Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Friday, July 31, 2009

Ketemu Di Alur Zaman - Karya Terakhir Rustam A. Sani

Buku Ketemu Di Alur Zaman ini merupakan buah tangan terakhir tokoh politik sosiologi Allahyarham Rustam A Sani. Ia berupa himpunan rencana tentang tokoh-tokoh politik atau tokoh masyarakat tempatan yang mewakili berbagai zaman dan era. Rencana ini pernah disiarkan di pelbagai penerbitan menerusi kolum-kolum beliau di akhbar dan penerbitan alternatif.

Buku ini merupakan koleksi terakhir Allahyarham Rustam A Sani yang tidak sempat diterbitkan. Kemungkinan menjadi harapan Allahyarham untuk menghimpunkan lebih banyak artikel bersangkutan menerusi koleksi ini.

Pandangan terhadap tokoh ini bukan saja langsung dari sudut hatinya sendiri, tetapi mungkin juga dari pengalamannya bersama tokoh itu kerana sebahagian besar mereka adalah kawan yang pernah duduk sebaris dalam saf perjuangan sama dengan Allahyarham.

- Penerbit

KANDUNGAN

- H. M. Dahlan
- Ahmad Boestamam, ayahku
- Lee Kuan Yew
- Syed Husin Ali
- Abdul Razak Ahmad
- Kassim Ahmad
- Johan Jaafar
- Ezam Mohd Nor
- Khairy Jamaluddin
- Zainuddin Maidin
- Usman Awang
- Wujudkah 'pasukan impian' dalam kepimpinan politik Melayu?

Harga = RM10.00 (Sem) RM15.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 86
Penerbit = Media Icon Sdn Bhd

Thursday, July 30, 2009

Fiqh Ikhtilaf - Perbezaan Pendapat Antara Gerakan Islam Yang Dibenarkan Dan Dilarang

Kebangkitan Islam di seluruh pelusuk dunia terutamanya dalam negara-negara Islam telah dan sedang kita saksikan di mana sahaja kita berada. Gelombang ini dapat kita saksikan tidak kira di Barat atau di Timur, di negara-negara Arab atau bukan Arab. Malah simbol kebangkitan di negara bukan Arab seolah-olah kelihatan lebih menonjol berbanding dengan negara Arab. Ini merupakan satu petanda positif bagi pencinta Islam.

Petanda-petanda kebangkitan ini sudah dapat kita saksikan dalam semua aspek kehidupan yang diceburi oleh umat Islam. Malah orang bukan Islam sudah mula terpaksa mengikut sama arus kebangkitan Islam ini demi untuk menarik minat pelanggan ekonomi mereka. Realiti yang tidak dapat kita nafikan ialah kebangkitan Islam di dunia masa kini bukan hanya didokong oleh satu kumpulan atau satu aliran pemikiran yang tunggal. Sebaliknya kebangkitan ini dihidupkan oleh berbagai kumpulan, jemaah, kelompok dengan kepelbagaian jenis pemikiran yang tidak terkeluar daripada landasan syariat Islam...

..Antara kandungan terpenting buku ini ialah menekankan pentingnya kesatuan yang perlu dibentuk sesama gerakan Islam khususnya dan sesama umat Islam umumnya. Sekiranya terpaksa juga berlaku percanggahan dan keberlainan pendapat maka dalam buku ini digariskan adab-adab dan panduan yang telah ditetapkan oleh Islam yang perlu diikut bagi mengelakkan perpecahan yang dikeji oleh Allah dan RasulNya.

Paparan ini penting dihayati oleh para pendokong Islam dan pencinta kesatuan bagi memastikan matlamat kebangkitan Islam tercapai dengan jayanya.

- Penerbit

KANDUNGAN

JENIS DAN SEBAB IKHTILAF
- Ikhtilaf Yang Disebabkan Oleh Faktor Akhlak

- Ikhtilaf Yang Timbul Kerana Faktor Pemikiran

BAHAGIAN PERTAMA: KESATUAN ADALAH KEWAJIPAN, PERPECAHAN ADALAH DOSA
- Kesatuan: Suatu Kewajipan Islam
- - Penjelasan Dari Sunnah Nabawiyah
- - Islam Membenci Perpecahan
- - Kenapa Perlu Persatuan Dan Kesatuan

- Perpecahan Umat Bukan Suatu Kelaziman
- - Erti "Menimpkan Kebinasaan Sebahagian Umat Kepada Sebahagian Yang Lain"
- - Hadis "Perpecahan Umat Menjadi 73 Golongan"

BAHAGIAN KEDUA: LANDASAN PEMIKIRAN FIQH IKHTILAF
- Perbezaan Masalah Cabang Kemestian, Rahmat Dan Kebebasan
- - Perbezaan Masalah Cabang: Suatu Kemestian
- - Perbezaan Adalah Rahmat
- - Orang-Orang Yang Berselisih Dalam Masalah Cabang Termasuk Ahlur Rahmah
- - Perbezaan Pendapat Adalah Kekayaan
- - Perbezaan Pendapat Di Abad Terbaik
- - Perbezaan Yang Tercela

- Mengambil Jalan Pertengahan
- - Kebinasaan Bagi Orang Yang Melampau

- Mengutamakan Muhkamat Bukan Mutasyabihat

- Tidak Memaksa Dan Tidak Menolak Dalam Masalah-Masalah Ijtihadiah

- Mengkaji Perbezaan Pendapat Para Ulama

- Membatasi Pengertian Dan Istilah

- Masalah-Masalah Besar Yang Dihadapi Umat

- Kerjasama Dalam Masalah Yang Disepakati

- Tolerani Dalam Masalah Yang Diperselisihkan

- Larangan Membunuh Orang Yang Mengucapkan "Lailaha Illallah"
- - Tidak Mengkafirkan Orang Yang Menolak Hadis Ahad Yang Syubhat

BAHAGIAN KETIGA: ASAS MORAL DALAM FIQH IKHTILAF
- Kepentingan Asas Moral
- - Ikhlas Dan Bebas Dari Hawa Nafsu

- Meninggalkan Taasub Terhadap Individu, Mazhab Dan Golongan
- - Taasub Terhadap Pendapat Peribadi
- - Taasub Terhadap Mazhab
- - Taasub Menentang Mazhab Dan Para Imam
- - Taasub Kepada Kelompok Atau Parti
- - Membebaskan Diri Daripada Taasub

- Berprasangka Baik Kepada Orang Lain

- Tidak Menyakiti Dan Tidak Mencela
- - Contoh Adab Dalam Perbezaan Pendapat

- Menjauhi Bantahan Dan Permusuhan

- Dialog Dengan Cara Yang Lebih Baik

PENUTUP
- Imam Hasan Al-Banna Dan Fiqh Ikhtilaf
- Persatuan
- Perbezaan Pendapat Adalah Kemestian
- Perbezaan Furu'iyah (cabang): Mustahil Mencapai Ijma'
- Memaklumi Perbezaan Sikap Mereka

Harga = RM21.90
Mukasurat = 228
Penulis = Dr. Yusof Al-Qardhawi
Penerbit = As-Syabab Media

Kerjasama Politik Dalam Menegakkan Kerajaan Islam

Mungkin akan ada orang bertanya: kenapa isu kerjasama politik ini menjadi perbincangan semasa? Lebih-lebih lagi pada penghujung kurun ini gerakan Islam menghadapi perbincangan semasanya iaitu mengenai perjuangan secara mendiri (al-Tamayyuz) dan terpisah daripada orang-orang bukan Islam (al-Mufasalah).

Mungkin juga apabila dilihat sepintas lalu terdapat pertentangan di antara kedua-dua tajuk tersebut. Adakah gerakan Islam sudah tergelincir daripada landasan perjuangannya yang betul sehingga sanggup menggadai prinsip al-Tamayyuz dan al-Mufasalahnya dengan mengadakan kerjasama politik?

Sesungguhnya gerakan Islam telah memulakan pemerintahan yang mempercayai Islam sebagai aqidah tetapi bercanggah dengannya dari segi tindakan. Justeru itu, aspirasi perjuangan Islam yang sesuai pada waktu itu ialah gerakam Islam mempamerkan kefahaman Islam yang menyeluruh (mutakamil) sebeagai aqidah, syariah dan sistem kehidupan.

Dengan kepercayaan kita betapa pentingnya tajuk ini, maka usaha yang tidak seberapa ini cuba menyentuh tentang kerjasama politik di dalam Islam melalui pembacaan sirah nabawiyyah dan sejauh mana ia boleh menjadi sandaran dan juga pembinaan dalaman bagi gerakan Islam untuk mendirikan negara Islam.

- Penerbit

KANDUNGAN

Bab 1: Pengertian Al-Hilf
- Definisi Al-Hilf Dari Segi Bahasa
- Pengertian Al-Hilf Menurut Istilah
- Perjanjian Mutayyibin
- Perjanjian Abu Talib Dengan Rasulullah
- Perjanjian Fudhul
- Kelebihan Perjanjian Fudhul
- Peringkat Pertama
- Peringkat Kedua
- Peringkat Ketiga
- Peringkat Keempat: Pemboikotan Quraysh
- Kembali Kepada Perjanjian Sebelumnya
- Perjanjian Rasulullah Dengan Al-Mut'im bin 'Aidiy
- Bentuk-Bentuk Kerjasama Yang Gagal

Bab 2: Kerjasama Politik Pada Peringkat Pembentukan Negara
- Bay'ah 'Aqabah
- Beberapa Hal Penting Dalam Bay'ah 'Aqabah Pertama
- Bay'ah 'Aqabah Kedua
- Kandungan Bay'ah 'Aqabah Kedua
- Penegasan Tentang Kepentingan Bay'ah 'Aqabah Kedua
- Dua Belas Pemimpin
- Syaitan Telah Berjaya Membongkar Perjanjian Tersebut
- Orang Ansar Membuat Persiapan Untuk Menyerang Quraysh
- Quraysh Mengemukakan Bantahan Terhadap Pemimpin Yathrib
- Quraysh Mengesahkan Berita Tersebut Dan Berusaha Mengejar Para Pembay'ah

Bab 3: Kerjasam Sewaktu Pembentukan Negara
- Perjanjian Bagi Sebuah Negara Baru
- Kesahihan Piagam Madinah Menurut Kajian Ilmiah
- - Perjanjian Persaudaraan Antara Orang-Orang Islam
- - Peraturan-Peraturan Umum
- - Perjanjian Persaudaraan Antara Muhajirin Dan Ansar

Bab 4: Kerjasama Selepas Negara Berjaya Ditubuhkan
- Peringkat Pertama
- Peringkat Kedua
- - Fokus Kedua: Dengan Bani Nadhir
- - Fokus Ketiga: Dengan Bani Ghatafan
- - Fokus Keempat: Dengan Bani Qurayzah
- Peringkat Ketiga
- Peringkat Keempat
- - Penurunan Surah al-Bara'ah (at-Taubah)

Bab 5: Kerjasama Politik Dari Segi Perspektif Fiqh

Bab 6: Kerjasama Yang Diharamkan (Al-Tahalf Al-Haram)

Harga = RM17.00
Mukasurat = 303
Pengarang = Munir Muhammad Al-Ghadban
Penterjemah = Mohd. Hapiz Mahaiyadin
Penerbit = Pustaka Ilmi

Tuesday, July 28, 2009

Penjelasan Tentang Sampainya Pahala Al-Quran Kepada Si Mati

"Buku terjemahan ini amat menarik perhatian saya kerana terdapat segelintir pendakwah yang salah faham tentang konsep bid'ah dalam Islam, lalu mereka membuat tuduhan bid'ah dhalalah ke atas beberapa amalan yang telah menjadi kebiasaan masyarakat melakukannya sehingga menimbulkan keresahan, kecelaruan dan perpecahan dalam masyarakat. Maka saya kira munculnya buku ini dan seumpamanya akan terjawablah beberapa persoalan pokok dan furu' yang dipertikaikan".

Ustaz Hj. Mohd Saleh Hj. Ahmad

KANDUNGAN

PENJELASAN TENTANG SAMPAINYA PAHALA AL-QURAN KEPADA SI MATI Oleh al-Sheikh al-Hafiz Abu al-Fadl Abdullah al-Siddiq al-Ghumari
- Pendahuluan
- Pendapat Ulama Tentang Bacaan Al-Quran Untuk Si Mati
- Dalil Pihak Yang Mengatakan Pahala Membaca Al-Quran Tidak Sampai Kepada Si Mati
- Dalil Pihak Yang Mengatakan Pahala Membaca Al-Quran Sampai Kepada Si Mati
- Penutup

MENGANGKAT KEDUA-DUA TANGAN KETIKA BERDOA SELEPAS SEMBAHYANG FARDU Oleh al-'Allamah al-Muhaddith Muhammad bin Maqbul al-Ahdal al-Husaini al-Shafie
- Pendahuluan
- Dalil-Dalil Dan Penjelasan (Ada Tujuh Dalil)

KESUNNAHAN MENGANGKAT KEDUA-DUA TANGAN SEMASA BERDOA SELEPAS SEMBAHYANG FARDU BAGI SESIAPA YANG MAHU BERBUAT DEMIKIAN Oleh Abu al-Fadl Abdullah Bin al-Siddiq al-Ghumari
- Pendahuluan
- Tentang Hadith Da'if

PERBINCANGAN TENTANG HADITH DA'IF Oleh al-Sheikh Muhammad Zaki Ibrahim
- Pendahuluan
- Pembahagian Hadith
- Hadith Da'if Terbahagi Kepada Dua
- Penerangan Lebih Jelas
- Ulama Sufi Dan Hadith Da'if

Harga = RM8.00
Mukasurat = 70
Penulis = al-Sheikh al-Hafiz Abu Fadl Abdullah Al-Siddiq Al-Ghumari
Disemak Oleh = Dato' Hj. Mohd Murtadza Hj. Ahmad, Datuk Hj. Md. Hashim Hj. Yahya & Ustaz Haji Saleh Haji Ahmad
Penerbit = Middle East Global (M) Sdn Bhd

Hijab Memelihara Kesucian Wanita Muslimah

Buku "Hijab Memelihara Kesucian Wanita Muslimah" ini mengupas hakikat kebenaran ayat-ayat Al-Quran dan Hadith-Hadith Rasulullah SAW. Yang berkaitan dengan hal tersebut dengan mengemukakan pendapat dari beberapa ahli tafsir salafus soleh terkemuka, agar kita terhindar daripada tersalah faham dan terikut dengan pemikiran kaum orentalis yang menyesatkan.

KANDUNGAN

BAB PERTAMA
- Ayat Al-Quran Berhubung Kepentingan Hijab
- Ayat-Ayat Tentang Hijab
- Keadaan Masyarakat Sekitar Ketika Ayat Ini Diturunkan
- Perintah Bagi Wanita Untuk Tetap Tinggal Di Rumah-Rumah Mereka
- Jilbab Atau Purdah
- Bagaimana Cara Memakai Jilbab?
- Perintah Untuk Menundukkan Pandangan Dan Menyembunyikan Perhiasan
- Ciri-Ciri Pakaian Muslimah
- Bahaya Kekeliruan
- Meminta Izin Sebelum Masuk Rumah
- Bagi Wanita-Wanita Yang Telah Lanjut Usia

BAB KEDUA
- Hadis-Hadis Nabi SAW Mengenai Hijab
- Hijab Para Sahabiyah RA
- Kekal Memakai Hijab Walaupun Dalam Bersedih
- Memakai Hijab Ketika Berbai'at
- Memakai Hijab Di Hadapan Sahabat Nabi SAW
- Hijab Bagi Wanita-Wanita Hamba Sahaya
- Menjaga Hijab Selama Menjalani Rawatan Perubatan
- Bolehkah Membuka Aurat Untuk Tujuan Perubatan?
- Hijab Ketika Ihram
- Hijab Di Hadapan Saudara Ipar-Duai
- Malu Dan Kehormatan Diri
- Wanita Keluar Rumah Tanpa Keperluan
- Melaksanakan Sembahyang Di Dalam Rumah
- Penglibatan Wanita Dalam Jihad (Perang)
- Adab Keluar Rumah
- Memakai Wangi-Wangian Dan Perhiasan Berlebihan
- Wanita Keluar Dari Rumah Tanpa Izin Suami
- Wanita Bermusafir Seorang Diri
- Cara Berjalan Wanita Yang Sebaiknya
- Menundukkan Pandangan (Ghadhul Bashar)
- Sengaja Pergi Ke Tempat-Tempat Yang Tidak Berhijab
- Mandi Di Tempat Permandian Awam
- Hukum Wanita Memandang Kepada Lelaki
- Wanita Meniru Gaya Lelaki Atau Sebaliknya
- Perintah Allah Tentang Pakaian
- Syarat Aurat Dan Larangan Bertelanjang
- Adab-Adab Berpakaian
- Hukum Memandang Tubuh Melalui Pakaian Yang Tipis Dan Ketat
- Hukum Menyentuh Wanita Yang Bukan Mahram
- Menceritakan Wanita Lain Kepada Suami
- Wanita Memakai Perhiasan Yang Berbunyi
- Keharusan Meminta Izin Sebelum Memasuki Rumah Orang Lain

BAB KETIGA
- Hijab Sebagai Solusi Islamik Mencegah Perbuatan Maksiat
- Menghentikan Faktor Maksiat Sebagai Langkah Mencegah Kejahatan
- Sejarah Tentang Perintah Hijab
- Perbezaan Antara Hijab Dan Satr (Aurat)
- Jika Tidak Sekarang, Bila Lagi Akan Memakai Hijab
- Kategori Hijab Menurut Syariat Serta Perintahnya

BAB KEEMPAT
- Jahiliyah Zaman Dahulu Dan Jahiliyah Moden
- Beberapa Contoh Perbuatan Fahsya Dan Munkar Zaman Jahiliyah Moden
- Sebuah Rangkuman Tentang Hijab Dan Tuntutan Syariat
- Sebuah Perbandingan Antara Wanita-Wanita Timur Dan Barat
- Bertafakur Sejenak

BAB PENUTUP
- Kisah-Kisah Sahabiyah
- Asma RA Menanyakan Tentang Pahala Bagi Wanita Hijrah Zainab Binti Muhammad
- Rasulullah SAW Menolak Wanita Untuk Pergi Berjihad
- Kisah Hindun Memeluk Islam

Harga = RM9.00
Mukasurat = 135
Penulis = Dr. Muhammad Ismail
Penerbit = Pustaka Azhar

Monday, July 27, 2009

Allahumma - اَللَّهُمَّ - Ya Tuhan Kami - Himpunan Doa Untuk Kanak-Kanak

Doa seseorang adalah amat penting untuk mengukuhkan hubungan diri dengan Allah S.W.T.. Adalah wajar sekali ibu bapa mendidik anak-anak mereka agar mengamalkan doa-doa ini.

Buku doa untuk kanak-kanak ini khususnya disusun menurut satu bentuk aktiviti-akiviti kanak-kanak agar ianya mudah diikuti, dihafal dan diamalkan. Semoga usaha-usaha yang kita lakukan bersama ini dapat membentuk satu generasi yang saleh pada masa akan datang, Insya Allah.

- Penerbit

"Dan Tuhanmu Berfirman: Berdoalah Kepada-Ku, Nescaya Aku akan kabulkan doamu" - Mafhum Ayat 60: Al-Mu'min

KANDUNGAN

- Doa Ketika Bangun Tidur
- Doa Ketika Masuk Bilik Air
- Doa Ketika Keluar Dari Bilik Air
- Doa Ketika Berwudhuk
- Doa Sesudah Berwudhuk
- Doa Memakai Pakaian
- Doa Membuka Pakaian
- Doa Ketika Bercermin
- Doa Pergi Ke Masjid
- Doa Masuk Masjid
- Doa Keluar Dari Masjid
- Doa Ketika Hendak Makan
- Doa Selepas Makan
- Doa Untuk Orang Yang Berbuat Baik Kepada Kita
- Menjawab Doa Orang Tadi
- Doa Keluar Rumah
- Doa Naik Kenderaan
- Doa Ketika Bertemu Kawan
- Menjawab Doa Kawan Tadi
- Doa Membaca Buku
- Doa Ketika Ditimpa Musibah
- Doa Ketika Hujan Turun
- Doa Apabila Mendengar Guruh
- Doa Apabila Bersin
- Menjawab Doa Orang Yang Bersin
- Doa Untuk Orang Yang Mendoakan Kita Tadi
- Doa Masuk Rumah
- Doa Kebaikan Ibu Bapa
- Doa Sebelum Tidur
- Doa Ketika Susah Hendak Tidur

Harga = RM3.50
Mukasurat = 40
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

Manhaj Qiraat 10 Beserta Dalil Matan Imam As-Syatibi Dan Matan Ad-Durrah

Al-Quran merupakan satu kitab mukjizat agung yang sering menjadi tumpuan kajian oleh segenap golongan ilmuwa dan cendekiawan. Tanpa berasa jemu, mereka mencedok segala ilmu yang terkandung di dalamnya. Ilmu Qiraat merupakan salah satu ilmu yang sangat berkait rapat dengan Al-Quran. Ia membincangkan kaedah pembacaan Al-Quran dengan pelbagai riwayat yang mutawatir daripada Baginda Rasulullah S.A.W. Kepentingan dan keutamaan ilmu ini adalah amat besar sekali kerana ia merupakan maklumat penting bagi mereka yang mempelajari ilmu pembacaan Al-Quran dengan pelbagai riwayat.

Adalah diharapkan, dengan terbitnya buku ini, ia boleh dimanfaatkan oleh setiap individu yang ingin mendalami Al-Quran terutamanya bagi mereka yang ingin mendalami dan mengkaji ilmu Al-Qiraat. Ia sesuai dibaca dan dijadikan bahan bacaan untuk semua peringkat, terutamanya bagi golongan profesional, pusat pengajian tinggi, ma'ahad tahfiz dan para pelajar sekolah menengah yang ingin mendalami jenis-jenis bacaan Al-Quran.

- Pengarah JAWI

KANDUNGAN

- Pengenalan Ilmi Qiraat
- Rumuz Matan As-Syatibiah
- Biodata Imam Nafi'
- Biodata Qalun
- Manhaj Bacaan Qalun
- Contoh Perincian Bacaan Qalun
- Contoh Bacaan Qalun
- Biodata Warsh
- Manhaj Bacaan Warsh
- Contoh Perincian Bacaan Warsh
- Contoh Bacaan Warsh
- Biodata Imam Ibnu Kathir
- Biodata Bazzi
- Biodata Qunbul
- Manhaj Bacaan Ibnu Kathir
- Contoh Bacaan Ibnu Kathir
- Biodata Imam Abu 'Amru
- Biodata Duri
- Biodata Susi
- Manhaj Bacaan Abu 'Amru
- Contoh Bacaan Abu 'Amru
- Biodata Imam Ibnu 'Amir
- Biodata Hisyam
- Biodata Ibnu Zakwan
- Manhaj Bacaan Ibnu 'Amir
- Contoh Bacaan Ibnu 'Amir
- Biodata Imam 'Asim
- Biodata Syu'bah
- Biodata Hafs
- Manhaj Bacaan 'Asim
- Biodata Imam Hamzah
- Biodata Kholaf
- Biodata Kholad
- Manhaj Bacaan Hamzah
- Contoh Bacaan Hamzah
- Biodata Imam Kisaie
- Biodata Abu Al-Harith
- Manhaj Bacaan Kisaie
- Contoh Bacaan Kisaie

Bahagian II
- Muqaddimah
- Rumuz Matan Ad-Durrah
- Biodata Imam Abu Jaafar
- Biodata Ibnu Wardan
- Biodata Ibnu Jammaz
- Manhaj Bacaan Abu Jaafar
- Contoh Bacaan Abu Jaafar
- Biodata Imam Yaakub
- Biodata Imam Ruwais
- Biodata Imam Rauh
- Manhaj Bacaan Imam Yaakub
- Contoh Bacaan Imam Yaakub
- Biodata Imam Kholaf
- Biodata Imam Ishak
- Biodata Imam Idris
- Manhaj Bacaan Imam Kholaf
- Contoh Bacaan Kholaf
- Bacaan Qiraat 10 Surah-Surah Lazim

Harga = RM25.00
Mukasurat = 272
Penulis = Ustaz Haji Mohd Nazri Bin Abdullah
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

Sunday, July 26, 2009

Surat-Surat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam

Buku ini merupakan susunan surat-surat, perjanjian, persetujuan dan unjuran makhluk yang paling mulia, Muhammad S.A.W. Baginda merupakan 'law-giver' yang telah memberikan kemuliaan sebenar, persamaan dan keadilan kepada manusia sejagat di dunia ini.

KANDUNGAN

Senarai Gambar-Gambar Surat Mulia Rasulullah S.A.W.
1- Surat Kepada Negus, Raja Habsyah
2- Surat Kepada Kisra Perwez, Maharaja (Kisra) Farsi (Iran)
3- Surat Kepada Muqauqis, Raja Mesir
4- Surat Kepada Munzir Bin Sa'wa, Gabenor Bahrain

Bahagian 1: Persetujuan Dan Piagam
1- Piagam Madinah
2- Perjanjian Dengan Kabilah Juhaina
3- Saranan Kedua Nabi S.A.W. Kepada Puak Juhaina
4- Perjanjian Bani Dhamra
5- Bagi Bani Zur'ah Dan Bani Rab'ah
6- Perjanjian Bani Ghifar
7- Perjanjian Hudaibiyah
8- Perjanjian Bani Ghadaya Dan Bani Uraiz
9- Perjanjian Najran
10- perjanjian Tsaqif (Taif)
11- Perjanjian Akbar Bin Abdul Qais

Bahagian 2: Surat-Surat Kepada Maharaja-Maharaja, Raja-Raja, Pemerintah-Pemerintah, Wazir-Wazir, Gabenor-Gabenor Dan Lain-Lain
1- Surat Kepada Negus, Raja Habsyah
2- Surat Kepada Abu Sufian
3- Surat Kedua Kepada Raja Habsyah
4- Surat Ketiga Kepada Raja Habsyah
5- Surat Kepada Kaisar Heraklius
6- Surat Kepada Khusro Perwez, Maharaja Farsi
7- Surat Kepada Hurmuz
8- Surat Kepada Wazir Mesir
9- Surat Kepada Hauza Bin Ali, Gabenor Yamamah
10- Surat Kepada Haris Ghassani, Raja Damishq (Damsyik)
11- Surat Kepada Munzir Bin Sawa, Gabenor Bahrain
12- Surat Kedua Kepada Munzir
13- Surat Kepada Jaifer Dan 'Abd, Raja Oman
14- Surat Kepada Jaifer Waris As'hama Negus
15- Surat Kepada Raja-Raja Himyar
16- Surat Kedua Kepada Raja-Raja Himyar
17- Surat Kepada Farwah, Gabenor Ma'an
18- Surat Kepada 'Amr Bin Hazm Ansari, Gabenor Yaman
19- Surat Kepada Ukaidir, Pemerintah Dumatul Jandal

Bahagian 3: Surat-Surat Dan Perintah Yang Dihantar Kepada Amir, Pemimpin Dan Ketua-Ketua Pelbagai Kabilah Dan Individu
1- Surat Kepada Pope Rom
2- Surat-Surat Kepada Yahudi Khaibar
3- Surat Kepada Budail Bin Waraqa
4- Surat-Surat Kepada Puak Aslam
5- Surat Kepada Penduduk Persekitaran Tihama
6- Surat Kepada Khalid Bin Zimadul Azdi
7- Surat Kepada Hilal Bin Umayyah, Amir Bahrain
8- Surat Kepada Usaibukht Bin Abdullah, Amir Hajar
9- Surat Kepada Bani Abdullah
10- Surat Kepada Nahshall Bin Malik, Amir Bani Va'il
11- Surat Kepada Rifa'ah Bin Zaid Juzami
12- Surat Kepada Bani Asad
13- Surat Kepada Amir-Amir Aqabah
14- Surat Kepada Penduduk Maqna
15- Surat Kepada Penduduk Azruh
16- Surat Kepada Amir Hamdan
17- Surat Kepada Khalid Bin Al-Walid
18- Surat Kepada Musailamah Al-Kazzab (Si Penipu)
19- Surat Kepada Muaz Bin Jabal R.A.
20- Surat Kepada Jin
21- Surat Kepada Zul Ghussa Qais
22- Surat Kepada 'Amr Bin Ma'abad Al-Juhani
23- Surat Kepada Bani Zuhair
24- Surat Kepada Suhail Bin Amr
25- Surat Kepada Puak Khas'am
26- Surat Kepada Zamal Bin 'Amr Aluzri

Bahagian 4: Perintah-Perintah, Suruhan-Suruhan, Arahan-Arahan, Amalan-Pemberian Dll. Yang Dikeluarkan Oleh Nabi S.A.W. Kepada Pelbagai Ketua Kabilah Dan Individu
1- Perintah-Perintah Nabi S.A.W. Kepada 'Amr Bin Murrah Juhani
2- Perintah-Perintah Kepada Muttarif Bin Kahinul Bahili
3- Perintah-Perintah Kepada Yuhanna Untuk Keamanan
4- Pemberian Kepada Tamim Ad-Dari
5- Perintah-Perintah Kepada Puak Lakham
6- Perintah-Perintah Kepada Bani Al-Bakka
7- Perintah-Perintah Kepada Bani Uqail
8- Surat Kepada Bani Uqail
9- Kepada Puak Bariq
10- Kepada Zur'ah Zi Yazan
11- Kepada Ketua-Ketua 'Abahilah, Hadaral Maut
12- Perintah-Perintah Kepada Hadaral Maut
13- Kepada Wa'il Bin Hujar
14- Kepada Ketua-Ketua Yaman
15- Perintah-Perintah Kepada Yazid Bin Al-Muhajjal Harisi
16- Kepada Bani Muawiyyah Bin Jarwal
17- Suruhan-Suruhan Kepada Dhumairah Laisi
18- Perintah-Perintah Kepada Bani Nahad
19- Suruhan Kepada 'Abd Yaghus Al-Harisi
20- Suruhan-Suruhan Kepada Rabi'ah Bin Zi Marhab Al-Hadhrami
21- Perintah-Perintah Kepada Puak Kalb
22- Perintah-Perintah Kepada Mehri Bin Al-Abyad
23- Perintah-Perintah Kepada 'Amir Bin Aswad Tai
24- Perintah-Perintah Kepada Habib Bin 'Ammar Al-Tai
25- Suruhan-Suruhan Kepada Bani Juwain
26- Pemberian Kepada Zubair Bin Awwam
27- Pemberian Kepada Ausaja Bin Hurmala Juhani
28- Suruhan-Suruhan Kepada Bani Jurmuz
29- Pemberian Kepada Bani Shamakh
30- Pemberian Kepada Bani Al-Harris Al-Muzani
31- Pemberian Kepada Bilal Bin Haris Al-Muzani
32- Pemberian Kepada Hiram Bin Abd As-Sulami
33- Pemberian Kepada Sa'id Bin Sufian
34- Pemberian Kepada 'Utbah Bin Farqad

Harga = RM15.00
Mukasurat = 168
Penyusun = Sultan Ahmed Qureshi
Terjemahan = Abu Abdul Rahman Radhi Al-Khudri
Penerbit = Perniagaan Jahabersa

Saturday, July 25, 2009

Pengenalan Ilmu Qiraat - Tertakluk Kepada Stok!!!

Pada peringkat awal Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah S.A.W. dengan satu huruf (qiraat). Kemudian Al-Quran diturunkan beberapa huruf (qiraat) sehingga tujuh huruf (qiraat). Huruf-huruf tersebut telah dibaca dan diajar oleh Rasulullah S.A.W. kepada para sahabat r.a. Namun begitu penerimaan para sahabat terhadap huruf-huruf tersebut adalah berbeza.

Ada di kalangan mereka yang menerima satu huruf sahaja dan beberapa huruf sehingga tujuh huruf. Ketika itu penerimaan Al-Quran daripada Rasulullah S.A.W. adalah secara hafazan di dalam dada para sahabat r.a. kerana Al-Quran ketika itu belum lagi ditulis (dibukukan).

Di kalangan para sahabat juga ada yang meriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W. Qiraat Syaazah (ganjil) dan kebanyakan daripada Qiraat Syaazah merupakan penafsiran Rasulullah S.A.W. terhadap Al-Quran sendiri. Qiraat Syaazah tersebut tidak pernah dibaca oleh Rasulullah S.A.W. walaupun ketika bersembahyang atau sebaliknya...

- Penulis

KANDUNGAN

BAB PERTAMA
- Al-Qiraat
- Perbezaan Di Antara Al-Quran Dan Qiraat
- Al-Quran Adalah Mutawaatirah (Disepakati)
- Bilakah Timbulnya Qiraat
- Faedah Berbilang Qiraat
- Hadis Yang Membincangkan Wujudnya Qiraat
- Penafsiran Makna Huruf Sab'ah
- Kenapa Rasulullah S.A.W. Tidak Menerangkan Makna Huruf Sab'ah
- Nama-Nama Lahjah (Loghat / Dialek) Kabilah Arab Yang Terdapat Di Dalam Al-Quran

BAB KEDUA
- Rukun Mengenal Qiraat Sahihah
- Beberapa Pandangan Ulama' Terhadap Ilmu Qiraat
- Nama-Nama Qurra' Yang Terdapat Di Dalam Toriq Al-Syatiby Dan Al-Jazari
- Nama Imam-Imam Qiraat Syaazah
- Contoh-Contoh Qiraat Syaazah Daripada Imam-Imam Tujuh
- Apakah Kepentingan (Kelebihan) Mushaf Usmani r.a.
- Hukum Membaca Qiraat Sepuluh Mutawaatirah
- Hukum Mencampuri Qiraat Dalam Satu Bacaan
- Hukum Mentafdhilkan (Melebihkan) Di Antara Qiraat
- Hukum Mengingkari Qiraat Mutawaatirah Dan Mengingkari Satu Huruf Daripada Tujuh Huruf
- Kenapakah Qurra' Yang Tujuh Lebih Masyhur Daripada Qurra' Sepuluh

BAB KETIGA
- Tarikh Pengumpulan Qiraat
- Kenapakah Timbulnya Kekhilafan Di Antara Dua Rawi Yang Diambil Daripada Imam Yang Sama
- Sebab-Sebab Kekhilafan Bilangan Imam Qurra' Di Dalam Kitab-Kitab Qiraat
- Kitab Ghayah Al-Ekhtisor
- Kitab Al-Tazkirah Ibnu Ghalbun
- Ahli Qurra' (Penghafaz Al-Quran) Di Kalangan Para Sahabat Dan Tabien
- Qurra' Di Kalangan Sahabat
- Qurra' Di Kalangan Tabien
- Nama-Nama Qurra' Yang Berada Di Madinah
- Nama-Nama Qurra' Yang Berada Di Makkah
- Nama-Nama Qurra' Yang Berada Di Kufah
- Nama-Nama Qurra' Yang Berada Di Basrah
- Nama-Nama Qurra' Yang Berada Di Syam
- Perbezaan Periwayatan Qiraat Hasf Daripada Toriq Imam Al-Syatiby Dan Imam Al-Jazari
- Nama-Nama Guru Kepada Imam-Imam Qiraat Sepuluh Dan Nama-Nama Murid Mereka
- Bahasan Imam Al-Jazari Di Dalam Turuq-Turuq Qiraat
- Nama-Nama Kitab Yang Menjadi Panduan Kepada Imam Al-Jazari Di Dalam Membahaskan Ilmu Qiraat Dan Turuqnya

BAB KEEMPAT
- Tajwid Adalah Satu Cabang Daripada Ilmu Qiraat
- Pentingnya Sanad Di Dalam Mempelajari Al-Quran
- Sanad Daripada Para Ulama' Quraa'
- Sanad Bacaan Qiraat Imam Sepuluh Daripada Rasulullah S.A.W.
- Timbulnya Qiraat Sepuluh Kecil Dan Sepuluh Besar
- Nama-Nama Kitab Yang Menjadi Sumber Rujukan Imam-Imam Qiraat Syaazah
- Hukum Membaca Qiraat Syaazah
- Pernahkah Rasulullah S.A.W. Dan Para Sahabat Membaca Qiraat Syaazah

BAB KELIMA
- Peranan Qiraat Di Dalam Ilmu Tafsir
- Perana Qiraat Terhadap Waqaf Dan Ibtida'
- Nama-Nama Bab Di Dalam Usul Qiraat
- Ringkasan Usul Qiraat Yang Terdapat Dalam Dua Toriq, Iaitu Toriq Al-Syatiby Dan Toriq Al-Jazari
- Peranan Kerajaan Umawiyyah Di Dalam Pembelajaran Al-Quran
- Pengenalan Imam Al-Syatiby
- Pengenalan Imam Ibnu Al-Jazari

Harga = RM25.00
Mukasurat = 336
Penulis = Ustaz Mohd Rahim Jusoh

Panduan Solat Lelaki & Panduan Solat Perempuan

Ajaran Islam menuntut setiap individu Muslim yang telah akhil baligh berkewajipan menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Kita adalah hamba Allah. Kita bersolat untuk mendatangkan rasa hamba kepada Allah. Solat diajar sewaktu individu itu sejak kanak-kanak lagi. Dalam pengertian lain sebelum individu itu akhil baligh. Ini bermakna ibadat solat menjadi tuntutan kepada setiap ibu bapa Muslim mendidik dan mengasuh anak-anak mereka cara solat yang betuldan sempurna.
Berdasarkan kepada tuntutan inilah maka buku "PANDUAN SOLAT LELAKI' dan 'PANDUAN SOLAT PEREMPUAN' diterbitkan sebagai satu kaedah cara-cara mengajar anak-anak kita menunaikan solat yang betul dan praktikal. Kandungannya dihiasi dengan gambar-gambar ilustrasi, ayat-ayat hafalan serta zikir dan doa di dalam solat, juga panduan solat sunat dan wirid selepas solat. Kesemuanya ini adalah bertujuan agar anak-anak diajar dengan didikan solat yang betul sehingga dapat membentuk peribadinya bersesuaian dengan tuntutan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

KANDUNGAN BAB 1: KAIFIAT DAN PERATURAN BERWUDUK
- Pengertian Wuduk
- Syarat-Syarat Wuduk
- Perkara-Perkara Sunat Ketika Berwuduk
- Perkara-Perkara Yang Membatalkan Wuduk
- Cara-Cara Berwuduk

BAB 2: ADAB DAN PERATURAN BERTAYAMMUM
- Pengertian Tayammum
- Syarat-Syarat Tayammum
- Niat Tayammum
- Perkara-Perkara Sunat Dalam Tayammum
- Perkara Yang Membatalkan Tayammum
- Cara-Cara Bertayammum

BAB 3: LAFAZ AZAN
- Doa Sesudah Azan

BAB 4: LAFAZ IQAMAT BAB 5: PERATURAN MENDIRIKAN SOLAT
- Pengertian Solat
- Syarat-Syarat Sah Mendirikan Solat
- Rukun-Rukun Solat
- Perkara Yang Membatalkan Solat
- Terdapat Dua Jenis Solat Dalam Melaksanakan Solat
- Perkara-Perkara Makruh Dilakukan Ketika Solat
- Sujud Sahwi
- Kaifiat Mendirikan Solat Zohor
- Doa Qunut Dalam Solat Subuh
- Lafaz Wirid Selepas Solat
- Lafaz Doa Selepas Solat
- Lafaz Niat Solat Fardu
- Lafaz Niat Bagi Solat Jamak Qasar
- Lafaz Niat Bagi Solat Jamak Taqdim
- Lafaz Niat Solat Jumaat

BAB 6: JENIS-JENIS SOLAT SUNAT
- Solat Sunat Mengiringi Waktu
- Qiyamullail Dan Solat Sunat Tahajjud
- Solat Sunat Tasbih
- Solat Sunat Hajat
- Solat Sunat Istikharah
- Solat Sunat Witir
- Solat Sunat Awwabin Atau Hifzul Iman
- Solat Sunat Aidil Fitri
- Solat Sunat Aidil Adha
- Solat Sunat Dhuha
- Solat Dan Doa Musafir

Harga = RM4.90 setiap satu
Mukasurat = 81
Penyusun = Al-Ustaz Muhammad Aiman Az-Zuhairi
Penerbit = Penerbitan Seribu Dinar

Friday, July 24, 2009

Perkahwinan Dan Perceraian Dalam Islam

KANDUNGAN

BAHAGIAN PERTAMA: PERKAHWINAN
- Pengertian Nikah (Perkahwinan)
- Pensyari'atan Perkahwinan
- Galakan Berkahwin
- Hikmah Berkahwin
- Hukum Nikah Dalam Islam
- Pandangan Islam Terhadap Keluarga
- Keluarga Dalam Al-Quran
- Prosedur Perkahwinan
- Panduan Memilih Pasangan
- Syarat-Syarat Pinangan
- Wanita Yang Haram Dikahwini
- Akad Nikah
- Syarat Ijab Dan Qabul
- Kedudukan Wali Dalam Perkahwinan
- Sunat-Sunat Ketika Akad Nikah Dan Selepasnya
- Walimah
- Hak Dan Tanggungjawab Suami Isteri
- Maskahwin (Al-Mahr)
- Nafaqat
- Kafa'ah Suami Isteri
- Poligami

BAHAGIAN KEDUA: PERCERAIAN
- Pendahuluan
- Punca-Punca Perceraian
- Islam Membenarkan Perceraian
- Jenis-Jenis Perceraian

BAB TALAQ
- Pengertian Talaq
- Perbezaan Di Antara Talaq Dan Fasakh
- Jenis-Jenis Perceraian Talaq Dalam Mazhab Syafi'i
- Jenis-Jenis Perceraian Fasakh Dalam Mazhab Syafi'i
- Dalil-Dalil Keharusan Talaq
- Apakah Hikmah Dan Rahsia Dibenarkan Talaq
- Kuasa Talaq Di Tangan Lelaki
- Rukun Talaq
- Syarat-Syarat Setiap Rukun
- Talaq Orang Bisu
- Talaq Dengan Tulisan
- Pembahagian Talaq
- Talaq Tiga
- Hukum Ta'liq Talaq

BAB KHUL' (TEBUS TALAQ)
- Pengertian Khul'
- Sumber Keharusan Khul'
- Hukum Khul'
- Rukun Khul'
- Syarat-Syarat Bagi Setiap Rukun
- Apakah Hukum Khul' Tanpa Bayaran
- Hukum Khul' Yang Disebut Bayaran
- Khul' Merupakan Perceraian Yang Tidak Boleh Dirujuk
- Apakah Semua Jenis Perceraian Dengan Bayaran Itu Dianggap Talaq Ba'in
- Khul' Boleh Dalam Masa Suci Dan Haid
- Apakah Khul' Itu Fasakh Atau Talaq

BAB RUJU'
- Pengertian Ruju'
- Perceraian Dan Ruju'
- Pembahagian Perceraian
- Dalil-Dalil Pensyari'atan Ruju'
- Rukun Ruju'
- Syarat-Syarat Sah Ruju'
- Lafaz Ruju'
- Apakah Sah Ruju' Dengan Perbuatan?
- Ruju' Dengan Tujuan Menganiayai
- Ruju' Adalah Hak Suami
- Kesaksian Ke Atas Ruju'
- Apakah Ruju' Wajib Diberitahu Kepada Isteri Yang Berkenaan
- Bolehkah Suami Mengambil Kesukaan (Tamattu) Dengan Isteri Yang DiTalaq Raj'ie?
- Perbalahan Suami Isteri Tentang Ruju'
- Dakwaan Ruju' Setelah Selesai 'Iddah
- Perkahwinan Setelah Selesai 'Iddah
- Dakwaan Persetubuhan Sebelum Talaq

BAB 'IDDAH
- Pengertian 'Iddah
- Dalil-Dalil Wajib 'Iddah
- Sebab-Sebab Wajib 'Iddah
- Hikmah Wajibnya 'Iddah
- Permulaan Perkiraan 'Iddah
- Pembahagian Wanita Yang Ber'iddah
- Pertukaran 'Iddah Quru' Kepada 'Iddah Bulan
- Pertukaran 'Iddah Bulan Kepada 'Iddah Quru'
- Tempoh 'Iddah Quru' Yang Paling Kurang
- Perempuan Berzina Tiada 'Iddah
- Hak-Hak Wanita Yang Ber'iddah
- Kewajipan Wanita Yang Ber'iddah
- Hukum Bersekedudukan Dan Berkhalwat Dengan Isteri Yang Diceraikan
- Akibat Berseskedudukan Dan Berkhalwat
- Pertikaian Tentang Berakhirnya 'Iddah
- Masa Yang Mungkin Berakhirnya 'Iddah
- Pertikaian Tentang Dukhul Atau Tidaknya
- Hukum Wanita Yang Berkahwin Tanpa Dicerai Suami
- Hukum Meminang Perempuan Dalam 'Iddah
- Sahib Al-'Iddah Boleh Meminang Isteri Yang Masih Dalam 'Iddah
- Mencerai Isteri Yang Dalam 'Iddah Talaq Raj'ie
- Isteri Dalam 'Iddah Talaq Raj'ie Oleh Suaminya Kemudian Dicerai Sebelum Dukhul
- 'Iddah Isteri Yang Kehilangan Suami (Al-Mafqud)
- Apakah Orang Lelaki Wajib Ber'iddah
- Hukum Pertindihan 'Iddah
- Hak Dan Tanggungjawab Suami Isteri Setelah Bercerai
- Rajah Pembahagian Wanita-Wanita Yang Ber'iddah
- Rajah Jenis-Jenis 'Iddah

BAB FASAKH ATAU PERCERAIAN OLEH HAKIM
- Perceraian Kerana Suami Tidak Mampu Memberi Nafkah
- Perceraian Kerana Dharar
- Perceraian Kerana Suami Ghaib Atau Dipenjarakan
- Fasakh Kerana Ke'aiban Dan Penyakit
- Perceraian Dengan Sebab Pertukaran Agama

BAB ZIHAR
- Pengertian Zihar
- Hukum Zihar
- Rukun Zihar
- Kaffarah Zihar
- Kaffarah Al-Yamin
- Kaffarah Nazar
- Kaffarah Membunuh

BAB IYLA'
- Pengertian Iyla'
- Bagaimana Iyla' Boleh Berlaku?
- Tempoh Iyla'
- Hukum Dan Implikasi Iyla'

BAB QAZAF
- Pengertian Qazf
- Hukum Qazf
- Bagaimana Qazf Boleh Berlaku
- Implikasi Qazf
- Gugur Had Qazf

BAB LI'AN
- Pengertian Li'an
- Sejauh manakah Li'an Dibenarkan?
- Bilakah Li'an Boleh Berlaku?
- Kaifiyat Li'an Dan Peranan Hakim
- Implikasi Li'an

Harga = RM22.00
Mukasurat = 375
Penulis = Ustaz Haji Mohd Saleh Bin Haji Ahmad
Penerbit = Pustaka Haji Abdul Majid Sdn Bhd

Wednesday, July 22, 2009

Menjawab Persoalan Makhluk Halus - Kaitannya Dengan Penyakit Dan Pengubatan

Saya sering menerima soalan sama ada melalui surat atau yang bertanya terus di majlis-majlis kuliah. Di antara soalan yang berulang kali diajukan kepada saya ialah yang berkaitan dengan makhluk halus seperti jin, qarin, sihir, rasukan, bunian, saka, orang mati hidup semula, penggunaan tangkal, penyakit yang disebabkan oleh jin dan sebagainya. Mereka meminta pendapat saya walaupun ramai alim ulama' lain di Malaysia yang boleh memberikan jawapan yang sama dengan saya.

Memandangkan persoalan ini berhubung kait dengan soal aqidah, maka menjadi suatu kefarduan kepada saya untuk menjelaskannya. Persoalan masyarakat ini perlu dirungkaikan supaya mereka tidak terus terjebak dengan amalan syirik.

Semoga Allah SWT memberikan petunjuk dan hidayah-Nya kepada semua pembaca buku ini.

- Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din

KANDUNGAN

BAB 1: PERSOALAN UMUM BERKAITAN MAKHLUK HALUS
- Adakah makhluk halus benar-benar wujud?
- Bolehkah manusia melihat makhluk halus?
- Apakah hikmah manusia tidak boleh melihat makhluk halus?
- Bolehkah makhluk halus menyebabkan penyakit?
- Apakah jenis penyakit bawaan makhluk halus?
- Bagaimanakah mencegah penyakit bawaan makhluk halus?
- Bolehkah makhluk halus dibunuh, diawet dan dipamerkan?
- Adakah aqidah boleh terjejas jika melihat pameran hantu?
- Benarkah makhluk halus boleh menyebabkan permusuhan dan pembunuhan?

BAB 2: PERSOALAN BERKAITAN JIN, BUNIAN, QARIN DAN SAKA
- Bolehkah manusia berkahwin dengan jin?
- Bolehkah jin ditangkap dan dimasukkan ke dalam botol?
- Benarkah orang bunian itu wujud?
- Bolehkah orang Islam bersahabat dengan orang bunian?
- Bolehkah roh suami yang telah meninggal dunia menziarahi isterinya?
- Bolehkah orang yang telah mati menjelma semula bertemu dengan ahli keluarganya?
- Adakah qarin dan saka itu sama? Bagaimanakah untuk mengatasi gangguan mereka?
- Bagaimanakah cara mengatasi gangguan saka?
- Bolehkah roh suami yang telah mati kembali meniduri isterinya yang masih hidup?

BAB 3: PERSOALAN BERKAITAN TANGKAL
- Apakah hukum memakai tangkal?
- Bolehkah menggunakan tangkal yang ditulis dengan ayat-ayat Al-Quran?
- Apakah hukum menggunakan tangkal yang ditulis ayat-ayat Al-Quran untuk tujuan kesembuhan penyakit?
- Adakah melilit benang hitam pada kanak-kanak amalan syirik?
- Benarkah kayu Koka boleh melindungi diri dan memurahkan rezeki?

BAB 4: PERSOALAN BERKAITAN SIHIR
- Apakah hukum mempelajari dan mengamalkan Ilmu sihir?
- Apakah hukum merawat sihir dengan sihir?
- Bagaimakah cara menghindarkan diri daripada sihir?
- Bagaimanakah merawat penyakit sihir?
- Benarkah Rasulullah SAW pernah disihir?
- Apakah hukuman terhadap pengamal sihir?
- Apakah santau? Benarkah ia dibuat untuk menganiaya orang?
- Benarkah wujud ilmu pembenci yang menyebabkan suami isteri bercerai?
- Benarkah ilmu pelalau boleh menghalang daripada mendapat jodoh?
- Adakah benda-benda pelik yang ditabur di pejabat itu kerja sihir? Bagaimanakah untuk mengatasinya?
- Benarkah memelihara ikan dapat mengelak daripada terkena pukau?
- Kenapa suami berasa panas dan rimas bila didekati isteri?

BAB 5: PERSOALAN BERKAITAN ILMU GHAIB
- Bolehkah mengamalkan ilmu yang diperolehi daripada mimpi?
- Apakah ilmu ladunni? Bolehkah ilmu ini dipelajari?
- Benarkah ilmu pengasih dan pembenci itu wujud?
- Apakah hukum rawatan menggunakan mantera dan jampi serapah?
- Benarkah amalan kita ditolak selama 40 hari sekiranya mempercayai tukang tilik & bomoh?

BAB 6: PERSOALAN UMUM
- Siapakah wali Allah atau tok wali?
- Wujudkah wali Allah pada zaman sekarang?
- Bolehkah manusia menentukan seseorang itu masuk syurga ataupun neraka?
- Benarkah Rasulullah SAW tidak pernah mengubati orang sakit?
- Benarkah Nabi Ayub pernah sakit teruk sehingga badannya berulat?
- Adakah benar bermimpi bertemu Rasulullah SAW yang keluar dari bilik mandi?
- Adakah bermimpi penderitaan ibu di alam kubur menunjukkan arwah ibu terseksa?
- Adakah Nabi Khidir masih hidup?

BAB 7: DOA-DOA DAN AYAT-AYAT AL-QURAN UNTUK MENGATASI GANGGUAN MAKHLUK HALUS
- Doa pendinding daripada semua kemudaratan
- Doa menghindar gangguan syaitan
- Al-Mu'awidhat
- Surah Al-Fatihah dan rangkaian sebelas ayat-ayat ruqyah daripada surah Al-Baqarah
- Tiga ayat untuk mengatasi sihir daripada surah Al-A'raf
- Empat ayat untuk mengatasi sihir daripada surah Yunus
- Enam ayat untuk mengatasi sihir daripada surah Taha

Harga = RM20.00 (Sem) RM22.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 222
Oleh = Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din
Penerbit = Persatuan Kebajikan Dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa') & Koperasi Darussyifa'

Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat-Ayat Dan Doa-Doa Mustajab

Buku ini disusun dengan sebegini rupa bagi memudahkan orang ramai untuk merujuk dan menghafal doa-doa dan ayat-ayat Al-Quran yang menjadi asas dalam ikhtiar rawatan penyakit kepada masyarakat.

Terdapat banyak doa dan ayat Al-Quran sebagai rawatan penyakit, bagaimanapun di dalam buku ini doa-doa dan ayat-ayat Al-Quran yang dipilih oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din merupakan yang paling kerap diamalkan oleh beliau sepanjang penglibatannya dalam dunia perubatan Islam bagi membantu mereka yang memerlukan pertolongan dalam usaha ikhtiar untuk mencari kesembuhan penyakit.

Buku ini dilengkapkan dengan Surah Yaasin, Bacaan Asas 10 Pertama, Bacaan Asas 10 Kedua, Rangkaian Zikir dan Doa-Doa Mustajab. Disusun sebegini rupa supaya mudah untuk dibawa dan diamalkan ketika berjemaah (berkumpulan) atau seorang diri.

- Penerbit

Harga = RM15.00 (Sem) RM16.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 120
Oleh = Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din
Penerbit = Persatuan Kebajikan Dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa')

Tuesday, July 21, 2009

Kitab Muhimmah & Al-Mawa'izd Al-Badi'ah

Kitab Muhimmah adalah merupakan sebuah kitab lama yang telah dikarang oleh Syeikh Abdullah Ibnu 'Abdur Rahim Fathani. Dan ianya banyak membicarakan tentang kelebihan dan kepujian terhadap perbuatan seorang isteri yang telah menunaikan tanggungjawabnya terhadap suaminya dan juga memberi peringatan yang sebaliknya apabila mereka derhaka.

Manakala terdapat sebuah lagi kitab yang bernama Al-Mawa'idz Al-Badi'ah membicarakan tentang peringatan-peringatan yang indah buat seorang Muslim yang dikarang oleh Maulana As-Syeikh 'Abdur Rauf Fanshuri Acheh.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAHAGIAN PERTAMA: Kitab Muhimmah
- Maka Inilah Suatu (Muhimmah): Yang Ditakutkan Atas Tiap-Tiap Perempuan Yang Bersuami, Iaitu Mengerjakan Pekerjaan Yang Jadi Derhaka Akan Suaminya

- (Ini Suatu Tanbih) Pada Menyatakan Kelebihan Segala Perempuan Yang Mengikut Bagi Suaminya

- (Ini Suatu Tanbih) Pada Menyatakan Kebinasaan Atas Lelaki Yang Mempunyai Isterinya Sebab Berkahwin

- (Ini Suatu Tanbih Pula) Maka Hendaklah Ada Bagi Lelaki Yang Ada Baginya Isterinya Itu Di Dalam Cemburuan Yang Pertengahan

- (Ini Suatu Tanbih Pula) Tatkala Kita Ketahuilah Daripada Segala Jalan Yang Jadi Kebinasaan Atas Segala Orang Yang Berkahwin

- (Ini Suatu Tanbih) Pula Pada Menyatakan Qismun, Ertinya Giliran

- (Ini Suatu Tanbih Pula) Pada Menyatakan Tahajar Dan Tasyaman

- (Ini Suatu Muhimmah) Yang Ditakut Atas Segala Orang Yang Memutuskan Akan Segala Keluarganya

- (Tanbih) Sesungguhnya Telah Menaqal Oleh Qurthubi Di Dalam Tafsirnya: "Akan Ittifaqlah Segala Ulama' Atas Menyatakan Haram Memutuskan Keluarganya Dan Wajib Menghubungkan Dia"

- (Faedah)

- Adapun Riwayat Beranak Pada Malam Pula
- (Faedah)

BAHAGIAN KEDUA: Kitab Al-Mawa'idz Al-Badi'ah
Mengandungi 50 Pengajaran

Harga = RM15.00
Mukasurat = 263
Penulis = Syeikh 'Abdullah Ibnu 'Abdur Rahim Fathani & Syeikh 'Abdul Ra'uf Fanshuri Acheh
Alih Tulisan Jawi Ke Rumi = Noraine Abu
Penerbit = Al-Hidayah Publications

Monday, July 20, 2009

Kisah-Kisah Daripada Rasulullah

Kisah, biasanya membawa khabar dari warkah mesra. Walaupun ia mungkin menyentuh laluan sejarah sesiapa yang pernah wujud dan hidup tetapi ia lazim boleh diterima jika ia jujur - dihidangkan dalam bentuk naratif berupa nasihat yang datang dari dasar hati.

KANDUNGAN

KISAH 1: Tawasuul Tiga Lelaki Di Dalam Sebuah Gua
KISAH 2: Wasiat Seorang Lelaki Supaya Mayatnya Dibakar
KISAH 3: Debat Seorang Ibu Dengan Bayinya
KISAH 4: Nabi Ayub A.S. Dengan Belalang Emas
KISAH 5: Kisah Si Sopak, Si Buta Dan Si Botak
KISAH 6: Seorang Lelaki Dan Seekor Anjing Yang Dahaga
KISAH 7: Kisah Raja Yang Angkuh Dengan Pemuda Beriman
KISAH 8: Orang Yang Bertaubat Kepada Tuhannya
KISAH 9: Nabi Yang Berperang Dengan Pengkhianat
KISAH 10: Nabi Sulaiman A.S. Dengan Dua Wanita Dan Serigala
KISAH 11: Dugaan Ke Atas Nabi Sulaiman A.S.
KISAH 12: Taubat Seorang Pembunuh
KISAH 13: Allah Mengasihi Orang Yang Mengasihi Saudaranya
KISAH 14: Doa Seorang Ibu
KISAH 15: Dua Lelaki Dan Tempayan Emas
KISAH 16: Ahli Ibadah Dengan Wanita Cantik
KISAH 17: Nama-Nama Allah Yang Indah
KISAH 18: Tiga Sedekah Yang Berkat

Harga = RM13.90 (Sem) RM16.90 (Sab/Swk)
Mukasurat = 112
Penyusun = Allahyarham Dato' Ishak Baharom
Penerbit = Kemilau Publika Sdn Bhd

Yassiin Fadhilah Dan Terjemahan

Harga = RM4.00
Mukasurat = 37 + 17

Yasiin Fadhilat (Jakarta)


Harga = RM3.00
Mukasurat = 17

Pesanan Rasulullah S.A.W. Menjelang Wafatnya

Kalau kita perhatikan kandungan khutbah atau pidato-pidato Rasulullah S.A.W. ketika mengerjakan haji wadak, nampak baginda tahu ajalnya sudah dekat. Baginda banyak menyampaikan amanat, pesanan dan wasiat penting untuk menjadi pegangan para sahabat dan umat yang hidup di kemudian hari.

Buku ini menceritakan pesanan dan amanat Rasulullah S.A.W. yang baginda sampaikan pada saat-saat akhir kehidupannya. Iaitu amanat yang baginda sampaikan ketika mengerjakan haji di Arafah, Mina, Makkah dan dalam perjalanan pulang ke Madinah. Terakhir, adalah wasiat atau pesanan Rasulullah ketika menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Di antara inti yang baginda sampaikan itu ialah menyuruh supaya berpegang kepada Al-Quran dan Hadis, supaya memelihara solat, menjaga amanah, membela kaum yang lemah dan banyak lagi yang dirakamkan di dalam buku ini.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAB 1: Keturunan Dan Tugas Nabi Muhammad S.A.W.
BAB 2: Jihad Dan Akhlak Rasulullah S.A.W.
BAB 3: Amalan Terakhir Adalah Yang Terbaik
BAB 4: Perpisahan Dengan Umat Dan Pelaksanaan Haji Wadak
BAB 5: Perpisahan Dengan Orang Hidup Dan Mati
BAB 6: Rasulullah S.A.W. Mulai Sakit
BAB 7: Khutbah Rasulullah S.A.W.
BAB 8: Pesanan Rasulullah S.A.W. Ketika Sakit Tenat
BAB 9: Pesanan Rasulullah S.A.W. Menjelang Wafatnya
BAB 10: Rasulullah S.A.W. Memilih Rafiqul A'la
BAB 11: Rasulullah S.A.W. Mati Syahid
BAB 12: Sesiapa Menyembah Allah, Allah Hidup Selamanya
BAB 13: Kewafatan Rasulullah S.A.W., Musibah Bagi Umat Islam
BAB 14: Harta Warisan Rasulullah S.A.W.
BAB 15: Hak Rasulullah S.A.W. Terhadap Umatnya

Harga = RM6.00
Mukasurat = 108
Penulis = Sa'id Ali Al-Qahthani
Penterjemah = Drs. H. Syahrin Nasution
Penerbit = Pustaka Syuhada

Ihya' Ramadhan - Penghayatan Ramadhan Menurut Al-Quran Dan Sunnah

Buku Ihya' Ramadhan ini memuatkan sebanyak 22 perbahasan, membahaskan masalah-masalah berhubung-kait ibadah puasa bulan Ramadhan. Tidaklah di dalam buku kecil ini menyatakan tentang hukum-hukum puasa wajib atau sunat yang lain.

Buku ini adalah hasil dari penyampaian dan perkara-perkara berbangkit ketika siri-siri Kuliah Ramadhan atau Tazkirah Ramadhan yang pernah dijalankan sebelum ini oleh Ybhg. Al-Fadhil Ustaz Ismail Haji Shafiee, dan kemudiannya dibukukan bagi memudahkan kaum muslimin memanfaatkannya.

Selain daripada kelebihan puasa, kelebihan Ramadhan, kelebihan Solat Tarawih, kelebihan membaca Al-Quran dan bertadarrus dan lainnya, di dalam buku ini juga dinyatakan tentang beberapa kemusykilan yang berlaku seperti hukum menyentuh dan membaca Al-Quran ketika berhadath, hukum merokok, masalah qadha' puasa dan lain-lain.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAB 1: Pengertian, Bahagian Dan Dalil Wajib Puasa
BAB 2: Faedah Dan Hikmah Puasa
BAB 3: Cara Menentukan Masuknya Ramadhan
BAB 4: Kelebihan Puasa Ramadhan
BAB 5: Rukun-Rukun Puasa
BAB 6: Syarat-Syarat Puasa
BAB 7: Perkara Yang Membatalkan Puasa
BAB 8: Kanak-Kanak Berpuasa
BAB 9: Perkara Makruh Ketika Puasa
BAB 10: Adab-Adab Ketika Puasa
BAB 11: Kurma Sunnah Nabi Menjaga Kesihatan
BAB 12: Air Sumber Kehidupan Menjana Kesihatan
BAB 13: Hukum Menyentuh Dan Membaca Al-Quran
BAB 14: Merokok Adalah Haram
BAB 15: Haram Membatalkan Puasa Tanpa Sebab
BAB 16: Qadha' Puasa Ramadhan
BAB 17: Solat Sunat Tarawih
BAB 18: Tazkirah Ramadhan
BAB 19: Solat Sunat Witir
BAB 20: Hukum Zakat Fitrah
BAB 21: Hadith Dha'if Berkaitan Puasa
BAB 22: Selamat Tinggal Ramadhan

Harga = RM13.00 (Sem) RM15.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 177
Karya = Ustaz Ismail Syafiee Al-Bakabi
Penerbit = Penerbitan Bakabi

Sunday, July 19, 2009

Panduan Ibu Mengandung & Adab Menyambut Cahaya Mata

KANDUNGAN

- Amalan Utama Semasa Mengandung
- Akhlak Suami Terhadap Isteri Yang Hamil
- Akhlak Isteri Terhadap Suami Ketika Hamil
- Panduan Dan Amalan Menyambut Cahaya Mata
- Zikir Dan Doa Semasa Hampir Melahirkan
- Adab Menyambut Kelahiran Bayi
- Surah Al-Fatihah
- Ayat Kursi
- Surah Al-Waqi'ah
- Surah Yasin
- Surah Yusuf
- Surah Al-Insyiqaq
- Galakan Berusaha Mendapat Cahaya Mata
- Larangan Merungut Jika Mendapat Anak Perempuan
- Galakan Mengucapkan Tahniah Kerana Beroleh Cahaya Mata
- Suruhan Azan Dan Qamat Di Telinga Bayi Yang Baru Lahir
- Suruhan Men'Tahnik' Bayi Yang Baru Lahir
- Kaedah Dan Ketentuan Memberi Nama
- Kelahiran Bayi
- Hukum Melubangi Telinga Bayi Lelaki Dan Perempuan
- Hukum Kencing Bayi Lelaki Dan Perempuan
- Hukum Ludah Dan Air Liur Bayi
- Sahkah Sembahyang Sambil Mengendong Bayi?
- Suruhan Mencukr Bayi Dan Bersedekah Seberat Timbangan Rambutnya
- Akikah
- Berkhitan
- Hikmah Akikah Dan Berkhitan

Harga = RM14.00
Mukasurat = 277
Penyusun = Abdul Hamid Abdul Hakim
Penerbit = Berlian Publications Sdn Bhd

Saturday, July 18, 2009

Asas-Asas Fardu Ain - Edisi Terkini

KANDUNGAN

BAHAGIAN I: Rukun Islam
- Mengucap Dua Kalimah Syahadat

BAHAGIAN II: Rukun Iman
- Rukun Iman
- Sifat Dua Puluh (20)
- Ringkasan Mengenai Munafik, Musyrik, Kafir Dan Murtad
- Hukum-Hukum Di Dalam Islam

BAHAGIAN III: Taharah (Bersuci)
- Taharah (Bersuci)
- Wuduk
- Hukum Mandi Wajib Dan Mandi-Mandi Sunat
- Najis Dan Cara Menyucikannya

BAHAGIAN IV: Ibadat Solat
- Perkara Yang Sunat Dilakukan Sebelum Solat
- Solat
- Bacaan-Bacaan Dalam Solat
- Bacaan Wirid, Zikir Dan Doa Sesudah Solat
- Solat Jumaat
- Solat Qasar Dan Jamak
- Solat Bagi Orang Yang Sakit
- Tahlil
- Solat Sunat

BAHAGIAN V: Ibadat Puasa

BAHAGIAN VI: Ibadat Zakat

BAHAGIAN VII: Ibadat Haji
- Ibadat Haji
- Sembelihan
- Qurban
- Aqiqah

BAHAGIAN VIII: Nikah

BAHAGIAN IX: Taubat Dan Doa
- Taubat Dan Doa
- Adab-Adab Berdoa Dan Senarai Doa

BAHAGIAN X: Adab Dalam Islam

BAHAGIAN XI: Bulan-Bulan Hijrah
- Bulan Hijrah Dan Peristiwa Yang Berkaitan

BAHAGIAN XII: Surah-Surah Al-Quran

Harga = RM16.00 (Sem) RM18.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 378
Penyusun = Ustaz Sulaiman Endut
Penerbit = Pustaka Haji Abdul Majid Sdn. Bhd.

Wednesday, July 15, 2009

Panduan Usrah

Usrah adalah satu proses untuk mengikat hubungan yang lebih mantap di kalangan ahli jamaah untuk melakukan kerja Islam yang mencabar. Tegur menegur antara sesama ahli dan nasihat-menasihati adalah asas kekuatan jamaah. Kemanisan berjamaah akan terasa apabila pelaksanaannya menepati kehendak usrah.

- Petikan Mukasurat 2

KANDUNGAN

MUQADDIMAH
- Definisi Usrah
- Tujuan Usrah

BAB 1: RUKUN USRAH
- Taaruf
- Tafahum
- Takaful

BAB 2: SIFAT / CIRI NAQIB YANG DINAMIK
- Al-Fahmu
- Iman Yang Mendalam
- Benar
- Sabar
- Rahmat
- Tawaduk
- Pemurah
- Suka Menolong (Ringan Tulang)

BAB 3: PERBINCANGAN DALAM USRAH
- Solat Fardu Secara Berjamaah Di Tempat Usrah
- Membaca Zikir Ma'thurat Dan Doa
- Membaca Al-Qur'an
- Huraian Hadith
- Al-Sirah Al-Nabawiyyah
- Fikrah Islam
- Muhasabah
- Perbincangan Am
- Isu Semasa
- Naqib Akan Menentukan Apakah Tugas Yang Perlu Dilakukan Untuk Minggu Yang Akan Datang
- Sediakan Tabung Usrah Untuk Melatih Ahli Usrah Menderma Walaupun Sedikit
- Bersurai

BAB 4: PANDUAN PERLAKSANAAN USRAH

BAB 5: ADAB-ADAB USRAH

BAB 6: AKTIVITI LUAR USRAH

BAB 7: KESAN PELAKSANAAN USRAH

BAB 8: CIRI-CIRI HARAKAH ISLAMIAH
- Bersifat Rabbani
- Bersifat Alamiah (Sejagat)
- Ia Memperjuangkan Perubahan Yang Total
- Fikrah Yang Dibawa Adalah Jelas Dan Tepat
- Memperjuangkan Persaudaraan Sejagat
- Keanggotaannya Terbuka
- Anggotanya Bersifat Hizbullah
- Tanzim (Penyusunan) Yang Kemas

BAB 9: MATLAMAT JAMAAH ISLAM

Harga = RM4.00
Mukasurat = 37
Penyusun = Ustaz Idris Ahmad
Penerbit = Sarjana Media

Status Wanita Dalam Undang-Undang Jenayah Islam

Dalam kekeliruan terhadap hal dan juga kedudukan wanita dalam masyarakat terutamanya yang berhubung dengan undang-undang jenayah Islam begitu jelas berlaku. Keadaan ini diburukkan lagi dengan tindakan sesetengah wanita yang mengambil sikap membisu terhadap apa jua perkara yang menimpa diri mereka.

Dan ada pula yang bersifat agresif dengan melaungkan gerakan pembebasan wanita yang berfahaman liberalisme barat, yang ada kalanya jauh tersasar dari landasan ajaran Islam. Ini menambahkan kekeliruan yang sedia ada.

Perkara ini harus diambil berat kerana pandangan melampau oleh golongan sebegini telah mendorong masyarakat antarabangsa mahupun masyarakat Islam sendiri memandang sepi peranan undang-undang jenayah Islam dalam membela nasib wanita.

Penulis juga mengetangahkan faktor-faktor yang menyumbang ke arah berlakunya fenomena tersebut dengan menampilkan hujah-hujah, idea yang bernas di samping nas-nas syariat yang boleh dikaitkan dengan isu-isu semasa yang berlaku di dalam masyarakat terutama di negara ini.

Penerangan turut dibuat mengenai kejatuhan tamadun Islam yang menyaksikan pembekuan pemikiran orang Islam sehingga menyebabkan mereka bergantung kepada hukum lama walaupun masyarakat Islam sudah berubah dan memerlukan ijtihad dan hukum baru bagi disesuaikan dengan kehendak semasa.

Sehubungan itu, dengan adanya buku ilmiah sebegini dapat mendalamkan lagi kefahaman umat terhadap peranan dan layanan kepada wanita berdasarkan undang-undang jenayah Islam yang sememangnya begitu unik, berkesan dan bersesuaian dengan fitrah manusia itu sendiri.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAB PERTAMA: KEDUDUKAN WANITA SECARA UMUM DARIPADA PERSPEKTIF AL-QURAN DAN AL-SUNNAH
- Pendahuluan
- Pandangan Islam Mengenai Wanita
- Istilah Wanita Dalam Al-Quran Dan Al-Sunnah
- Hukum Mengenai Wanita Dalam Al-Quran Dan Al-Sunnah
- Kesimpulan

BAB KEDUA: WANITA SEBAGAI SUBJEK JENAYAH
- Pendahuluan
- Konsep Jenayah
- Subjek Jenayah
- Wanita Sebagai Subjek Jenayah
- Kes-Kes Jenayah Wanita Di Zaman Awal Islam
- Pengecualian
- Kesimpulan

BAB KETIGA: HUKUMAN-HUKUMAN ATAS WANITA YANG MELAKUKAN JENAYAH
- Pendahuluan
- Konsep Hukuman
- Ciri-Ciri Penting Dalam Keseksaan
- Objektif Hukuman Atau Keseksaan
- Bahagian-Bahagian Hukuman Atau Keseksaan
- Hukuman-Hukuman Atas Penjenayah Wanita
- Wanita Dan Hukuman Qisas
- Tanggungjawab Wanita Atas Bayaran Diyat
- Wanita Dan Hukuman Hudud
- Wanita Dan Hukuman Ta'zir
- Kesimpulan

BAB KEEMPAT: WANITA DAN PENGADILAN JENAYAH
- Pendahuluan
- Wanita Sebagai Hakim Jenayah
- Kesaksian Wanita Dalam Kes-Kes Jenayah
- Pengakuan Wanita
- Prosedur Bersumpah
- Asas Penerimaan Sumpah Dalam Kes-Kes Pembunuhan
- Wanita Sebagai Peendakwa Jenayah
- Wanita Sebagai "Wali Dam"
- Wanita Sebagai Peguam Jenayah

BAB KELIMA: ANALISA PERBANDINGAN TENTANG STATUS WANITA ANTARA PRINSIP SYARIAT DAN IJTIHAD FUQAHA DALAM UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM
- Pendahuluan
- Antara Wanita Dan Lelaki Secara Umum
- Bentuk Dan Sifat Masyarakat Islam
- Wanita Dalam Masyarakat Islam
- Wanita Sebagai Subjek Jenayah
- Wanita Dan Hukuman Qisas
- Diyat Wanita
- Wanita Dan Hudud
- Wanita Dan Ta'zir
- Wanita Dan Pengadilan Jenayah

Harga = RM22.00
Mukasurat = 277
Penulis = Dr. Paizah Hj. Ismail
Penerbit = Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

Mengapa Perlu Kepada Undang-Undang Jenayah Islam? - Penting!!!

Sejarah manusia mempamerkan bagaimana kezaliman dan ketidakadilan menghumbankan manusia ke jurang kehinaan dan kesengsaraan. Bagi mewujudkan kehidupan yang berpaksikan keharmonian dan ketenangan, Islam menganjurkan keseimbangan dan keadilan. Pelaksanaan undang-undang jenayah Islam bertujuan mewujudkan keamanan kepada kaum muslimin khasnya dan kepada manusia sejagat amnya. Malangnya, dalam kejahilan mereka, ada muslimin menganggap undang-undang jenayah Islam sebagai primitif, kejam, mengerikan dan zalim. Sesungguhnya, tanggapan salah wajar diperbetulkan. Di sinilah diharap buku ini dapat membuka minda dan seterusnya meningkatkan pengetahuan mereka mengenai undang-undang jenayah Islam. Insya-Allah.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAB 1: FALSAFAH PERUNDANGAN ISLAM
- Dasar Perundangan Islam
- Keistimewaan Perundangan Islam
- Falsafah Penghukuman Dalam Undang-Undang Islam

BAB 2: MENGAPA PERLU KEPADA UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM?
- Mukadimah
- Menunaikan Tuntutan Allah
- Keistimewaan Dan Kesempurnaan Undang-Undang Jenayah Islam
- Kesimpulan

BAB 3: PERBEZAAN ANTARA UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM DENGAN UNDANG-UNDANG JENAYAH CIPTAAN
- Pendahuluan
- Definisi Undang-Undang Jenayah
- Perbezaan Umum Antara Undang-Undang Jenayah Islam Dengan Undang-Undang Ciptaan
- Perbezaan Asas Dari Segi Skop Jenayah, Hukuman Dan Tujuan Hukuman
- Kesimpulan

BAB 4: KEBERKESANAN UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM DALAM MEMBANTERAS JENAYAH
- Sejarah Perlaksanaan Undang-Undang Jenayah Islam
- Faktor Keberkesanan Undang-Undang Jenayah Islam
- Bukti Keberkesanan Undang-Undang Jenayah Islam
- Kesimpulan

BAB 5: KONSEP DAN PEMBAHAGIAN JENAYAH DALAM ISLAM
- Definisi Jenayah
- Pembahagian Jenayah
- Jenayah (Kesalahan) Hudud
- Zina
- Qazaf Atau Menuduh Zina
- Minum Arak
- Mencuri
- Hirabah (Rompakan)
- Murtad
- Jenayah (Kesalahan) Qisas Dan Diat
- Qisas
- Jenayah Bunuh
- Jenayah Memukul Dan Mencedera
- Diat
- Jenayah (Kesalahan) Takzir
- Kesimpulan

Harga = RM18.90 (Sem) RM21.90 (Sab/Swk)
Mukasurat = 122
Penulis = Ustaz Mohd Sukki Othman & Ustaz Mohamad Hadi Ahmad Talhah
Penerbit = Putaka Yamien Sdn. Bhd.

Monday, July 13, 2009

Don't Be Sad

At a time in which the Muslims are beset with trials from every periphery and within, comes this heartening book rooted in the commandments of Allah (SWT), the Sunnah and the excellent guidance and examples of the Muslims that have come before us.

DON'T BE SAD is an absolute must-read for all people. It is full of practical advice on how to replace it with a pragmatic and ultimately satisfying Islamic outlook on life. It expose to the modern reader how Islam teaches us to deal with the tests and tribulations of this world.

So, take heart and hold firmly onto the rope of Allah.

Harga = RM45.00
Mukasurat = 467
Penulis = Dr. 'Aidh ibn Abdullah al-Qarni
Penterjemah = Faisal ibn Muhammad Shafeeq
Penerbit = IPH Islamic Preaching House

Jangan Bersedih - Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan

Buku ini merupakan hasil kajian yang bersungguh-sungguh dari penulis, yang cuba menyelesaikan berbagai masalah dalam kehidupan manusia. Permasalahan yang timbul akibat keraguan, kegelisahan, dukacita, penderitaan, kesedihan, keputusasaan, hilang harapan, kekecewaan dan berbagai lagi.

Buku ini diharap dapat memberikan penyelesaian terhadap segala permasalahan tersebut, melalui tuntutan cahaya wahyu, petunjuk ajaran Nabi dan panggilan fitrah kemanusiaan, serta melalui berbagai saranan yang kreatif dan etika yang mengkagumkan. Di dalam buku ini juga terdapat berbagai nukilan sejarah para sahabat terbaik dan tabi'in terpilih. Juga ada beberapa potongan bait puisi para penyair terkemuka, nasihat daripada para doktor, pesanan para ahli hikmah dan tuntuan para ulama.

Di antara lembaran-lembaran halaman buku ini terdapat pula beberapa hasil karya ilmiah dari para ilmuan Timur dan Barat, terdahulu dan masakini. Semuanya dirangkum dari berbagai sumber media maklumat, berupa tulisan yang terdahulu, majalah, makalah dan beberapa media lainnya...

- Penerbit

Harga = RM35.00
Mukasurat = 612
Penulis = Dr. Abdullah 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni
Penterjemah = Noraine Abu
Penerbit = Al-Hidayah Publications

Friday, July 10, 2009

Anugerah Dari Langit - Sejarah Al-Quran

Al-Quran adalah wahyu yang diturunkan dari langit oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril AS. Sejarah penurunannya selama 23 tahun secara beransur-ansur telah memberi kesan yang sangat besar dalam kehidupan seluruh manusia. Di dalamnya terkandung pelbagai ilmu, hikmah dan pengajaran yang tersurat mahupun tersirat. Sesungguhnya 'Anugerah Dari Langit' ini tidak terkata nilainya.

Sebagai umat Islam, kita haruslah berpegang kepada Al-Quran dengan membaca, memahami dan mengamalkan serta menyebarluas ajarannya. Bagi mereka yang mencintai dan mendalaminya akan mengambil iktibar serta pengajaran, lalu menjadikannya sebagai panduan dalam meniti kehidupan dunia menuju destinasi akhirat yang kekal abadi.

Semoga buku ini bermanfaat dalam memberikan penerangan dan pemahaman tentang sejarah berkisar Al-Quran ul Karim, InsyaAllah.

- Penulis

KANDUNGAN

- Mengenali Al-Quran
- Asbabun Nuzul
- Nama-Nama Al-Quran
- Bagaimana Al-Quran Diturunkan
- Bagaimana Wahyu Disampaikan
- Al-Quran Diturunkan Beransur-Ansur
- Ayat Al-Quran Yang Mula Dan Yang Akhir Diturunkan
- Bagaimana Al-Quran Ditulis
- Al-Quran Diturunkan Tujuh Huruf
- Mengenal Mushaf Uthmany
- Mukjizat Al-Quran
- Kelebihan Al-Quran
- Adab-Adab Membaca Al-Quran

Harga = RM8.00
Mukasurat = 150
Penulis = Ustaz Mohd. Yusuf Ahmad (Universiti Malaya)
Penerbit = Darul Nu'man

Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah

Tujuan asas buku ini dan perbahasan yang terkandung di dalamnya ialah untuk menegaskan bahawa para da'i Muslim tidak akan mencapai kejayaan selama mereka belum bersifat "Rabbaniyyin". Sesungguhnya banyak persoalan penyelewengan, fitnah yang berlaku di dalam kehidupan dan perkembangan da'wah di sana sini. Hal ini adalah pertamanya kerana kecuaian para da'i itu sendiri menunaikan hak dan tanggungjawab terhadap diri sendiri. Kesibukan mereka di dalam kerja-kerja penyampaian da'wah telah mengurangkan "commitment" mereka sendiri dan penyertaan mereka dengan kandungan da'wah itu sendiri.

Selama belum tercapai interaksi antara du'at dan hidayah yang dikembangkan oleh mereka selagi itulah mereka tidak akan dapat menjadi penunjuk dan pembimbing orang lain. Orang yang tidak memiliki sesuatu pasti tidak akan dapat memberikan apa-apa.

- Petikan Muqaddimah

KANDUNGAN

BAHAGIAN PERTAMA: RINTANGAN PERJUANGAN DALAM KEHIDUPAN PENDA'WAH
- Orang Mu'min Yang Dengki Kepadanya
- Orang Munafiq Yang Benci Kepadanya
- Orang Kafir Yang Memeranginya
- Syaitan Yang Menyesatkan
- Nafsu Yang Meransangnya

BAHAGIAN KEDUA: CIRI-CIRI KEIMANAN
- Sifat-Sifat Keimanan Yang Perlu Dijaga

BAHAGIAN KETIGA: BEKALAN PARA DA'I

BAHAGIAN KEEMPAT: BAHTERA PENYELAMAT UNTUK PARA DA'I

Harga = RM17.00
Mukasurat = 232
Penulis = Dr. Fathi Yakan
Penterjemah = Ustadh 'Abdul Ghani Shamsuddin & Ustadh Zawawi Hj. 'Ali
Penerbit = Dewan Pustaka Fajar

Thursday, July 9, 2009

Islam Adil Untuk Semua

Keadilan mengikut tafsiran demokrasi Barat tidak lengkap dan menyeluruh kerana dikongkong perasaan perkauman, bangsa, pengaruh harta, pangkat dan monopoli politik. Islam tampil menjadi penyelamat serta pelindung dalam menjaga keadilan, kebebasan dan hak manusia tanpa menafikan prinsip demokrasi.

Menurut orientalis Barat Snouck Hurgronje, "Yang wajib ditakuti oleh pemerintah Barat bukanlah Islam sebagai agama, tetapi Islam sebagai doktrin politik". Kesannya, Islam difitnah sebagai agama kolot, menindas, merendahkan hak wanita, melaksana undang-undang rimba dan monopoli harta.

Buku ini mengupas secara jelas konsep dan aplikasi Islam menjaga dan memelihara keadilan kepada semua kelompk masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Ia merangkumi pentadbiran politik, transaksi ekonomi, kesaksamaan sistem kehakiman, hak keadilan wanita dan orang bukan Islam. Buku ini juga menjelaskan asas-asas adil dalam Islam dan falsafah serta prinsip keadilan Islam secara mudah dan terperinci.

"Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim,
walaupun sebesar debu." (Surah An-Nisak : 40)

KANDUNGAN

- Apa Erti Adil
- Politik Dan Amanah
- Islam Dan Demokrasi
- Diktatorship Dan Teokrasi
- Peranan Ulil Amri
- Adil Syarat Wajib
- Keadilan Undang-Undang
- Siasah Syar'iyyah
- Kehakiman
- Keadilan Ekonomi
- Keadilan Masyarakat
- Pembebasan Hamba
- Hukuman Qisas
- Islam Dan Hubungan Antara Bangsa

Harga = RM14.00 (Sem) RM15.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 120
Penulis = Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Penerbit = PTS Islamika

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...