Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Tuesday, March 31, 2009

Catatan Kanvas Kehidupan - Siri Sekuel Potret Perjuangan Pemuda

'Catatan Kanvas Kehidupan' ini adalah tulisan yang menggabung beberapa tulisan saya sendiri yang bergulat di medan amal jamaie dalam dua dekad ini dan juga himpunan tulisan teman-teman yang lain, berkongsi suka duka mereka mengharungi bahtera perjuangan. Pelbagai sketsa dan dimensi kehidupan ditulis dengan baik, serta bahasa yang mudah dikunyah oleh pembaca, menyoroti pelbagai isu semasa yang berkaitan serta disulam dengan pengalaman terlibat dalam manangani sesuatu isu. Juga esei-esei yang berlatarbelakangkan kehidupan peribadi yang boleh dikongsi bersama dengan pembaca terutama aktivis pemuda yang serba rencam, tanpa berselindung tentang kekurangan dan kelemahan sebagai manusia yang mempunyai tuntutan kehidupan sebagaimana anak-anak muda yang lainnya.

- Penulis

KANDUNGAN

- Pelarian Palestin Yang Terbiar
- Suara Tanpa Wajah
- Sanggup Berkorban
- Pakistan Dalam Tangisan Salju
- Menjadi Tetamu Allah
- Pengharaman Ceramah
- XPDC Dakwah
- Mendekati Artis; Sebahagian Wahana Dakwah
- Pemuda PAS Dan Isu Selatan Thai
- Menjejak Tanah Leluhur
- Legasi Tamadun Islam
- Tersadai Di Lapangan Terbang Fukuoka
- Adik-Adik Yang Ramah
- Syiria Yang Indah
- Ketua Pemuda Yang Kaya Dengan Pelbagai Watak
- Ops Kriket Dalam Kenangan
- Raya Di Rumah Amy Search
- Saya Sebelum Hari Ini
- Ada Apa Pada Nama
- Hidangkanku Secangkir Kopi Panas
- Politik Damai
- Tahniah! Buat Kak Long Dan Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad Balok, Kuantan
- Pesanan Ayah Buat Anak Tersayang
- Sunnah Orang Berjuang
- Korban Merdeka Dan Mangsa Patriotisme
- Sehari Dalam Hidup Seorang Pejuang
- Perjuangan Era 80'an: Sebuah Kerinduan
- Dari Pasar Budaya Ke Istana Negara
- 11 Hari Mogok Lapar: Suatu Catatan Bersejarah
- Nostalgia 10 November: Gelombang Kuning Di Kuala Lumpur
- Galeri Foto

Harga = RM20.00
Mukasurat = 210
Penulis = Riduan Mohamad Nor Dan Lain-Lain
Penerbit = Jundi Resources

Manhaj Islam Dalam Berinteraksi Dengan Harta Benda

Islam adalah agama yang menyeluruh, memiliki manhaj kehidupan dan syariat-syariat yang sempurna. Ianya juga merupakan agama dan negara mengandungi aturan-aturan hukum-hakam. Syariat-syariatnya, aturan-aturannya dan hukum-hukumnya mengandungi unsur ibadah dan muamalah di pelbagai sektor kehidupan. Dengan aturan tersebut, manusia dapat hidup tenang dan damai sebagai hamba Allah SWT. Sehingga berjaya dengan keredhaan Tuhannya pada suatu hari yang mana harta dan anak-anak tidak berguna kelak.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAB PERTAMA - Wajibnya Memahami Kaedah-Kaedah Syariat Dalam Mu'amalah Harta Benda

BAB KEDUA - Contoh-Contoh Praktikal Dari Pelanggaran Terhadap Syariat Dalam Mu'amalah Harta Benda

BAB KETIGA - Di Antara Keutamaan-Keutamaan Ukhuwah Dalam Mu'amalah Harta Benda

BAB KEEMPAT - Kaedah-Kaedah Syariat Mu'amalah Harta Benda Dapat Menjaga Ikatan Persaudaraan

BAB KELIMA - Nasihat-Nasihat Untuk Orang Muslim Dalam Bermu'amalah Harta Benda

BAB KEENAM - Fatwa-Fatwa Syariat Dalam Mu'amalah Harta Benda Pada Masa Kini

Harga = RM6.50
Mukasurat = 119
Penulis = Dr. Husen Shahata
Penterjemah = H. M. Yusuf Sinaga LC
Penerbit = Pustaka Darussalam Sdn Bhd

Hubungan Antarabangsa Dalam Fiqh Islam

Sesungguhnya fuqaha' Islam berfungsi sebagai penolong dan bekalan yang tidak pernah habis dan kering, tidak diragukan bahawa kegemilangan dan kekentalannya diambil dari sumber-sumber yang agung. Inilah titisan samudera luas dan tumbuhan dari tanaman yang menghijau, tidak diragukan bahawa syari'at Islam datang untuk membahagiakan manusia di dunia dan akhirat kerana ia mengandungi pengajaran-pengajaran yang tinggi, peraturan-peraturan dan hukum-hukum yang selaras bagi setiap waktu dan tempat.

Dengan adanya perhatian Universiti Al-Azhar ke atas pustaka ini dan keinginannya yang kuat untuk menyebarkannya maka kajian mengenai 'Fiqh Islam' memutuskan akan menyebarkannya pada setiap tahun kajian yang baru.

"Hubungan Antarabangsa Dalam Fiqh Islam" diputuskan untuk diajarkan kepada seluruh pelajar tahun tiga pada seluruh fakulti baru dan tahun dua fakulti kejuruteraan, di mana kami telah bentangkan tajuk-tajuk pelajaran yang selaras dengan kurikulum di fakulti-fakulti tersebut.

Kami pohon kepada Allah agar dijadikannya sebagai usaha yang bermanfa'at serta ikhlas keranaNya, dapat merealisasikan tujuan dan menghasilkan tujuan dan menghasilkan buah yang diharapkan demi mencari keredhaan Allah.

- Dr. Nasr Farid Muhammad Wasil
Ketua Bahagian Fiqh
Fakulti Syari'at Dan Hukum
Kaherah, Mesir

KANDUNGAN

- Kajian Pendahuluan
- Pembahasan Pertama: Jenis-Jenis Negara Dalam Fiqh Islam
- Pembahasan Kedua: Dasar-Dasar Hubungan Kemanusiaan Dalam Islam Dan Efektivitinya Dalam Hubungan Antarabangsa
- Pembahasan Ketiga: Persamaan Hak Dan Kewajipan Dalam Syari'at Islam
- Pembahasan Keempat: Pokok-Pokok Hubungan Sosial Antara Kaum Muslimin
- Pembahasan Kelima: Menghargai Jiwa, Kehormatan Dan Harta Benda Orang Muslim
- Pembahasan Keenam: Hubungan Kaum Muslimin Dengan Ahli Zimmi
- Pembahasan Ketujuh: Peraturan Islam Dalam Perdamaian Dan Peperangan
- Pembahasan Kelapan: Hukum-Hukum Luqtah Dalam Islam

Harga = RM15.00
Mukasurat = 203
Pengarang = Panitia Professor-Professor Fakutli Syari'at & Hukum, Universiti Al-Azhar
Penterjemah = Arifin Bin Ladari
Penerbit = Jasmin Enterprise

Ahmadinejad - Singa Baru Dunia Islam

"Sekiranya dunia melihat nuklear ini keji dan kami tidak boleh menguasai dan memilikinya, mengapa kamu pula yang memilikinya? Sekiranya teknologi nuklear ini baik untuk kamu, mengapa kami tidak boleh juga menggunakannya?"
  • Siapakah pemimpin negara Islam yang enggan tunduk kepada kuasa Amerika Syarikat dan Eropah?
  • Siapakah pemimpin negara Islam yang dengan lantang dan berani mempertikaikan peristiwa Holocoust?
  • Siapakah pemimpin negara Islam yang berdakwah kepada kuasa besar dunia melalui surat selepas Rasulullah?
Selepas tragedi 11 September yang membawa kepada kejatuhan pemerintahan Taliban di Afghanistan dan kerajaan Saddam Husein di Iraq, dunia Islam seolah-olah 'tunduk dan patuh' kepada kuasa Barat. Segalanya berubah apabila Mahmoud Ahmadinejad memikul tanggungjawab sebagai Presiden keenam Repubik Islam Iran pada 3 Ogos 2005. Dalam waktu yang singkat, Ahmadinejad menjadi pemimpin Islam yang disegani di seluruh dunia.

Buku ini adalah hasil penyelidikan empat orang wartawan bebas yang kebetulan pernah menimba ilmu di Iran dan menguasai bahasa Parsi. Digarap dengan bahasa yang mudah dan popular, buku ini membawa pembaca mengenali singa baru dunia Islam abad ini dengan lebih dekat.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAB 1 - Musim Dingin Yang Mengecewakan
- Awal Yang Meragukan
- Tahun-Tahun Yang Penuh Dengan Huru-Hara
- Simfoni Serban Hitam
- Tuan Gorbhacov Dari Tehran
- Arus Balik

BAB 2 - Cermin Tehran Cermin Jakarta
- Kata Dengan Sejuta Paradoks
- Awalnya Saborjihan
- Diabaikan Oleh Roda Pembangunan
- Palu Godam Monarki
- Zaman Yang Tegang
- Tsunami Dari Neauphle-Le-Chateau

BAB 3 - Mentari Diseliputi Awan
- Pelajar Pejuang, Pejuang Pelajar
- Dari Jalan Mati Narmak
- Mencabar Kebenaran Politik
- Detik-Detik Penuh Keajaiban

BAB 4 - Senandung Revolusi
- Revolusi Ketiga
- Revolusioner Yang Berwawasan
- Israel Dan Holocaust
- Amerika Syarikat
- Bebas Nuklear
- Di Bumi Pertiwi

LAMPIRAN
- Surat Mahmoud Ahmadinejad Kepada George W. Bush
- Temuramah Presiden Repuplik Islam Iran, Mahmoud Ahmadinejad Dengan Majalah Der Spigel Jerman
- Surat Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad Kepada Rakyat Amerika

Harga = RM14.00 (Sem) RM16.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 126
Penulis = Muhsin Labib, Ibrahim Muharam, Musa Kazhim & Alfian Hamzah
Penerbit = PTS Islamika

Sunday, March 29, 2009

Sulam At-Tauhid (Tangga Ilmu Tauhid) - (Jawi)

Harga = RM7.00
Mukasurat = 125
Penyusun = Datuk Syeikh Haji Zakaria Bin Haji Ahmad Wan
Penerbit = Pustaka Darussalam

Al-Jawahir As-Sufiyyah (Jawi)

Harga = RM6.00
Mukasurat = 86
Penyusun = Haji Zakaria Bin Haji Ahmad Wan Besar
Penerbit = Pustaka Darussalam

Minhajul 'Abidin - Juzuk Pertama - Terjemahan (Jawi)

Harga = RM10.00
Mukasurat = 151
Karangan = Imam Al-Ghazali
Penerbit = Pustaka Darussalam

Saturday, March 28, 2009

Saat Cinta Bertasbih - Tribut Untuk Tuan Guru

Buku ini merupakan penghargaan kami kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS yang kami cintai, semenjak masa muda beliau sehingga sekarang berhempas pulas berjuang untuk mewajahkan Islam yang sebenar kepada masyarakat negara ini yang telah jauh meninggalkan agama akibat penjajahan dan juga pengisian kemerdekaan oleh parti pemerintah yang tidak meletakkan Islam sebagai agama yang berdaulat dengan pakejnya yang terdiri di atas aqidah, syariah dan dakwah. Tuan Guru seorang tokoh yang tidak berhenti untuk mendidik dan mentarjih masyarakat untuk menjadi subur jiwa dengan haruman ketaqwaan. Hujan, panas, kekangan masa serta kepenatan diri tidak menjadi alasan untuk beliau berhenti mengajar dan menyantuni segenap lapisan masyarakat. Beliau telah menjadi milik masyarakat dan negara bahkan menjadi simbol kepada rakyat tertindas di negara ini.

- Penulis

KANDUNGAN

- Saat Cinta Bertasbih
- Keluarga Kami Ada Nik Adli
- Islam Hadhari (IH) Lawan Membangun Bersama Islam (MBI): Satu Analisis Kritis
- Pilihan Raya Umum 2008: Kelantan Milik Siapa?
- Pilihan Raya Umum 2008 Dan Pengukuhan PAS Kelantan: Peranan Dan Sumbangan Parlimen Pengkalan Chepa
- Belajar Dari Pilihan Raya Lalu
- Koridor, Koridor, Koridor
- Dari Pulau Pinang Ke Kelantan
- Dulu Malaysia Lebih Demokratik
- Filem Fitna - Pemimpin Malaysia Sibuk Mengurus Parti
- Harga Sebuah Demokrasi
- Kampung-Kampung Melayu Di Kuala Lumpur Hilang Satu Demi Satu
- Keadilan Menurut Penyair Sa'di
- Mana Ditakuti; Ceramah Pembangkang Atau Jenayah Berleluasa
- Orang Melayu Dan Pembangunan
- Debaran Sebelum Penamaan Calon
- Umno, Nasihat Sufi Dan Alfatihah
- Najib Dengan Angka 18
- Orang Politik Di Hujung Usia Hidup Terasing
- Perlunya Oposisi Bagi Sesebuah Negara
- Persekitaran Kita Sakit Tenat
- Rawat Umno Bukan Rawat Kelantan
- Umat Islam Sambut Tahun Baru Masehi - Siapa Mahu Disalahkan?
- Siapa Kata Pelbagai Kaum Tidak Boleh Bersatu
- Titanic Umno
- Tok Guru - Pembangunan Spiritual Itu Nombor Satu
- Galeri

Harga = RM20.00 (Sem) RM22.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 193
Penulis = Riduan Mohamad Nor, Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif & Rossem
Penerbit = Jundi Resources

Gaza Menangis - Menelusuri Sejarah Perjuangan Palestin Dan Pembantaian Di Gaza

Palestin adalah bumi yang menjadi rebutan agama samawi sejak zaman-berzaman. Tanahnya sering bersimbah darah merah, air mata warganya juga sudah kering untuk menangisi penderitaan dan kejerihan. Waktu terus bergulir pantas sehingga kita alpa tanah suci ini belum tertebus hutangnya, al-Quds yang dijajah, Masjid al-Aqsa yang diratah.

Buku ini menyingkap rahsia Palestin dan perjuangan membebaskan setiap inci tanah yang dijarah Yahudi Zionis. Juga merakamkan kanvas hitam pembantaian tanpa ampun Cast Lead selama 22 hari, iaitu serangan paling kejam di millenium baru ini.

- Penerbit

Harga = RM20.00
Mukasurat = 199
Penulis = Aris Hazlan Ismail & Riduan Mohamad Nor
Penerbit = Jundi Resources

Memahami Hukum Zihar Dan Ila' - Kesalahan Seksual Rumahtangga Yang Mengakibatkan Perceraian

Setiap pasangan suami isteri patut mengetahui bahawa terdapat banyak perkataan yang tidak boleh disebut sesuka hati seperti lafaz ZIHAR dan ILA' kerana ia adalah HARAM dan boleh membawa padah kepada perkahwinan.

Zihar dan ila' banyak berkait rapat dengan perhubungan KELAMIN antara suami isteri. Terdapat banyak ungkapan atau perkataan berkaitan zihar dan ila' yang berunsur SEKSUAL dan jarang sekali diketahui hukumnya.

Buku ini cuba mendedahkan beberapa ungkapan dalam bahasa dan budaya MELAYU yang boleh mencetuskan hukum zihar dan ila'. Oleh itu, anda perlu mengetahui hukumnya sebelum terlanjur kata atau terus hidup bergelumang DOSA dalam alpa.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAB 1 - Pengertian Zihar Dan Hukumnya
BAB 2 - Memahami Skop Dan Konsep Zihar
BAB 3 - Rukun Dan Jenis Zihar
BAB 4 - Jenis Mahram Dan Anggota Zihar
BAB 5 - Penyamaan Dengan Perwatakan Mahram
BAB 6 - Penggabungan Zihar Dan Talaq
BAB 7 - Hukum Berangkit Daripada Zihar
BAB 8 - Zihar Menurut Undang-Undang
BAB 9 - Pengertian Ila' Dan Hukumnya
BAB 10 - Memahami Rukun-Rukun Ila'
BAB 11 - Mengenali Jenis-Jenis Ila'
BAB 12 - Hukum Berbangkit Daripada Ila'
BAB 13 - Tuntutan Berbangkit Daripada Ila'
BAB 14 - Ila' Menurut Undang-Undang
BAB 15 - Rumusan Dan Cadangan

Harga = RM18.00
Mukasurat = 204
Penulis = Juraish Kamaruddin Al-Muhami
Penerbit = Darul Minhaj Publisher

Senjata Mu'min

Melalui doa, keampunan dan rahmat diperolehi. Melalui doa juga musibah dan kesusahan terhindar.

Sehubungan itu, saya berusaha menghimpunkan segala jenis doa dan amalan di dalam buku ini dengan tujuan memberi kemudahan kepada semua golongan agar mempunyai rujukan untuk amalan dan doa.

Buku ini mempunyai sedikit kelainan iaitu hampir keseluruhan bait-bait doa disertakan makna pada akhir setiap perenggan agar pembaca lebih memahami maksud yang tersirat daripada doa yang dibaca.

- Penyusun

KANDUNGAN

- Doa Majlis Rasmi
- Doa Amalan Harian
- Fadhilat Ayat-Ayat Al-Quran
- Doa Dari Al-Quran
- Doa Dari Hadis
- Doa Selepas Solat
- Amalan Untuk Rawatan Perubatan Islam
- Himpunan Selawat Terpilih
- Maathurat Dan Doa
- Zikir Munajat
- Berzanji, Marhaban Dan Selawat
- Wasiatul Quran
- Asma Al-Husna
- Kaifiyat Tahlil Dan Doa

Harga = RM17.00
Mukasurat = 294
Penyusun = Ustaz Haji Muhidir Bin Haji Tamjis
Penerbit = Qurtbie Enterprise

Khazanah Tafsir Di Malaysia

Khazanah Tafsir Di Malaysia adalah himpunan data berkenaan pengajian tafsir Al-Qur'an, tokoh tafsir tempatan dan karya kedinamikan tafsir. Ia menampilkan 26 tokoh tafsir dengan pelbagai karya tafsir dalam beberapa aliran; tradisional, islah dan al-Dihlawi. Keadaan ini menggambarkan kedinamikan tafsir Al-Qur'an di kalangan para ulama tempatan dan cendekiawan Islam di Malaysia.

Isi kandungan buku ini amat sesuai dengan keperluan masyarakat Islam untuk memahami tafsir Al-Qur'an. Ia dimulai dengan sejarah perkembangan pengajian tafsir di Malaysia dan sistem pengajian yang diguna pakai. Ia juga menyentuh tentang sejauh mana pengajian tafsir mendapat tempat di Malaysia berbanding dengan disiplin ilmu-ilmu lain. Buku ini juga memaparkan karya dan bentuk penulisan yang dihasilkan dalam pengajian tafsir serta tokoh tafsir di Malaysia yang telah berjuang mengembangkan pengajian tafsir sama ada melalui pengajian mahupun penulisan.

Buku ini mudah difahami dan sesuai dijadikan rujukan dan bahan bacaan semua peringkat sama ada sekolah menengah, institut pengajian tinggi mahupun orang awam.

Paparan data-data dalam buku ini menobatkan jasa dan pengorbanan ulama Melayu dalam penghasilan karya tafsir. Semoga jasa mereka dikenang dan khazanah ilmu yang ditinggalkan dapat dimanfaat dan tidak hilang ditelan zaman.

- Penerbit

KANDUNGAN

BAHAGIAN 1 - PENGAJIAN TAFSIR DI MALAYSIA
Aliran Pengajian Tafsir Di Malaysia
- Pengajian Tafsir Di Institusi Pengajian Pondok
- Pengajian Tafsir Di Institusi Pendidikan Formal
- Pengajian Tafsir Di Institusi Tidak Formal

BAHAGIAN 2 - Tokoh-Tokoh Tafsir Di Malaysia
Tokoh-Tokoh Tafsir
- Syeikh Abdul Malik Abdullah
- Tuan Haji Muhammad Said Bin Umar
- Syed Syeikh Al-Hadi
- Haji Uthman Bin Muhammad
- Syeikh Muhammad Idris Abd Rauf Al-Marbawi
- Syeikh Abu Bakar Al-Ashaari
- Syaykh Haji Abdul Aziz Bin Abdul Salam
- Dato' Haji Muhammad Nor Bin Ibrahim
- Maulana Abdullah Noh
- Haji Abdullah Abbas Nasution
- Syeikh Abdullah Basmeih
- Mustafa Abdul Rahman Mahmud
- Nik Muhammad Adeeb
- Nik Muhammad Salleh Wan Musa
- Haji Yusof Bin Haji Abdullah Al-Rawi
- Dato' Yusoff Zaky Yacob
- Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat
- Abdullah Al-Qari Bin Haji Salleh
- Pauzi Awang
- Zainuddin Bin Idris
- Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor
- Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang
- Wan Ahmad Bin Wan Ali (Abi Lukman)
- Muhammad Bin Abd. Latif
- Abu Zaky Fadzil
- Abdullah Ar-Rahmat

Harga = RM30.00 (Sem) RM33.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 336
Penulis = Mustaffa Abdullah
Penerbit = Akademi Pengajian Islam Iniversiti Malaya

Friday, March 27, 2009

Kemilau Peribadi Nik Abdul Aziz Nik Mat - Seorang Ulama Yang Memerintah

Buku ini adalah hasil pemerhatian yang memakan masa. Ia bukan tampil semberono; bertolak dari upahan murah untuk mengangkat atau melobi sesiapa. Ia dari awal lagi tidak berhajatkan tonjolan atas desakan materi atau jawatan. Lagi pun, Nik Abdul Aziz tidak memerlukan itu sema. Dia cuma cuba mewajarkan kehadiran seorang ulama dan apa perlunya pula seorang ulama itu berada di kerusi kemudi? Insya-Allah, buku ini bebas merdeka dari sebarang hal-hal keduniaan. Ia cuma bertolak dari kesedaran untuk membelek rekod lama demi membuat penilaian prestasi ke atas seorang ulama. Sekali gus, ia cuba mengimbau ruh jihad, kesungguhan dan istiqomah dari bara perjuangannya.

- Penerbit

KANDUNGAN

- Suatu Subuh Di Masjid Pulau Melaka
- Tuan Guru Dan Gagasan Rohaninya
- Menaikkan Imej Ulama
- Pemikiran Tuan Guru Melangkaui Zaman
- Suatu Pagi Oktober '90, Di Rantau Panjang
- Kesayangan Jutaan Rakyat
- Menghalusi Hikmah Tuan Guru
- Tuan Guru Tetap Tidak Berubah
- Media Indonesia
- Anugerah Nobel Keamanan Buat Tuan Guru
- Perutusan Tuan Guru Kepada Barrack Obama
- Perspektif Tuan Guru, Meninggalkan Lingkaran Konvensi
- Pemimpin Umat Berwasatiah, Hidup Tidak Bermewah
- Kenapa PAS Berbeza Dengan Umno?
- Pemerintahan Nik Abdul Aziz Nik Mat: Daripada Renungan Seorang Pengembara
- "Saya Gemar Pantun..."
- Menyubur Tabiat Membaca Generasi Muda
- Salam Kepada Bangsaku
- Bersama Setiausaha: Sekeping Roti, Secawan Kopi
- Penggunaan Nama Allah Bagi Orang Bukan Islam: Boleh?

Harga = RM15.00 (Sem) RM18.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 122
Karya = Abdul Shukor Harun & Annual Bakri Haron
Penerbit = Anbakri Publika Sdn Bhd

Wednesday, March 25, 2009

Bersolek (Tabarruj)

"'Al-Tabarruj" adalah sebuah buku yang dikarang oleh Almarhumah Hajjah Ni'mat Sidqi. Beliau seorang wanita Islam yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat Islam di Mesir. Walaupun beliau telah kembali ke 'alam baqa', namun karya-karyanya tetap menjadi tatapan umum bai kaum Muslimin dan Muslimat.

- Penerbit

KANDUNGAN

- Huraian Tabarruj
- Tradisi Make-up
- Amaran Allah
- Satu Kehinaan
- Bersolek Adalah Tanda Kekolotan
- Awasilah Kesesatan Fahaman Pasif
- Doorongan Kekolotan (Jahil Tentang Agama)
- Sikap IbuBapa (Dalam Mendidik Anak-Anak)
- Bermake-up...Haram
- Sepatah Kata Untuk IbuBapa
- Wanita Dalam Neraka

Harga = RM6.00
Mukasurat = 79
Penulis = Ni'mat Sidqi
Penerbit = Dewan Pustaka Fajar

Thursday, March 19, 2009

Hikayat 25 Nabi & Rasul 3 - Nab Hud - Nabi Bagi Orang Gagah Dan Mewah / Nabi Salleh - Dibenci Tsamud, Dikasihi Unta

NABI HUD - Nabi Bagi Orang Gagah Dan Mewah - Mengisahkan dakwah Nabi Hud A.S. yang diutuskan oleh Allah SWT menjadi rasul bagi membetul dan membimbing kaum 'Aad daripada hidup di dalam kesesatan kepada satu kehidupan yang berada pada jalan yang benar serta mendapat keredhaan Allah.

KANDUNGAN

- Bab 1 - Pasca Nuh
- Bab 2 - Nabi Kaum 'Aad
- Bab 3 - Hud Dan 'Aad Dalam Al-Quran
- Bab 4 - Dakwah Rasul
- Bab 5 - Gah Bangunan Mewah
- Bab 6 - Syurga 'Aad
- Bab 7 - Murka Dari Langit
- Bab 8 - Roboh Sebuah Tamadun

NABI SALLEH - Dibenci Tsamud, Dikasihi Unta - Kisah mengenai dakwah NABI Salleh A.S. yang Allah utuskan khusus untuk membimbing satu kaum yang telah tersesat dan menderhakai Allah. Kaum Tsamus ialah merupakan satu kaum yang bangun membentuk satu tamadun agung beberapa abad selepas musnahnya kaum 'Aad di Semenanjung Tanah Arab sekitar 4000 tahun lalu.

KANDUNGAN

- Bab 1 - Kaum Tsamud
- Bab 2 - Nabi Salleh Zuriat Tsamud
- Bab 3 - Nabi Salleh / Tsamud Dalam Al-Quran
- Bab 4 - Rasul Allah
- Bab 5 - Kaum Yang Bebal
- Bab 6 - Unta Mukjizat
- Bab 7 - Unta Allah Dibunuh
- Bab 8 - Dunia Bertempik

Harga = RM10.00
Mukasurat = 206
Penyusun = Haji Subky Bin Haji Abdul Latif
Penerbit = Sarjana Media

Sunday, March 15, 2009

Hikayat 25 Nabi & Rasul 2 - Nabi Nuh - Selamatkan Binatang, Tidak Isteri & Anak

NABI NUH A.S, Selamatkan Binatang, Tidak Isteri & Anak adalah satu percubaan awal untuk melihat seluruh percubaan Nabi Nuh A.S yang sangat panjang. Selama lebih 950 tahun, baginda hanya berjaya membebas merdekakan sekitar 80 orang sahaja dari belenggu penyembahan berhala dan kesesatan.

Dalam hikayat para Rasul, bagindalah Nabi yang paling panjang usianya, paling lama tempoh dakwahnya, paling tabah dan paling sabar sehingga tercatit sebagai Rasul pertama dari lima orang yang mendapat martabat Ulul Azmi, iaitu yang tinggi sabarnya.


KANDUNGAN

- Zuriat Anbia
- Rasul Pertama?
- Nabi Nuh Dalam Al-Quran
- Yang Merintangi Dakwah
- Berhala Atas Nama Orang Soleh
- Tukang Bahtera
- Azabnya Banjir
- Bapa Kedua
- Misteri Bukit Judi / Gunung Arafat

Harga = RM10.00
Mukasurat = 168
Penyusun = Haji Subky Haji Abdul Latif
Penerbit = Sarjana Media

Hikayat 25 Nabi & Rasul 1 - Adam Dan Hawa - Dari Syurga Ke Jabal Rahmah / Idris - Manusia Bumi, Manusia Langit

Para Nabi Dan Rasul merupakan insan pilihan yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk mengembangkan dakwah dan seruan Ilahi kepada semua umat manusia. Ajaran mereka tidak lain adalah untuk membimbing manusia ke jalan kebenaran. Mereka sentiasa patuh, tiada istilah penat dan lelah dalam menyampaikan setiap apa jua perintah Allah SWT. Sebagai pengikut ajaran Nabi dan Rasul, kita sepatutnya berterima kasih di atas pengorbanan mereka sehingga kita sekarang berada di dalam golongan mereka yang beriman. Sebagai tanda kita kasihkan mereka, hendaklah kita mengetahui susur galur dan rentetan perjalanan perjuangan mereka.

Dalam buku yang pertama ini penyusun telah berusaha mengutip fakta-fakta dari pelbagai sumber sama ada rujukan utama Al-Qur'an dan Hadis serta tafsir ulama-ulama yang terdahulu. Ini merupakan percubaan pertama penyusun yang sebelum ini lebih dikenali sebagai penulis politik terkenal.

Semoga buku ini dapat menambah rasa cinta kepada para Nabi dan Rasul seterusnya kita bersemangat dalam menyebarluaskan dakwah dan seruan Islam sebagaimana perjuangan mereka dahulu, InsyaAllah.

- Penerbit

KANDUNGAN

ADAM & HAWA - Bertemu Di Jabal Rahmah
- Khalifah Di Bumi
- Penciptaan Adam
- Transit Di Syurga
- Angkara Khianat Iblis
- Diusir Ke Dunia
- Bertemu Di Jabal Rahmah
- Qabil Dan Habil
- Iblis Di Kubur Adam

IDRIS - Manusia Bumi, Manusia Langit
- Rasul Kedua
- Dari Babylon Ke Mesir
- Tukang Jahit
- Tetamunya Malaikat Maut
- Manusia Langit
- Pedoman Dan Ajaran
- Kawan Yang Bukan Malaikat Maut
- Idris Ialah Enoch

Harga = RM10.00
Mukasurat = 191
Penyusun = Haji Subky Haji Abdul Latif
Penerbit = Sarjana Media

Thursday, March 12, 2009

Jenayah Murtad

Kitab ini menjelaskan: Seorang Islam yang telah thabit kesalahan murtad wajib dibunuh - tidak boleh dibiarkan tanpa hukuman. Dan hukuman yang dikenakan ke atas orang yang murtad itu tidak boleh dianggap suatu tindakan yang melulu, kerana hukuman itu adalah hukuman Allah dan RasulNya yang wajib dilaksanakan, dan tidak sesiapapun yang berhak mempertikaikan hukuman Allah dan RasulNya yang sudah sorih nasnya di dalam Al-Quran dan Hadith kerana nas itu tidak memerlukan kepada ta'wil.

- Penulis

Harga = RM25.00
Mukasurat = 249
Penulis = Haji Sa'id Haji Ibrahim (Bekas Mufti Negeri Sabah)
Penerbit = Darul Makrifah

Memperingati 100 Tahun Hassan Al-Banna

Buku ini ditulis dan disusun bukan untuk mengkultuskan almarhum, juga bukan untuk mendewakan Hassan Al-Banna namun sosok peribadi ini mempunyai sejarah yang cukup signifikan kepada pemerkasaan perjuangan Islam terutama di negara kita sendiri. Bahkan penubuhan gerakan Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol pada tahun 1948 juga berinspirasikan dan bermodelkan gerakan ini (Khoo Kay Kim: 1994). Gerakan kebangkitan Islam terutama di kalangan mahasiswa Universiti tempatan dan luar negara pada dekad 70-an dan juga 80-an juga mendapat suntikan fikrah daripada ideologue besar ini (Riduan Mohd Nor: 2004).

- Penerbit

KANDUNGAN

- Pemuda Yang Merubah Peta Dunia Islam
- Hassan Al-Banna Menjuarai Isu Palestin
- Saiful Islam: Dia Adalah Seorang Ayah, Pendidik, Suami Dan Juga Seorang Insan
- Iman Al-Banna... Perjalanan Yang Tidak Berkesudahan
- Gambar-Gambar Lampiran
- Inilah Dia Hassan Al-Banna Yang Dibunuh Oleh Mereka
- Hassan Al-Banna Dan Kepintarannya Dalam Membina
- Bahasa Darah... Satu-Satunya Bahasa Yang Difahami Oleh Yahudi
- Hassan Al-Banna Usia Yang Singkat... Kejayaan Yang Besar
- Peristiwa Kesyahidan Imam Al-Banna
- Catatan Pilu Sang Ayah

Harga = RM8.00
Mukasurat = 84
Penyusun = Ustaz Riduan Mohamad Nor
Penerbit = Jundi Resources

Wednesday, March 11, 2009

Peperangan Rasulullah S.A.W.

Jihad Qital atau jihad melalui peperangan adalah suatu yang tidak asing lagi dari lembaran sirah perjuangan Rasulullah S.A.W.. Sepuluh tahun permukiman Baginda di Madinah selepas peristiwa Hijrah merupakan tahun-tahun yang penuh dengan agenda Jihad Qital. Menurut bancian ahli sejarah, sepanjang Rasulullah S.A.W. di Madinah, tidak kurang dari 70 angkatan perang telah diutuskan oleh Baginda untuk menghadapi peperangan dengan musuh-musuh Islam dan dari jumlah itu, 28 angkatan adalah dipimpin oleh Baginda sendiri. Ini bermakna, secara purata pada setiap tahun (dalam jangka-masa sepuluh tahun), tidak kurang tujuh kali Rasulullah S.A.W. dan para sahabat terlibat dengan peperangan dalam usaha mereka meninggikan Islam dan mempertahankan kedaulatannya.

- Penulis

KANDUNGAN

- Sekitar Persoalan Jihad Dan Peperangan Di Dalam Islam
- Sinopsis Sirah Jihad Nabi Muhammad S.A.W.
- Penghijrahan Ke Pengkalan Baru
- Kategori Peperangan Yang Dilancarkan Oleh Rasulullah S.A.W.
- Urutan Peperangan Rasulullah S.A.W.
- Gaji Tentera
- Alat Persenjataan

Harga = RM15.00
Mukasurat = 142
Penulis = Ustaz Haji Ahmad Adnan Fadhil & Ustaz Haji Riduan Mohd Nor
Penerbit = Jundi Resources

Sunday, March 8, 2009

Teks Usrah Peringkat Pengenalan

KANDUNGAN

1. TASAWWUR ISLAM YANG LENGKAP
- Definisi Islam
- Keistimewaan Agama Islam
- Tasawwur (Gambaran) Islam Yang Sebenar
- Kenapa Masyarakat Tidak Dapat Memahami Tasawwur Islam Yang Sebenar
- Jalan Penyelesaian

2. SUMBER-SUMBER HUKUM DI DALAM ISLAM
2.1 Al-Quran
- Dalalah (Petunjuk) Ayat-Ayat Al-Quran
- Hukum-Hukum Yang Terkandung Dalam Al-Quran
- Nama Al-Quran
- Mengapa Al-Quran Diturunkan Secara Beransur-Ansur
- Sejarah Pengumpulan Dan Menulis Al-Quran
2.2 Al-Sunnah
- Takfir Al-Sunnah
- Kehujahan Al-Sunnah
- Hubungan Al-Sunnah Dengan Al-Quran
- Mentakhsiskan Keumumannya (Takhsisul Am)
- Menciptakan Hukum Baru Yang Tiada Terdapat Di Dalam Al-Quran
- Pembahagian Sunnah Dari Segi Riwayat
2.3 Ijmak
- Takrif Ijmak Dalam Bahasa Arab
- Syarat-Syarat Ijmak
- Jenis Ijmak
- Kehujahan Ijmak
- Hukum Menginkari Ijmak
2.4 Al-Qias
- Takrif Dalam Bahasa Arab
- Huraian
- Syarat-Syarat
- Kehujahan

3. SYARIAH ISLAM
- Pengertian
- Keistimewaan Syariat Islam
- Tujuan Syariat Islam
- Kesan Syariat Islam

4. KONSEP IBADAH DALAM ISLAM
- Pengertian Ibadah
- Syarat Suatu Perkara Menjadi Ibadah
- Pembahagian Ibadah
- Konsep Ibadah Khusus

5. PERANAN AQIDAH DALAM KEHIDUPAN
- Peranan Aqidah
- Unsur-Unsur Pembentukan Aqidah
- Kesan Aqidah Dalam Kehidupan
- Keistimewaan Aqidah Islam
- Pengertian Fitrah
- Mengapa Aqidah Umat Islam Kini Lemah

6. KONSEP DUA KALIMAH SYAHADAH
- Pengertian Kalimah Syahadah
- Pengertian Ilah (Tuhan)
- Pengertian Ilah Yang Sebenar (Allah)
- Pandangan Yang Salah Tentang Ilah
- Pengertian Menyembah
- Syarat-Syarat Diterima Syahadah
- Pengertian Syahadah Yang Kedua
- Syarat Kesaksian Ke Atas Nabi

7. TUNTUTAN TERHADAP DUA KALIMAH SYAHADAH
- Tauhid Rububiyah
- Tauhid Uluhiyah
- Tauhid Asma' Wa Al-Sifat
- Menjalan Amar Makruf Dan Nahyu Anil Mungkar
- Menegakkan Syariat Allah

8. SYAHADAH SEBAGAI AGEN PERUBAH

9. PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH
- Iktikad
- Perbuatan
- Perkataan
- Hukum Kepada Orang Yang Murtad

Harga = RM12.00
Mukasurat = 200
Penulis = Ustaz Haji Idris Bin Haji Ahmad
Penerbit = Sarjana Media

Bimbingan Pengurusan Mayat

Buku "Bimbingan Mengurus Jenazah" ini menghidangkan kepada para pembaca sekalian, segala perkara berhubung kematian, bermula dari detik kematian sehinggalah saat pengkebumian. Meliputi amalan-amalan, tata tertib, adab-adab dan peraturan yang dianjurkan oleh agama.

Setiap muslim perlu mengetahui cara-cara pengurusan jenazah atau kematian muslim lain, kerana ianya menjadi tanggungjawab muslim yang hidup terhadap yang mati.

Semoga dengan kehadiran buku ini, akan dapat membimbing anda dalam mengendalikan pengurusan jenazah yang merupakan Fardhu Kifayah ke atas umat Islam.

- Penerbit

KANDUNGAN

- Memandikan Jenazah
- Mengafani Jenazah
- Solat Jenazah
- Membawa Dan Menghantar Jenazah
- Menguburkan Jenazah
- Hukum Yang Berkaitan Dengan Kubur
- Ta'ziyah
- Ziarah Kubur

Harga = RM13.00
Mukasurat = 216
Penulis = Akmal Haji Md Zain
Penerbit = Al-Hidayah Publications

Indahnya NamaMu - Khasiat Dan Fadhilat Asma Al-Husna

Allah SWT mempunyai "Asma Al-Husna" iaitu sebanyak 99 nama yang Maha Agung yang amat sesuai dengan sifat-sifat Allah. Ia mempunyai makna tertentu dan mengambarkan dengan sempurna sifat-sifat Allah Ta'ala kerana setiap nama-nama Asma Al-Husna itu mempunya khasiat tersendiri. Segala khasiat itu telah ditemui hasil daripada tajribah (ujikaji), pengalaman dan percubaan ulamak yang tertentu.

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam syarahnya terhadap kitab yang memperihal Asma Al-Husna ini cuba menghuraikan dengan lebih lanjut maksud nama-nama Allah itu berserta khasiat dan fadhilatnya bagi dijadikan amalan buat umat yang dahagakan petunjuk dan pedoman untuk menghadapi segala cabaran dalam kehidupan ini.

Marilah sama-sama kita ikuti hasil ulamak mengenai Asma Al-Husna ini, sebagai salah satu bidang ilmu yang memberi manfaat dan kebaikan kepada orang-orang yang beriman. Kaedah berdoa dengan menyebut Asma Al-Husna ini sudah semestinya menepati kehendak Allah SWT yang menganjurkan orang-orang yang beriman agar menyebut nama-nama-Nya ketika memohon sesuatu yang baik dari Allah SWT.

- Penyusun

Harga = RM10.00
Mukasurat = 154
Karya = Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penyusun = Mashhudi Bunyani
Penerbit = Sarjana Media

Panduan Tajwid & Taranum


- Petua Mamanjangkan Nafas
- Syarat-Syarat Menjadi Qari Yang Baik
- Keterangan Ringkas Jenis-Jenis Taranum
- Berapakah Jumlah Baris Dan Huruf-Huruf Yang Terdapat Dalam Al-Quran

Harga = RM5.00
Mukasurat = 62
Penulis = Haji Abdul Ghani Arifin (Pengadil Tilawah Al-Qura Daerah-Daerah Negeri Kedah
Penerbit = Sarjana Media

Wednesday, March 4, 2009

Asas-Asas Memahami Ilmu Faraid

Buku ini menyentuh tentang ilmu yang amat tinggi nilainya di dalam Islam iaitulah ilmu Faraid atau ilmu perwarisan harta di dalam Islam yang jarang-jarang dikuasai oleh orang Islam hari ini termasuklah di kalangan para ilmuwan atau ustaz-ustaz, malah semakin hari semakin dilupakan sebagaimana yang diramalkan oleh Rasulullah SAW sendiri dalam hadis Baginda. Saya berasa amat bertuah kerana telah diberi sedikit kemampuan oleh Allah untuk memahami ilmu yang agak sukar ini dan diluangkan seikit masa untuk menulis dan menyiapkan buku ini sebagai sumbangan yang tidak seberapa untuk agama Allah.

- Penulis

KANDUNGAN

- Muqaddimah (Pengenalan Ilmu Faraid)
- Ahli-Ahli Waris
- Cara-Cara Perwarisan
- Perwarisan Bil-Fardhi
- Ashbil-Furudh Dan Cara Perwarisan Setiap Seorang Dari Mereka
- Perwarisan Datuk Bersama Saudara-Saudara
- Perwarisan Bit-Ta'shib
- Al-Hajb (Hadangan)
- Perwarisan Zawil-Arham
- Kaedah-Kaedah Pengiraan Dalam Pembahagian Harta Pusaka
- Contoh-Contoh Pengiraan Lengkap Dalam Pembahagian Harta Pusaka
- Rajah-Rajah & Jadual-Jadual

Harga = RM15.00
Mukasurat = 190
Penulis = Ustaz Ahmad Adnan Fadhil
Penerbit = Pustaka Darussalam Sdn Bhd

Fatwa-Fatwa Semasa

Akhir-akhir ini muncul permasalahan baru yang memerlukan fatwa semasa dan keterangan yang jelas agar umat Islam mengetahui bahawa mereka berjalan atas landasan serta petunjuk yang benar ketika mengerjakan hukum-hukum syariat. Banyak pertanyaan dan permintaan fatwa yang muncul dari kalangan masyarakat khususnya para pelajar khususnya tentang peristiwa-peristiwa baru, sehingga dapat dikatakan bahawa pada masa ini telah muncul berbagai masalah akibat interaksi dan bercampuraduknya undang-undang positif dengan hukum-hukum syariat. Oleh sebab itu masa ini disebut dengan masa munculnya fatwa-fatwa semasa.

KANDUNGAN

1. Taharah Dan Ibadah
2. Muamalat
3. Keluarga Dan Hubungan Suami-Isteri
4. Makanan Dan Minuman
5. Akidah, Akhlak Dan Adab

Harga = RM30.00
Mukasurat = 325
Penulis = Prof. Dr. Wahbah Al-Zuhaili
Penterjemah = Abdurrahman Saleh
Penerbit = iBOOK Publication Sdn Bhd

Memoir Jihad Anak Melayu Di Afghanistan

Asy-Syahid Fauzi Ismail merupakan anak muda Melayu yang telah menoreh sejarahnya yang tersendiri walaupun dilahirkan di negara yang sarat dengan pesta hiburan dan kebejatan akhlak anak-anak muda. Menelusuri kisah perjalanan beliau memburu keredhaan Allah dan kesyahidan menyebabkan palong hati kita bergetar kesyahduan seterusnya tanpa sedar mengundang titik jernih mengalir di kedua belahan mata kita.

Beliau mendapat didikan asas secara formal sehingga SPM dan menekuni fikrah perjuangan Islam daripada halaqah-halaqah ilmu secara tidak formal sehingga beliau merasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk mewakafkan diri beliau dalam perjuangan Islam sehingga syahid. Fauzi merasa ditusuk sembilu tajam apabila membaca berita-berita daripada kolum akhbar tentang pemmbantaian dan pembunuhan umat Islam Afghanistan, semangat beliau juga bergelora dilambung dengan huraian tentang kelebihan jihad oleh para asatizah di jalan dakwah yang beliau sertai di tanah air.

- Editor

KANDUNGAN

- Latar Belakang Asy-Syahid Fauzi
- Menuju Ke Medan Jihad
- Berita Dari Medan Jihad
- Dagangannya Dibeli Allah
- Perkhabaran Dari Allah
- Roh Yang Hidup
- Galeri

Harga = RM8.00
Mukasurat = 50
Penulis = Zainon Ismail
Penerbit = Jundi Resources

Tuesday, March 3, 2009

Keagungan Tamadun Islam - Sejarah Yang Digelapkan

Buku ini menyorot penggelapan fakta yang dibikin oleh musuh-musuh Islam demi memadamkan kegemilangan jasa tokoh-tokoh intelektual dan pejuang Islam. Ini adalah sebuah jenayah intelektual. Lantaran, aspek inilah letaknya kelainan buku ini. Ia merakam semula sebuah penulisan yang meminda rekod-rekod lampau yang telah dikhianati. Buku ini telah membuktikan jasa dan komitmen para cendekiawan Islam terhadap penciptaan tamadun mulia. Ia mampu mengembalikan nilai insan kepada insan dan hak Khaliq kepada Al-Khaliq. Rupa-rupanya terlalu banyak ketidakjujuran yang tercetus sepanjang tempoh mendokumentasikan sejarah dunia.

- Penulis

"Saya mengesani kekuatan buku ini, apabila ia mampu membetulkan pelbagai fakta penting demi memulihkan imej Islam di dada sejarah".

- Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

KANDUNGAN

- Tamadun Islam
- Susur Galur Tamadun Islam
- Keunggulan Tamadun Islam
- Eropah Keciciran Peradaban
- Tamadun Islam Berkembang Di Eropah
- Kepesatan Aktiviti Penterjemahan
- Pencapaian Tamadun Islam Di Eropah
- Ilmu Falak
- Ilmu Botani / Pertanian
- Ilmu Hisab (Matematik)
- Bidang Falsafah
- Bidang Kesusasteraan
- Bidang Perdagangan Islam Dan Pelayaran / Ilmu Geografi
- Bidang Muzik
- Cabang Kesenian Dalam Islam
- Resolusi

Harga = RM17.00 (Sem) RM20.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 192
Karya = Ustaz Ahmad Yahya
Penerbit = Anbakri Publika Sdn Bhd

100 Keajaiban Di Dunia

Semakin tuanya dunia ini, semakin banyak kisah aneh dan ajaib telah berlaku yang tidak akan dijangkakan oleh pemikiran manusia. Buku yang menghimpunkkan sebahagian daripada kejadian aneh dan ajaib ini menunjukkan kekuasaan Maha Pencipta ke atas seluruh kehidupan di alam dunia ini.

Rakaman dan catatan yang dimuatkan sebagai bukti kepada keajaiban yang berlaku bukan ada campur tangan dari usaha manusia malah ia benar-benar berlaku kehendak Allah SWT.

Maka bukti ini sudah pasti memperlihatkan kebenaran yang selama ini banyak di kalangan manusia tercari-cari atau menafikan apa yang berlaku ke atas kehidupan di atas dunia ini.

Kebenaran itu hanya datang dari Allah SWT dan kepalsuan itu adalah dari manusia yang lemah dan daif.

- Penerbit

Harga = RM18.90
Mukasurat = 246
Penyusun = Muhammad Miqdad
Penerbit = Penerbitan Seribu Dinar Sdn Bhd

Monday, March 2, 2009

Rumah Yang Disukai Oleh Malaikat Rahmat

...Rumah-rumah yang tidak ada di dalamnya zikir, kesucian dan bacaan Al-Qur'an ialah rumah-rumah yang usang yang mana syaitan selalu berada di dalamnya untuk mengabui para penghuninya daripada mendapat cahaya kebenaran dan membawa mereka kepada kegelapan, merekalah yang dikatakan celaka di dunia dan rugi di akhirat. Firman Allah dalam surah Toha ayat 124-126 yang bermaksud: "Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta. Dia berkata, "Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu celik?". Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya. Telah datang ayat keterangan kepadamu lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan".

Bersama-samalah kita mengenali rumah rahmat, kasih mesra, rumah suci, rumah-rumah yang tidak dimasuki syaitan supaya tiap-tiap orang Muslim sama ada lelaki atau perempuan memahami adab Islam dan ajaran-ajarannya. Supaya kita terpelihara daripada kelalaian, kesilapan dan memelihara kita daripada kesalahan. Allah Maha Menjaga dan Maha Menolong. Wabillahi tafiq.

- Penulis

KANDUNGAN

Fasal Yang Pertama
- SIfat-Sifat Jin
- Sifat-Sifat Syaitan
- Tipu Daya Syaitan
- Mengenali Malaikat Dan Tugas Mereka
- Tugas-Tugas Malaikat
- Sifat-Sifat Orang Yang Beriman
- Rumah-Rumah Yang Diasaskan Atas Ketaqwaan

Fasal Yang Kedua
- Rumah-Rumah Mereka Yang Bersuci Dan Berzikir
- Rumah-Rumah Orang Yang Rukuk Dan Sujud
- Rumah-Rumah Orang Yang Bersifat Benar Dan Menunaikan Janji
- Rumah-Rumah Yang Makanannya Halal
- Rumah-Rumah Yang Penghuninya Bersilatur Rahim
- Rumah-Rumah Yang Penghuninya Berbuat Baik Terhadap Ibu Bapa
- Rumah-Rumah Isteri Yang Solehah
- Rumah-Rumah Yang Penghuninya Menunaikan Perkara-Perkara Yang Hak Dan Kewajipan

Fasal Yang Ketiga
- Rumah-Rumah Yang Memelihara Rahsia-Rahsia
- Rumah-Rumah Yang Penghuninya Tidak Melakukan Perkara-Perkara Haram Dan Menolak Segala Kemungkaran
- Rumah-Rumah Yang Menolak Segala Bid'ah
- Rumah-Rumah Yang Penghuninya Mengamalkan Salam Dan Meminta Izin
- Rumah-Rumah Yang Penghunimya Bersifat Merendah Diri
- Rumah-Rumah Yang Mampu (Memaafkan) Dan Ihsan (Berbuat Baik)
- Rumah-Rumah Yang Menolak Perkara-Perkara Keji
- Rumah-Rumah Kasih Dan Taat

Harga = RM13.00
Mukasurat = 227
Penulis = Muhammad As-Sayim
Penterjemah = Syed Zain Bin Husin Al-Habshi
Penerbit = Pustaka Azhar

Risalah Munajat

Adalah menjadi satu keperluan kepada setiap orang Islam untuk bermunajat kepada Allah dengan penuh khusyuk dan tadharru'. Ia adalah sebagai satu cara melahirkan rasa cinta, mengadu masalah dan memohon hajat kepada Allah SWT. Susunan ungkapan yang lunak dan halus serta mengandungi pengertian yang mendalam dapat mendidik hati dan mengisi kekosongan jiwa.

Buku ini merupakan himpunan doa para imam yang dikumpulkan oleh Al-Imam Al-Syahid Hasan Al-Banna dan ditambah dengan beberapa doa imam-imam yang lain. Selain itu ditambah dengan lafaz-lafaz Selawat yang dipetik dari buku Afdhal Salawat 'Ala Saiyid al-Sadat SAW, Al-Qadhi Al-Syeikh Yusof Bin Ismail Al-Nabhani.

KANDUNGAN

- Puji-Pujian Kepada Allah SWT
- Selawat Dan Salam Kepada Rasulullah SAW
-- Selawat 1
-- Selawat 2
-- Selawat 3
-- Selawat 4
-- Selawat Al-Nur Al-Zati
-- Selawat 6
-- Selawat 7
-- Selawat 8
-- Selawat Ibrahimiyyah
-- Selawat 10
-- Selawat Al-Fatih (Pembuka)
-- Selawat Munjiyat (Penyelamat)
-- Selawat Sa'adah (Kebahagiaan)
-- Selawat Kamaliyyah (Kesempurnaan)
-- Selawat Ulul 'Azmi
-- Selawat Mukafa'ah (Balasan Hak Yang Sempurna)
-- Selawat In'am (Kenikmatan)
-- Selawat Memohon Keluasan Rezeki Dan Akhlak Yang Baik
-- Selawat Penyembuh Penyakit (Selawat Tibb)
-- Selawat Badawi (Menghindar Penyakit Dari Bahaya)
-- Selawat Memohon Pengampunan Dosa
-- Selawat Tafrijiah (Kelapangan)
-- Selawat Jalilah (Keunggulan)
-- Selawat Memohon Kegerunan Dan Kehebatan Pada Diri
-- Selawat Memohon Ketinggian Darjat
- Doa Rasulullah SAW Ketika Tahajjud
- Munajat Imam Ali
- Munajat IBN 'Atoillah Al-Sakandari
- Wirid (Hizb) Al-Nawawi
- Doa Imam Al-Ghazali
- Doa Al-Saiyid Ahmad Al-Rifa'i
- Doa Al-Saiyid Ahmad Bin Idris
- Doa Abu Al-Hasan Al-Syazuli
- Doa Al-Imam Al-Syafi'i
- Doa Taubat

Harga = RM5.00
Mukasurat = 96
Penyusun = Ustaz Ahmad Hasan Mohd Nazam
Penerbit = Intel Multimedia And Publication

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...