Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Saturday, February 26, 2011

Baldatun Tayyibatun Model Uthmaniyyah - Sejarah Perkembangan Dan Kejatuhan Pemerintahan Islam Uthmaniyyah: Teladan Dan Sempadan

Kerajaan Islam Uthmaniyyah merupakan kekhalifahan Islam yang terakhir sebelum ia dijatuhkan oleh puak sekular Kemalis yang dikatakan didalangi oleh Yahudi dan Barat. Kelangsungan kerajaan ini selama lebih daripada lima abad, meliputi tiga benua utama dunia, Asia, Afrika dan Eropah. Apa yang menarik, kejatuhan kota Constantinople pernah diriwayatkan dalam satu hadis yang dicatatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dengan mengatakan raja yang menawannya adalah raja yang terbaik dan ternyata raja itu daripada dinasti Uthmaniyyah.

Kerajaan Islam Uthmaniyyah seolah-olah berada dalam dua zaman silam dan zaman moden. Tentu banyak khazanah tinggalan kerajaan besar ini yang boleh menjadi teladan dan sempadan kepada kita dalam menggagaskan sebuah negara idaman di zaman pasca-modernisme ini.

- Penyelenggara

KANDUNGAN
  1. Sejarah Ringkas Kebangkitan Dan Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah - Dr. Mohd Roslan Bin Mohd Nor
  2. Sisi Gelap Kerajaan Uthmaniyyah: Satu Pengajaran Berharga - Prof. Madya Dr. Fadhlullah Jamil
  3. Zionisme Dan Peranannya Di Dalam Menjetuhkan Kerajaan Turki Uthmaniyyah Di Awal Abad Ke 20 - Mohamad Fauzi Zakaria
  4. Model Pengurusan Dan Kepimpinan Muhammad Al-Fateh Dalam Pemerintahan Kerajaan Uthmaniyyah - Dr. Nor 'Azzah Kamri
  5. Aplikasi Sistem Ekonomi Islam Dalam Tamadun Islam Uthmaniyyah - Dr. Amir Bin Shaharuddin & Dr. Yasmin Hanani Mohd Safian
  6. Hubungan Turki Uthmaniyyah Dan Alam Melayu - Prof. Madya Dr. Kamaruzaman Yusoff
  7. Perkembangan Fiqh Dan Usul Di Empayar Uthmaniyyah - Prof. Madya Dr. Abdul Karim Ali
  8. Kewarganegaraan Dalam Sistem Pemerintahan Uthmaniyyah: Satu Kajian Dalam Konteks Kewarganegaraan Negara Islam Moden - Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki Ibrahim
Harga = RM25.00 (Sem) RM28.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 167
Penyelenggara = Mohd Roslan Mohd Nor & Mohamad Zamri Bin Mohamed Shapik
Penerbit = Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan Selangor

Thursday, February 24, 2011

Fitrahkah Kita Sebagai Hamba Ciptaan Ilahi?

RASULULLAH mengumpamakan fitrah itu sebagai kain putih. Kitalah yang perlu mencoraknya agar dapat dipandu ke arah kebenaran. Manusia yang jiwanya terpesong daripada fitrah akan jauh daripada rahmat ALLAH, akan terdorong ke arah kegelapan dan kosong daripada rasa bahagia. Apalagi jika bertuankan keseronokan duniawi semata, maka semakin lekalah diri berada dalam nikmat kelalaian.

Jika begitu keadaan diri, buatlah garis pemisah antara hak dan batil agar hati bersih daripada segala kotoran yang memaliti. Carilah di segenap penjuru akan ilmu dan amal yang dapat membawa diri dan kehidupan kepada kejadian hakiki insani.

Yakinlah... hanya fitrah yang dapat mengembalikan jati diri insan kepada hakikat sebenar penciptaan. Jika diri dilitupi noda dosa, berusahalah mengislahkannya semula. Timbanglah amalan dan bandingkan dengan kefasadan. Dan tanyalah... di mana kedudukan kita sebenarnya. Sedarlah... walau siapapun kita, walau tingginya darjat, ia tidak menjamin kebahagiaan kecuali pulang semula kepada-Nya!

- Penulis

KANDUNGAN
  1. Membangun Jiwa Hamba
  2. Memperkasa Jiwa Khalifah
  3. Al-Quran Sumber Petunjuk
  4. Rasul: Obor Rahmah Alamiah
  5. Ramah Dan Ni'mah Sebagai Amanah
  6. Beribadatlah Kerana ALLAH, Berhikmah Untuk Manusia
  7. Memahami Asas Perubahan Dalam Kerangka Islam
  8. Barat Tidak Ditentang, Pembaratan Yang Disanggah
  9. Membangun Benda, Bukan Berjiwa Kebendaan
  10. Teknologi Selamanya Alat Bukan Matlamat
  11. Takutkan Balasan ALLAH Dan Insaf Ketuhanan (God Conciousness)
  12. Mencari Makna Pembangunan Yang Fitrah
  13. Matematik Dan Kehidupan
  14. Pedoman Ihsan Dalam Pembangunan Keluarga
  15. Menelusuri Kisah, Mengambil Ibrah
Harga = RM13.00
Mukasurat = 261
Penulis = Prof. Dato' Dr. Sidek Baba
Penerbit = Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.

Kisah Syeikh Abdul Kadir Jilani


KANDUNGAN

  1. Kelahiran Syeikh Abdul Kadir Jilani
  2. Pelajaran Universiti Di Baghdad
  3. Mujahadah (Latihan Kerohanian) Syeikh Abdul Kadir Untuk Ketinggian Taraf Keruhanian
  4. Meninggikan Taraf Kemanusiaan Dengan Syarahan
  5. Bakti Beliau Terhadap Mengajar Orang Ramai Dengan Percuma Memberi Petua Dan Lain-Lain Perkara
  6. Karangan-Karangan Syeikh Abdul Kadir Jilani Dan Kata-Kata Beliau "Kakiku Di Atas Leher Segala Wali Allah"
  7. Keluarga Syeikh Abdul Kadir Jilani
  8. Kekeramatan Syeikh Abdul Kadir Jilani
  9. Syeikh Abdul Kadir Jilani Kembali Ke Rahmatullah
Harga = RM5.00
Mukasurat = 103
Terjemahan = Abdul Majid Haji Khatib
Penerbit = Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.

Zikir Amalan Setiap Pagi Jumaat

Daripada Aus Bin Aus berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya hari yang paling utama bagi kamu semua ialah hari Jumaat. Pada hari itulah Allah menciptakan Adam, pada hari itu pula ditiup sangkakala dan pada hari itu jugalah terjadi kebangkitan. Maka perbanyaklah oleh kamu semua untuk mengucapkan selawat kepadaku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kamu itu akan dipertunjukkan kepadaku." Bertanyalah seorang lelaki: "Wahai Rasulullah, bagaimanakah caranya selawat kami dipertunjukkan kepadamu apabila kelak kamu sudah (wafat) dan menjadi tanah?" Bersabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi untuk memakan jasad para Nabi."

(Hadis riwayat Ibnu Majah)

KANDUNGAN

Bab 1: Fadhilat Dan Keutamaan Zikir
  1. Zikir Yang Banyak
  2. Tanda Orang Yang Berzikir
  3. Tanda Orang Munafik
  4. Ketenangan Hati
  5. Akibat Enggan Berzikir
Bab 2: Zikir Amalan Setiap Pagi Jumaat
  1. Tiada Tuhan Melainkan Allah
  2. Doa Nabi Yunus Dalam Perut Ikan
  3. Doa Para Nabi Sebelum Rasulullah SAW
  4. Tasbih Rasulullah SAW
  5. Doa Mohon Kesempurnaan Nikmat
  6. Doa Penawar Kesedihan Dan Kesusahan
  7. Penghulu Istighfar
  8. Selawat Mardhiyah
  9. Selawat Syifa
  10. Selawat Nur Anwar
  11. Selawat Ummahatul Mukminin
  12. Selawat Tafrijiyah
  13. Selawat Munjiyat (Pelindung)
  14. Doa Pelindung Daripada Syaitan (1)
  15. Doa Pelindung Daripada Syaitan (2)
  16. Tiga Ayat Terakhir Surah Al-Hasyr
  17. Doa Qunut Nazilah
Harga = RM2.00
Mukasurat = 28
Penyusun = Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penerbit = Blue-T Publication Sdn. Bhd.

Transformasi Fikah Semasa: Evolusi Hukum Islam

Keperluan kepada hukum Islam semasa bagi menjawab persoalan hidup semasa dalam masyarakat Islam pada hari ini sangat-sangat dirasakan. Di bawah pengaruh dunia baru dengan segala kemajuannya, baik dari segi ekonomi, sosial mahupun sains dan teknologi, hampir semua perkara dalam kehidupan moden sekarang ini telah berubah.

Sekiranya syariat Islam hanya agama semata-mata, segala perubahan ini mungkin tidak merupakan cabaran besar terhadap corak amalannya. Kerana ritual keagamaan biasanya tidak tertakluk kepada apa-apa perubahan masyarakat memandangkan sifat dan nilainya yang dogmatik. Tetapi Islam lebih besar daripada agama semata-mata dalam konsep di atas. Ianya suatu dasar hidup. Oleh kerana hidup manusia ini berkembang maka cabaran yang terpaksa dihadapi ialah pengembangan tafsiran dan amalannya agar sesuai dengan keperluan setiap perkembangan yang ada.

Buku ini menyingkap perubahan yang berlaku kepada hukum fikah yang tertakluk dengan perubahan masa, tempat, teknologi dan persekitaran. Buku ini penting bagi memahami akar hukum Islam.

- Penerbit

KANDUNGAN

FASAL PERTAMA
Menangani Pemikiran Hukum Islam Semasa

FASAL KEDUA
Pandangan Al-Qaradhawi Tentang Ijtihad Kontemporari

FASAL KETIGA
Ijtihad Dan Fatwa Semasa

FASAL KEEMPAT
Keperluan Kepada Penyelidikan Ilmiah Dalam Menentukan Hukum Islam Semasa

FASAL KELIMA
Kepentingan Penyelidikan Dalam Pengeluaran Fatwa

FASAL KEENAM
Keperluan Kepada Ijtihad Dalam Menentukan Hukum Islam Semasa

FASAL KETUJUH
Keperluan Kepada Islah Dalam Pembinaan Fikah Semasa

FASAL KELAPAN
Pengaruh Timbal Balik Antara Hukum Dan Budaya

FASAL KESEMBILAN
Fikah Keutamaan Dan Kesannya Dalam Ijtihad Dan Fatwa Masa Kini

FASAL KESEPULUH
Ijtihad Dan Cabaran Globalisasi

FASAL KESEBELAS
Hukum Islam Semasa Di Malaysia: Prospek Dan Cabaran

FASAL KEDUA BELAS
Fatwa Dan Isu Semasa: Masalah Dan Cabaran Di Malaysia

FASAL KETIGA BELAS
Ijtihad Dan Fatwa Pada Abad Ke-21: Keperluan Kepada Fikah Semasa Beroreantasikan Tempatan

FASAL KEEMPAT BELAS
Ke Arah Pembentukan Fikah Malaysia

Harga = RM22.50 (Sem) RM25.50 (Sab/Swk)
Mukasurat = 256
Penulis = Prof. Dato' Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid
Penerbit = PTS Islamika Sdn. Bhd.

Tokoh-Tokoh Pemikir Islam - Edisi Baru

KANDUNGAN
  1. Muhammad Bin Muslim Al-Zuhri - Wan Yahya Wan Ahmad
  2. Fakhr Al-Din Al-Razi Dan Sumbangannya - Mohamad Kamil Hj. Ab. Majid
  3. Ibn Al-Farid Dan Sumbangannya Kepada Islam - Mohd Darus Senawi
  4. Ibn Taymiyyah Dan Sumbangannya Kepada Islam - Mohamad Kamil Hj. Ab. Majid
  5. Pandangan Ibn Taymiyyah Tentang Politik Dan Pentadbiran Sebagaimana Dalam Bukunya, Al-Sirasah Al-Syar'iyyah - Dr. Mahmood Zuhdi Haji Abdul Majid
  6. Pemikiran Politik Ibn Taymiyyah: Satu Kesimpulan - Qamaruddin Khan
  7. Hafiz Ibn Hajar Al-'Asqalani - Prof Madya Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor
  8. Pemikiran Muhammad 'Abd Al-Wahab Dan Pengaruhnya Kepada Dunia Islam Dalam Bidang 'Aqidah Dan Politik - Zakaria @ Mahmud Daud Dan Ahmad Zaki Hj. Ibrahim
  9. Muhammad 'Abduh Dan Sumbangannya - Zulkifli Haji Yusoff
  10. Pengaruh Pemikiran Muhammad 'Abduh Dalam Gerakan Islam - Zulkifli Haji Yusoff
  11. Persyarikatan Muhammadiyyah Di Indonesia: Suatu Tinjauan Mengenai Pengaruh Ibn Taymiyyah - Mohamad Kamil Hj. Ab. Majid
  12. Pemikiran Iqbal Tentang Diri - Abdul Razak Mahmud
  13. Dakwah Iqbal - Abdul Wadood Syalabi
  14. Syed Abul A'la Al-Mawdudiy Dan Sumbangannya Kepada Gerakan Islam - Mohamad Kamil Hj. Ab. Majid
  15. Hasan Al-Banna: Satu Pengenalan Rinngkas - Prof. Madya Pauzi Hj. Awang
  16. Sayyid Qutb: Riwayat Hidup Dan Sumbangannya - Mohammad Fauzi Zakaria
  17. Peranan Ulama Terhadap Dakwah Islam Di Kelantan: Dari Pondok Ke Sekolah Agama - Mohamad Kamil Hj. Ab. Majid
Harga = RM25.00
Mukasurat = 296
Penyusun = Mohamad Kamil Hj. Ab. Majid
Penerbit = Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...