatan semula mengenai Fadzil Noor sebagai kawan yang boleh dianggap guru.

Buku ini bukan satu sejarahnya, bukan biografinya, bukan ajaran dan pemikirannya, tetapi adalah satu kumpulan pengalaman bagi mengenali beliau secara umum sepintas lalu. Biar sejarahnya dirakam oleh para sejarawan, ajaran dan pemikirannya dikaji dan dianalisis oleh para propagandis zaman dan orang-orang yang lebih dekat dengannya.

Moga-moga para pengkaji dan peminatnya dapat memanfaatkan catatan ini sebagai persiapan awal untuk menghasilkan rakaman khazanah peninggalannya yang lebih besar dan bernilai. Paling penting di sini ialah Ustaz Fadzil Noor mesti dikenali oleh orang-orang yang hidup sezaman dengannya dan mereka yang tahu nama tetapi tidak sempat mendekatinya serta belum dilahirkan semasa beliau pergi dulu.

Menerusi buku ini generasi terkemudian akan mengetahui kehadiran seorang putera besar di dunia yang bernama Fadzil Noor.

- Penulis

KANDUNGAN
  • Bab 1: Tahun-Tahun Yang Berlalu
  • Bab 2: Lambat
  • Bab 3: Uzur
  • Bab 4: Alam Anak-Anak, Remaja
  • Bab 5: Bapa, Suami Dan Ketua Keluarga
  • Bab 6: Terjun Padang
  • Bab 7: Membayangi Era Asri
  • Bab 8: Regu Haji Yusof Rawa
  • Bab 9: Teraju Utama PAS
  • Bab 10: Yang Dipertua Menjadi Presiden
  • Bab 11: Ketua Pembangkang
  • Bab 12: Muafakat Pembangkang
  • Bab 13: Anwar Ibrahim
  • Bab 14: Diplomasi Ke Indonesia
  • Bab 15: Afghanistan - Iraq
  • Bab 16: Putih Mata Tak Jumpa KPN
  • Bab 17: Kes Muhammad Sabu
  • Bab 18: Hak Istimewa Orang Melayu
  • Bab 19: Undi Bukan Islam
  • Bab 20: Calon Wanita
  • Bab 21: PAS Tubuhkan PAS
  • Bab 22: Pimpinan Ulama
  • Bab 23: Memali
  • Bab 24: Muassasah Darul Ulum
  • Bab 25: Kalah Menang Kalah
  • Bab 26: Pemikiran Ustaz Fadzil, Keutamaan Ummah
  • Bab 27: Agung Fadzil Noor Bagai Raja Di Rimba
  • Bab 28: 10 Tahun Ustaz Fadzil Pergi
Harga = RM20.00 (Sem) RM23.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 268
Penulis = Subky Abdul Latif
Penerbit = Kemilau Publika Sdn Bhd

Monday, December 3, 2012

Q & A Bersama Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

Buku Q & A bersama Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki menyingkap pelbagai persoalan yang berkaitan dengan akidah, fiqah, tasauf dan persoalan umum secara ringkas agar mudah difahami.

Setiap persoalan diadaptasikan dari CD yang bertajuk "12 Jam Soal Jawab Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin". Manfaat ilmu yang besar ingin dikongsikan bersama penuntut ilmu dan umat Islam khasnya di Malaysia. Fatwa dan jawapan yang diberikan mampu menjawab segala permasalahan berkaitan kehidupan, fiqah dan lain-lain. Ia merupakan jawapan lisan secara spontan daripada beliau dengan berpandukan ilmu dan kefahaman yang diberikan oleh Allah SWT kepadanya, tanpa merujuk kepada buku atau catatan di hadapannya.

Semoga buku ini dapat menjadi panduan dan memberi impak yang besar kepada umat Islam khususnya dalam usaha mempertingkatkan iman dan ibadah kepada Allah SWT.

- Penerbit


KANDUNGAN

BAHAGIAN 1: AQIDAH
  • Bab 1: Syiah
  • Bab 2: Alam Ghaib
  • Bab 3: Bidaah
  • Bab 4: Perbezaan Mazhab
  • Bab 5: Pemimpin Dan Kepimpinan
  • Bab 6: Bertemu Rasulullah Dalam Mimpi
BAHAGIAN 2: AL-QURAN DAN HADIS
  • Bab 7: Al-Quran Dan Zikir
  • Bab 8: Penjelasan Tafsir Dan Hadis
BAHAGIAN 3: FIQAH
  • Bab 9: Penjelasan Tafsir Dan Hadis
  • Bab 10: Darah Wanita (Haid, Istihadah, Nifas Dan Wiladah)
  • Bab 11: Wuduk
  • Bab 12: Solat
  • Bab 13: Solat Musafir
  • Bab 14: Puasa
  • Bab 15: Zakat
  • Bab 16: Korban, Akikah Dan Sembelihan
  • Bab 17: Haji
  • Bab 18: Jenazah
  • Bab 19: Jinayat
BAHAGIAN 4: MUAMALAT
  • Bab 20: Jual Beli
  • Bab 21: Faraid, Wasiat Dan Warisan
  • Bab 22: Nazar Dan Sumpah
  • Bab 23: Perubatan
  • Bab 24: Tanah
  • Bab 25: Wakaf
  • Bab 26: Alat Muzik Dan Hiburan
  • Bab 27: Haiwan Peliharaan Dan Perniagaan
BAHAGIAN 5: MUNAKAHAT
  • Bab 28: Nikah Kahwin
  • Bab 29: Talak
  • Bab 30: Iddah
  • Bab 31: Zihar
BAHAGIAN 6: ADAB KOMUNIKASI
  • Bab 32: Pergaulan Suami Dan Isteri
  • Bab 33: Pergaulan Dalam Masyarakat
  • Bab 34: Pergaulan Antara Gender
  • Bab 35: Aurat
  • Bab 36: Hubungan Kekeluargaan
  • Bab 37: Etika Berpakaian Dan Berhias
  • Bab 38: Penampilan Diri
  • Bab 39: Tasawuf
  • Bab 40: Pelbagai Masalah Umum
Harga = RM38.00 (Sem) RM40.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 504
Penyusun = Muhadir Haji Joll
Penerbit = PSN Publications Sdn. Bhd
 

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...