Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Thursday, October 30, 2008

Manhaj Haraki Dalam Sirah Nabi S.A.W.

Golongan yang dari segi ruh dan mentalnya telah dikalahkan kekuatan manusia yang terdapat pada muslimin di mana tidak ada lagi Islam pada mereka melainkan namanya sahaja. Ajakan Islam untuk berjihad hanyalah untuk mempertahankan diri, atau mereka mengira bahawa mereka telah banyak berjasa pada agama ini dengan cara meninggalkan kaedahnya iaitu yang menumbangkan para toghut dari muka bumi, membebaskan manusia dari perhambaan kepada Allah semata-mata dan mengeluarkan mereka daripada menyembah sesama makhluk kepada peribadatan hanya kepad Tuhan sekalian makhluk. Mereka menhajukan pendapat dengan mengatakan bahawa tiada paksaan bagi menerima sesuatu akidah, tetapi Islam menganjurkan agar mereka diberi kebebasan sepenuhnya untuk menerima atau menolak akidah Islam setelah semua sistem politik yang berkuasa telah ditumbangkan atau memaksanya membayar jizyah.

Harga = RM15.00
Mukasurat = 220
Penulis = Muhammad Munir al-Ghatban
Penerbit = Pustaka Darussalam Sdn Bhd

Thursday, October 23, 2008

Kebangkitan Islam - Di Antara Perselisihan Yang Dibenarkan Dan Perpecahan Yang Dicela - Mesti Baca!!!

RANGKA KAJIAN

Kajian kami tentang Fiqh Ikhtilaf (Fiqh Perselisihan) ini didasarkan kepada sekumpulan asas-asas sama ada berbentuk keilmuan, praktikal, pemikiran mahupun akhlak. Kajian ini terdiri daripada pendahuluan, tiga bab dan penutup.

Allah Maha Mengetahui segala isi hati. Pendahuluannya membicarakan tentang pengenalan perselisihan, jenis-jenis dan faktor-faktornya.

Bab Pertama pula mengandungi dua bahagian:

Bahagian 1: Bersatu dan melakukan perikatan satu kewajipan Islam

Bahagian 2: Perpecahan umat bukan ketentuan Tuhan yang mesti dan kekal sentiasa.

Bab Kedua pula mengandungi pembentangan berkaitan asas-asas pemikiran dan praktikal yang berperanan memperbetulkan (kefahaman dan perlaksaan) Fiqh Perselisihan ini. Asas-asas ini dibentangkan dalam 10 bahagian:

Bahagian 1: Perselisihan dalam furu' adalah dharurah, rahmat dan kelapangan.

Bahagian 2: Mengikut manhaj pertengahan dan meninggalkan sikap melampau.

Bahagian 3: Tumpuan kepada ayat-ayat muhkamat bukan mutasyabih.

Bahagian 4: Tidak meletakkan kata putus dalam isu-isu ijtihadi.

Bahagian 5: Mengenali perselisihan ulama adalah dharuri.

Bahagian 6: Menentukan kefahaman yang sepatutnya dan faham istilah yang digunakan.

Bahagian 7: Kesibukan muslim dengan isu-isu umat yang besar.

Bahagian 8: Bekerjasama dalam perkara yang disepakati.

Bahagian 9: Bertolak ansur dalam perkara yang diperselisihkan.

Bahagian 10: Bersabar terhadap mereka yang mengucap "La ilaha illa Allah".

Bab Ketiga pula mengandungi pembentangan mengenai asas-asas akhlak bagi Fiqh Perselisihan. Ia dibentangkan dalam 6 bahagian:

Bahagian 1: Ikhlas kepada Allah dan membersihkan diri daripada hawa nafsu.

Bahagian 2: Tidak taksub kepada individu, mazhab dan kumpulan.

Bahagian 3: Berbaik sangka dengan orang lain.

Bahagian 4: Tidak menyerang dan memburukkan pihak yang berbeza pendapat.

Bahagian 5: Menjauhi perdebatan dan sikap keras dalam pertelingkahan.

Bahagian 6: Dialog dengan cara yang terbaik.

Saya ingin menarik perhatian di sini, pengasingan antara aspek pemikiran dengan akhlak hanyalah berdasarkan zahir dan kebiasaan. Jika tidak, pertindanan antara kedua-dua aspek memang terjadi, terutamanya Islam sendiri tidak mengasing-asingkan kedua-dua aspek ini dari segi praktikal.

Penutup pula merupakan perhatian ringkas dan sepintas lalu tentang objektif yang ingin dicapai daripada kajian ini. Ia juga merupakan harapan yang diimpikan daripada barisan Islam yang memikul tugas meninggikan kalimah Islam dan tugas menyelamatkan umat yang berada pada peringkat penentuan dalam sejarahnya. Penutup ini turut mengemukakan contoh perlaksanaan Fiqh Perselisihan daripada seorang tokoh yang mempunyai kedudukan yang besar dalam menyabarkan da'wah Islam dan mengembalikan keaslian amal Islami. Tokoh itu ialah Imam as-Syahid Hasan al-Banna.

- Penulis

Harga = RM18.50
Mukasurat = 307
Penulis = Dr. Yusuf al-Qardhawi
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

Wednesday, October 22, 2008

Tariqah Ahmadiyyah - History And Development

ABOUT THIS BOOK

This book describes briefly Tariqah Ahmadiyyah which is widely spread among Muslims in Malaysia, particularly in Kelantan. Its members are comprised of religious experts ('ulama) and common people. The popularity of this tariqah among the Muslims in Kelantan has greatly amazed observers. Hence, this book is mainly to discover the special quality of the tariqah which has able to influence and draw great numbers of the population.

Since 1979, there has been two branches of Tariqah Ahmadiyyah in Kelantan. First the Bukit Abal branch of Pasir Puteh and second the Negeri Sembilan branch, with its center at Atas Banggul, Kota Bharu.

To complete this book, the writer himself conducted several interviews with the Shaykhs of the tariqah, its members and some ulamas. He also participated on various occasions in the dzikr halaqas at both branches.

Harga = RM20.00
Mukasurat = 262
Penulis = Ustaz Pauzi Haji Awang
Penerbit = Persatuan Ulama Malaysia & Intel MULTIMEDIA AND PUBLICATION

Tuesday, October 21, 2008

A - Z Blog!

A-Z Blog sebuah buku panduan lengkap Blog dan Blogging bagi mereka yang baru ingin berjinak-jinak dengan keseronokan dunia talian ini. Ia memuatkan pelbagai tip dan panduan yang boleh diikuti pembaca untuk menghasilkan blog secara langkah demi langkah, tip meningkatkan trafik Blog, mendapatkan idea penulisan Blog dan banyak lagi. Turut memuatkan pandan khas untuk Blogger wanita tentang perkara yang harus dan tidak harus dilakukan sewakttu Blogging atau ketika berada di dunia Internet. Cara pnyampaian ringkas dan mudah difahami berserta ilustrasi yang dapat membantu anda memulakan Blog anda sendiri dengan hanya di hujung jari. Selamat datang ke dunia Blog!

- Penerbit

Harga = RM16.50 (Sem) RRM19.50 (Sab/Swk)
Mukasurat = 128 (Berwarna Penuh)
Penulis = Ani Nadila Yusof
Penerbit = Buku Prima Sdn Bhd

Kiamat Hampir Tiba

Hari Kiamat pasti akan terjadi. Di saat itu langit akan pecah, gunung ganang akan berterbangan, bumi dan seisinya akan hancur lebur. Bumi yang dipijak ini akan bertukar menjadi bumi yang lain. Langit yang menaungi kita juga akan bertukar dengan langit yang lain pula.

Tiada yang mengetahui bilakah peristiwa dahyat itu akan terjadi kecuali hanya Allah S.W.T.. Namun begitu, Allah dengan kasih sayangNya dan juga dengan hikmahNya telah menunjukkan kepada kita beberapa tanda yang terjadi mendahuluinya, supaya orang yang berdosa sempat bertaubat dan orang-orang yang sudah insaf akan menambahkan lagi amalan mereka.

Dunia pada hari ini telah dan sedang merasakan tanda-tanda itu. Bahkan debaran jantung dunia akan sentiasa dikejutkan oleh peristiwa-peristiwa ganjil yang akan terjadi dari masa ke semasa. Kita hari ini merasakan kemerosotan umat Islam, para ulama berkurangan, cabaran hebat terhadap iman, kemungkaran berleluasa di tengah-tengah masyarakat, keruntuhan moral, gempa bumi dan peperangan demi peperangan. Tanda-tanda qiamat yang kecil ini sangat banyak kita rasakan. Hampir seratus tanda yang sekarang ini sedang kita alami. (Rujuk Empat Puluh Hadis Peristiwa Akhir Zaman)

- Penerbit

Harga = RM6.00
Mukasurat = 132
Penyusun = Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki (Ahmad Fahmi Zamzam)
Penerbit = Khazanah Banjariah

Buku-Buku Lain Berkaitan Kiamat & Akhir Zaman
  1. Tanda-Tanda Besar & Kecil Menjelang Hari Kiamat
  2. 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman

300 Hadis Bimbingan - Ke Arah Mencari Reda Allah

AL-QURAN MENJADI PANDUAN HIDUP MANUSIA. Panduan ini banyak dalam bentuk falsafah, konsep dan umum. Hadis Rasulullah S.A.W. pula memberi contoh dan panduan yang lebih praktikal. Soalnya hadis ratusan ribu banyaknya dan diketegorikan kepada beberapa taraf yang terdiri daripada hadis sahih, hasan, daif hingga yang palsu.


Buku telah mengumpulkan 300 hadis sahih yang paling utama yang mencakupi bidang kehidupan harian dan disusun mengikut keutamaan tajuk seperti ilmu, beramal, berjemaah, hal ehwal Rasulullah S.A.W., para sahabat, rukun Islam, rukun iman, solat, al-Quran, puasa, kesihatan, zakat, haji, jihad, doa, zikir, persaudaraan, akhlak, sedekah, komunikasi, pengurusan, pesanan Nabi dan sebagainya.

Hadis disampaikan melalui teks yang mudah dibaca dengan terjemahan yang jelas. Pembaca dapat membuat rujukan terus untuk kegunaan dalam menghafal hadis, ceramah, usrah, tarbiah, tazkirah dan taklim. Turut disertakan biodata 72 orang perawi hadis yang masyhur.

- Penerbit

Harga = RM25.90
Mukasurat = 205
Penyusun = Ustaz Zahazan Mohamed & Ustaz Ahmad Hasan Mohd. Nazam
Penerbit = Telaga Biru Sdn Bhd

Monday, October 20, 2008

Pengantar Usul Fiqh

Semua ilmu agama mempunyai hubung kait, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Oleh itu setiap individu hendaklah mendalami atau mempelajari semua ilmu tersebut untuk menjadi manusia yang berilmu dan beramal. Ilmu Usul Fiqh juga merupakan cabang kepada ilmu agama yang mana ia mempunyai hubungan yang erat dengan ilmu Fekah dan undang-undang. Ilmu Fekah ialah suatu ilmu tentang hukum-hukum syariat yang praktikal yang diperolehi daripada dalil-dalil yang tafsili, manakala undang-undang ialah suatu kaedah yang digunakan dalam menetapkan hukum, kemudiannya diperundangkan melalui badan perundangan yang tertentu.

Undang-undang Islam juga merupakan ketentuan syariat yang telah ditetapkan untuk dilaksanakan yang menjadi tanggungjawab pemerintah melaksanakannya serta menjadi tanggungjawab rakyat mematuhinya. Dalam perundangan Islam, segala undang-undang yang diperolehi adalah istinbat dan kesimpulan daripada pemahaman yang dibuat dengan berpandukan al-Qur'an, Hadis dan ijtihad ulamak.

Buku Usul Fiqh ini mengandungi 6 bahagian utama sebagaimana berikut :

- BAHAGIAN A : Pengenalan Ilmu Usul Fiqh
- BAHAGIAN B : Hukum Syarak
- BAHAGIAN C : Sumber-sumber Hukum
- BAHAGIAN D : Kaedah Pengambilan Hukum
- BAHAGIAN E : Ijtihad Dan Taqlid
- BAHAGIAN F : Qawa'id Fiqhiyyah

Harga = RM15.00
Mukasurat = 309
Penyusun = Ustaz Abdul Latif Muda & Ustazah Rosmawati Ali @ Mat Zin

Saturday, October 18, 2008

CD - Al-Quran Dan Terjemahannya - Untuk PC Dan Pemain MP3


CIRI-CIRI - PC - Sesuai untuk Windows XP, 2000, 98SE
- Paparan 30 Juzuk Al-Quran dalam Rasm Uthmani
- Bacaan (Juz Amma Sahaja) oleh dua orang Qari'
- Terjemahan Perkataan (Word by word) - Juz Amma sahaja
- Terjemahan Bahasa Inggeris / Melayu untuk 30 Juzuk
- Carian Teks Al-Quran yang mudah

Bacaan Juz Amma Untuk Pemain MP3 / Windows Media Player
- Shykh Abdullah Al-Matrud
- Shykh Ahmad Bin Ali Al-Ajmy
- Shykh Ali Abdul Rahman Al-Hozaify
- Shykh Mohammed Ayyob
- Shykh Muhammad Jibreel

Harga = RM25.00
Penerbit = Sarisoft Sdn Bhd

Friday, October 17, 2008

Afkar - Jurnal Akidah & Pemikiran Islam ( Bil 6 : Rabi' al-Awwal 1426 / Mei 2005 )

KANDUNGAN / CONTENTS / محتويات العدد

- Beberapa Aspek Pandangan Alam Orang Melayu Dalam Manuskrip Melayu Tertua al-'Aqa'id al-Nasafi - Wan Mohd Nor Wan Daud

- The Concept of The People of The Book (Ahlal-Kitab) in Islamic Religious Tradition - Muhammad Azizan Sabjan and Noor Shakirah Mat Akhir

- Islamisasi dan Kristianisasi di Kalangan Orang Asli Temuan Broga - Mohd Nizam Sahad dan Che Zarrina Sa'ari

- Al-Qur'an, Orientalis dan Luxenburg - Syamsuddin Arif

- Shaykh Dawud al-Fatani's Manhal al-Safi: An Annotated Translation - Mohd. Zain Abd. Rahman

- Self Descipline in The Islamic Psycho-Spiritual Tradition: Preliminary Observasions on the Theory and Practice - Seekamanya Siraje Abdallah

- Sufism ang Phylosophy in Mulla Sadra - Carl W. Ernst

- The Principle of the Systematic Ambiguity of Existence in the Phylosophy of In Sina and Mulla Sadra - Yanis Eshots

- Al-'Ilm, al-Maqulat dan al-Hikmah Dalam Pemikiran Ulama Melayu: Satu Penelitian Awal - Mohd Zaidi Abdullah

- The Theory of Knowledge and Language: An Alernatif View from Malay Studies Perspective - Hashim Hj Musa

- Two Pillars of Tolerance in Said Nursi - Yasien Mohamed

- Sasterawan Sebagai Insan: Satu Penelitian Terhadap Beberapa Pandangan Sarjana - Mohd. Zariat Abdul Rani

- Kajian Manuskrip al-Mu'tabar fi al-Hikmah (Kitab al-Nafs) Karangan Abu al-Barakat al-Baghdadi (547H. / 1152M.): Ke Arah Suatu Kaedah Suntingan Ilmiah Warisan Manuskrip Melayu-Islam - Wan Suhaimi Wan Abdullah

-إسلامية المعرفة وإشكالية التراث الإسلامية : قراءة نقدية في أفكار مدرسة "إسلامية المعرفة" ومقولات المعهد العالمي للفكر الإسلامي - نجم الدين قادر كريم الزنكي

Harga = RM30.00
Mukasurat = 354
Penerbit = Jabatan Akidah & Pemikiran Islam, Akademi PPengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Thursday, October 16, 2008

Jurnal Syariah (Jilid 10 / Bilangan 2 / Julai 2002)

KANDUNGAN

- Sejarah Penubuhan Institusi Fatwa Di Negeri Selangor - Mazni binti Abdul Wahab

- Ruang Ijtihad Dalam Amalan Fatwa Di Malaysia: Sorotan Dari Sudut Pentadbiran - Noor Naemah Abdul Rahman

- Halangan-halangan Pelaksanaan Undang-undang Jenayah Islam Di Dalam Perlembagaan Malaysia - Abdul Aziz Bari

- Etika Pengurusan Islam dan Konvensional: Satu Analisis Perbandingan - Nor 'Azzah binti Kamri

- Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM): Satu Perbandingan Antara Prinsip Konvensional Dan Islam - Ilhaamie binti Abdul Ghani Azmi

- Perbelanjaan Bermanfaat Dan Tidak Membazir Mengikut Perspektif Islam - Surtahman Kastin Hasan

- Istisna' In Islamic Banking: Concept And Application - Joni Tamkin bin Borhan

- Kepimpinan Wanita Dalam Politik Dari Perspektif Siyasah Syar'iyyah - Sharifah Hayaati Syed Ismail

- Dasar Luar Islam: Penyesuaian Antara Teori Fiqh Tradisional Dengan Tuntutan Semasa - Mohd. Nasran Mohamad

Harga = RM15.00
Mukasurat = 134
Penerbit = Bahagian Pengajian Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Wednesday, October 15, 2008

Jurnal Usuluddin (Bil. 20 / Zulkaedah 1425H / Disember 2004)

KANDUNGAN

- Islam Hadhari Dalam Konteks Ketamadunan, Budaya dan Agama Di Malaysia - Khadijah Binti Mohd Hambali

- Taklif: Kerangka Teori Kalam al-Qadi 'Abd Al-Jabbar - H.A. Ya'kub Matondang

- Islam, Globalization and The Challenges of Contemporary Epistemology - Mohd Hazim Shah

- Pemikiran Tuan Guru Dato' Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat Dalam Ekonomi - Surtahman Kastin Hasan & Norfadzilah Ahmad

- An Analysis of Historical Development of Tafsir Mawdu'i - Ammar Fadhil

- Dabt Mushaf 'Uthmani: Perkembangan, Permasalahan dan Kaintannya Dengan Pembangunan Sosial di Malaysia - Daud Ismail, Asyraf Hj. Ab. Rahman, Wan Ibrahim Wan Ahmad & Fadzli Adam

- Corpus Separatum: Kajian Analitikal Resolusi PBB 1947 Untuk Menjadikan Bayt al-Maqdis Sebagai Zon Antarabangsa - Mohd Roslan B. Mohd Nor

- Keberkesanan Pengajian Kursus TITAS 1: Kajian di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam - Mohamad Khairi Bin Haji Othman

- Hubungan Islam-Barat: Mungkinkah Ada Jalan Pemulihan? - Kamarudin Salleh

- Kajian Tentang Maklum Balas Masyarakat Terhadap Aktiviti Masjid-masjid Negeri Di Semenanjung Malaysia - Yusmini Binti Md. Yusoff & Mohd Anwarulhaq Bin Sulaiman

- الفارابي: حياته العقلية ومصادره الفلسفية - محمد فخر الدين عبد المعطي

Harga = RM20.00
Mukasurat = 243
Penerbit = Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Monday, October 13, 2008

Jurnal Syariah (Jilid 10 / Bilangan 1 / Januari 2002)

KANDUNGAN

- Ke Arah Penyediaan Kaedah Penyelidikan Hukum Islam Terkini: Satu Pengenalan - Rahimin Affandi Abdul Rahim

- Garis Panduan Mengemukakan Persoalan dan Mengeluarkan Fatwa Menurut Al-Qur'an - Noor Naemah Abd. Rahman

- Analisis Fatwa-fatwa Semasa Syariah di Malaysia: Ruang Lingkup dan Masalahnya - Abdul Aziz Bari

- Polisi Kewangan Menurut Perspektif Ekonomi Islam - Joni Tamkin bin Borhan

- Bay' al-Dayn, Bay' al-'Inah and IPDS in the Malaysian Islamic Capital Market - Azizi bin Che Seman

- Ciri-ciri Keuntungan Menurut Perspektif Islam - Shamsiah Mohamad

Harga = RM15.00
Mukasurat = 137
Penerbit = Bahagian Pengajian Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Turki - Negara Dua Wajah - Pengkhianatan Ataturk Terhadap Dunia Islam

Turki pimpinan Kamal Ataturk, menjauhkan Islam dari kepimpinan hidup manusia. Negara dua wajah ini adalah bencana yang paling dahsyat dalam sejarah manusia dan kemanusiaan. Meminggirkan agama (deen) ini dari fungsinya sebagai pedoman dan petunjuk jalan kehidupan manusia adalah tikaman yang paling memedihkan dan menusuk jantung umat.

Sesungguhnya, kesengsaraan dan nasib malang yang menimpa pada diri manusia, khasnya pada keluarga serta masyarakat pada amnya, adalah dan hasil yang alami serta buah yang buruk akibat lenyapkan Al-Quran dari singgahsana kehidupan yang universal serta pandangan hidup yang menyeluruh.

Sesungguhnya, kebingungan, kehilangan, kegagalan dan kesempitan yang menyelubungi kehidupan manusia seluruhnya, adalah perbuatan dari tangan-tangan jahat yang digerakkan oleh musuh-musuh yang hina (terutamanya orang-orang Yahudi).

Mereka meruntuhkan bangunan yang agung ini dan merobohkan menara yang menjadi petunjuk jalan bagi generasi Islam serta memusnahkan lembaran besar mengenai kebenaran, kepahlawanan dan keluhuran yang dinukilkan kaum Muslimin dengan jihad dan amal solehnya selama tiga belas abad.

Bagaimana bangunan ini runtuh? Bagaimana menara cahaya dan penyuluh itu dirobohkan? Bagaimana negara Islam yang gemilang, iman dan ketamadunan luhur itu hilang? Bagaimana pula kekhilafahan itu runtuh?

Buku ini mengupas seluruh upaya Yahudi untuk meruntuhkan kekhilafahan Islam terakhir melalui bonekanya yang dikenal sebagai Mustafa Kemal Ataturk - sang manusia berhala yang berjiwa serigala.

- Penerbit

Harga = RM18.00 (Sem) RM21.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 154
Karya = Dr. Abdullah Azzam
Penerbit = Alam Raya Enterprise

121 Sebab Kemurkaan Allah

Setiap individu Muslim dan Muslimah wajib memahami dengan mendalam dua kumpulan istilah popular dalam Islam yang berlawanan antara satu dengan yang lain, iaitu:

- Hak atau kebenaran lawannya batil (salah dan sesat).
- Halal lawannya haram (yakni larangan yang mesti dijauhi).
- Ma'ruf (yang baik) lawannya mungkar (buruk, jahat dan keji).
- Sifat-sifat mahmudah (terpuji) lawannya madzmumah (keji).

Setiap insan sebenarnnya hanya perlu memilih yang hak, ma'ruf, halal dan setiap yang indah, murni dan baik (iaitu baik yang telah ditentukan oleh Syara'). Dengan itu insya-Allah akan wujud kekuatan dalam diri insan sehingga berupaya dan mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai hamba Allah dan khalifahNya di muka bumi.

Sementara setiap yang batil (salah dan sesat), mungkar dan keji, hendaklah dijauhi, kerana kesemuanya itu akan mengakibatkan kerosakan dan kebinasaan serta mengundang kemurkaan Allah S.W.T.

- Penerbit

Harga = RM19.50
Mukasurat = 300
Penulis = Ustaz Safwan Fathy
Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

Saturday, October 11, 2008

Live From Unplugged 2 - Nik Abdul Aziz Nik Mat

"Dan tidak ada yang benci kepada agama Nabi Ibrahim, melainkan orang yang memperbodohkan dirinya sendiri". (Sebahagian dari Surah al-Baqarah ayat 130)

'Unplugged 2' adalah himpunan manifestasi sikap seorang Tok Guru yang berterus terang. Dalam usia yang sedikit lewat, apa lagi yang lebih berharga dari meninggalkan sebuah kejujuran. Dallam konteks Malaysia, memang amat jarang kita berpeluang diketemukan dengan personaliti agama yang berbicara dalam hampir setiap segi dengan jujur. Melempar syak dan prejudis sejauh-jauhnya, 'memberi tanpa syarat' adalah roh keikhlasan yang dapat kita rasai lewat meresapi buku ini.

Dengan begitu, ada terkilas kecenderungan umum untuk mempercayai bahawa Nik Abdul Aziz adalah satu-satunya lagi ulama yang masih berbaki; yang sedia berbicara dalam hampir setiap isu. Biarpun beralih mimbar dari serambi masjid kampung ke ruang mewah hotel Nikko, Nik Abdul Aziz tetap kelihatan konsisten menyampaikan risalah nubuwwah tinggalan Nabi S.A.W.. Lebih penting apabila beliau sentiasa bersifat 'real' tekun menserasikan Islam dengan waqi' semasa. Jika ini tidak dilakukan, beliau percaya dunia da'ie dan agamanya akan menjadi sesempit lubang jarum.

Apa yang dharapkan oleh buku ini ialah menjahit carik-carik cebisan ilmu Islam yang dilihat semakin tertinggal. Tak perlu kita berbahas sama ada keadaan ini berlaku kerana Islam itu sengaja ditinggalkan atau tidak tetapi hakikat yang nyata ialah perspektif Islam sering tidak diberikan tempat yang sentral dalam mencampuri pelbagai perbincangan yang menyingung urusan keduniaan perse. Seakan-akan sentiasa ada orang yang membisik kata-kata pemisah kepada kita berbunyi "leave the mosque to the imams and the state to the statesmen".

Dengan ini, izinkan buku ini berbicara semahunya justeru bersama ulama yang juga ahli politik ini, ada senaskah kitab petunjuk bernama Al-Quran dan sehimpun sabda dari Nabi-Nya. Ayuh diam seketika untuk bertafakur. Lihat bagaimana cermatnya seorang ulama menjahit sisa-sisa kain tamadun yang carik. Menjadikah ia sehampar permaidani contoh yang bisa dijadikan sandaran gagah bersifat alternatif?

Adakalanya buku ini kelihatan menyerang tetapi apa salahnya menyerang dalam satu perlawanan persahabatan? Menang dan kalah dalam gelanggang hujah tidak menjadi apa-apa. Bukankah kita berkawan? Kalaupun kita berbeda, biarlah ia sekadar sesi peringatan antara kita sesama kita dalam mencari apa yang original di atas nama petunjuk. Lagipun, bukankah Islam yang hakiki itu milik semua?

- Penerbit

Harga = RM13.00 (Sem) RM15.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 140
Karya = Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penyusun = Annual Bakri Haron
Penerbit = Anbakri Publika Sdn Bhd

Fatwa-Fatwa Pengeboman - Oleh Ulama-Ulama Besar Saudi Arabia

Di dalam buku ini pembaca yang budiman dapat mengetahui jawaban para ulama besar, seputar hukum pengeboman, pengkafiran, mogok kerja, demonstrasi, hukum memberontak terhadap penguasa kaum muslimin, hukum mencela ulama, hukum seputar jihad dan hukum lainnya.

Di antara ulama yang menjelaskan hukum-hukum tersebut adalah Syaikh Al-Imam 'Abdul 'Aziz bin 'Abdillah bin Baaz, Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, Al-Faqihuz Zaman Syaikh Muhammad bin Shalih al-'Utsaimin, dan ulama-ulama besar lainnya. Harapan kami, dengan adanya buku ini kaum muslimin dapat merujuk kepada pendapat para ulama Sunnah dalam setiap perkara yang terjadi.

Akhirnya hanya kepada Allah 'Azza wa Jalla kami memohon agar dia memberikan ketetapan kepada kaum muslimin di atas jalan yang lurus.

Shalawat teriring salam semoga tetap tercurah kepada Nabi Muhammad S.A.W., juga kepada keluarga, para Sahabat Baginda, dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan kebaikan hingga hari Pembalasan. Akhir seruan kami, alhamdulillaahi Rabbil 'Aalamiin.

- Penerbit

Harga = RM39.00
Mukasurat = 203
Penyusun = Muhammad bin Husain bin Sa'id Alu Sufran al-Qahthani
Penerbit = Pustaka al-Inabah

Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Taharah (Bersuci) - Tapi Anda Malu Bertanya...

Buku ini memberi jawapan kepada persoalan remeh-temeh berkaitan TAHARAH (Bersuci) yang kadang-kadang anda malu untuk bertanya. Persoalan boleh dibahagikan kepada 4 skop:

1 PERKARA KONTROVERSI DALAM MASYARAKAT. Najis, anjing, khinzir, alkohol dan arak.

2 PERKARA BERKAITAN IBADAH. Jenis air, cara beristinjak, wuduk dan cara mandi khususnya mandi wajib.

3 PERKARA YANG JARANG-JARANG DIDENGAR. khuf, tayamum dan bersuci bagi orang sakit.

4 PERKARA YANG MEMALUKAN. Air mani, air mazi, air wadi, haid, nifas, wiladah dan berkhatan.

Kadang-kadang anda tidak terfikir bahawa perkata remeh-temeh ini boleh membelenggu amal ibadah anda. Sahkah amal ibadah yang anda lakukan? Mengapa orang memberi jawapan yang berlainan setiap kali anda bertanya? Dapatkan jawapan sebenarnya.

Harga = RM20.00 (Sem) RM22.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 192
Penulis = Mohd. Azrul Azlen Abd. Hamid & Azhar Mohamed
Penerbit = Telaga Biru Sdn Bhd

Friday, October 10, 2008

Panduan Wirid Dengan Asmaul Husna - Untuk Memperolehi Ketenangan Jiwa

Jalankan perintah Allah dan jauhi larangan-Nya. Banyak bersabar dan bersyukur. Kurangi maksiat dan kezaliman, minimumkan dan hindarkan. Jangan merasa sombong dan membanggakan diri dengan menganggap orang lain lebih rendah daripada kita, sebaliknya jangan merasa rendah diri, resah dan gelisah dengan kehidupan yang ada, syukuri dan nikmati apa yang sedia ada. Yakinlah Allah tidak menciptakan segala sesuatu dengan sia-sia. Allah tidak akan menzalimi atau menganiaya kita. Berdo'alah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh dan penuh harapan sebagai ibadah dan permohonan, Allah akan mengabulkan sebab Allah tidak akan mengingkari janji-Nya.

Jangan patah hati dan hilang semangat sebab banyaknya dosa yang kita miliki. Allah akan mengampuni semua dosa yang telah terjadi dengan jalan taubat yang bersungguh-sungguh dan berjanji untuk tidak mengulangi. Kerjakan solat pada tengah malam yang sunyi, minimal dua rakaat, baca Al-Quran dan wiridkan Asmaul Husna ini. Bersimpuhlah sambil memohon kepada Allah, sampaikan dan adukan apa-apa yang menjadi kerumitan dan beban yang menghimpit selama ini. Yakinlah dengan kesungguhan hati, keikhlasan diri, Allah akan memberikan jalan keluarnya. Ingat!!! Hanya Allah sahajalah yang dapat mengatasi semua masalah ini, bukan bomoh atau jampi-serapah.

Beberapa Ayat Al-Quran dan Hadith, Yang Menyebut Tentang Keistimewaan Asmaul Husna :

1 - Al-A'rof ayat 180, bermaksud: "Allah mempunyai Asmaul Husna (Nama-nama yang baik / indah), maka berdo'alah kamu semua kepada-Nya dengan menggunakan Asmaul Husna".

2 - Thoha ayat 8, bermaksud: "Dialah Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia. Dia mempunnyaia Asmaul Husna".

3 - Al-Hasyr ayat 24, bermaksud: "Dialah Allah yang menciptakan, yang mengadakan, yang membentuk rupa, yang mempunyai nama-nama yang paling baik. Bertasbih kepada-Nya apa-apa yang ada di langit dan di bumi. Daan Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana".

4 - Al-Isyra' ayat 110, bermaksud: "Katakanlah: Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman dengan nama yang mana sahaja kamu seru. Dia mempunyai Asmaul Husna".

5 - Hadith Susunan Turmizi jilid 5 hal 193, no Hadith 3575, bermaksud: "Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, barang siapa hafal (dan membacanya setiap hari) masuk Syurga".

- Penyusun

Harga = RM8.00
Mukasurat = 58
Penyusun = Huda Hadi
Penerbit =Penerbitan Dar Hakamah

Tuesday, October 7, 2008

30 Punca Kebahagiaan Hidup

Segala puji bagi Allah. Selawat dan Salam semoga selalu tercurah kepada baginda Rasulullah, para keluarganya dan para sahabatnya.

Ini adalah risalah ringkas yang mana inti-inti ideanya telah digoreskan pena secara spontan. Risalah ini ditulis selama dua hari saja di Baitullah Haram sebagai tempat turunnya wahyu. Risalah ini telah meringkaskan puluhan kitab besar yang membahas mengenai sebab-sebab kebahagiaan.

Saya tidak memuatkan daftar-daftar nama tokoh, nombor hadis, rujukan dan nukilan. Bahkan saya meringkaskannya dengan usaha saya sendiri. Semoga Allah memberikan manfaat kepada kita semua dengan membaca risalah ini, sama ada di dunia mahu pun di akhirat. Risalah ini mengajak anda untuk menjalani hidup secara damai, tenang, aman, sentosa dan sejahtera.

Jika anda mahu mengulangi membaca buku ini, anda mengulangi membaca jumlah kalimatnya, anda meletakkan garis di bawah tips-tipsnya dan menuntut diri anda melaksanakan keputusan-keputusan serta mengamalkan arahan-arahannya.

Barangkali anda membaca buku ini di tengah keluarga, di dalam rumah, di atas mimbar, di dalam masjid dan dalam majlis di hadapan khalayak umum. Risalah ini lebih serupa dengan dahan bunga, ringan membawanya, dan sangat harum aromanya. Risalah ini dapat diletakkan di atas meja blajar dan di samping bantal tidur.

Tanyakanlah dirimu ketika membaca buku ini: Apakah ada perubahan dalam cara fikir anda? Apakah anda melihat pengaruh dalam jiwamu? Barangkali apa yang diinginkan buku ini sudah ada di dalam diri anda. Semoga Allah selalu memberkati tujuan baik kita. Sebenarnya, saya tidak akan mendapatkan taufik melainkan dari Allah saja. Saya hanya dapat bertawakkal dan hanya kepada-Nya saya kembali.

- Penulis

Harga = RM9.00
Mukasurat = 103
Penulis = Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarny
Penerbit = Jasmin Enterprise

Sunday, October 5, 2008

Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama' (Jawi)

Buku ini menghimpunkan empat puluh buah Hadith yang membicarakan tentang kelebihan ilmu dan ketinggian darjat para ulama'. Ia telah disusun dalam untaian yang sangat baik dan diterbitkan sejak puluhan tahun yang lalu dan telah dicetak beberapa kali dalam edisinya yang berbahasa Arab. Dan buku ini juga sering dibaca di permulaan tahun pengajian sebagai pembuka tabir pengajian untuk mengingatkan akan kelebihan ilmu dan ketinggian martabat para ulama', dan juga sekaligus memberikan perhatian supaya para pelajar sentiasa rajin, bersungguh-sungguh untuk mendapatkan ilmu, dan mendorong mereka agar mengamalkan ilmu yang telah diperolehi dan selanjutnya menanamkan di lubuk hati mereka kesedaran yang tinggi dan jiwa yang besar untuk menyampaikan ilmu yang telah mereka amalkan itu.

- Penerbit

Dewasa ini para ulama tidak lagi dihormati, malah dimaki dan dihina, pandangan-pandangan mereka dikesampingkan. Lihat saja dalam isu fatwa berkenaan yoga. Para ulama adalah pewaris para Nabi. Cakap siapa lagi yang patut kita dengar? Nasihat siapa yang patut kita ikuti dalam hal-hal berkaitan dengan hukum kalau bukan ulama..

Namun, atas dasar husnuz zhon kita beranggapan mungkin mereka tidak mengetahui betapa tingginya martabat para ulama di sisi Allah. Mereka bukan sengaja untuk menghina tapi mereka tidak pernah tahu, tiada siapa yang pernah memberitahu mereka. Apa yang mereka dengar setiap hari ialah kecaman terhadap para ulama oleh musuh-musuh Islam di dalam media-media cetak dan elektronik.

Untuk itu, penyebaran buku ini secara meluas adalah amat bertepatan dengan realiti semasa di Malaysia dan Nusantara ini. Sekurang-kurangnya ada sedikit usaha bersama-sama para ulama dalam berdakwah dan sebagai salah satu tanda bahawa kita cintakan ulama. Mudah-mudahan kita ditempatkan bersama-sama mereka di sana kelak. InsyaAllah.

- Pengedar

Harga = RM6.00
Mukasurat = 124
Penyusun / Penterjemah = Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam
Penerbit = Khazanah Banjariah

Saturday, October 4, 2008

Insan, Ingatlah! - Sebuah Panduan Menuju Hati Yang Tenang - Tertakluk Kepada Stok!!!

Hidup ini penuh dengan perulangan. Kita bangun, berdoa, berwudhu', bersolat, makan, minum, kerja rehat, bermain dan tidur semula. Kita mengulanginya seterusnya esok dan lusa. Hampi kita lupalah apabila kita terlalu biasa dengan rutin hidup sebegini sehingga kita perlukan orang lain untuk mengingatkan kita sesuatu yang lebih penting dalam hidup kita iaitu mati dan alam hidup sesudah mati.

Allah S.W.T. menjadikan "manusia hidup dan mati serta mati dan hidup dengan satu sahaja tujuan iaitu untuk diuji tentang ahsan atau tidaknya amalan (aktiviti) kita" (matan maksud Surah Al-Insaan Ayat 2) sepanjang diberikan kesempatan untuk hidup di dunia. Atas semangat itulah dua buku yang bertajuk "Mati Satu Peringatan" dan "Air Mata Mahsyar" ini diulang cetak. Ia diterbitkan dalam satu format dan persembahan yang lebih semasa. Dengan selera dan persekitaran umat yang semakin berubah, sedangkan mati tetaplah mati dan sentiasalah menanti, maka saya kira usaha meningati semula persoalan ini mustahak dikemaskinikan dari masa ke semasa khususnya kepada pejuang Islam tanpa mengira bangsa dan bahasa.

Mungkin dengan pendekatan dan stail yang lebih menarik pada penerbitan kali ini akan mampu menjinakkan roh kita agar lebih mesra dengan alam Barzakh yang kian hampir dengan kita. Semoga kompilasi buku bercorak "dua dalam satu" ini akan menjadi satu koleksi yang lebih berharga. Sata telah menyampaikan apa yang sepatutnya disampaikan. Hanya Allah S.W.T. jualah tempat bergantung segala ketentuan dan hujung jatuh setiap amalan kita.

- Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

Harga = RM25.00 (Sem) RM27.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 266
Karya = Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penerbit = Nufair Street Sdn Bhd

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...