Pages


Petikan Hadith Kelapan, Kitab "Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu Dan Ulama'"

Kedai Buku Tinta Ilmu, Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM, Selangor.

Thursday, June 9, 2011

Travelog Hidayah: Aku, Isabella Dan Tok Kenali

Buku ini diluncurkan bagi merakamkan kisah hidup seorang insan seni yang telah berhijrah dan terlibat di medan dakwah sepenuh masa iaitu Bob Lokman (Mohd Hakim Lokman). Penerbit merasa bertuah kerana diberi kesempatan untuk menerbitkan sebuah rakaman perjalanan hidup seorang insan yang penuh dengan warna-warni. Bob yang dikenali sebagai penulis lirik, insan seni dilahirkan di Kelantan dalam suasana asuan keagamaan yang pekat dan likat. Dia tercampak di Kuala Lumpur di sebuah perkampungan setinggan seterusnya menjadi remaja di sebuah asrama agama Hamidiah Kajang dan Bob terselit di tengah fenomena Rock pada dekad 1980an, menjadi pencipta lirik, akhirnya di tengah keriuhan anak seniman terus membina nama di pesada seni tanah air.

Bob akhirnya menyapa hidayah Tuhan yang datang dan kini sanggup berdada dengan sebongkah ujian, dia sanggup menjalani kehidupan yang sederhana, membuang pakaian kesombongan yang dipakainya dalam dunia seni dengan seribu sihir yang memukau. Bob telah merasai dunia ketawa dan tiba masanya untuk dunia menangkis, bersama gerakan Islam untuk memanggil insan lain untuk bersama-sama merengkuh kasih sayang Tuhan, Pencipta dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim. "Aku akan mati berjuang bersama dakwah dengan panduan alim ulama, doakan aku teman", ujar Bob dengan lirih, juga memanggil seluruh peminatnya untuk berada di jalan hidayah ini. Travelog hidayah ini adalah sebahagian fragmen kehidupan  Bob yang dilaluinya dengan pelangi yang berwarna warni.

- Penerbit

KANDUNGAN
  1. Catatan Takdir Yang Terpahat
  2. Kembali Ke Kota Bharu
  3. Alam Kanak-Kanak Yang Manis
  4. Di Asrama: Hukum Karma
  5. Zaman Mendung Di Langit Remaja
  6. Meniti Titian Usang, Aku Merangkak Dalam Debu
  7. Keringat Yang Tumpah
  8. Kembara Seniman Jalanan
  9. Isi Dan Kulit: Search Dan Aku
  10. Aku Dan PAS: Sebelum Aku Serius
  11. Gunung Ujian Datang Bertindih-tindih
  12. Saat Temanku Dipanggil Pulang, Aku Terpana
  13. Bob Lokman: Isabella Di Gerbang Taubat
  14. Galeri Gambar Bob Lokman
  15. Biografi Penulis
Harga = RM16.00 (Sem) RM18.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 157
Penulis = Bob Lokman & Ustaz Riduan Mohamad Nor
Penerbit = Jundi Resources

Memperingati Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin - Edisi Khas Konflik Asia Barat 2011


Edisi Khas Konflik Asia Barat 2011
Gerakan Islam dan Persaingan Kuasa di Asia Barat


KANDUNGAN
  1. Dari Meja Editor
  2. Kita Dan Palestin
  3. Api, Besi Dan Gertakan Langit: Hamas Disayangi Oleh Masyarakat Palestin Dan Muslim Antarabangsa
  4. Perjanjian Khianat: Cinta Luka Palestin
  5. Saat Dunia Sudah Menjadi Kerdil, Sang Mujahid Akan Meminang Bidadari
  6. Asy-Syahid Dr. Abdullah Azam: Anak Palestin, Jihad Di Afghan, Syahid Di Pakistan
  7. Ikhwanul Muslimin Dalam Politik Mesir Pasca-Mubarak
  8. Yaman: Harga Yang Mahal Demi Perubahan Politik
  9. Menyeruak Pengalaman Halim Mohamed Redzuan, Sukarelawan Muslim Care Dalam Tragedi Mavi Marmara
  10. Galeri Palestin 2011
" Syeikh Izzudin telah berjaya membentuk satu pasukan tentera mujahidin daripada kalangan anak-anak muda yang BERAKIDAH "


Harga = RM5.00
Mukasurat = 104
Editor = Ustaz Riduan Mohamad Nor
Penerbit = Jundi Resouces

Popular Posts

Borang Pesanan / Soalan / Pendapat

Nama:
Nombor Telefon:
Alamat Surat Menyurat:
Alamat Email:
Pesanan:

Home

IKLAN!!!

IKLAN!!!
Sticker Keyboard Arab. RM 7.00 je satu...