Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Sunday, June 24, 2012

Jumaat Bersama Tok Guru

"Saya telah mengikuti kuliah Tok Guru sejak lebih dua puluh tahun yang lalu. Jadi, saya sentiasa merasa teruja untuk terus mengikuti kuliah-kuliah beliau lebih-lebih mendapat peluang untuk merakamkannya dalam bentuk buku. Buku ini mengandungi lima belas kuliah yang disampaikan oleh Tok Guru dalam majlis ilmu yang diadakan pada setiap hari Jumaat di Kota Baharu, Kelantan.

Dalam buku ini juga saya merakamkan pandangan dan perasaan saya terhadap kuliah-kuliah yang disampaikan oleh beliau. Semoga dengan rakaman dan huraian tesebut, ia akan membawa kita lebih dekat dengan majlis ilmu yang disampaikan oleh Tok Guru. Lebih penting lagi ialah memahami, menghayati dan seterusnya melaksanakannya dalam kehidupan. Ilmu yang diperolehi itu kemudian boleh disampaikan kepada orang lain.

Begitulah cara ilmu itu berkembang dan ia merupakan satu proses yang berterusan untuk mewariskan ilmu kepada generasi yang akan datang."

- Ann Wan Seng, Penulis

KANDUNGAN
  • Jumaat (1) - Menyuruh kepada yang Makruf, Melarang kepada yang Mungkar
  • Jumaat (2) - Taubat
  • Jumaat (3) - Takwa
  • Jumaat (4) - Dosa Pahala
  • Jumaat (5) - Tauhid
  • Jumaat (6) - Sedekah
  • Jumaat (7) - Doa
  • Jumaat (8) - Rezeki
  • Jumaat (9) - Kiamat dan Akhirat
  • Jumaat (10) - Hijrah
  • Jumaat (11) - Terima Islam sebagai Ad-Din
  • Jumaat (12) - Fasik
  • Jumaat (13) - Keluarga
  • Jumaat (14) - Dakwah
  • Jumaat (15) - Kelebihan Hari Jumaat
Harga = RM15.00 (Sem) RM18.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 218
Penulis = Ann Wan Seng
Penerbit = Kemilau Publika Sdn Bhd

Saturday, June 23, 2012

Penawar Duka Pengubat Sengsara - Coretan Rohani & Puisi Nurani

"Duka, gundah dan sengsara itu idak diminta bahkan kia disuruh berlindung dengan ALLAH daripada semuanya.
Namun, betapa ajaibnya makhluk yang bernama derita. Ia boleh datang dalam pelbagai rupa, menerjah ke dalam dada dan jiwa. Perasaan itu sukar dikawal bahkan adakala kita sukar mengerti perasaan yang dialami..."

"Ujian bagaikan bicara atau sapaan ALLAH agar kita ingat apa yang lupa, ubah apa yang salah atau tambahkan pahala dan padamkan dosa. Hiasilah hidup dengan istighfar, iaitu kembali kepada ALLAH dan mohon ampun kepada-NYA dengan jujur, dengan luhur, dengan khusyuk. Itulah penawar yang akan membuka kebahagiaan. Itulah janji-NYA..."

- Penulis


KANDUNGAN
  • Penawar Duka Pengubat Sengsara
  • Kemanisan Dalam Ujian
  • Di Manakah Hendak Dicari Ketenangan Hakiki?
  • Siapakah Yang Menyahut Rintihan Derita Insan?
  • Mencari Hikmah Di Sebalik Duka Dan Derita
  • Falsafah Islam Dalam Menghadapi Penyakit
  • Pelacur, Anjing Dan Kehidupan
  • Insaf Dalam Menilai Setiap Insan
  • Jalan Pulang Ke Pangkuan TUHAN Yang Terlalu Luas
  • Jantung Bukan Hati
  • Antara Dua Jantung
  • Kembara Menuju Kaabah
  • Di Sebalik Cinta Dan Tawakal
  • Mencari Keberkatan Masa
  • Bila Usia Menjelang Empat Puluh
  • Menilai Meja Kopi
  • Pengorbanan Bukan Sekadar Cerita
  • Fitnah Dan Adat Perjuangan
  • Cabaran Menjadi Golongan Ghuraba
  • Iman Tidak Dipaksa
  • Segalanya Kerana Niat
  • Dr. Lo'Lo Sekadar Yang Saya Kenali
  • Pengaruh Wanita Di Dalam Kehidupan Lelaki
  • Inilah Kita
Harga = RM17.00 (Sem) RM20.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 235
Penulis = Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Penerbit = Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.

Friday, June 22, 2012

Kuasa Iqra - Menguasai Dunia, Menikmati Akhirat

"Sesiapa yang membeli buku, tidak berasa lebih nikmat daripada saat membelanjakan hartanya bagi membeli benda lain, atau tidak melebihi cita-cita para hartawan dalam membina bangunan, sesungguhnya dia belum mencintai ilmu. Perbelanjaannya tidak akan bermanfaat, sehingga dia lebih mengutamakan membeli buku.

Sepertimana seorang Arab badwi yang lebih mengutamakan susu untuk kudanya berbanding keluarganya. Hingga ia berharap memperoleh ilmu seperti halnya orang Arab tadi mengharapkan kudanya."
- Al-Jahiz, ulama dan pakar ilmu zoologi pertama dalam Islam

KANDUNGAN
  • Bab Pertama: Ringkasan Tafsir Ayat 1 hingga 5 Surah Al-'Alaq
  • Bab Kedua: Kefahaman Mengenai Ayat 1 hingga 5 Surah Al-'Alaq
  • Bab Ketiga: Faedah Daripada Pembacaan Berkesan
  • Bab Keempat: Tip-Tip Dan Galakan Minat Membaca
  • Bab Kelima: Sejarah Tokoh Yang Suka Membaca
  • Bab Keenam: Cara Dan Minat Ulama Dalam Membaca
  • Bab Ketujuh: Mutiara Kata Ulama Berkenaan Membaca Dan Menuntut Ilmu
  • Bab Kelapan: Teknik Dan Kemahiran Membaca Berkesan
  • Bab Kesembilan: Awasi Empat Perkara Ketika Membaca
  • Bab Kesepuluh: Sumber Rujukan Ilmu-Ilmu Islam
  • Bab Kesebelas: Bahan Bacaan Yang Ditegah
  • Bab Kedua Belas: Perpustakaan Terkenal Di Serata Dunia
  • Bab Ketiga Belas: Hasil Karya Penulis
Harga = RM12.00 (Sem) RM14.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 136
Penulis = Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Ph.D. (Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 1433H)
Penerbit = PTS Islamika Sdn. Bd.

Syamail Muhammadiyah - Keanggunanmu Ya Rasulullah (Edisi Bahasa Malaysia)

BUKU Syamail Muhammadiyah adalah naskhah berharga yang menghuraikan secara terperinci keperibadian Rasulullah serta perilaku dan sahsiahnya berdasarkan hadis-hadis yang direkodkan oleh Imam at-Tirmizi. Pembaca dapat memanfaatkan himpunan hadis Nabi dalam menjadikan kehidupan harian mengikut sunnah Nabi Muhammad.

Buku ini membahaskan lima aspek kehidupan Nabi Muhammad;
  • Fizikal - Tanda Kenabian, rambut, uban, celak, berbekam, pakaian, aksesori, kasut, sandal, cincin, pedang, baju besi, pelindung kepala, serban, sarung dan tempat tidur.
  • Perilaku - Cara berjalan, duduk, bersandar, bertopang, tidur, makan, jenis roti, lauk, gelas minum dan buah-buahan.
  • Ibadah - Wuduk, doa, wangi-wangian, solat Dhuha, solat sunat di rumah, puasa dan membaca al-Quran.
  • Hubungan Sosial dan Akhlak - Berbicara, ketawa, bergurau, bersyair, berbual, bersifat tawaduk, terasa malu dan tangisan.
  • Kehidupan - Nama-nama Rasulullah, usia, kewafatan, warisan dan mimpi melihat Rasulullah.
* Kitab Syamail Muhammad S.A.W (terbitan Telaga Biru, versi Bahasa Indonesia)

Harga = RM35.00 (Sem) RM38.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 387 (Kulit Keras)
Susunan = Imam At-Tirmizi
Penerbit = PTS Islamika Sdn. Bhd.

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...