Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Saturday, June 28, 2008

60 Kisah Bertemu Rasulullah s.a.w. (Jilid 1)

..."Mimpi berjumpa baginda Rasulullah s.a.w. adalah impian dan idaman tiap orang-orang oleh sebab dia bisa mencerminkan baik atau buruknya, jauh atau dekatnya, sempurna atau tidaknya martabat seseorang di sisi Allah.

Sebab mimpi berjumpa baginda s.a.w. kadang-kadang merupakan Basharah Bi Khair (berita yang menyenangkan) atau merupakan peringatan terhadap sesuatu (Nizarah 'Ala Syai') tetapi bagaimanapun kedua-duanya itu adalah nikmat dan anugerah Allah yang terbesar kepada seseorang".

- TG Muhammad Noeruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki


..."Di antara nikmat yang paling istimewa yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepada segolongan hamba-hambaNya yang beriman ialah bertemu, bersua dan menatap rupa paras Baginda Rasulullah s.a.w. di dalam mimpi. Perkara ini sebenarnya tergolong di kalangan mimpi-mimpi yang benar yang dinyatakan di dalam hadith-hadith sebagai "Ar-Ru'yaa As-Saalihah".

Maka sebagai seorang muslim / muslimah istimewanya seorang petugas dalam gerakan Islam, perkara-perkara serupa ini merupakan suatu keperluan, guna bagi membina dan mempertingkatkan keimanan terhadap kebenaran yang diperjuangkan oleh baginda s.a.w. dan para sahabat r.a."

- Dr. Abd. Aziz Bin H. Hanafi

Harga = RM8.00
Mukasurat = 108
Penyusun = Ustaz Hanif Bin Hj Ghazali
Penerbit = Nusaibah Enterprise

Thursday, June 26, 2008

Nabi Muhammad S.A.W. Menurut Ramalan Kitab-Kitab Agama Dunia

Buku ini adalah merupakan suatu usaha pengarang bagi memperjelaskkan sejarah sebenar para anbiya' alaihissalam dan kefahaman tentang agama yang terdapat di dunia ini. Penjelasan berdasarkan dalil (bukti) dari sumber yang boleh diyakini adalah untuk menolak prasangka buruk penganut agama lain terhadap al-Din Islam tu sendiri serta menampilkan konsep ketauhidan dari perspektif Islam yang betul.

Penyelewengan dan penipuan adalah perkara yang dimurkai oleh Allah SWT, sepertimana yang telah dilakukan oleh umat-umat terdahulu. Firman Allah SWT (bermaksud) :

"Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang menulils al-Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya : 'Ini dari Allah' (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan besarlah bagi mereka, kerana apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan besarlah bagi mereka, kerana apa yang mereka kerjakan.." (Al-Baqarah, 2 : 79)

- Ustaz Amran Bin Abdul Thalib (B.A. Fiqh wa Ulum Al-Syariah, Iraq)

Harga = RM15.00
Mukasurat = 182
Penulis = MEOR Ahmad Tajuddin Bin Meor Mazlan (Ibnu Mazlan Al-Jawangi)
Penerbit = Intel MULTIMEDIA AND PUBLICATION

Wednesday, June 25, 2008

Tundukkan Hati - Rahsia Keikhlasan Hidup Di Dunia Fana

Buku ini adalah antara karya rohaniah yang menyingkap berbagai rahsia yang menakjubkan ke arah menundukkan hati terhadap dunia yang semakin rumit. Memang tidak menjadi hairan bila orang yang memiliki dunia (harta) pada umumnya sangat sombong, ego dan suka bangga diri. Inilah hadiah Tok Guru untuk kita amati cara mana seharuskan kita menggunakan dunia ini untuk manfaat diri dan masyarakat. Tentu saja tidak salah memiliki dunia (harta), tapi bagaimana cara berkesan menguruskannya. Perkara yang akan ditanya oleh Allah S.W.T. ini memerlukan kemahiran tertentu mengenainya.

Berdasarkan hadis Nabi S.A.W.; maka Tok Guru memandu kita dengan kaedah yang sangat mudah difahami serta sangat praktikal.

Nabi S.A.W. bersabda, "Sesiapa yang mengejar dunia dengan tujuan mengelak daripada meminta-minta dan dengan tujuan menjaga anak isterinya daripada memakan harta curi, harta samun dan sebagainya, dan dengan tujuan menjaga hubungan dengan jiran tetangga, dia akan bertemu dengan Allah di akhirat kelak dengan keadaan wajah yang berseri-seri umpama bulan purnama..."

- Penerbit

Harga = RM15.00 (Sem) RM18.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 146
Karya = Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat & Annual Bakri Haron
Editor = Hasmariza Md Hashim
Penerbit = Anbakri Publika Sdn Bhd

Tuesday, June 24, 2008

Akhlak BerMuamalat

Semua orang pasti pernah melakukan hubungan muamalat. Amalan masyarakat tertua ini takkan terlepas dari kehidupan kita seharian. Lebih dari itu ia menjadi profesion majoriti manusia kini. Nabi S.A.W. menyatakan 9 dari 10 pintu rezeki itu adalah perniagaan.

Muamalat sangat perlukan keikhlasan dan kejujuran, kerana ia punyai potensi penyimpangan yang sangat tinggi. Sementelah itu, masakini batas halal haram begitu kabur pratisnya. Jadi, menyegarkan kembali adab serta akhlak bermuamalat ini amatlah penting. Buku kecil ini memainkan peranannya.

Lihatlah apa yang boleh dan terlarang dalam bermuamalat. Tuan Guru mengajak kita bermuamalat dengan berharapkan akhirat, bukan hanya memburu keuntungan duniawi semata.

- Penerbit


Harga = RM13.00 (Sem) RM15.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 121
Karya = Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penyusun = Mohd Fadli Ghani
Penerbit = Anbakri Publika Sdn Bhd

Sunday, June 22, 2008

Pembalasan Kesalahan Jenayah Dalam Masyarakat Majmuk (Dengan Penumpuan Kepada Peruntukannya Terhadap Bukan Islam)

Buku ini dihasilkan oleh penulis, seorang ahli akademik dan pengkaji yang pakar dalam bidang yang dibicarakan, bagi memenuhi keghairahan masyarakat dari pelbagai pihak yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang kedudukan kesalahan jenayah di dalam Undang-undang Jenayah Islam dan peruntukan pembalasannya di dalam sesebuah masyarakat majmuk.

Secara ringkas, buku ini mengandungi pengenalan mengenai konsep pembalasan di dalam pelbagai kesalahan Jenayah Qisas, Jenayah Hudud dan Jenayah Ta'zir. Ia juga menghuraikan pembahagian-pembahagian dan peruntukan-peruntukannya terhadap pesalah Islam dalam jenayah-jenayah tersebut serta perkara-perkara lain yang berkaitan. Penulis juga telah mempertahankan rumusan yang dibuat iaitu mengenai sifat menyeluruh dan adil yang ditekankan di dalam perlaksanaan pembalasan Islam.

- Penerbit

Harga = RM20.00 (Sem) / RM22.00 (Sab / Swk)
Mukasurat = 187
Penulis = Dr. Haji Mat Saad Abdul Rahman
Penerbit = Intel MULTIMEDIA AND PUBLICATION & DDB Enterprise

Imam Syafie - Penghulu Imam dan Pembaharu Ummah

Imam Syafi'e selain menjadi imam mazhab juga merupakan salah seorang ulama' yang paling terkemuka di zamannya sehingga dianggap sebagai mujaddid kurun ke dua. Buku ini perlu dimiliki terutamanya oleh pengikut dan pengamal mazhab Syafi'e kerana buku ini sedikit sebanyak cuba mengutarakan sejarah kehidupan Imam Syafi'e yang gilang gemilang merangkumi aspek pendidikan awal beliau, pencarian ilmu pengetahuan dan pengajarannya sehinggalah kepada pembentukan mazhab Syafi'e.

- Penerbit

Harga = RM10.00
Mukasurat = 123
Penyusun = H Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
Penerbit = Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Qira'at Berhad

Saturday, June 21, 2008

Muhammad S.A.W. Insan Teladan Sepanjang Zaman - Terbaru!!

Kitab sirah boleh disifatkan sebuah 'manual' bagi setiap mukmin yang berdaya juang. Ia diyakini mampu meningkatkan roh perjuangan. Melalui jalur-jalur kisah kehidupan junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang diperincikan melaluinya, khalayak seakan-akan sedang dihidangkan dengan sebuah 'santapan rohani'. Daripada gerak geri baginda dalam pelbagai situasi, tenang, terancam, cemas, istiqamah dan berani tanpa disedari pembaca telah dan akan dititip dengan "akhlakul karimah". Ia bisa meresap, menusuk bahkan mampu mengubati jiwa.

Jauh mengatasi kepentingan kisah yang resap dalam perjalanan sirah Rasulullah SAW ini ialah teknik, taktik dan strategi peperangan baginda. Jikapun suasana dan dimensi masa boleh berbeda, namun maudhu' pendekatan dan uslub yang digariskan tetap relevan. Pendek kata, musuh dan seteru tetap satu. Tinggal lagi, bagaimana Nabi kita mendepani mereka dengan pelbagai hikmah dan fatonah. Inilah mesej tersirat yang cuba dibawa oleh buku ini untuk direnung dan dikongsi.

Maka, adakah sunnah yang sebesar ini hendak kita sia-siakan?

- Penerbit

Harga = RM27.00 (sem) RM30.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 395
Penyusun = Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penerbit = Anbakri Publika Sdn Bhd

Friday, June 20, 2008

Hadith 40 Disertakan Intipati Hadith

Petikan mafhum hadith 1, Setiap Amalan Bergantung Pada Niat "..sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat.."

Intipati Hadith :

1. Hadith ini merupakan antara landasan utama agama Islam, di mana setiap amalan yang dilakukan mestilah disertai dengan niat bagi orang yang berakal dan boleh membuat pilihan.


2. Amalan yang diniatkan kerana Allah dan hari akhirat, hasilnya tetap akan diperolehi. Tetapi jika diniatkan untuk dunia, itulah sahaja yang akan diperolehi.

..dan banyak lagi intipati-intipati yang lain..



Harga = RM7.90
Mukasurat = 167
Penerbit = Intel MUULTIMEDIA AND PUBLICATION

Monday, June 16, 2008

Ulama Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan

Perjuangan kemerdekaan di setiap inci bumi umat Islam adalah dipelopori oleh alim ulama walaupun sejarah ini cuba dipadamkan oleh kelompok sekular pragmatis yang memerintah umat Islam. Dalam negara tercinta ini juga, sejarah perjuangan ulama dalam menentang penjajahan tidak didokumentasikan dengan baik sehingga pernah dituduh bahawa ulama tidak memperjuangkan kemerdekaan.

Di tanahair kita yang tercinta ini, denai sejarah telah merakamkan perjuangan suci para ulama membentengi aqidah ummat Islam semenjak negara kita menerima pengaruh Islam pada abad ke-13.

- Ridhuan Mohamad Nor


Harga = RM18.00
Mukasurat = 194
Penulis = Ridhuan Mohamad Nor & Mohd Fadli Ghani
Penerbit = MHI Publication

Metodologi Imam Al-Tirmidhi Dalam Kitab Al-Jami'

Ciri-ciri kandungan buku ini ialah :
  • Memperkenalkan ketokohan serta kepakaran Al-Tirmizi dalam bidang hadith dan fekah.
  • Memperjelaskan tohmahan tentang ketokohan beliau dalam bidang hadith ketika meriwayatkan semua kategori hadith sama ada sahih atau sebaliknya.
  • Menjawab salah faham terhadap tahsin dan tashih beliau.
  • Membincangkan kekuatan hadith di setiap bab dan fungsi hadith isharat.
Harga = RM13.00
Mukasurat = 84
Penyusun = Ahamad Asmadi Bin Sakat
Penerbit = Pustaka Haji Abdul Majid Sdn Bhd

Saturday, June 14, 2008

Pengantar Kepada Usul Al-Tafsir - Karya Imam Ibn Taimiyah - Tertakluk Kepada Stok!!!

Ini adalah sebuah karya agung dalam bidang Tafsir Al-Qur'an, ditulis oleh Imam Ibn Taymiyah, seorang sarjana berpengetahuan luas mengenai Al-Qur'an Al-Karim. Karya ini mengatasi karya-karya lain dalam bidang yang serupa dari sudut ketulinan dan autoriti. Pemikiran beliau dari karya ini banyak dipetik oleh para penulis selepasnya. Menurut Dr. Adnan Zarzur, Imam Al-Suyuti dalam Al-Itqan fi 'Ulum Al-Qur'an membuat beberapa petikan langsung, sementara Imam Al-Zarkasyi dalam Al-Burhan fi 'Ulum Al-Qur'an membuat petikan langsung. Tulisan ini sesuai dibaca oleh para pelajar universiti yang ingin mendalami kajian bidang Tafsir Al-Qur'an. Untuk orang awam, bahan ini hendaklah dibaca dengan bimbingan dari para guru. Kesimpulannya, karya ini boleh dikatakan mengatasi seluruh karya terdahulu dan terkini dalam memberikan pengantar kepada Tafsir Al-Qur'an.

- Penerbit


Harga = RM15.00
Mukasurat = 112
Penulis = Dr. Adnan Zarzur
Penterjemah = Zulkifli Haji Mohd Yusoff & Abdurrahim Yapono
Penerbit = Intel MULTIMEDIA AND PUBLICATION

Wednesday, June 11, 2008

Pengantar Usul Tafsir

Buku Pengantar Usul Tafsir ini merupakan sebuah penulisan dalam bidang Usuluddin. Buku ini dapat membantu mereka yang ingin mendalami maklumat mengenai metodologi tafsir sama ada klasik ataupun moden. Buku ini sesuai dijadikan bacaan kepada pelajar sekolah menengah agama, diploma pengajian Usuluddin dan Syari'ah serta siswa-siswi Pengajian Islam institusi pengajian tinggi.

Penulis bersama buku ini : Dr. Fauzi Deraman merupakan pensyarah di Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Beliau mendapat BA syari'ah dan Undang-undang dari YPTIK (1978), MA Usuluddin (1995) dan PhD dari Universiti Malaya (1999).

Manakala Mustafa Bin Abdullah, juga merupakan pensyarah di jabatan dan institusi yang sama. Beliau mendapat BA Usuluddin dari Universiti Al-Azhar (1992) dan MA Usuluddin dari Universiti Malaya (1996).

Harga = RM13.50
Mukasurat = 147
Penerbit = Akademi Pengajian Islam UM & Intel MULTIMEDIA AND PUBLICATION

Sunday, June 8, 2008

Ayat-Ayat Cinta (Sebuah Novel Pembangunan Jiwa) - Best Seller Edisi Bahasa Melayu

Sesekali dalam ketenangan sastera Indonesia datang mengejut gelora seni yang tidak tersangkakan. Jika dulu pernah hadir "Ateist", "Perburuan", "Pulang", "Merahnya Merah" dan "Bumi Manusia", kini tampaknya gelora itu datang dalam bentuk "Ayat-Ayat Cinta" pula. Ternyata ia adalah sebuah novel yang sangat memujuk dan menghiburkan. Dengan bahasa yang sederhana mengalir, novel ini menghadapkan kita kepada sekelompok mahasiswa Indonesia yang tidk saja tekun menangguk ilmu, malah berupaya mengisi kehidupan dengan penuh sabar.

"Ayat-Ayat Cinta memang pintar mengheret kita menjejaki - malah menghidu - perhubungan Fahri (Indonesia) dan Maria (Mesir) secara penuh mengajar, menghantar isyarat dan kebijaksaan baru melalui perhubungan sopan antara insan dua negara.

Rasanya memang sesekali kisah cinta yang Islami begini sempat disampaikan dengan penuh tertib.

Maka itu, tidak membacanya seperti sengaja melepaskan peluang untuk mencium bau, merasa iklim dan memahami gerak hidup insan Indonesia baru di luar dan di dalam negaranya.

- A. Samad Said (Sasterawan Negara)

Harga = RM22.90
Mukasurat = 510
Penulis = Habiburrahman El Shirazy
Penerbit = Ar-Risalah Product Sdn Bhd

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...