Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Monday, October 29, 2012

Islam: The Misunderstood Religion

It is surprising that Islam is gaining momentum in the West admidst negative media coverage. The surge of new converts on hostile ground proves that Islam is a true religion that needs reckoning by the West. On 7th October 2002, it was reported in St. Petersburg Timed that "Every year, about 20 000 people in the United States convert to Islam, according to a study condusted by the Council on American-Islamic Relations."

On 22nd February 2004, Nicholas Hellen and Christopher Morgan reported in The Sunday Times that, "More than 14 000 white Britons have converted to Islam after becoming disillusioned with western values, according to the first authoritative study of the phenomenon. Some of Britain's top landowners, celebrities and the offspring of senior Establishment figures have embraced the strict tenets of the Muslim faith."

- Publisher

"...HIGHLY RECOMMENDED..."
Mrs. Yvonne Ridley,
former Taliban captive,
 former chief reporter of the Daily Express
and has worked for various organisations including
BBC TV and Radio, and CNN

CONTENTS
  • Chapter 1: Islam the Divine Template
  • Chapter 2: Quran the Final Testament
  • Chapter 3: Muhammad the Final Mesengger
  • Chapter 4: Is Islam Comptible with Science?
  • Chapter 5: The Special Position of Women in Islam
  • Chapter 6: Does Islam Condone Terrorism and War?
  • Chapter 7: Islam, the Religion of the Future
  • Chapter 8: These Priest, Missioneries and Elites Choose Islam
  • Chapter 9: Excerpts from Media
  • Chapter 10: Epilogue
Price = RM21.00 (Sem) RM24.00 (Sab/Swk)
Pages = 221
Author = Dr. Danial Zainal Abidin
Publisher = PTS Millennia Sdn. Bhd.

Sunday, October 21, 2012

25 Pahlawan Islam

Sejak Islam diutus melalui Nabi Muhammad SAW, bukan sedikit lahirnya pejuang dan pahlawan-pahlawan Islam yang sanggup mengorbankan diri mereka demi mempertahankan kesucian agama Islam. Mereka meletakkan kepentingan agama melebihi daripada segala kepentingan diri, demi menegakkan agama Allah SWT di muka bumi ini. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, baginda telah berjaya mendidik para sahabat yang menjadi generasi Al-Quran, yang sanggup berkorban nyawa demi melindungi Rasulullah SAW, agama Islam dan orang-orang Islam ketika itu. Maka lahirlah para pejuang terulung seperti Saiyidina Hamzah, Mus'ab bin Umair, Abu Ubaidah Al-Jarrah, Khalid Al-Walid, Saad bin Abi Waqqas, Jaafar bin Abi talib dan ramai lagi.

Perlulah diingat bahawa kisah-kisah kepahlawanan ini tidak seharusnya dijadikan sebagai satu catatan sejarah yang kemudian hilang atau dilupai dengan peredaran masa. Kisah-kisah pahlawan terkemuka dalam sejarah dunia Islam ini sewajarnya kita hidupkan terus dalam diri kita terutamanya dalam perjuangan kita menjalani hidup sebagai seorang Muslim sejati, mengamalkan Islam sebagai satu ad-din dan nizamul hayat. Elakkan diri daripada mencontohi mereka yang di luar lingkungan dunia  Islam kerana pahlawan-pahlawan Islam ini telah berjaya mencorakkan dunia Islam dengan darah mereka yang harum mewangi, bak burung-burung yang bebas berterbangan di syurga.

Semoga pemaparan suka duka perjuangan para pahlawan Islam yang dipaparkan dalam buku ini dapat dijadikan pedoman. Seterusnya sama-samalah kita menghayati dan cuba menjadikan mereka sebagai ikon generasi muda umat Islam kini dalam mempertahankan kesucian agama Islam, Insya-Allah.

- Penerbit


KANDUNGAN
  1. Saiyidina Hamzah Bin Abdul Mutalib
  2. Mus'ab Bin Umair
  3. Jaafar Bin Abi Talib
  4. Zaid Bin Harithah
  5. Qaqa' Bin Amru
  6. Nukman Bin Al-Muqarrin
  7. Saad Bin Abi Waqqas
  8. Abu Ubaidah Al-Jarrah
  9.  Khalid Bin Al-Walid
  10. Amru Bin Al-Aas
  11. Musa Bin Nusair
  12. Tariq Bin Ziyad
  13. Abdul Rahman Bin Al-Ghafiqi
  14. Yusuf Ibnu Tashfin
  15. Salahuddin Al-Ayyubi
  16. Sultan Bayazid
  17. Timurlane
  18. Sultan Muhammad Al-Fateh
  19. Khairuddin Barbarossa
  20. Syeikh Yusuf Makassar
  21. Sulltan Hasanuddin Makassar
  22. Raja Haji Pulau Penyengat
  23. Ahmad Shah Abdali
  24. Omar Mukhtar
  25. Syeikh Ahmad Yassin
Harga = RM20.00 (Sem) RM23.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 205
Penulis = Shafie Abdul Rahman
Penerbit = Must Read Sdn Bhd
 

Perjanjian Hudaibiyah

Bertitik tolak daripada mimpi Rasulullah SAW, baginda bersama 1,400 orang Islam Madinah menuju ke Makkah bagi mengerjakan ibadat umrah. Kaum Musyrikin Makkah yang tidak gembira dengan khabar kedatangan rombongan umat Islam dari Madinah, sudah sedia menunggu dengan senjata terhunus. Saiyidina Uthman bin Affan dihantar bagi berunding, namun tersebar pula berita yang beliau tewas di tangan musuh.

Demi sebuah perdamaian, kedua-dua pihak akhirnya bersetuju mengikat perjanjian yang dilihat memihak kepada Musyrikin Makkah. Namun, hakikatnya ia mengandungi seribu hikmah buat umat Islam.

Perjanjian Hudaibiyah adalah perjanjian sebelas syarat yang sebenarnya membuktikan ketenangan dan kebijaksanaan seorang utusan Allah.

- Penerbit

"Wahai orang beriman! Sekiranya kamu menolong (agama) Allah,
nescaya Dia akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu."
(Surah Muhammad, ayat 7)

KANDUNGAN
  • Bab 1: Benci Bertukar Sayang
  • Bab 2: Pakatan Membunuh Rasulullah
  • Bab 3: Percubaan Membunuh Abu Sufian
  • Bab 4: Mimpi Rasulullah
  • Bab 5: Berangkat Ke Makkah
  • Bab 6: Bersedia Bagi Berperang
  • Bab 7: Teruskan Perjalanan
  • Bab 8: Tentera Berkuda Quraisy
  • Bab 9: Tempat Bernama Hudaibiyah
  • Bab 10: Saat-Saat Cemas
  • Bab 11: Serba Salah
  • Bab 12: Utusan Damai
  • Bab 13: Siapa Lebih Cerdik
  • Bab 14: Maafkan Mereka
  • Bab 15: Utusan Rasulullah
  • Bab 16: Sumpah Bai'atul Ridhwan
  • Bab 17: Utusan Damai Quraisy
  • Bab 18: Termeterai Perjanjian Hudaibiyah
  • Bab 19: Abu Jandal
  • Bab 20: Umar Al-Khattab Meluah Perasaan
  • Bab 21: Mukjizat Rasulullah
  • Bab 22: Mereka Adalah Pahlawan
  • Bab 23: Umrah Al-Qadak
  • Bab 24: Petunjuk
Harga = RM24.00 (Sem) RM27.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 251
Penulis = Abdul Latip Talib
Penerbit = PTS Litera Utama Sdn. Bhd.

Saturday, October 20, 2012

Muhammad Bukan Nasionalis - Ajaran Nabi Muhammad Melintasi Sempadan Negara Dan Bangsa

Sesungguhnya kehadiran Islam merupakan rahmat kepada segenap umat manusia serta jalan keselamatan bagi mereka yang mendambakan kebahagiaan hakiki. Semangat Islam adalah semangat pengabdian (ibadah dan ubudiyah) kepada Allah serta jalan hidup yang lurus di atas nilai-nilai keadilan, perdamaian, keluhuran dan kasih sayang.

Rasulullah S.A.W. yang diutus membawa risalah Islam berperibadi luhur dan berakhlak mulia. Baginda manusia sempurna (insan kamil) yang menjadi teladan kebaikan bagi semesta alam. Allah mengutus Nabi Muhammad sebagai rahmat-Nya kepada seluruh umat manusia agar mereka mencontohi baginda dalam menjalani hidup di dunia ini dengan kebenaran Muhammad bukanlah seorang yang memperjuangkan bangsa mahupun negara.

Baginda memperjuangkan nilai-nilai iman dan Islam yang bersifat universal dan berjuang untuk membangunkan peradaban kehidupan Islam. Perjuangannya menembusi sempadan bangsa dan negara. Syariat Islam yang diserukannya juga sentiasa sahih dan selaras dengan realiti zaman dan tempat.

- Penerbit

KANDUNGAN
  1. Bab 1: Al-Quran Panduan Hidup Manusia
  2. Bab 2: Agama Islam Bukti Rahmat Allah Kepada Manusia
  3. Bab 3: Syariat Islam Penyelesai Masalah Bagi Kehidupan Manusia
  4. Bab 4: Rasulullah Diutus Untuk Kemanusiaan Universal
  5. Bab 5: Rasulullah Berjuang Untuk Membangunkan Peradaban
  6. Bab 6: Jejak Perjuangan Rasulullah Menegakkan Keuniversalan Islam
  7. Bab 7: Gerakan Islam Melintasi Semppadan Negara Dan Bangsa
Harga = RM25.00 (Sem) RM28.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 326
Penulis = Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat & Azrul Hakim Suradi
Penerbit = Kemilau Publika Sdn Bhd

Friday, October 19, 2012

Q & A Bersama Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Buku Q & A BERSAMA DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI ini diterbitkan bagi menyelesaikan pelbagai  persoalan dan kemusykilan berkaitan agama dan kehidupan individu dan masyarakat masa kini.

Buku ini merupakan saluran informasi ilmu agama dan hal ehwal kehidupan harian. Perbahasan buku ini menyingkap tentang pelbagai persoalan agama dan kehidupan berserta dengan jawapan yang bersumberkan rujukan yang autentik dan mudah difahami pembaca.

Keistimewaan dan kelebihan buku ini ialah ia mengandungi sembilan bab penting yang menyentuh tentang aspek kehidupan individu dan masyarakat yang meliputi keseluruhan bidang agama.

Semoga buku ini dijadikan sebagai rujukan dan panduan oleh individu dan masyarakat dalam mempertingkatkan kefahaman dan pengetahuan agama serta memberi impak yang besar dalam kehidupan demi menggapai kebahagiaan dan keredhaan Ilahi di dunia dan di Akhirat.

- Penerbit

KANDUNGAN
  1. Bab Pertama - Akidah
  2. Bab Kedua - Pegangan Dan Anutan
  3. Bab Ketiga - Fiqh
  4. Bab Keempat - Tasawuf
  5. Bab Kelima - Tafsir
  6. Bab Keenam - Hadis Dan Mustolah Hadis
  7. Bab Ketujuh - Sirah Dan Sejarah
  8. Bab Kelapan - Usul Fiqh Wa Qawaid Al-Fiqhiyyah
  9. Bab Kesembilan - Masalah-Masalah Umum (Al-Masail Al-Ilmiah)
* Q & A Bersama Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri Jilid 2

Harga = RM27.00 (Sem) RM30.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 358
Penulis = Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Penerbit = PSN Publications Sdn. Bhd.

Monday, October 15, 2012

Zina: Antara Nikmat Dan Azab

Pelbagai gejala sosial melanda masyarakat terutamanya golongan remaja pada masa kini. Antaranya adalah gejala zina yang kian berleluasa dan membimbangkan, bukan sahaja pada keluarga dan masyarakat, tetapi juga pada Negara.
Zina bukan sahaja PERBUATAN KEJI yang membawa kepada keruntuhan moral dan akhlak, tetapi juga keruntuhan institusi kekeluargaan dimana kes-kes hamil luar nikah dan pembuangan bayi semakin meningkat.
Marilah kita sama-sama mendekatkan diri kepada Allah. Tingkatkan kecintaan, ketakwaan dan keimanan terhadap-Nya. Mudah-mudahan kita mendapat keredhaan Allah di dunia dan akhirat.

- Penerbit

KANDUNGAN
  • Bab 1: Sejarah Awal Gejala Penzinaan
  • Bab 2: Realiti Masa Kini
  • Bab 3: Penzinaan Di Kalangan Masyarakat Islam Kini
  • Bab 4: Bahaya Perbuatan Zina
  • Bab 5: Kesan Perbuatan Zina
  • Bab 6: Balasan Di Dunia
  • Bab 7: Balasan Di Akhirat
  • Bab 8: Taubat
  • Bab 9: Panduan Menjauhi Zina
Harga = RM10.00 (Sem) RM13.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 88
Penulis = Zaman Azad Khad & Mohd Aizat B. Mohd Saleh
Penerbit = Best Seller Publication (bsp)

Thursday, October 11, 2012

Anda Bertanya, Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat

Dalam kita melaksanakan ibadah kepada Allah, kekeliruan dan persoalan pasti tidak dapat dielakkan. Segala persoalan ini memerlukan jawapan bagi meleraikan kekusutan yang ada supaya kita berasa yakin dalam melakukan suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Perasaan was-was juga dapat dihindari.

- Penerbit

KANDUNGAN
  • Bab 1: Taharah Dan Wuduk
  • Bab 2: Al-Quran
  • Bab 3: Solat
  • Bab 4: Jual Beli, Pembahagian Harta Dan Zakat
  • Bab 5: Puasa
  • Bab 6: Hudud
  • Bab 7: Sembelihan Dan Akikah
  • Bab 8: Wanita
  • Bab 9: Halal Dan Haram
Harga = RM25.00 (Sem) RM28.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 162 (Berwarna)
Hak Cipta = Ustaz Azhar Idrus
Penerbit = PTS Islamika Sdn Bhd

Wednesday, October 10, 2012

Hukum Hakam Azan & Iqamat Menurut Ulama Mazhab Syafi'i

Azan dan Iqamat merupakan lafaz khusus atau pun zikir yang diamalkan oleh masyarakat Islam sebagai tanda untuk menyatakan masuknya waktu solat fardu dan seterusnya menyeru mereka agar berkumpul bagi menunaikan solat fardu secara berjemaah. Selain itu, azan dan iqamat bukan sahaja sebagai satu pemberitahuan bagi umat Islam sebelum mengerjakan solat, malah azan dan iqamat juga dilaungkan selepas bayi dilahirkan, ketika menghadapi bencana mahupun ketika gangguan jin atau syaitan. Pendek kata, azan dan iqamat ialah kalimah untuk memohon rahmat, berkat serta kekuatan, kesyukuran dan yang paling penting, ianya merupakan syiar umat Islam.

- Penerbit

KANDUNGAN
  • Bab 1: Azan Dan Iqamat
  • Bab 2: Syarat Untuk Melepaskan Tuntutan Azan Dan Iqamat
  • Bab 3: Muazin
  • Bab 4: Perkara-Perkara Yang Berkaitan Dengan Azan Dan Iqamat
  • Bab 5: Beberapa Persoalan Berkaitan Tugas Muazin
Harga = RM20.00
Mukasurat = 156
Penulis = Mohammad Haidzir Hussin
Penerbit = Telaga Biru Sdn Bhd

Dr. Mohamed Mursi: Dari Penjara Ke Istana - Presiden Mesir Nan Hafiz

Revolusi Mesir awal tahun lalu telah menghantar seorang anak petani menjadi Presiden. Dia memang belum lama terpilih sebagai Presiden. Namun, pelajaran berharga sudah diperoleh dari dirinya. Pidato yang dia sampaikan penuh dengan nasihat dan pengajaran yang patut diteladani oleh pengatur negara-negara manapun, terutama negara umat Islam.
Dr. Mursi mengajarkan bagaimana sebaiknya pemimpin bersikap. Dia menempatkan dirinya bukan sebagai penguasa, melainkan sebagai pelayan rakyat. Dia menempatkan toleransi di atas segala-galanya. Dia merapatkan perbedaan yang tidak prinsip. Mursi tidak hanya dikenal sebagai ahli akademik yang menyelesaikan program Doktornya di Universiti of Southern California. Dia juga peribadi sederhana yang sangat taat beragama. Dia menjadi presiden pertama Nan Hafiz, hafaz al-Quran 30 juzuk. Tidak hanya dia seorang, isteri dan lima orang anaknya juga hafaz 30 juzuk al-Quran.
Buku ini bertutur tentang biografi Dr. Mursi. Dimulai dari masa kecil hingga dirinya terpilih sebagai presiden. Kemudian menuturkan detik-detik Revolusi Mesir, proses pilihanraya umum hingga terpilihnya dia menjadi Presiden. Sedikit analisis tentang bagaimana kondisi 'dunia' setelah terpilihnya Dr. Mursi. Wa bil hal, keadaan Mesir dan Palestin. Diakui, segala penderitaan rakyat Palestin, khususnya Gaza, tidak boleh dipisahkan dengan kebijakan Mesir selama ini.
Dengan terpilihnya Dr. Mursi sebagai Presiden Mesir tentu akan merubah senario Palestin mengingat Presiden Mursi adalah bahagian dari al-Ikhwan al-Muslimun, jamaah yang berada di baris terdepan membela bangsa Palestin bersama dengan kumpulan lainnya.
Dan umat di Nusantara, amat bertuah dengan kisah keperihatinan Dr. Mursi, yang datang bersama Badan Kebajikan al-Ikhwan mengunjungi dan membantu rakyat Aceh, setelah tragedi Tsunami yang sangat menyayat hati pada 26 Disember 2004. Dan yang lebih penting biografinya adalah dia pernah dipenjarakan, sebagaimana pidato Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh menyambut kemenangan Dr. Mursi "bahawa penjara Mesir benar ajaib, masuk ke dalamnya Nabi Yusuf AS dan setelah keluar menjadi pemerintah Mesir pada waktu itu. Beberapa ratus abad kemudian Dr. Mursi yang juga dipenjarakan di tempat ini, keluar dari penjara kemudiannya menjadi Presiden Mesir dengan kehendak Allah, Subhanallah".

- Penerbit

KANDUNGAN

BAB 1: DARI PENJARA KE ISTANA
  • Berjalan Kaki Empat Kilometer Ke Sekolah
  • Doktor Yang Tidak Pernah Melupakan Gurunya
  • Keluarga Sederhana Penghafal Al-Quran
  • Melahirkan Anak-Anak Berpotensi
  • Seorang Pensyarah Yang Tinggal Di Apartment
  • Karier Politik Bersama Al-Ikhwanul Muslimun
  • Keluar Masuk Penjara
  • Anak-Anak Mursi: Istana Tempat Bekerja Bukan Tempat Tinggal
BAB 2: REVOLUSI DARI TAHRIR
  • Percikan Api Dari Tunisia
  • Medan Tahrir Membara
  • Jumat Ghadab, Saat Rakyat Mesir Marah
  • Maqiatul Jamal Dan Keteguhan Kader Ikhwanul Muslimun
  • Akhir Kekuasaan Husni Mubarak
  • Terbukanya Gerbang Demokrasi, Runtuhnya Rejim Diktator
  • Parti Keadilan Dan Kebebasan
  • Mesir Memilih
  • Antara Parti Revolisioner Dan Kroni Mubarak
  • Dihalang Melalui Pembubaran Parlimen
  • Mursi Di Umum Sebagai Pemenang
  • Rahsia Kemenangan Mursi
BAB 3: DARI MESIR DUNIA BERHARAP
  • Negara Yang Kehilangan Identiti
  • Ikhwanul Muslimun Diasaskan
  • Sikap Moderat Ikhwanul Muslimun Dan Harapan Dunia
  • Angin Segar Untuk Rakyat Sungai Nil
  • Sebuah Harapan Untuk Gaza
  • Tidak Mahu Menerima Talipon PM Israel
  • Tandatangan Untuk Mursi
  • Dunia Menyambut Kemenangan Ibunya
  • Belajar Dari Mursi
  • Sistem Kawalan Diperlonggar Agar Tidak Mengganggu Trafik
  • Tidak Takut Kecuali Kepada Allah
  • Menolak Pindah Dari Rumah Sewanya
  • Selalu Memimpin Ibadah
  • Tidak Mahu Bawahannya Susah Dan Menderita
  • Tidak Ingin Keluarganya Ikut Menggunakan Fasiliti Kerajaan
  • Tidak Ingin Dirinya Disanjung Berlebihan
  • Isteri Mursi Tidak Mahu Disebut Ibu Negara Atau First Lady Cukup Sebagai Pelayan Rakyat
  • Bukan Sekadar Presiden Biasa
LAMPIRAN
  • Pidato Presiden Terpilih Dr. Mohamed Mursi
  • Senarai Presiden Mesir
  • Tentang Team Penulis
  • Galeri Gambar
Harga = RM15.00 (Sem) RM17.50 (Sab/Swk)
Mukasurat =  180
Penulis = Hepi Andi Bastoni
Penerbit = Alam Raya Enterprise Sdn Bhd

Sunday, October 7, 2012

Berlaku Adillah, Jangan Berbuat Zalim

Rasulullah S.A.W diutuskan oleh Allah S.W.T semata-mata sebagai pembawa rahmat buat seluruh alam. Disertakan bersamanya al-Quran yang bertindak sebagai panduan dalam menjalani kehidupan. Ianya sesuai dari dahulu hingga kiamat, tidak kira betapa banyakpun dunia ini berubah, kandungan al-Quran tetap relevan selamanya.
Antara skop yang paling luas dibicarakan adalah menganjurkan manusia agar sentiasa berlaku adil dan menghindari kezaliman dalam segenap pelusuk amalan seharian. Dari sekecil-kecil perkara peribadi seperti amalan ke tandas hinggalah ke perkara yang paling besar seperti mentadbir dunia dan sebagainya.
ADIL ditakrifkan sebagai meletakkan sesuatu pada tempatnya, manakala ZALIM pula bermaksud sebaliknya iaitu meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.
Buku ini memaparkan sebahagian daripada nas-nas al-Quran dan al-Hadis Rasulullah S.A.W berkaitan suruhan Allah dan Rasul-Nya agar berlaku ADIL serta dalam masa yang sama menjauhi keZALIMan. Diharap kompilasi ringkas ini sedikit sebanya mampu menuntun masyarakat agar sentiasa melakukan sesuatu yang benar dengan berlandaskan nas-nas yang sahih dan jelas supaya komitmen dalam berlaku adil tersebut lebih mantap dan tidak mudah digoyah.

- Penerbit

KANDUNGAN
  1. Al-'Adlu
  2. Konsep Keadilan
  3. Kezaliman
  4. Akibat Kezaliman
  5. Wajib Mencegah Kezaliman
  6. Mereka Yang Zalim Wajib Bertaubat Kepada Allah S.W.T
Harga = RM10.00
Mukasurat = 41
Penyusun = Ustaz Fazlulrahimi Bin Maarop
Penerbit = U Wise Enterprise

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...