Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Wednesday, June 30, 2010

Hari-Hari Dalam Hidupku: Kisah Realiti Penyeksaan Di Penjara Tentera Mesir

Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili adalah seorang aktivis Islam yang sanggup berkorban apa saja demi mempertahankan kebenaran yang yakini. Beliau adalah ketua Jama'ah Muslimat yang menjadi sayap kepada Ikhwan Muslimin di Mesir.

Pada era pemerintahan Presiden Jamal Abdul Nasser, puluhan ribu, malah ratusan ribu anggota Ikhwan Muslimin dipenjara dan diseksa. Zainab Al-Ghazali dengan sepenuh kemampuan yang dimilikinya berusaha sedaya upaya meringankan bebanan keluarga mereka yang dipenjarakan. Pelbagai bantuan kebendaan dan rohani dihulurkan.

Rancangan untuk membunuhnya telah dilakukan. Akhirnya beliau ditangkap dan dipenjarakan dan bermulalah siri penyeksaan ke atasnya. Tetapi Allah telah menyelamatkan beliau. Ketika menghadapi saat-saat penyeksaan di dalam penjara, Presiden Jamal Abdul Nasser telah mengarah agar beliau diseksa dengan penyeksaan yang berat.

"Atas perintah Jamal Abdul Nasser, Presiden Republik Mesir, Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili mestilah diseksa seperti seksaan ke atas orang lelaki."

Beliau dipukul dengan tongkat, cemeti, digantung kaki ke atas, dikurung dengan anjing-anjing yang ganas, direndam seharian dalam penjara air, dipenjara dengan tikus dan pelbagai lagi seksaan yang berlaku ke atas dirinya. Namun, beliau tabah menghadapinya dengan penuh yakin akan janji Allah: "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung."

Akhirnya beliau keluar daripada penjara pada tahun 1971. Semangat serta keyakinan kepada pertolongan Allah menghadapi segala bentuk penyeksaan menjadikan beliau teladan (qudwah) kepada generasi pejuang kebenaran sehingga hari Kiamat.

- Penerbit

KANDUNGAN
  • Jamal Abdul Nasser Membenciku
  • Terjadilah Bai'ah
  • Konspirasi
  • Bersama Shams Badran
  • Firaun Mendengar
  • Mahkamah
  • Pindah Ke Penjara Al-Qanatir 5 Jun 1966
Harga = RM14.50
Mukasurat = 366
Penulis = Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili
Penterjemah = Hj. Tahir Daeng Mengati & Mohd. Yamin As-Surur
Penerbit = Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Pembangunan Yang Fitrah

Buku ini dipersembahkan sedemikian rupa untuk memberikan pemahaman yang mudah kepada pembaca mengenai asas-asas pemikiran Islam. Ianya tidak diolah secara metodologi ilmiah bagi memudahkan semua peringkat pembaca memanfaatkannya. Asas-asas pemikiran dalam tajuk-tajuk yang dipilih adalah penting bagi membolehkan perspektif mengenai pembangunan dan perubahan difahami dengan jelas.

Salah satu masalah umat Islam kini ialah ketidakjelasan dan kecelaruan dalam memahami isu-isu pokok yang berhubung dengan asas-asas pemikiran Islam. Ada yang mendekati asas-asas ini secara spiritual dan rohaniah dan terdapat juga yang memahami secara pemikiran semata dan menyebabkan ruang lingkup pemahaman berada di tahap yang amat terbatas.

- Penulis

KANDUNGAN
  1. Membangun Jiwa Hamba
  2. Membangun Jiwa Khalifah
  3. Al-Quran Sumber Petunjuk
  4. Rasul Obor Rahmah Alamiah
  5. Rahmah Dan Nikmah Sebagai Amanah
  6. Beribadah Kerana Allah, Berhikmah Untuk Manusia
  7. Perubahan Dalam Kerangka Islam
  8. Barat Tidak Ditentang, Pembaratan Yang Disanggah
  9. Membangun Benda, Bukan Berjiwa Kebendaan
  10. Teknologi Selamanya Alat Bukannya Matlamat
  11. Takutkan Balasan Allah Dan Insaaf Ketuhanan
  12. Mencari Makna Pembangunan Yang Fitrah
  13. Matematik Dan Kehidupan
  14. Pedoman Ihsan Dalam Pembangunan Keluarga
  15. Menelusuri Kisah Mengambil Ibrah
Harga = RM14.50
Mukasurat = 175
Penulis = Prof. Dr. Sidek Baba
Penerbit = Dar Bariyazi

Al-Qur'an Mushaf Al-Masar - Al-Qur'an Terjemahan Dan Terjemahan Perkataan


Harga = RM60.00 (Sem) RM65.00 (Sab/Swk)
Ciri-Ciri = Terjemahan, Terjemahan Perkataan & Warna Mukasurat Berbeza Mengikut Juzuk








Tuesday, June 29, 2010

Jalur Berfikir Remaja Islam

Teknologi dan tradisi Islam dilihat selamanya alat dan bukannya matlamat. Matlamat pembangunan Islam menghubungkan ilmu, keterampilan dan nilai dengan manusia. Manusiaah yang menjadi matlamat pembangunan kerana apabila manusia terbangun ilmu, keterampilan dan akhlaknya ia bakal melakukan pengurusan dengan baik, amanah, adil, jujur, ikhlas, telus, tulus dan bijaksana.

- Penulis

KANDUNGAN
  1. Islam Agama Mundur?
  2. Islam Menjadikan Umatnya Berserah?
  3. Islam Menghalang Kemajuan?
  4. Untuk Maju Kita Mesti Liberal?
  5. Bangsa Melayu Dan Jiwa Umat
  6. Ilmu Fardhu Ain Sahaja Tidak Memadai
  7. Hati-Hati Dengan Proses Pembaratan
  8. Tahun Baru Dalam Semangat Hijrah
  9. Al-Quran Bukan Kitab Sains Tetapi Terdapat Petunjuk Saintifik
  10. Celik Minda Dan Celik Hati
  11. Membangun Tradisi Sains Yang Islami
  12. Hijrah Dan Pengaruh Perubahan
  13. Faham Jahiliyyah Dan Jiwa Hijrah
  14. Makna Dialog Peradaban
  15. Melayu Itu Bangsa Dan Islam Itu Agama
  16. Memahami Islam Secara Kulit Dan Isi
  17. Kembali Kepada Islam Yang Sebenar
  18. Terlalu Islam Umat Tidak Akan Maju?
  19. Islam Itu Agama, Muslim Itu Pemeluknya
  20. Imej Islam Terletak Pada Ajaran Dan Pemeluknya
  21. Pentingnya Qudwah (Contoh) Dalam Kehidupan
  22. Alam Ini Ibarat Buku: Siapa Penulis Atau Penggubahnya
  23. Ilmu Yang Bermanfaat Perlu Dicari
  24. Batas Alam Terlalu Luas, Ufuk Akal Terlalu Terbatas
  25. Beriman Kepada Yang Ghaib
  26. Islam Adalah Agama Yang Hidup
  27. Perlunya Kita Hidup Dalam Lingkungan Syara'
  28. Sains Islam Dan Barat - Permasalahan Epistemologi
  29. Ilmu Islam Dan Barat - Isu Epistemologi Dan Tasawwur
  30. Membina Epistemologi Dan Pendidikan Islam
  31. Ilmu Islami Ibarat Sebatang Pokok
  32. Ilmu Sekular Dan Faham Rasional
  33. Ilmu Yang Bermanfaat Dalam Tradisi Ilmu Yang Islami
Harga = RM14.50
Mukasurat = 176
Penulis = Prof. Dr. Sidek Baba
Penerbit = Dar Bariyazi

Monday, June 28, 2010

Penjelasan Terhadap Masalah-Masalah Khilafiah

Buku ini merupakan sebuah risalah kecil karangan 'Ulama Besar Mesir, Syeikh Profesor Dr. Ali Jum'ah. Sebagai Mufti Mesir, beliau berusaha ke arah meluruskan dan membetulkan pelbagagi pemahaman kaum muslimin dewasa ini. Risalah ini memuatkan perbahasan yang mengupas atau menjawab secara jelas tentang 32 pertanyaan atau persoalan di dalam ibadah dan amalan sehari-hari.

Syeikh Profesor Dr. Ali Jum'ah menjelaskan tentang dalil-dalil yang menjadi landasan (pegangan) para alim ulama atau jumhur ulama di dalam menjawab pelbagai persoalan-persoalan ibadah dan amalan yang diperselisihkan, di mana terdapat fatwa-fatwa segolongan ulama yang menyalahi pendapat jumhur ulama. Oleh itu, seorang ulama tidak dibenaran jatuh ke dalam situasi yang boleh menjadikan masalah-masalah tersebut terlibat ke arah terjadinya perpecahan kaum muslimin, melainkan membimbing kaum muslimin untuk kembali kepada manhaj yang sewajibnya, iaitu kembali kepada Al-Quran dan Sunnah.

- Penerbit

Harga = RM14.90
Mukasurat = 198
Penulis = Prof. Dr. Ali Jum'ah (Mufti Republik Arab Mesir)
Penerbit = Dar Bariyazi

Persembahan Cinta Isteri Hasan Al-Banna

Hasan Al-Banna memanglah seorang suami yang memiliki perhatian dan sikap istimewa terhadap keluarganya, namun tugas dakwah yang dipikulnya, jelas sangat memerlukan seorang isteri yang bukan hanya sekadar meneduhkan jiwanya, menenangkan perasaannya, membahagiakan hatinya tatkala dia di dalam rumah, tetapi juga yakin dan percaya kepada si isteri soal perawatan dan pendidikan anak-anaknya di rumah.

- Penulis

KANDUNGAN

Renungan 1
  • Selalu Ada Perempuan Hebat Di Belakang Laki-Laki Hebat
Renungan 2
  • Selalu Ada Perempuan Hebat Di Belakang Laki-Laki Hebat
  • Kaum Perempuan Sebahagian Dari Satu Bangsa
  • Mata Air Dakwah Itu Adalah Rumahnya
  • Kenalkan, Ini Keluarga Besar Hasan Al-Banna
  • Ibunda Yang Tegas Dan Istiqamah
  • Ayahanda Yang Ahli Hadis Dan Pemimpin Masyarakat
  • Membina Suasana Ilmiah Di Rumah
  • Si Sulung Hasan Al-Banna, Anak Kesayangan
  • Saling Menyayangi, Ibunda Dan Hasan Al-Banna
  • Lathifah, Si Ratu Rumah Tangga
  • Kenalkan, Inilah Isteri Hasan Al-Banna
  • Lantunan Tilawah Berbuah Pernikahan
  • Lamaran, Akad Nikah, Kenduri Dalam Dua Bulan
  • Akad Nikah, Saat Peringatan Nuzul Al-Quran
  • Belajar Makna Berkorban Dari Suami
  • Sangat Percaya Kepada Suami
  • Pendamping Setia Amanah Dakwah Suami
  • Jalinan Persaudaraan Keluarga Yang Terus Bersambung
  • Kerana Suami Merasakan Keteduhan Di Rumah
  • Rumah Sewa Yang Kecil Bagaikan Istana
  • Semua Kader Dakwah Adalah Anak-Anaknya
  • "Hasan Al-Banna, Hadiah Terindah Dalam Hidupku"
  • Lebih Mementingkan Dakwah Berbanding Peribadinya
  • Hishamuddin Wafat, Al-Banna Sedang Berceramah
  • Wanita Hebat Itu, Setelah Kepergian Suami
  • Kenangan Hana, Saat Hari Meninggalkan Hasan Al-Banna
  • Langkah-Langkah Yang Dahulu Kuat Itu Menjadi Layu
  • Saling Menguatkan, Ibunda Al-Banna Dan Isteri Al-Banna
  • Kunamakan Anakku, Istisyhad (Berharap Mati Syahid)
  • Kesabarannya Saat Melahirkan Anak-Anak
  • Perjuangan Dakwah Berlanjut Setelah Ditinggal Suami
  • Iman Yang Mewaja, Menghadapi Ujian Dakwah Silih Berganti
  • Apa Yang Dilakukannya Dalam Situasi Kritikal Itu?
  • Berusaha Menyelamatkan Perpustakaan Hasan Al-Banna
  • Wanita Hebat Itu Tutup Usia
Harga = RM12.00 (Sem) RM15.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 98
Penulis = Muhammad Lili Nur Aulia
Penerbit = Alam Raya Enterprise

20 Hujjah Ahli Sunnah Waljamaah VS Akidah Sesat

KANDUNGAN

BAHAGIAN PERTAMA
  • Testimoni Ajaran Sesat
  • Testimoni Kisah Satu
  • Testimoni Kisah Dua
  • Testimoni Kisah Tiga
BAHAGIAN KEDUA
  • Muqaddimah
  • Tingkatan Islam
  • Pengertian Ilmu Usuluddin
  • Tingkatan Iman
  • Tingkatan Ihsan
BAHAGIAN KETIGA
  • Pengenalan Ajaran Sesat
  • Ajaran Sesat Di Malaysia
  • Ajaran Sesat Daripada Perspektif Al-Quran
  • Definisi Ajaran Sesat
  • Sejarah Ajaran Sesat Di Malaysia
  • Ciri-Ciri Ajaran Sesat
  • Ciri-Ciri Asas Penganut Ajaran Sesat
  • Teknik Penyebaran Ajaran Sesat Memikat Pengikutnya
  • Mangsa Ajaran Sesat
  • Faktor Berlakunya Ajaran Sesat
  • Jenis-Jenis Ajaran Sesat
  • Taktik Penyebaran Ajaran Sesat
  • Ancaman Kepada Ummah Dan Negara
  • Implikasi Terhadap Kemurnian Akidah Dan Keselamatan
  • Kunci Utama Ciri-Ciri Ajaran Dan Amalan Yang Sesat
  • Cara Penyebaran Ajaran Sesat
BAHAGIAN KEEMPAT
  • 20 Hujjah Balas Ahli Sunnah Waljamaah VS Akidah Sesat
  • Bab Solat
  • Bab Akidah
  • Bab Puasa
  • Bab Haji
  • Bab Zikir
BAHAGIAN KELIMA
  • Akidah Ahli Sunnah Waljamaah
  • Ijma' Ulama'
  • Qias
BAHAGIAN KEENAM
  • Peringatan Nabi Muhammad SAW Kepada Golongan Ajaran Sesat
BAHAGIAN KETUJUH
  • Doa-Doa Daripada Hadis Nabi Muhammad SAW
  • Nota Hujung
Harga = RM18.00
Mukasurat = 256
Penulis = Ustaz Ku Muhammad Asmadi Bin Ku Mohd Saad
Penerbit = Pustaka Al-Ehsan

Friday, June 25, 2010

Mati Syahid Menurut Pertimbangan Feqah

Buku Tindakan Berani Mati Menurut Pertimbangan Hukum Fiqh karya Dr. Nawwaf Hayil At-Tikrauri (semoga Allah S.W.T. menjaga dan melindunginya) ini dipersembahkan kepada manusia pada waktu mereka sangat perlu untuk mengetahuinya.

Dalam buku ini, Dr. Nawwaf Hayil At-Tikrauri menjelaskan makna tindakan mati syahid sejak dahulu hingga kini dan pengaruh-pengaruh yang ditimblkannya dengan bentuknya yang terkini. Juga disebut contoh-contoh berkesan tindakan mati syahid. Sebagaimana dia juga menyebut pendapat-pendapat para ulama sejak dahulu hingga kini tentang subjek ini, serta mengumpulkan fatwa-fatwa ahli ilmu yang tersentuh oleh realiti dan tidak sejalan dengan mereka-mereka yang bukan Islam di luar sana.

Kita memohon kepada Allah S.W.T., agar mengilhamkan kebenaran kepada kita semua, memberikan taufik kepada kita untuk mengamalkan apa yang disebutkan dalam Sunnah dan Kitab, menganugerahkan kepada kita amal yang bermanfaat dan amal yang soleh, meliputi kita semua dengan inayatnya, meneguhkan kita di atas kebenaran, menganugerahkan kepada kita kesyahidan di jalan Allah S.W.T., dan mengumpulkan kita bersama orang-orang yang dilimpahi nikmat oleh-Nya, iaitu para Nabi, Siddiqin (orang-orang yang sangat ikhlas), para syahid dan orang-orang soleh. Mereka adalah subjek yang sebaik-baiknya.

- Penulis

KANDUNGAN
  • Pengantar Syeikh Abdul Qadir Al-Arna'uth
  • Pengantar Prof. Dr. Muhammad Az-Zuhaili
  • Pengantar Syeikh Ahmad Mu'adz Al-Khathib
  • Makna Dan Bentuk-Bentuk Tindakan Berani Mati
  • Pengaruh-Pengaruh Yang Ditimbulkan Oleh Tindakan Berani Mati
  • Contoh-Contoh Berkesan Tindakan Berani Mati
  • Persoalan Persamaan Tindakan Berani Mati Dengan Bunuh Diri
  • Dasar Kajian Tentang Tindakan Berani Mati
  • Tindakan Berani Mati Pada Masa Nabi Dan Khulafa Rashidin
  • Pendapat-Pendapat Ulama Tentang Pembabitan Diri Ke Tengah-Tengah Musuh
  • Persamaan Sebahagian Ciri Tindakan Berani Mati Dengan Bunuh Diri Dan Pengaruhnya Dalam Hukum
  • Pendapat Para Pemikir Terkini Tentang Tindakan Berani Mati
  • Pendapat Penulis Tentang Tindakan Berani Mati
  • Hukum Bunuh Diri Bagi Tawanan
  • Hukum Tindakan Mati Syahid Bagi Wanita
  • Persoalan Terbunuhnya Orang Awam Dalam Tindakan Mati Syahid
  • Siapakah Orang Awam Dan Siapakah Tentera Di Antara Yahudi Di Palestin
  • Bantahan Dan Jawapan
  • Kesimpulan
  • Penutup
Harga = RM17.90
Mukasurat = 351
Penulis = Yahya Nuryadi
Penerbit = Pustaka Ilmi

Rabiatul Adawiyah: Perindu Cinta Abadi

Rabiatul Adawiyah adalah wanita yang diangkat tarafnya menjadi wali. Punyai suara yang merdu dan wajah yang ayu, namun cinta hatinya tidak mampu dimiliki lelaki. Biarpun ulama terbilang yang datang meminang, biarpun Sultan negara yang datang merisik. Rabiatul Adawiyah kekal sendiri kerana cinta hatinya hanya untukNya.

Kisahnya bermula dengan lahirnya sebagai anak keempat dalam keluarga yang miskin. Beliau dinamakan Rabiah yang bermakna nombor empat. Beliau diuji dengan kematian ayah dan ibunya pada saat beliau masih muda. Tidak cukup itu, beliau diculik pula lalu menjadi hamba.

Tidak sedikitpun Rabiah kesal. Untuknya Allah tahu apa yang terbaik untuk dirinya. Tiada sebaik-baik pelindung selain Allah dan tiada tempat sebaik-baik mengadu juga selain Allah. Sampai akhir hayatnya Rabiah tersenyum pada saat malaikat maut sudah hampir ke arahnya, kerana beliau sudah terlalu rindu kepada Kekasih hatinya.

- Penulis

Harga = RM24.00 (Sem) RM27.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 268
Penulis = Zahiruddin Zabidi
Penerbit = PTS Litera Utama Sdn Bhd

Teras Utama Sistem Pengurusan Islam

Sesunugguhnya sejarah tamadun Islam kaya dengan tradisi dan budaya pengurusannya yang istimewa. Kemunculan tamadun Islam sebagai sebuah tamadun yang pernah mencipta sejarah gemilang dalam sejarah peradaban dunia sudah banyak diperkatakan. Segala pencapaian tamadun Islam itu tentulah didukung oleh kekuatan satu tradisi dan budaya pengurusannya tersendiri.

Keupayaan pengurusan para penganut Islam di zaman silam ialah satu faktor pemangkin yang penting kepada kelahiran dan penyuburan tamadun Islam dalam sejarah tamadun dunia.

- Penerbit

"Pengurusan yang baik dan terancang akan mengurangi risiko terjadinya Ketirisan dan Penyelewengan"

KANDUNGAN
  1. Istikhlaf: Pengemudi Matlamat Pengurusan
  2. Tazkiah Al-Nafs: Kunci Pengurusan Diri Sendiri
  3. Al-Tashkir: Neraca Pengurusan Sumber Alam
  4. Karamat Al-Insan: Pencerna Pengurusan Manusia
  5. Epilog: Jalinan Di Antara Keempat-Empat Teras
Harga = RM25.00 (Sem) RM28.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 302
Penulis = Auni Haji Abdullah
Penerbit = Alam Raya Enterprise

Indahnya Amalan Doa - Susuli Kehidupan Dan Usaha Dengan Doa

Buku "INDAHYA AMALAN DOA" diterbitkan sebbagai susulan kepada buku beliau INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT yang telah mendapat sambutan di luar dugaan daripada pembaca khasnya dan seluruh umat Islam amnya. Doa adalah antara ajaran Islam yang terpenting yang menjadi tunjang atau tulang belakang kepada ajaran akidah Islamiah kerana rapatnya hubungan doa dengan kekuasaan Allah SWT, Tuhan yang menjadikan dan mentadbir alam ini.

Doa boleh mengubah persepsi hidup seorang insan daripada seorang yang lemah serta tidak berdaya maju menjadi seorang yang bermotivasi tinggi dan bekerja keras. Malah sebahagian daripada kejayaan yang dicapai oleh orang bukan Islam adalah daripada pegangan dan keyakinan doa yang mereka panjatkan kepada "Tuhan" mereka walaupun pada hakikatnya Allah SWT jua yang menyempurnakan permintaan dan hajat mereka itu.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAHAGIAN SATU: KONSEP DOA

BAHAGIAN DUA: KAITAN ISTIGHFAR DAN SELAWAT DENGAN BERDOA

BAHAGIAN TIGA: BEBERAPA AMALAN BERDOA
  1. Doa Solat-Solat Sunat
  2. Wirid Dan Bacaan Doa Selepas Solat Fardu, Bacaan Tahlil Serta Doa Selamat
  3. Doa-Doa Ma'thurat Daripada Al-Quran Dan Al-Hadis
  4. Doa Dan Amalan Orang Soleh
  5. Doa Dan Amalan Untuk Kebahagiaan Rumah Tangga
  6. Doa Supaya Terbuka Hati Dan Mudah Menghafal Ilmu
  7. Doa Dan Amalan Yang Boleh Diamalkan Untuk Mudah Menerima Ilmu
  8. Beberapa Amalan Untuk Mengatasi Keuzuran Dan Gejala-Gejala Penyakit
  9. Doa Dan Amlan Dalam Kehidupan Harian Untuk Keselamatan, Kesihatan Dan Kebahagiaan
Harga = RM35.00 (Sem) RM37.00 (Sab/Swk) - Kulit Keras
Mukasurat = 264
Penulis = Dato' Ismail Kamus
Penerbit = Telaga Biru Sdn Bhd

Thursday, June 24, 2010

Tokoh-Tokoh Besar Gerakan Islam Dalam Sejarah - Kisah-Kisah Inspiratif Para Pemimpin Gerakan Islam Sedunia

Dekat dan kenali sejarah Islam. Mendekati dan mengenali sejarah Islam bererti kita belajar dari kegemilangan Islam masa lalu. Fadzil Noor, Dr Yusuf Al-Qardawi, Hassan Al-Banna, Ayatollah Khomeini dan Tengku Hasan Krueng Kali kini sudah menjadi barisan legenda yang dikenang sepangjang hayat. Mereka adalah orang-orang yang berjiwa besar mempertahankan kesyumulan Islam. Kehadiran buku ini bertamu di minda anda untuk mengimbau semula tokoh sejarah Islam yang semakin dilupakan. Tanpa mereka, tiadalah titik awal perjuangan Islam. Tanpa mereka juga tiadalah penyambung pada perjuangan Nabi Muhammad S.A.W.

Buku yang sarat dengan fakta ini menjadi bahan bacaan wajib bagi mereka yang cinta pada Islam dan ingin mengenali tokoh-tokoh yang berjuang disebalik kejayaan Islam. Ada beberapa sebab mengapa anda harus memilih buku bertajuk Tokoh-Tokoh Besar Gerakan Islam Dalam Sejarah:
  1. Mengenali denan lebih mendalam pejuang-pejuang Islam yang kental dan berhati waja di negara seperti Malaysia, Mesir dan Indonesia.
  2. Mengambil segala inti pati perjuangan mereka lalu serapkan di nurani kita betapa besar jasa dan perjuangan mereka mempertahankan Islam.
  3. Kisah susur galur tertubuhnya gerakan Islam seperti PAS, HAMAS, HISBULLAH dan IKHWANUL MUSLIMIN.
  4. Mengetuk dinding hati kita agar ingin berjihad di jalan Allah seperti yang mereka lakukan.
- Penerbit

KANDUNGAN
  • Manhaj Gerakan Islam Bersifat Waqi'i
  • Gerakan Islam Perlu Kuasai Lima Ilmu Fiqh
  • Gerakan Islam Perlu Menggarap Ilmu Fiqh Al-Waqi'
  • Maqasud Al-Quran Memaparkan Waqi' Perjuangan Gerakan Islam
  • Perlu Integrasi Fiqh Asy-Syariah Dan Fiqh Al-Waqi' Dalam Gerakerja Islam
  • Perintis Gerakan Islam Mendalami Fiqh Al-Waqi'
  • Qardawi, Ghannouchi Dan Turabi: Demokrasi Sebagai Wahana Perubahan Islam
  • Hasan Al-Banna Dan Sayyid Qutb: Antara Dua Waqi' Yang Berbeza
  • Hasan Turabi Dan Gerakan Islam Di Sudan
  • Muhammad Iqbal: Demokrasi Dan Proses Perubahan Islam
  • Ayatollah Muhammad - Taqi Misbah e-Yazdi Dan Pembinaan Kekuatan Gerakan Islam Di Iran
  • Ayatollah Khomeini Dan Revolusi Islam Di Iran
  • Izzuddin Al-Qassan Pengasas Jihad Di Palestin
  • Syeikh Abdul Qadir Muhyiddin Dan Syeikh Abdul Hamid Bin Badis: Dua Wajah Perjuangan Islam Di Algeria
  • Amir Shakib Arsalan Dan Perpaduan Ummah
  • HAMAS Dan Hizbullah Matlamat Islam Yang Satu
  • HAMAS Dan Hizbullah Adalah Suara Hati Rakyat
  • Ikhwan Muslimin Akar Umbi Kekuatan HAMAS
  • Penjelamaan Kontemporari Fikrah Ikhwan Muslimin
  • Dakwah Dan Perubahan Dalam Pemikiran Serta Perjuangan Hasan Al-Banna
  • Asas-Asas Tajdid Dalam Pemikiran Hasan Al-Banna
  • Bidang Tajdid Dalam Perjuangan Hasan Al-Banna
  • Hasan Al-Hudhaibi Sebagai Mursyid Kedua Ikhwan
  • Hasan Al-Hudhaibi: Antara Perjuangan Dan Tali Gantung
  • Umar Tilmisani Mursyid Ketiga Ikhwan
  • Muhammad Hamid Abu Nasr Mursyid Keempat Ikhwan
  • Muhammad Hamid Abu Nasr Mursyid Pendukung Demokrasi
  • Abu Nasr Istiqamah Menghadapi Tribulasi Dan Tabah Membuat Perubahan Politik
  • Mustafa Masyhur Mursyid Kelima Ikhwan
  • Mustafa Masyhur Mempertahankan Keaslian Fikrah Dan Manhaj Ikhwan
  • Ma'moun Al-Hudhaibi Mursyid Keenam Ikhwan
  • Perjuangan Teungku Chik Pante Kulu Di Acheh
  • Teungku Chik Di Trio Ulama Dan Panglima Perang Acheh
  • Teungku Fakinah Ulama Dan Pejuang Wanita Acheh
  • Teungku Chik Kuta Karang Pemacu Perang Gerila Acheh
  • Maklumat Ulama Seluruh Acheh Dan Republik Indonesia 1945
  • Perjuangan Teungku Hasan Krueng Kalee
  • Perjuangan Teungku Muhammad Dawud Beureueh
  • Dari Yan Kembali Ke Yan: Perjuangan Teungku Hasballah Indrapuri
  • T.M. Hasbi As-Siddieqy: Pengasas Fiqh Indonesia
  • Abu Bakar Aceh Berdakwah Melalui Institusi
  • Negara Islam Dalam Pemikiran A. Hasjmy
  • Pak Natsir: Mujahid Dakwan Dan Siasah
  • HAMKA: Ulama Dan Aktivis Politik
  • Abu Bakar Al-Baqir: Pengasas Markas Kemerdekaan
  • Hizbul Muslimin Dan Perjuangan Kemerdekaan
  • Dr. Burhanuddin Al-Helmy Dan Seruan: "Di Atas Robohan Kota Melaka, Kita Dirikan Jiwa Merdeka"
  • Dr. Burhanuddin Al-Helmy: Tokoh Kemerdekaan
  • Zulkifli Muhammad: Penanya Tajam Menuntut Kemerdekaan
  • Zulkifli Muhammad: Bagunkan Jiwa Merdeka
  • Tuan Guru Yusof Rawa: Mengisi Agenda Gerakan Haraki
  • Tuan Guru Yusof Rawa: Menggempur Asabiyyah Dan Menentang Kezaliman ISA
  • Tuan Guru Yusof Rawa: Mengarusperdana PAS Dalam Medan Politik Dan Dakwah
  • Fadzil Noor: Tahaluf Siyasi Dan Reformasi
  • Fadzil Noor: Penggerak Penentang Kezaliman ISA
  • Fadzil Noor: Penggerak Agenda Perubahan
  • Fadzil Noor: Ulama Dan Pendukung Demokrasi Tulen
  • Fadzil Noor: Perginya Seorang Negarawan
Harga = RM21.90 (Sem) RM24.90 (Sab/Swk)
Mukasurat = 338
Penulis = Saari Sungip
Penerbit = Rijal Media

Friday, June 11, 2010

Bekalan Dalam Jalan Dakwah

Saya merasa tidak mampu ketika menulis mengenai tajuk 'Bekalan Sepanjang Jalan Dakwah'. Terutamanya mengenai cara mencari bekalan dan bagaimana kita meneguknya daripada bekalan iman, takwa, hidayah dan cahaya petunjuk. Masalah di sini bukanlah masalah yang berkait dengan pengalaman, eksperimen dan pengetahuan, tetapi yang utama sekali ia kembali kepada anugerah Allah S.W.T.
- Penulis

KANDUNGAN
  • Ambillah Bekalan Daripada Al-Quran
  • Bertafakkur Tentang Ciptaan Allah Dan Tanda-Tanda Keagungan-Nya
  • Bertafakkur Tentang Nikmat-Nikmat Allah
  • Bertafakkur Tentang Alam Ghaib Yang Menunggu Kehadiranmu
  • Bertafakkur Tentang Hari Akhirat
  • Dalam Sirah Nabawi Ada Bekalan
  • Dalam Ibadat Sembahyang Ada Bekalan
  • Dalam Ibadat Puasa Ada Bekalan
  • Dalam Ibadat Zakat Ada Bekalan
  • Dalam Ibadat Haji Ada Bekalan
  • Dalam Qiyamullail Ada Bekalan
  • Dalam Zikir Dan Doa Ada Bekalan
  • Dalam Mengikut Sunnah Ada Bekalan (1)
  • Dalam Mengikut Sunnah Ada Bekalan (2)
  • Dalam Jihad Di Jalan Allah Ada Bekalan
  • Dalam Dakwah Kepada Allah Ada Bekalan
  • Dalam Persahabatan Yang Baik Ada Bekalan
  • Penutup... Pulangan Bekalan
Harga = RM18.50
Mukasurat = 267
Penulis = Mustafa Masyhur
Penterjemah =Ustaz Abdul Hakam Bin Jaafar
Penerbit = Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Saturday, June 5, 2010

Tokoh-Tokoh Gerakan Islam Abad Moden - Siri 2

Jihad dan dakwah telah melalui jalan panjang sepanjang keberadaan aqidah Islam di pentas dunia ini. Dalam denainya, ramai tokoh-tokoh telah dimunculkan oleh Allah SWT untuk membentengi agama ini walaupun berdada dengan kezaliman dan pemimpin tirani di sepanjang abad pertarungan iman dan kufur.

Buku ini adalah salah satu usaha menyingkap keperibadian, pengalaman dan sejarah tokoh-tokoh yang pernah menoreh sejarah dengan tinta emas. Ada di antara mereka yang syahid dibunuh, diserkap jeriji dan palang penjara besi, bergelandangan jauh dari bumi leluhur akibat tekanan pemerintah sekular.

Buku ini diharap mampu menyirami dahaga pencinta-pencinta harakah Islam terhadap biografi tokoh-tokoh gerakan Islam di abad moden ini, meneladani kebaktian mereka adalah sebahagian potret kejayaan pada kanvas perjuangan yang tiada noktah henti ini.

- Penulis

KANDUNGAN
  1. Dr. Zaghlul An-Najjar - Ahli Profesor Geologis Muslim Berjiwa Haraki
  2. Dr. 'Aidh Al-Qarni - Ulama' Muda Berdakwah Melalui Penulisan
  3. Solah Syadi - Pegawai Polis Yang Komited Dengan Islam
  4. Syeikh Mahfuz Nahnah - Hadapi Tribulasi Dengan Penuh Ketenangan Jiwa
  5. Dr. Wahbah Az-Zuhaily - Kejora Di Langit Malam
  6. Syeikh Sayyid Sabiq - Tokoh Hadis Yang Diberi Kepercayaan Oleh Imam Hasan Al-Banna
  7. Dr. Abdul Karim Zaidan - Saat Dakwah Menjengah Penjara Di Iraq
  8. Sa'id Ramadan - Legasi Hasan Al-Banna
  9. Syeikh Muhammad Mahmud As-Sowaf - Perintis Dan Pengasas Gerakan Islam Di Iraq
  10. Syeikh Abdul Hamid Ben Badis - Tonggak Hadapan Islam Di Algeria
  11. Ustaz Fadzil Noor (1937 - 2002) Dalam Kenangan - Dari Gudang Ilmu Ke Kancah Siasah
  12. Syeikh 'Izzuddin Al-Qassam - Inspirasi Perjuangan Hamas Di Palestin
  13. Syeikh Ali Tantawi - Tokoh Ikhwan Syria Berdada Dengan Kezaliman
  14. Ismail Haniyyeh - Berjuang Untuk Islam Sejak Remaja
  15. Muhammad Mehdi Akef - Al-Mursyidul 'Am Ikhwan Yang Membadai Gelora
  16. Hakim Hasan Al-Hudaibi - Pengganti Imam Hasan Al-Banna Yang Terserlah Ketokohannya
  17. Umar Tilmisani - Pejuang Gigih Membela Islam Dengan Segala Yang Apa Pada Diri
  18. Muhammad Hamed Abu An-Nasr - Al-Mursyidul 'Am Keempat Ikhwan Muslimun
  19. Khaled Masy'al - Perancang Politik Hamas Yang Berkesan
  20. Maa'mun Al-Hudaibi - Al-Mursyidul 'Am Keenam Yang Tegas Dan Berwawasan
  21. Syeikh Abdel Badi' Saqar - Berjuang Tegak Islam Bersama Imam Hasan Al-Banna
  22. Syeikh Dr. As-Saiyid 'Askar - Manfaatkan Ilmu Untuk Tegak Islam Dalam Parlimen
  23. Dr. Maryam Soleh - Tokoh Muslimah Dalam Kabinet Hamas
  24. Syeikh Muhammad Ali As-Sobuni - Tokoh Islam Yang Menyintai Ilmu
  25. Hamzah Yusuf - Pendakwah Amerika Yang Menyonsang Arus Jahiliah Moden
  26. Dr. Zakir Naik - Pembela Islam Dengan Hujah Injil, Al-Quran Lawan Kristian
  27. Yvonne Ridley - Pendukung Kuat Ikhwan Muslimin Setelah Menerima Islam
  28. Syeikh Nasiruddin Al-Albani - Tokoh Hadis Yang Komited Dengan Ilmunya
  29. Syeikh Ahmad Deedat - Permata Islam Yang Hilang
  30. Dr. Tariq Ramadan - Nyalakan Obor Islam Di Switzerland Dan Eropah
  31. Ahmad Saiful Islam Hasan Al-Banna - "Anak Singa Dilahirkan Oleh Singa"
  32. Dr. Muhamad Natsir - Sesepuh Dakwah Indonesia
  33. Profesor Dr. Zulkifli Mohamad - Permata Ummah Di Alam Melayu
Harga = RM25.00 (Sem) RM27.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 229
Penulis = Ustaz Zainudin Hashim & Ustaz Riduan Mohamad Nor
Penerbit = Jundi Resources

Friday, June 4, 2010

Fiqh Sirah - Siri 1 & 2


Saya telah bersungguh-sungguh untuk memberikan para pembaca gambaran sebenar tentang sirah Rasulullah S.A.W.. Saya juga berusaha menonjolkan hikmah dan tafsiran kepada sesuatu peristiwa yang berlaku. Kemudian saya biarkan hakikat-hakikat yang ditonjolkan itu memberi kesan kepada jiwa pembaca tanpa sebarang tokok tambah atau muslihat.

- Penulis



KANDUNGAN 1 & 2


Bab 1: Kerasulan Dan Pemimpin
Bab 2: Dari Keputeraan Sehingga Kerrasulan
Bab 3: Jihad Dakwah
Bab 4: Hijrah Yang Menyeluruh
Bab 5: Asas-Asas Pembinaan Masyarakat
Bab 6: Perjuangan Berdarah
Bab 7: Tahap Baru
Bab 8: Ibu-Ibu Yang Beriman
Bab 9: Teman Tertinggi

Harga Siri 1 = RM35.00
Mukasurat = 1 - 390 (Kulit Keras)
Penulis = Syeikh Muhammad Al-Ghazali
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

Harga Siri 2 = RM37.00
Mukasurat = 391 - 842 (Kulit Keras)
Penulis = Syeikh Muhammad Al-Ghazali
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

Tafsir Al-Quran Di Radio - Juz 30 (Jawi)


Harga = RM18.00
Mukasurat = 6104 - 6311
Karya = Ustaz Ahmad Sonhaji Muhammad
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

Tafsir Al-Quran Di Radio - Juz 29 (Jawi)

Harga = RM18.00
Mukasurat = 5903 - 6080
Karya = Ustaz Ahmad Sonhaji Muhammad
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...