Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Sunday, February 28, 2010

Menyingkap Tabir Sepertiga Malam

Panglima Angkatan Tentera Islam, Salahuddin Al Ayubi yang sangat digeruni oleh musuh pada zamannya kerana kehebatan tenteranya menghidupkan sepertiga malam. Salahuddin Al Ayubi tidak akan menbenarkan askar-askarnya menyertai peperangan sekiranya di antara mereka itu lalai berqiyamullail.

Rasulullah SAW telah djamin masuk syurga dan diampun segala dosa baginda yang lalu dan yang akan datang, namun tetap berqiyamullail seolah-olah baginda tidak cukup masa untuk beribadah. Setiap detik di sepertiga malam itu amat rugi untuk disia-siakan. "Beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati pada esok hari dan bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup beribut tahun lagi" yang sering kita dengar, tertanam di dalam kalbu. Ada di antara sahabat yang bengkak matanya lantaran tangisan syahdu di sepertiga malam mengadu pada yang Maha Esa, pasrah di atas segala urusan dan tadbir. Demikianlah dahsyatnya mereka beribadah dan taqarrubnya dengan Allah SWT.

- Penulis

KANDUNGAN

I. Syariat Solat Sunat Dan Keutamaannya
- Syariat Solat Sunat
- Keutamaan Solat Sunat
- Solat Sunat Di Rumah

II. Qiyamullail (Solat Malam)
- Keutamaan Qiyamullail Dan Anjuran Melaksanakannya
- Hukum Qiyamullail
- Pelaksanaan Qiyamullail
- Adab Qiyamullail
- Faedah Qiyamullail
- Meninggalakan Qiyamullail
- Sebab-Sebab Yang Memudahkan Bangun Malam

III. Solat Witir
- Keutamaan Dan Anjuran Solat Witir
- Hukum Solat Witir
- Waktu Dan Pelaksanaan Solat Witir

IV. Gambaran Umum Pelaksanaan Qiyamullail
- Kesungguhan Rasulullah SAW Melaksanakan Solat Malam
- Keadaan Para Sahabat Pada Malam Hari
- Keadaan Salafus Soleh Pada Malam Hari

V. Fatwa Berkaitan Qiyamullail Dan Solat Witir
- Solat Sepanjang Malam
- Mengusap Wajah Dengan Kedua Tangan Selepas Qunut
- Solat Lebih Utama Daripada Membaca Al-Quran
- Solat Witir Bagi Musafir
- Hukum Meninggalkan Solat Witir
- Solat Duduk Separuh Daripada Solat Berdiri
- Menghidupkan Malam Hari Raya
- Tidak Ada Dua Witir Dalam Satu Malam
- Hukum Menhqadha Witir
- Solat Witir Di Awal Malam Lalu Bangun Di Akhir Malam
- Membaca Surah Al-Ikhlas Dalam Solat Witir
- Niat Witir Tiga Rakaat, Lalu Ingin Menambah Rakaatnya
- Solat Selepas Isyak Termasuk Qiyamullail
- Hukum Menyegerakan Witir Sebelum Tidur
- Azan Subuh Dikumandangkan Ketika Solat Witir

Harga = RM15.00 (Sem) RM18.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 142
Penulis = Muhammad Bin Su'ud Bin Muhammad Al-Arifiy
Penterjemah = Rapung Samuddin, Lc
Penerbit = Alam Raya Enterprise

Penyakit Jiwa Menurut Hukum Syarak: Lidah Dan Syahwat

Sifat-sifat individu muslim ialah memperlihatkan dan menunjukkan perasaan hormat kepada semua orang-orang Islam. Ia juga mesti mengetahui kelemahan, keburukan, kekurangan diri dan penyakit rohani dan kecenderungan dirinya. Namun syaitan telah menggoda manusia dalam urusan dunia, jiwa dan nafsu sehingga menyebabkan manusia melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak diredhai Allah SWT. Manusia juga terjebak melakukan perbuatan-perbuatan tersebut dengan dorongan dari dalam jiwanya sendiri, umpamanya untuk mencapai satu tujuan kebendaan dan urusan dunia.

- Penulis

KANDUNGAN

BAHAGIAN PERTAMA: LIDAH

BAB PERTAMA: Mengumpat Dan Fitnah
BAB KEDUA: Bahaya Lidah
BAB KETIGA: Unsur-Unsur Ghibah
BAB KEEMPAT: Pengharaman Mengumpat
BAB KELIMA: Kaedah Menahan Diri Daripada Ghibah
BAB KEENAM: Unsur-Unsur Batu Api Dan Cara Mencegahnya

BAHAGIAN KEDUA: SYAHWAT (KEINGINAN NAFSU)

BAB PERTAMA: Unsur-Unsur Pendorong Syahwat
BAB KEDUA: Nafsu Terhadap Harta
BAB KETIGA: Hawa Nafsu Syahwat (Nafsu Seks)
BAB KEEMPAT: Keinginan Terhadap Maruah (Wibawa, Pengaruh, Kehormatan Dan Kemasyhuran)
BAB KELIMA: Membendung Gejolak Hawa Nafsu Dan Mengubati Syahwat

Harga = RM16.00
Mukasurat = 337
Penulis = Ibrahim Muhammad Al-Jamal
Penterjemah = Harun Al-Rasyid Bin Haji Tuskan
Penerbit = Penerbitan Al-Shafa

Saturday, February 27, 2010

Khidmat Masyarakat: Peranan Wanita Di Zaman Rasulullah S.A.W.

Buku ini berjaya memberi gambaran sebenar dan juga praktikal kepada peranan dan aktiviti wanita muslimah generasi awal bersama-sama dengan para lelaki muslim (sahabi) untuk membangunkan aspek-aspek kemasyarakatan yang lebih sesuai dan intim dengan wanita.

Oleh kerana buku ini bertitik tolak daripada sumber-sumber hadith yang juga berkait rapat dengan sejarah awal Islam, buku ini perlu difahami dan ditelaah supaya ia dapat memberi satu gambaran sebenar bagaimana bentuk peranan dan keterlibatan wanita Islam dalam masyarakat.

Persoalan apakah abjadiat dan susun cara seseorang waninta muslimah untuk bangun dan tampil dalam masyarakat, Insya Allah dapat dijawab oleh buku yang cukup bernas ini.

- Prof. Madya Dr. Mohd Daud Bakar

KANDUNGAN

- Mukadimah
- Definisi Amal Salih
- Kepentingan Kajian Sejarah Bagi Mengenalpasti Aktiviti-Aktiviti Kemasyarakatan Serta Pengukuhannya Dalam Masyarakat Islam
- Definisi Khidmat Masyarakat

Bab 1: Penegakan Negara Islam Madinah Dan Penubuhan Institusi
- Pertama: Institusi Masjid
- Kedua: Institusi Pendidikan
- Ketiga: Institusi Sosial

Bab 2: Peranan Wanita Dalam Khidmat Masyarakat
- Paksi Pertama: Menubuh Dan Mengaktifkan Institusi Khidmat Kemasyarakatan
- Paksi Kedua: Pembiayaan Projek Dan Institusi Kemasyarakatan

Bab 3: Natijah Peranan Wanita Dalam Khidmat Masyarakat

Harga = RM8.50
Mukasurat = 116
Penulis = Prof. Madya Dr. Layth Su'ud Jasim
Penterjemah = Anwar Fakhri Omar
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

Keagungan Mukjizat Para 25 Nabi & Rasul

Allah SWT mengukuhkan para nabi dan rasul dengan pelbagai mukjizat yang hebat dan luar biasa. Ini untuk membuktikan bahawa mereka adalah orang yang benar sebagai utusan Allah dan risalah yang mereka sampaikan juga diterima daripada Allah SWT.

Sebagai contoh, Nabi Musa mempunyai tongkat ajaib yang boleh menjadi ular, membelah lautan dan sebagainya. Nabi Sulaiman dapat menundukkan angin, bercakap dengan binatang dan sebagainya. Nabi Isa pandai bercakap semasa bayi, menyembuhkan pelbagai macam penyakit, bahkan sanggup menghidupkan orang yang sudah mati dengan izin Allah.

Begitu juga dengan rasul-rasul yang lain, yang berjumlah dua puluh lima orang, khususnya Nabi Muhammad SAW yang mempunyai mukjizat-mukjizat yang amat mangkagumkan. Buku ini memaparkan mukjizat para rasul, dari Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad SAW.

- Penulis

Harga = RM11.00
Mukasurat = 172
Penulis = Muhammad Amar Fathillah
Penerbit = Pustaka Al-Shafa

Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia

Buku ini saya umpamakan sebagai almari yang penuh perhiasan supaya anda dapat memperelok diri dengannya. Di dalamnya ada semburan keindahan, kilauan kecantikan, cahaya kebenaran, yang melebihi kilatan emas dan perak yang dikilatkan.

Manakala bab-bab di dalamnya sengaja saya namakan dengan nama-nama perhiasan yang digemari kaum wanita, antara lain seperti ketulan emas (saba'ik), kalung ('uqud), zamrud (fara'id), permata (juman) dan sebagainya.

Sebaik sahaja buku ini anda miliki, anda tidak perlu lagi perhiasan dunia, perhiasan yang tanpa makna, penampilan palsu, semburan murahan. Bersoleklah dengan perhiasan ini, kenakanlah di atas panggung kehidupan, berhiaslah dalam pesta-pesta dunia, pada perayaan-perayaan bahagia, pada musim sukacita dan malam-malam yang semarak, supaya anda menjadi wanita yang paling sesuai dengan cita-cita anda sendiri.

Jika anda merasa telah mencapai apa yang anda cita-citakan, janganlah terus berpuas hati sebelum anda benar-benar telah mencecah bintang.

Bukankah purnama tersenyum simpul dan bintang-bintang berseronok riang? Lantas mengapa anda biarkan kegelisahan anda menjadi racun yang akan membunuhmu?

- Penulis

*Percuma! Buku "Koleksi Mutiara Kata Al-Qarni"

Harga = RM16.50
Mukasurat = 334
Penulis = Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni
Penterjemah = Mohd. Sofwan Amrullah
Penerbit = Jasmin Publications

Biografi Muhammad Bin Abdullah: Perjalanan Hidup Seorang Nabi

Muhammad Bin Abdullah atau Nabi Muhammad yang dimaksudkan di dalam buku ini adalah Nabi dan Utusan Allah. Bagi orang Islam, apabila bertemu dengan perkataan tersebut, digalakkan berselawat (berdoa) untuknya.

Di dalam Al-Quran, bab Al-Ahzab ayat Allah menyatakan yang bermaksud, "sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya".

Al-Nasai dan Ibnu Hibban melaporkan, Nabi Muhammad berpesan, "sesungguhnya orang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku".

Bacalah selawat, اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين - maksudnya, 'ya Allah, kurniakanlah kepujian ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sekalian sahabat-sahabat baginda'.

- Penerbit

KANDUNGAN

Bab 1: Sejarah Muhammad Bin Abdullah
Bab 2: Dakwah Pada Zaman Mekah
Bab 3: Hijrah Ke Habsyah
Bab 4: Hijrah Ke Madinah
Bab 5: Peperangan Badar
Bab 6: Peperangan Khandak
Bab 7: Peperangan Keturunan Quraizah
Bab 8: Perjanjian Hudaibiah
Bab 9: Peperangan Khaibar
Bab 10: Pereutusan Muhammad Kepada Pemerintah
Bab 11: Pembukaan Kota Mekah
Bab 12: Peperangan Hunain
Bab 13: Peperangan Tabuk
Bab 14: Muhammad Meninggal Dunia

Harga = RM35.00 (Sem) RM38.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 481 (Kulit Tebal)
Penulis = Dr. Zulkifli Mohd. Yusoff & Dr. Noor Naemah Abd. Rahman
Penerbit = PTS Islamika

Rihlah Ibnu Battuta

Dikenali sebagai pengembara yang hebat sebelum zaman moden, Ibnu Battuta dilahirkan di Maghribi dan mendapat pendidikan awal dalam perundangan Islam. Bermula hanya dengan pengembaraan untuk menunaikan haji ke Mekah pada usia 21 tahun, Ibnu Battuta akhirnya telah mengembara selama hampir 30 tahun ke seluruh dunia Islam pada zamannya, dari Afrika Utara, Afrika Selatan dan Spanyol, Eropah Timur, benua kecil India seehinggalah ke China dan Kepulauan Maldives.

Dengan karyanya daripada catatannya yang dikenali sebagai Rihlah, Ibnu Battuta memberi kita satu pintu untuk melihat tamadun Islam pada mercunya - yang mempunyai ciri-ciri keyakinan, melangkaui dunia, kepelbagaian dan moden - dengan jelas meliputi maklumat berkaitan dengan sejarah, geografi, sistem pemerintahan dan budayanya. Rihlah merupakan catatan yang disusun secara teratur mengikut masa tidak tertumpu pada keterangan-keterangan karier beliau sahaja, tetapi mengandungi maklumat terperinci dan merupakan satu pengenalan kepada dunia Islam yang hidup dalam masa yang sama menjadikan pembacaan catatan dan pengembaraan sesuatu yang menghiburkan.

Pengembaraan ini mengatasi semua pendahulunya termasuklah Marco Polo. Legasi beliau sangat dihargai sehingga sebuah kawah di permuakaan bulan dinamakan sempena nama beliau.

- Penerbit

KANDUNGAN

Bab Pertama: Perjalanan Ke Tangier
Bab Kedua: Perjalanan Ke Maghrib
Bab Ketiga: Orang Mamluk
Bab Keempat: Perjalanan Ke Mekah
Bab Kelima: Perjalanan Ke Parsi Dan Iraq
Bab Keenam: Perjalanan Ke Laut Arabia
Bab Ketujuh: Perjalanan Ke Anatolia
Bab Kelapan: Perjalanan Ke Ladang Rumput
Bab Kesembilan: Perjalanan Ke Delhi
Bab Kesepuluh: Perjalanan Ke Malabar Dan Maladewa
Bab Kesebelas: Perjalanan Ke Cina
Bab Kedua Belas: Perjalanan Ke Kampung Halaman
Bab Ketiga Belas: Perjalanan Ke Mali
Bab Keempat Belas: Rihlah

Harga = RM69.00 (Kulit Tebal)
Mukasurat = 388
Penyusun = Ust. Dr. Muhammad Hanafis
Penerbit = Penerbitan Seribu Dinar Sdn Bhd

Friday, February 26, 2010

Himpunan Risalah Imam Hasan Al-Banna

Hasan Al-Banna ibarat satu gagasan yang mantap. Gagasan yang tidak pernah mengejar kekayaan, tidak pernah mencari keuntungan yang bersifat sementara. Justeru beliau hidup bersama kita dengan cara yang amat mudah dan ringkas. Menerima dunia dengan penuh bersahaja. Tidak pernah mencari dunia atau menolak terus dunia. Semuanya sekadar secukupnya. Beliau hanya mengambil sekadar yang perlu. Makan apa yang ada. Pakai pakaian yang ada. Tempat tinggalnya sekadar seadanya. Hidup serba ringkas. Menyerahkan nasib anak-anaknya kepada Allah dan tiada apa yang ditinggalkan untuk mereka. Baginya segala kebahagiaan dan keseronokan dalam hidup ialah menyampaikan kalimah Allah kepada seluruh manusia. Meluahkan segala ilmu yang tersimpan di dadanya. Beliau mahu melihat gagasannya yang mulia dan ideal ini menjadi kenyataan. Beliau mahu ia menjadi realiti yang hidup di tengah masyarakat manusia. Menenggelamkan segala kesesatan yang merintangi jalannya. Memberikan sinar cahaya kepada dunia ini. Apabila semua ini menjadi kenyataan, barulah jiwanya tenang dan terpancar di lubuk hatinya sinar nikmat, cahaya dan kegembiraan.

Seorang wartawan meminta beliau memperkenalkan diri kepada orang ramai. Beliau berkata:

"Saya adalah pengembara yang mencari kebenaran. Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni.

Saya hanyalah ibarat seorang yang memahami rahsia hidupnya. Justeru dia berseru: Sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutui-Nya. Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang yang menyerah diri.

Inilah saya, anda pula siapa?"

- Penterjemah

KANDUNGAN

- Dakwah Kita
- Halatuju Dakwah Kita
- Menuju Sinar Cahaya
- Buat Pemuda, Khasnya Mahasiswa
- Ikhwan Al-Muslimin Di Bawah Naungan Al-Quran
- Dakwah Kita Di Era Baru
- Antara Semalam Dan Hari Ini
- Ucapan Dasar Muktamar Kelima
- Masalah Kita Menurut Perspektif Sistem Islam
- Sistem Politik
- Sistem Ekonomi
- Bingkisan Jihad
- Wanita Islam
- Buat Mahasiswa
- Muktamar Keenam
- Apakah Kita Golongan Yang Bekerja?
- Risalah Taalim
- Sistem Usrah
- Akidah
- Ma'thurat

Harga = RM47.50
Mukasurat = 683
Penterjemah = Ustaz Salehan Bin Ayub
Disemak Oleh = Ustaz Mohd Najib Bin Sulaiman
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

Berdialog Dengan Allah Di Keheningan Malam

Buku ini menghuraikan peranan kalbu dan hati kita untuk melakukan dialog dengan sentuhan jiwa kepada Allah SWT menerusi pelbagai amalan, terutamanya Qiamullail, doa, munajat, zikir dan istighfar. Namun buku ini tidak mengandungi senarai doa, munajat, zikir dan istighfar kerana ianya boleh didapati dari buku-buku khusus tentang doa, zikir dan istighfar. Kerana kalau buku ini dilengkapi dengan senarai doa, zikir dan istighfar, maka buku ini akan menjadi sangat tebal. Semoga dengan amalan-amalan yang merupakan rangkaian dari kisah cinta kita kepada Allah, dapat menyejukkan hati kita untuk menyiapkan bekalan menuju hari akhirat yang bahagia dan cemerlang. Amin ya Rabbal 'Alamin.

- Penulis

KANDUNGAN

- Bercinta Dengan Allah
- Dialog Dengan Allah
- Dialog Dengan Allah Melalui Solat
- Cinta Yang Khusyuk Dan Berkualiti
- Solat Yang Khusyuk Sebagai Bukti Cinta Kepada Allah
- Mengenal Dan Mencintai Allah
- Dialog Dengan Allah Di Keheningan Malam
- Dialog Di Keheningan Malam Tanpa Suara
- Tahajud Mendatangkan Rasa Takut Kepada Allah
- Nikmatnya Mengadu Kepada Allah
- Meresapi Kebesaran Allah Dalam Diri
- Dialog Yang Suci Dan Indah
- Empat Jenis Bisikan Dan Dialog Di Hati

Harga = RM21.90 (Sem) RM24.90 (Sab/Swk)
Mukasurat = 190
Penulis = Khairul Ghazali
Penerbit = Must Read Sdn Bhd

99 Keajaiban & Keanehan Dunia


Harga = RM18.90
Mukasurat = 270
Penyusun = Dr. Muhammad Hanafis
Penerbit = Penerbitan Seribu Dinar Sdn Bhd

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...