Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Tuesday, July 20, 2010

Pedoman Amalan IBU Mengandung

IBU yang dikasihi dan IBU yang menawan adalah IBU yang sentiasa menjaga perapian diri setiap masa. Rupa wajah dan kesihatan adalah di antara faktor yang amat berfungsi di dalam meraih kebahagiaan rumahtangga.

Begitu juga dengan amalan yang mendekatkan diri si IBU kepada Allah SWT, lebih-lebih lagi ia dituntut dalam mengukuhkan rumahtangga yang dianggap sebagai 'SYURGA' itu.

Buku yang mesti anda miliki ini adalah cenderahati yang amat berharga kepada mereka yang bergelar 'IBU'. Maka IBU adalah penentu masa depan anak-anak. Lantaran itu cenderahati ini mengandungi pelbagai maklumat dan pengetahuan khusus untuk IBU yang bakal melahirkan generasi cemerlang yang sesuai dengan petunjuk Al-Quran dan Hadis.

Semoga hari-hari seorang IBU pada saat ini dan akan datang lebih bermakna dan sentiasa bahagia bersama rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

- Penulis

KANDUNGAN

Bab 1: Apabila Ibu Mengandung
Bab 2: Pendidikan Di Alam Rahim
Bab 3: Beberapa Perubahan Ketika Mengandung
Bab 4: Pantang Larang Ketika Ibu Mengandung
Bab 5: Senaman Ketika Ibu Mengandung
Bab 6: Mendekatkan Diri Kepada Allah
Bab 7: Mendapatkan Anak Yang Sihat
Bab 8: Merancang Kesihatan
Bab 9: Menu Ibu Ketika Mengandung
Bab 10: Pakaian Ibu Mengandung
Bab 11: Penjagaan Buah Dada
Bab 12: Seks Ketika Ibu Mengandung
Bab 13: Persediaan Ketika Melahirkan Anak
Bab 14: Pantang Selepas Bersalin
Bab 15: Rawatan Tradisional Selepas Bersalin
Bab 16: Surah-Surah Pilihan
Nama-Nama Bestari Anak Lelaki Dan Anak Perempuan

Harga = RM14.00
Mukasurat = 319
Penulis = Nur Asyikin Haithami
Penerbit = Pustaka Al-Ehsan

Fobia Yahudi Dan Barat Terhadap Islam

Buku ini menjelaskan berkaitan dengan fobia pihak Yahudi dan kemudiannya diikuti oleh pihak Barat terhadap Agama Islam. Pengarang memulakan kajiannya dengan mengemukakan tentang penyelewengan oleh pihak Yahudi terhadap akidah Agama Kristian yang pada asalnya adalah monoteisme seperti yang telah dibawa oleh para Rasul dan para Nabi-Nya. Isu penggunaan perkataan 'Allah' di Malaysia turut diperjelaskan melalui kupasa daripada para sarjana Islam bagi menyatakan hal yang sebenarnya.

Selanjutnya pengarang juga menghuraikan persoalan dari segi sejarah, kenapa Islam telah mara ke Barat seterusnya menguasai Empayar Parsi dan Rom. Dalam pada itu dijelaskan juga akan propaganda-propaganda anti terhadap Islam yang terawal di Barat hinggakan kemudiannya telah mencetuskan Perang-Perang Salib. Dalam kajiannya, pengarang berpendapat penyeleweng pihak Barat terhadap Islam adalah kerana mereka kurang memahami akan agama suci ini. Pengarang berjaya membawa para pembaca dari urutan sejarah berkaitan dengan pandangan-pandangan para penulis Barat sejak awal lagi terhadap Agama Islam.

Dalam semua hal ini terdapatlah tangan-tangan dari pihak Yahudi yang turut mempengaruhi pihak Barat untuk memusuhi Islam dan para penganutnya. Bukti-bukti berjaya dijelaskan, bahawa melalui pengaruh pihak Yahudi di Amerika Syarikat khususnya dan di Eropah amnya, maka berlakunya krisis di Palestin hinggalah sampai ke dewasa ini. Dengan itu tercetuslah isu-isu berkaitan dengan penaklukan di Iraq dan berlakunya Serangan pada 11 September 2001 terhadap Menara Berkembar di New York. Isu berkaitan dengan karikatur Nabi Muhammad yang disebarluaskan di Eropah juga di Singapura turut dinyatakan. Sentimen anti Islam kian menjadi nyata di Eropah. Ini semuanya kerana gara-gara sebilangan besar daripada penduduknya terlalu takut akan pengaruh Islam ke atas mereka.

- Penerbit

KANDUNGAN
  1. Islam Dan Ahli Kitab
  2. Penulisan Kitab-Kitab Agama Kristian
  3. Kenapa Islam Mara Ke Utara Dan Ke Eropah?
  4. Propaganda Anti Islam
  5. Kenapa Berlakunya Perang Salib?
  6. Adakah Islam Dan Nabi Muhammad S.A.W. itu Disalah Ertikan Di Barat?
  7. Jihad Dan Maksudnya
  8. Yahudi Dan Barat
  9. Palestin Selepas Perang Dunia II
  10. Kedudukan Palestin Kini
  11. Syahid
  12. Nabi Muhammad S.A.W. Difitnahkan
  13. Serangan-Serangan Pada 11 September 2001
  14. Kucar Kacirnya Satu Tamadun Islam (Baghdad)
  15. Bertoleransi?
Harga = RM22.00 (Sem) RM24.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 418
Penulis = Haji Husseiny Bin Zambery
Diedit Oleh = Dr. Mohd. Puzhi Bin Usop (U.I.A.)
Penerbit = Al-Hidayah Publication

Diagnosis Tapak Tangan - Kenal Pasti Tanda Penyakit

Tapak tangan manusia mengandungi 1001 rahsia tentang kesihatan seseorang individu. Sama ada anda sihat atau sebaliknya, masalah ini dapat 'dibaca' pada perubahan warna, jaluran urat saraf dan bentuk fizikal pada tapak tangan.

Sebenarnya, kemahiran mendiagnosis tapak tangan boleh dipelajari. Ia merupakan suatu 'ilmu' yang menarik dan mencabar. Tujuannya supaya kita bersedia mencecgah sebarang penyakit sejak dari awal daripada berlarutan.

Buku DIAGNOSIS TAPAK TANGAN memaparkan panduan asas untuk mengenal pasti penyakit-penyakit yang timbul. Ikuti langkah-langkah mudah untuk mendalami ilmu diagnosis penyakit melalui tapak tangan. Lebih menarik lagi, imej-imej berwarna turut disertakan sebagai memberi gambaran sebenar tentang tanda-tanda biasa yang ditemukan pada tapak tangan.

- Penulis

KANDUNGAN
  • Prakata
  • Pengenalan
  • Tanggapan Positif Dan Negatif
  • Kenali Tapak Tangan Anda
  • 11 Langkah Mendiagnosis Penyakit Melalui Tapak Tangan
  • Senarai Semak Diagnosis Penyakit Melalui Tapak Tangan
  • Sistem Imuniti Tubuh
  • Faktor-Faktor Yang Melemahkan Sistem Imun
  • Cara Menguatkan Sistem Imuniti
  • Kenali Usus Anda
Harga = RM15.00 (Sem) RM18.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 126 (Berwarna)
Penulis = Sajidin Jais
Penerbit = Alaf 21 Sdn. Bhd.

Risalah Hukum Nyanyian

Kata At-Tartushi: Adapun Imam Malik sesungguhnya ia menegah daripada nyanyian dan daripada mendengarnya. Dan katanya lagi: Apabila dia (Imam Malik) membeli jariah dan didapatinya dia pandai menyanyi maka ia akan memulangkannya dengan rasa aib.

Imam Malik R.A. ditanya: Tidakkah diberi kelonggaran ahli Madinah daripada nyanyian? Maka katanya: Sesungguhnya yang melakukannya di kalangan kami adalah ahli-ahli fasik.

KANDUNGAN

Fasal
TIPUDAYA SYAITAN KE ATAS MEREKA YANG MENGAKU DIRI AHLI TASAWUF DALAM TARIAN, NYANTIAN DAN PENDENGARAN MEREKA
  • Khubah Kitab Al Imam Abu Bakar At-Tartushi Pada Pengharaman Lagu
  • Fatwa-Fatwa Imam Malik Bin Anas, Imam Abu Hanifah Dan Imam As Syafie R.A. Mengenai Nyanyian
  • Fatwa Ibnul Solah Dan Ijma' Tentang Pengharaman Mendengar Nyanyian
  • Mazhab Imam Ahmad Mengenai Nyanyian
  • Mendengar Nyanyian Daripada Perempuan Ajnabiah (Yang Bukan Mahram) Dan Amrad (Budak Lelaki Bujangan Yang Belum Berjanggut)
  • Nama-Nama Nyanyian / Bunyian Syaitan
  • Kata-Kata Ahli Tafsir Mengenai Lahwal Hadith
  • Tafsir Sahabat Adalah Seperti Hadith Musnad
  • Barangsiapa Yang Menyintai Nyanyian Dipalingkan Hatinya Daripada Al-Quran
  • Nama Kedua Dan Ketiga: Az Zur (Kepalsuan) Dan Al Laghwu (Kelalaian - Tidak Berfaedah)
  • Nama Yang Keempat: Al Bathil (Kebatilan)
  • Nama Kelima: Al Mukaa' Dan At Tasdiyah
  • Nama Keenam: Ruqyatul Zina (Pandangan Zina)
  • Adapun Namanya Penumbuhan Sifat Munafik
  • Adapun Namanya Bacaan Syaitan
  • Adapun Dinamakannya Suara Syaitan
  • Adapun Namanya Seruling Syaitan
  • Adapun Dipanggilkannya: As Samud (Melengahkan)
  • Pada Keterangan Dan Penjelasan Tentang Pengharaman Rasulullah Pada Alat-Alat Bunyian Dan Muzik Dan Hadis-Hadis Tentangnya
Harga = RM6.90
Mukasurat = 78
Karya = Ibnu Qayyim Jauzi
Penterjemah = Abu Abdul Rahman Radhi Al Khudri (Madrasah Tahfiz Al-Quran Dan As-Sunnah Layang-Layang Johor)
Penerbit = Perniagaan Jahabersa

Monday, July 19, 2010

Kebijaksanaan Luqman Al-Hakim - 12 Cara Membendung Keruntuhan Akhlak

Luqman, seorang hamba dari Habsyah yang berkulit hitam, bibirnya tebal dan berhidung pesek. Kakinya pecah-pecah dan bertubuh pendek. Berdasarkan kepada beberapa riwayat, dia hidup di zaman Nabi Daud A.S.

Sekali pandang ketika memerhati ciri-cirinya, dia adalah manusia biasa, bahkan mungkin ada yang mentertawakannya. Namun, siapa menyangka dia adalah seorang hakim Bani Israil, sehingga dia disebut dengan panggilan Al-Hakim. Kerana kesolehan, nama dan taushiah serta nasihat yang dia sampaikan kepada anaknya, diberikan tempat tersendiri dalam Al-Quran.

Bagaikan setitis embun di tanah yang kering kontang, dua belas hikmah dan kearifan nasihat Luqman yang menjadi monumental, memberikan kesegaran di tengah keruntuhan akhlak yang kini sedang dialami masyarakat pada amnya. Apa sahajakah kedua belas kearifan dan nasihat itu.

Semak jawapannya dalam buku ini.

- Penerbit

KANDUNGAN

I: Biorafi Luqman Al-Hakim
II: Wasiat Luqman Untuk Puteranya
  1. Wasiat Pertama: Jangan Mensekutukan Allah
  2. Wasiat Kedua: Berbakti Kepada Ibu Bapa
  3. Wasiat Ketiga: Tiada Ketaatan Dalam Mederhakai Allah
  4. Wasiat Keempat: Wala' Dan Bara'
  5. Wasiat Kelima: Terperincinya Hisab Dan Pentingnya Muraqabah
  6. Wasiat Keenam: Dirikanlah Solat
  7. Wasiat Ketujuh: Amar Makruf Nahi Mungkar
  8. Wasiat Kelapan: Bersabarlah
  9. Wasiat Kesembilan: Jangan Sombong
  10. Wasiat Kesepuluh: Janganlah Berjalan Di Muka Bumi Dengan Angkuh
  11. Wasiat Kesebelas: Etika Berjalan
  12. Wasiat Kedua Belas: Etika Bertutur Kata
Harga = RM19.50 (Sem) RM22.50 (Sab/Swk)
Mukasurat = 213
Penulis = Ibrahim Abdul Muqtadir
Pengantar = Sheikh Wahid Abdussalam Bali
Penerbit = Alam Raya Enterprise

Konsep Niat & Ikhlas Menurut Islam

Allah tidak menerima satu amalpun tanpa disertai dengan keikhlasan. Tanpa keikhlasan ini pula, suatu amal tidak akan diredai di sisi Allah. Allah meredai suatu amal salih secara langsung, jika disertai keikhlasan, terlepas dari syirik, yang kecil mahupun besar, yang kelihatan mahupun yang tersembunyi.

Keikhlasan juga tidak akan sempurna kecuali disertai niat yang tulus, semata-mata kerana Allah S.W.T., terlepas dari segala noda dan kecenderungan individual mahupun duniawi. Dengan kata lain, manusia harus melepaskan kata hatinya, yang bererti harus bergantung kepada kepada Tuhannya. Dengan begitu Allah akan memberinya keamanan sebagai ganti dari ketakutan dan memberinya kecukupan sebagai ganti dari kemiskinan.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAB 1: Makna Keikhlasan Dan Kepentingannya
BAB 2: Peranan Niat Dalam Mewujudkan Ikhlas
BAB 3: Keutamaan Ikhlas Dan Bahaya Riyak
BAB 4: Hakikat Ikhlas
BAB 5: Bukti-Bukti Penguat Ikhlas
BAB 6: Ketaatan Dan Kederhakaan
BAB 7: Kepentingan Ikhlas Bagi Aktivis Dakwah
BAB 8: Hasil Daripada Ikhlas
BAB 9: Pendukung-Pendukung Ikhlas

Harga = RM9.50
Mukasurat = 234
Penulis = Dr. Yusuf Al-Qardhawi
Penterjemah = Kathur Suhardi
Penerbit = Pustaka Syuhada

Tuesday, July 6, 2010

Doa Ziarah Di Maqam Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam


KANDUNGAN

  • Muqaddimah
  • Keistimewaan Madinah
  • Adab-Adab Menziarahi Maqam Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam
  • Doa Ziarah Memasuki Madinah
  • Bacaan Ziarah Di Maqam Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam
  • Selawat Ke Atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam
  • Doa Selesai Ziarah Di Maqam Nabi Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam
  • Doa Ziarah Sayyidah Fatimah Al Zahra RA
  • Doa Di Mimbar Nabi Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam
  • Doa Di Raudhah Al Syarif
  • Doa Selamat Berpisah Kepada Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam
  • Doa Di Masjid Al Quba'
  • Doa Menziarahi Perkuburan Baqi'
  • Doa Menziarahi Syuhada Uhud
  • Doa Menziarahi Peruburan Ma'la
  • Kesan-Kesan Peninggalan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam Di Madinah Al Munawwarah
Harga = RM10.00 (Sem) RM13.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 206
Penyusun = Ahmad Lutfi Bin Abdul Wahab Al Linggi
Penerbit = Mawleed Publishing

Sunday, July 4, 2010

Golongan Yang Dijamin Bebas Dari Neraka

Setiap manusia mempercayai kewujudan syurga dan neraka. Sama ada mereka beriman dengan Allah atau tidak, mereka tetap mengakui kewujudannya. Cuma persepsi mengenai kedua-dua tempat itu saja yang berbeza.

Apabila membicarakan mengenai syurga dan neraka, hati manusia akan lebih terkesan dengan neraka berdasarkan fakta bahawa hati manusia lebih mudah mengingati dan berbekas dengan mendalam terhadap sesuatu yang menakutkan berbanding sesuatu yang mengembirakan. Sebagaimana kalam ulama:

التَّرْهِيبُ أَقْوَى مِنَ التَّرْغِيبِ

"Perkara yang menakutkan lebih kuat (kesannya) daripada perkara yang mengembirakan".

Di dalam buku ini, para pembaca akan temui amalan-amalan yang akan menjamin diri daripada disentuh oleh api neraka di akhirat nanti. Semua amalan yang dikemukakan adalah bersumberkan daripada hadits-hadits baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam.

- Penerbit

KANDUNGAN
  1. Empat Rakaat Sebelum Solat Fardhu Zohor Dan Empat Rakaat Setelahnya
  2. Empat Rakaat Sebelum Solat Fardhu Asar
  3. Bacaan Waktu Pagi Dan Malam
  4. Kelebihan Subhanallah Wa Bihamdih Seribu Kali
  5. Berjalan Di Jalan Allah
  6. Mereka Yang Dibebaskan Oleh Allah Pada Hari Jumaat
  7. Puasa Sebagai Perisai / Pelindung
  8. Kelebihan Puasa Satu Hari Di Jalan Allah
  9. Kelebihan Sembahyang Di Masjid Nabawi
  10. Menangis Kerana Takutkan Allah
  11. Golongan Yang Dibebaskan Pada Bulan Ramadhan
  12. Galakan Berpuasa Pada Hari Rabu Dan Khamis
  13. Takut Dan Gerun Pada Jalan Allah
  14. Kelebihan Mengucap Dua Kalimah Syahadah
  15. Mendekatkan Diri Kepada Allah Dengan Melakukan Ketaatan Sebanyak Tiga Ratus Enam Puluh Sendi
  16. Berselawat Kepada Nabi Seribu Kali
  17. Bertolak Ansur Dan Lembut Dalam Urusan
  18. Berbuat Baik Kepada Anak Perempuan Dan Saudara Perempuan
  19. Sesiapa Yang Kematian Tiga Orang Anak
  20. Memerdekakan Hamba
  21. Mempertahankan Maruah Saudara Muslim
  22. Ucapan Yang Diucapkan Sewaktu Nazak
  23. Sembahyang Jemaah 40 Hari
  24. Kasih Kepada Allah Dan Beriman DenganNya
  25. Memberi Makan (Berbuka) Kepada Orang-Orang Berpuasa Dan Meringankan Bebanan Kepada Hamba
  26. Kelebihan Hari Arafah
Harga = RM10.00
Mukasurat = 97
Penulis = Syeikh Muhammad Noeruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
Penerjemah = Mohd. Zakir Bin Abd. Majid
Penerbit = Madrasah Zubaidiyah & Nusaibah Enterprise

Thursday, July 1, 2010

Allah Memuliakan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam - Rahsia Yang Tersirat Perlu Dihuraikan Demi Kemuliaan Nabi Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam). Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

- Mafhum Surah Al-Ahzab: 56

KANDUNGAN
  • Gambar-Gambar Berkaitan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam
  • Muqaddimah
  • Allah Memuliakan Nasab Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam
  • Allah Memuliakan Hari Kelahiran Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam
  • Allah Memuliakan Nama Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam
  • Allah Memuliakan Sifat-Sifat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam
  • Allah Memuliakan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam Dengan Bau Yang Wangi
  • Allah Dan Malaikat Bersalawat Ke Atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam
  • Allah Memuliakan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam Dengan Syafaat Dan Maqam Al-Mahmudah
  • Allah Memuliakan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam Dengan Al-Quran Al-Karim
  • Allah Menyebut Anggota Tubuh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam Dalam Al-Quran Al-Karim
  • Allah Memuliakan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam Dengan Bersumpah Terhadap Dirinya
  • Allah Memuliakan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam Dalam Surah Al-Dhuha
  • Allah Memuliakan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam Manusia Pertama Yang Dibangkitkan Dari Kubur
  • Allah Memuliakan Maqam Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam Dan Sesiapa Yang Menziarahinya
  • Allah Memuliakan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam Dengan Bulan Terbelah Menjadi Dua
  • Allah Memuliakan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam Dengan Binatang Dan Pokok Menghormatinya
  • Qosidah Indah Kepada Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam
Harga = RM16.00 (Sem) RM19.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 128
Penulis = Ustaz Ahmad Lutfi Abdul Wahab Al-Linggi
Penerbit = Mawleed Publishing

Aminah: Bunga Kaum Quraisy - Menelusuri Kisah Hidup Bonda Insan Teragung

Aminah, wirawati dengan seribu satu pengorbanan yang jarang diketengahkan.

Daripada baris pertama sehingga baris terakhir buku Aminah - Bunga Kaum Quraisy, kita dihidangkan secara terperinci babak-babak hidup Aminah, bonda junjungan hebat, Nabi Muhammad. Hidup beliau singkat namun sentiasa diuji dengan pelbagai peristiwa.

Puji-pujian pada keelokan fizikal dan pekerti Aminah diolah sehingga membuatkan kita sedar pada kehebatan ibu Nabi terakhir ini. Betapa beliau adalah permata terlindung yang mampu dilihat oleh beberapa mata yang terpilih sahaja.

Episod cemas yang berlaku apabila Abdul Mutalib perlu memilih salah seorang daripada anaknya sebagai korban juga diceritakan satu persatu secara terperinci. Buku ini membawa pembaca meneliti kegusaran pelbagai pihak termasuk Aminah, tatkala mendengar bakal kekasih hatinya mungkin dikorbankan sebelum mereka sempat diijab kabul.

Kisah di sebalik perkahwinan Aminah dan Abdullah, juga kehidupan mereka selepas berkahwin turut diperincikan dalam tulisan ini. Apa lagi susunan ceritanya yang teratur dan melewati saat cemas. Lebih dahsyat lagi apabila Abdullah meninggalkan rumah, sedangkan mereka masih lagi dalam fasa berbulan madu.

Abdullah menemui Tuhan tatkala Aminah sedang mengandungkan anak sulung mereka, yang akhirnya menjadi pemimpin terunggul umat Islam. Lalu, bermula episod kehidupan Aminah sebagai ibu tunggal.

Hayati dan fahami setiap baris ayat di dalam buku ini supaya semua wanita mampu menempuh dugaan hidup di dunia masa kini tanpa ada keluhan panjang.

- Penerbit

KANDUNGAN

Bab 1: Bunga Kaum Quraisy
Bab 2: Kejutan Buat Aminah
Bab 3: Apakah Nazarnya?
Bab 4: Debaran Nazar
Bab 5: Jejaka Pilihan Tuhan
Bab 6: 100 Ekor Unta
Bab 7: Hari Bahagia Menjelang Tiba
Bab 8: Tangisan Bulan Madu
Bab 9: Rindu Semasa Bulan Madu
Bab 10: Gelaran Yang Tidak Diundang
Bab 11: Rumah Tuhan
Bab 12: Cahaya Kelahiran
Bab 13: Kegembiraan Dalam Kegembiraan
Bab 14: Siapakah Yang Layak?
Bab 15: Anak Yatim Miskin
Bab 16: Limpahan Rahmat
Bab 17: Bertemu Dan Berpisah
Bab 18: Pulang Ke Pangkuan
Bab 19: Meluah Rindu
Bab 20: Terbongkar
Bab 21: Hidup Perlu Diteruskan

Pautan : Aminah : Ibu Muhammad S.A.W.

Harga = RM17.90 (Sem) RM19.90 (Sab/Swk)
Mukasurat = 203
Penulis = Ezee Rahmani
Penerbit = PTS Millennia Sdn. Bhd.

Hebatnya Kuasa Istikharah - Membongkar Rahsia Solat Istikharah Sebagai Penghubung Antara Ikhtiar Manusia Dan Ketetapan Tuhan

Apakah yang kita fahami berkaitan solat Istikharah?

Adakah Solat Istikharah hanya berkisar kepada persoalan jodoh? Adakah solat ini bermaksud penyerahan secara total kepada Allah, tanpa berbekalkan ikhtiar?

Hebatnya Kuasa Istikharah merungkai segala kekeliruan, salah tanggap dan persoalan yang melingkari konsep solat Istikharah. Buku ini membantu dalam memberi kefahaman yang tepat dan jelas menerusi dimensi yang lebih menyeluruh, sekaligus memimpin kita memanfaatkan solat Istikharah dengan efektif.

Hebatnya Kuasa Istikharah juga mengadun aspek ikhtiar manusia dalam membuat keputusan dan memilih tindakan berdasarkan ketetapan Ilahi. Semoga kita kekal optimis dan sentiasa percaya kepada hikmah atas segala kejadian.

- Penulis

KANDUNGAN
  1. Apakah Itu Kuantum Istikharah
  2. Sistem Kerja Solat Istikharah
  3. Sekilas Perihal Solat Istikharah
  4. Solat Istikharah Bagi Memohon Yang Terbaik
  5. Tidur Yang Tepat Supaya Mendapat Mimpi Benar
  6. Petanda Dalam Mimpi
  7. Kesan Sesudah Mengerjakan Solat Istikharah
  8. Istikharah Sebagai Penghubung
Harga = RM11.00 (Sem) RM13.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 172
Penulis = Imam Musbikin
Penerbit = PTS Millennia Sdn. Bhd.

Fadilat Membaca Selawat Nabi SAW

Sesiapa yang menulis selawat pada satu benda atau kertas, para malaikat sentiasa meminta ampunkan dosanya selagi tulisan itu belum hapus. Sebenarnya banyak lagi fadilat membaca selawat, di antaranya untuk menghilangkan kesusahan, untuk mendapatkan syafaat daripada Nabi SAW, supaya doa kita diterima Allah dan seumpamanya.

Buku ini, selain menerangkan fadilat membaca selawat, juga menerangkan jenis-jenis selawat, keburukan orang yang tidak mahu membaca selawat dan waktu-waktu yang baik untuk membaca selawat.

- Penyusun

KANDUNGAN

Bab 1: Keutamaan Membaca Selawat
Bab 2: Keburukan Orang Yang Tidak Mahu Berselawat
Bab 3: Waktu-Waktu Yang Baik Untuk Berselawat
Bab 4: Lafaz-Lafaz Selawat Yang Elok Diamalkan

Harga = RM6.00
Mukasurat = 57
Penyusun = Said Bin Che Ros
Penerbit = Pustaka Haji Abdul Majid Sdn Bhd

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...